NEGARA MAJU BUANG SAMPAH..NEGARA MISKIN KUTIP SAMPAH..BOLA ADA MENTERI PUN ALAHAI....

 

Hamzah Rie Na


Zaman PH kita hantar balik setiap kontena sisa plastik.


Mai kerajaan PN ni depa terima balik dan jadikan negara kita ini tempat pelupusan sampah negara maju.


Inilah akibat bagi PAS jadi Menteri Alam Sekitar..


Jahanam & rosak negara..!!


Inilah Allah SWT tunjukkan kepada rakyat Malaysia kecelakaan yang menimpa negara apabila orang bodoh dilantik jadi menteri.


SR





((KECOH+GEMPAR)) DATO KAMAL & LOKMAN ADAM BELASAH MUHYIDDIN GUNA NAMA SA...

RAKYAT MANA GEMBIRA DENGAN KERJA TEBUK ATAP?



“Apakah kita rasa cahaya dihujung terowong yang dilihat cerah, maka lampu di tangan perlu dibuang. Apakah bila hujan berhenti, maka payung perlu dicampakkan.” “Hebatkah kita kerana merasai kita kuat dengan ahli berjuta, lalu kita rasa dahulu sama dengan sekarang. Apakah dua parti lebih baik dari tiga kerana mendapat lebih banyak kerusi untuk bertanding, lalu kita berangan-angan akan pasti menang.”





Mat Sabu: UMNO Mereka Kerajaan, Tetapi Macam Pembangkang, Nak Jadi Pemba...

BANGUNKAN 6 BILLION..JUAL 273 JUTA..

 

Hamzah Rie Na

Silterra Malaysia merupakan satu-satunya syarikat pengeluar semikonduktor terbesar milik negara..


Khazanah habiskan hampir RM6 billion utk bangunkan SilTerra..


Tapi datang PN diketuai ABAHcow dan Jemin Ali, dijualnya SilTerra pada syarikat milik Komunis China pada harga RM273 juta shj..


Tepuk Tangan..!!!

👏👏👏


Ada walaun & lebai PAS bising menyalak bila PN jual aset negara pada Komunis China..


SR






SELAMAT ulangtahun Parti Keadilan



4.4.1999 akan sentiasa dikenang sebagai tarikh dimana Parti Keadilan Nasional (KeADILan) ditubuhkan dan kemudian,berikutan pergaubungan dengan Partai Rakyat Malaysia ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seperti yang ada pada hari ini.

 

Timeline:-

Kronologi KEADILAN


2 September 1998

Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.


3 September 1998

Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO serta jawatanjawatan

politiknya.


12 September 1998

Deklarasi Permatang Pauh. REFORMASI secara rasmi. Era pertama bermula.


20 September 1998

Perhimpunan terbesar di dalam sejarah Malaysia di Dataran Merdeka dan Masjid

Negara. Anwar Ibrahim kemudiannya ditahan di bawah ISA apabila pihak polis

menyerbu rumahnya di Bukit Damansara.


27 September 1998

GERAK ditubuhkan.


29 September 1998

Anwar Ibrahim muncul dengan mata lebam apabila dibawa ke Mahkamah buat kali

pertama sejak ditahan di bawah ISA.


Oktober 1998

Perhimpunan dan demonstrasi mingguan di sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman


10 Disember 1998

ADIL ditubuhkan dengan diketuai oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


4 April 1999

Parti Keadilan Nasional (PKN) dilancarkan. Singkatan KeADILan digunakan.


14 April 1999

Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah.

Istilah BLACK 14 muncul.


Sejarah Penubuhan Parti Keadilan Nasional


Kenyataan Wan Azizah mengenai penubuhan Parti Keadilan Nasional


Jawatankuasa Penaja ADIL

8 Jalan Setiamurni 1

50490 Kuala Lumpur

 

Pelancaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)     

    

Dengan takzimnya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa rakan seperjuangan dalam pergerakan     

reformasi dan ADIL telah  memutuskan untuk melancarkan sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Nasional.  Pelancaran ini akan berlangsung pada 4 April 1999, pukul 10.00 pagi, di Hotel Renaissance     

(Grand Ballroom) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.    

 

Parti Keadilan Nasional atau (KeADILan) adalah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam dan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan), sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Kini dengan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi. Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran.


KeADILan adalah parti berbilang kaum dan agama yang terbuka keahliannya kepada semua warga Malaysia. Butir-butir lain tentang KeADILan akan diumumkan di majlis pelancarannya pada 4 April 1999.

 

 Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail

30 March 1999


Nota kaki


Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) merupakan sebuah parti politik kecil yang ditubuhkan pada 28 Februari 1990 sebagai tanda protes terhadap Presiden PAS. Ia mempunyai ahli berdaftar seramai 9 orang. Pada asalnya, parti tesebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur.


Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan. Presiden IKATAN pada waktu itu hinggalah pada masa pengambilalihan itu adalah Abdul Wahab bin Yunus.

Satu perkara yang tidak diketahui adalah ide nama KEADILAN timbul selepas menunaikan solat sunat tarawih. 5 nama dikemukakan untuk dipilih oleh Anwar Ibrahim.

1.  Parti Keadilan

2.  Parti Keadilan Rakyat

3.  Partu Keadilan Nasional

4.  Parti Keadilan Negara

5.  Parti Keadilan Kebangsaan


Akhirnya Anwar Ibrahim memilih Parti Keadilan Nasional.  Beberapa pilihan logo juga telah dikemukakan. Antaranya logo menggunakan lambang Matahari. Tapi akhirnya Anwar memilih logo mata yang ada sekarang.




Anwar Ibrahim: Komen 'Abang Besar' Menteri Luar Yang Lalu Telah Memberi ...



KENYATAAN MEDIA - 4 April 2021 Kerajaan Perikatan Nasional tampaknya telah tersalah langkah dalam banyak hal penting negara, dan kadarnya terus memuncak naik. Tanpa pengimbangan dari institusi Parlimen dan sikap kebertanggungjawaban pada badan eksekutif, keadaan nampaknya akan terus parah, dan terbaru membawa marabahaya pada kedaulatan negara. Komen 'abang besar' Menteri Luar pada hari Jumaat yang lalu telah memberi kesan yang bukan kecil pada kebijakan luar negara terkait hubungan Malaysia dan Republik Rakyat China. Pemerintah hari ini secara tidak langsung telah memberi mesej yang jelas pada dunia luar bahawa Malaysia bukan lagi negara yang berkecuali. Percubaan Menteri Luar untuk menutup kekeliruan yang timbul menampakkan kabinet PN ini mempunyai pemahaman yang lemah terkait diplomasi, strategi, politik Asean dan juga China. Dunia tahu bahawa kerajaan hari ini tidak ada keabsahan demokratik untuk memerintah. Negara-negara sekutu mahupun seteru, baik para diplomat atau pun pemuka-pemuka korporat, mungkin sedang mencuba menggunakan kelemahan pemerintah hari ini sebagai kesempatan untuk mendapatkan keuntungan dalam keterlibatan mereka dengan Malaysia. Hal ini mampu memberi kesan yang mendalam pada kedudukan diplomatik Malaysia, ekonomi dan kesejahteraan hidup rakyat. Sistem demokratik di Malaysia menggunapakai sistem Westminster. Justeru, Perdana Menteri yang telah hilang majoriti harus segera berundur dan serahkan sepenuhnya pada proses Perlembagaan. Sebaliknya, Perdana Menteri hari ini telah menyalahguna Pengisytiharan Darurat, dan dalam masa yang sama terus merencana untuk berpaut pada kuasa. Melihatkan keadaan PN yang terumbang ambing hari ini, kita bimbang segala keputusan yang dibuat hanya untuk terus menjamin kelangsungan kuasa, dan ia berpotensi akan mengorbankan kepentingan, keselamatan dan kedaulatan negara. ANWAR IBRAHIM




TERUK BETOI MELAWAK KULI NI

 May be an image of 2 people and text that says "Politician Buat Kelakar Apa Hari Ini? Group post by Rayme Rahman 18h *Anwar akan bangkrupkan negara dalam masa 3 hari jika dia PM- asamboi.nthtp/asamboi.ne/awarakan bangkupa-a -pm-ku-li/ i ASAMBOI.NET Anwar akan bangkrupkan negara dalam masa 3 hari jika dia PM- Ku Li- asamboi.net"

IMMIGRESEN PATUT BATALKAN KERAKYATAN HISHAMUDDIN HUSSEIN

 

ULASAN | Bila Hisham terlajak cakap

malaysiakini.com
ULASAN | Bila Hisham terlajak cakap
KATA MP | Ingatlah bidalan Melayu, "kerana pulut santan binasa."


Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Walaupun kita dimerdekakan oleh British, tapi tak pernah dalam dasar politik mahupun kenegaraan kita menganggap kita ini kecil atau adik kepada mana-mana negara besar terutamanya sekali dari British.

Kita adalah setara dengan negara lain dari segi kedaulatan. Kita tidak memandang negara lain sebagai ketua kita... tak kisah lah negara kuat atau negara lemah... negara kaya atau negara miskin.

Malaysia tanah berdaulat... tanah tumpah darah orang Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban, Dayak, Murut, Kadazan, Dusun, Orang Ulu, Penan, Senoi, Semai, Jakun, Negrito dan apa sahaja puak yang ada yang lahir dan berkerakyatan Malaysia...

Jadi... pada kita tindakan yang dibuat oleh Menteri Luar Malaysia iaitu Hishamuddin Hussein yang menggelar Negara China sebagai "Abang Besar" adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima. Ini adalah sesuatu yang menghina kedaulatan (sovereign) Malaysia.

Kalau mengikut undang-undang, tindakan Hishamuddin Hussein ini adalah satu kesalahan besar yang dikira penderhakaan. Ianya serupa dengan mengisytiharkan perang dengan YDP Agong. Kesalahan sebegini sama ada boleh menyebabkan status kerakyatan Hishamuddin Hussein boleh dibatalkan atau dikenakan hukuman mati mandatori.

Ianya satu kesalahan yang tidak sepatutnya dibuat dan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.

Aku selaku rakyat menuntut satu kebertanggungjawaban dari Hishamuddin Hussein untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh warganegara dan juga meletakkan jawatannya sertamerta. Aku nasihatkan Jabatan Imigresen untuk menggantung kerakyatan Hishamuddin Hussein jika tidak membatalkannya.

Menghina kedaulatan (sovereign) negara secara jelas hukumannya adalah berat.

 

GESAAN SEGERAKAN PEMILIHAN – UNTUK UMNO BENAR2 KEMBALI BERKUASA ATAU SUPAYA PARTI MUDAH DIGADAI KEPADA MAHIADDIN?


Berikutan gesaan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin agar pemilihan UMNO tahun ini disegerakan dan diadakan sebelum PRU15, ramai yang terikut ghairah menambah garam dan gula bagi memeriahkan lagi saranan tersebut.

Lebih-lebih lagi, KJ yang tewas dalam pemilihan 2018 lalu, turut mengocak hati dan perasaan mereka yang anti Presiden, Ahmad Zahid Hamidi dengan kata-kata – UMNO mesti menghadapi PRU dengan kepimpinan yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat.

Terutama Annuar Musa yang dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung BN, beliau paling awal memberi respon dengan mengatakan pemilihan harus diadakan pada Jun tahun ini juga.

Ini kerana, kata Menteri Wilayah Persekutuan itu, Jun ini cukup tiga tahun tempohnya selepas pemilihan yang lalu diadakan pada Jun 2018.

Logik dan wajarkah gesaan menyegerakan pemilihan UMNO?

Kecuali jika ini memperlihatkan KJ tidak sabar untuk bertanding sekali lagi sebagai Presiden UMNO,sebetulnya agak pelik dengan gesaan tersebut, selain kerana beliau hanya melontarkannya sebaik saja kPAU2020 memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu dan ketetapan Ahli-Ahli Parlimen UMNO akan keluar daripada kerajaan PN menjelang 1 Ogos, alasannya bahawa parti memerlukan pemimpin yang mempunyai mandat yang jelas dan boleh mendapat sokongan rakyat juga ternampak tidak berfakta.

Bagaimana untuk mengatakan Zahid Hamidi yang menang jawatan Presiden UMNO dengan 99 undi bahagian-bahagian menewaskan KJ sendiri yang mendapat 61 undi dan Ku Li 30 undi, sebagai tidak mempunyai mandat yang jelas?

Dengan hakikat bahawa jika undi KJ dan Ku Li dicampurkan pun tidak mampu mengatasi undi Zahid Hamidi, tidakkah ini bermakna mandat Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dalam menerajui UMNO tersangat jelas?

Di samping itu, dengan calon UMNO berjaya memenangi banyak PRK sebelum ini, bukankah ia menunjukkan kepimpinan UMNO sedia ada telah mendapat sokongan rakyat?

Isyarat bagaimana lagi yang KJ mahukan?

Berkenaan kenyataan Annuar, memang benar pemilihan UMNO yang lepas diadakan pada Jun 2018 dan sepatutnya Jun 2021 ini diadakan pemilihan yang berikutnya.

Tetapi, berikutan pandemik Covid19, PAU2020 telah tertangguh sehingga ia baru saja diadakan pada 27 dan 28 Mac 2021 yang lalu.

Dalam hal ini, bagaimana untuk mengadakan PAU2021 beserta pemilihan pucuk pimpinan pada Jun, sedangkan PAU2020 baru saja berakhir?

Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, Annuar tentunya arif bahawa sebelum pemilihan di peringkat pusat, pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian mesti diadakan terlebih dahulu.

Oleh kerana sekarang sudah bulan April dan tidak lama lagi umat Islam menyambut puasa dan kemudian Hari Raya Aidil Fitri, bagaimana untuk menyelesaikan pemilihan cawangan dan bahagian dalam tempoh tidak sampai dua bulan, serentak dengan puasa dan raya, bagi membolehkan pemilihan diadakan pada Jun?

Untuk itu, oleh kerana tempoh yang munasabah untuk cawangan mengadakan persidangan tahunan ialah dirasakan sekitar Jun dan Julai, seterusnya mesyuarat perwakilan bahagian pada September atau Oktober, maka tarikh yang logik untuk PAU2021 ialah sama ada November atau Disember tahun ini.

Walaupun UMNO ada peruntukan untuk menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan, namun oleh kerana Zahid Hamidi sendiri pernah berjanji tidak akan berbuat demikian, mahu tidak mahu, pemilihan hampir pasti akan diadakan sebelum berakhirnya tahun 2021 ini.

Cuma, bersabar dan bertenanglah sikit.

Sedemikian, jika PRU15 diadakan sebelum sekitar Ogos sebaik UMNO membuat ketetapan menarik sokongan dan keluar daripada kerajaan, ia hampir pasti akan dihadapi oleh barisan kepimpinan UMNO yang sedia ada.

Zahid Hamidi bukan saja akan mengetuai UMNO dan BN menghadapi PRU15, malah beliau jugalah nanti yang akan menandatangani watikah calon, termasuk kepada KJ dan Annuar.

Yang menjadi persoalan besar, mengapa KJ dan Annuar begitu ghairah mahu pemilihan UMNO disegerakan dan mesti diadakan pada Jun?

Adakah ia untuk memastikan UMNO ada barisan kepimpinan baru bagi menghadapi PRU15 yang kononnya lebih diterima rakyat dan barisan kepimpinan baru yang dimaksudkan itu ialah mereka daripada kalangan kluster menteri semuanya?

Jika kluster menteri yang akan menerajui UMNO, apakah UMNO akan kekal dengan keputusan putus hubungan sedia ada dengan Bersatu sebagaimana itulah kehendak akar umbi yang diluluskan melalui usul bahagian-bahagian sebelum ini?

Atau akhirnya dengan kepimpinan baru, masa depan UMNO lebih mudah digadai kepada Bersatu dan Mahiaddin Md Yasin bagi membolehkannya kekal lagi sebagai Perdana Menteri?

Selepas itu, apa agaknya nasib UMNO? 

(Shahbudindotcom 04/04/2021)






SAKAN GELAKKAN ORANG YA-MUDARAT KECIL KA BESAR NIH....

 


ROZY RAZID


Kalau PKR ada Afdlin & Altimet, jangan lupa PPBM ada King!! King Koko (bukan nama sebenar)

**galak betul dia ketawakan orang ek.. Hakak nak tanya, abang kat belakang tu tengok ape bang?? PAS team ada nak komen islamic tak?? Mudharat kecil ke beso kalo macam ni?? #hakaktanyaje

 




NAMA LAIN ...NAMA IC LAIN...MACAM MACAM KISAH KALAU TIDAK SAH...

 

Jika berdasarkan keputusan mahkamah hari ini.. cuti NZ Shantara adalah TAK SAH kerana diluluskan dgn nama palsu atau "nama glamor" Muhyiddin Yassin bukannya Mahiaddin Md Yasin...!!!

Bagaimana pula semasa ABAHcow angkat sumpah jadi PM depan YDP Agong tempohari?..Guna Muhyiddin Yassin atau Mahiaddin Md Yasin??!

SR

 May be an image of text that says "Terbukti di mahkamah, nama sebenar ABAHcow adalah Mahiaddin Md Yasin bukannya Muhyiddin Yassin 2. Untuk makluman YAB Tan Sri, saya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berhasrat untuk memohon cuti rehat selama hari berkerja daripada Disember 2020 hingga Mac 2021 membolehkan saya melawat keluarga yang berada Auckland, New Zealand. Pemohonan cuti selama 55 hari berkerja seperti AMPIRAN A. Begehya petklué Hunhrelee TANS Aras Blok 2020 411/Faks: HAMANT MAWA SR suara akyat a 'Muhyiddin' ADAKAH CUTI SHANTARA SAH YANG DITANDATANGANI 'NAMA GLAMOR' MUHYIDDIN DENGAN NAMA YANG SALAH?"

BERCELARU SUNGGUH BILA KUASA DAH SEMAKIN TERHAKIS

 


Panas! Hadi akhirnya dedah Zahid dah sign setuju jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional

Panas! Hadi akhirnya dedah Zahid dah sign setuju jemput Bersatu sertai Muafakat Nasional

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan menyoal mengenai undangan penyertaan Bersatu ke dalam Muafakat Nasional (MN).

“Tahun lepas Bersatu dijemput menyertai MN. Kita bincang mendalam jemputan ini dan akhirnya kita bersetuju menerima jemputan tersebut. Bukan kita minta masuk. Kita dijemput masuk.

“Bila kita dah balas surat dan nyatakan persetujuan, tidak ada respon rasmi mengenai status selanjutnya. Saya sendiri tertanya-tanya apa status jemputan itu sekarang,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Pada 21 Ogos tahun lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan keputusan menjemput Bersatu itu dicapai berdasarkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh timbalan presiden dari kedua-dua parti utama MN, Umno dan PAS.

Menurut Wan Saiful, selepas diundang menyertai MN, Bersatu telah menyatakan persetujuan tetapi perkara berkenaan tergantung setakat itu.

“Kita tak tolak dan tak pernah tolak agenda penyatuan. Janganlah tuduh kita tolak pula. Sekarang kita tumpukan tenaga dan masa kita untuk perkukuh Perikatan Nasional.

“MN itu satu cerita lah. Tapi kita sekarang tumpu PN dan perkasakan PN,” katanya lagi.

 

Sebelum ini, Zahid membuat kenyataan tersirat, dipercayai merujuk kepada PAS supaya tidak mengulangi kegagalan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Semangat 46 dengan memilih sekutu yang salah dalam pilihan raya kelak.

“Kerana gabungan politik (APU) dibentuk tidak jujur dan genuine (ikhlas),” kata Zahid pada 1 April.

Hal ini selepas Umno membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

PAS bagaimanapun memutuskan untuk kekal bersama PN menjelang PRU.

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan Zahid bahawa jemputan Bersatu menyertai Muafakat Nasional sudah dipersetujui partinya dan Umno.

Kita dah bersetuju, sudah tandatangani. Saya sign, Zahid Hamidi sign jemput (Bersatu pimpinan) Muhyiddin (Yassin) ke dalam Muafakat Nasional.

 

“Itu yang perlu dilaksanakan. Kita dah tandatangani. Saya boleh tunjuk surat itu,” jelasnya.

Abdul Hadi juga berkata partinya telah bekerjasama dengan banyak gabungan politik.

“Siapa kerjasama dengan kita, terus. Yang tidak kerjasama dengan kita sama ada dah mati atau pun dah berkecai atau pun dah terkulai. Tak perlu saya sebut namalah.

“Baca sejarahlah. Tahun 1950an PAS kerjasama dengan Parti Negara, Parti Negara di mana sekarang? PAS ada lagi.

“Kerjasama dengan Barisan Sosialis (1960an). PAS ada lagi, Barisan Sosialis di mana sekarang?

“Kerjasama dengan Barisan Nasional (1970an). PAS ada lagi, BN di mana sekarang. Kerjasama dengan Semangat 46, PAS ada lagi,” kata Hadi. 


Bongkar! Tajuddin kumpul tandatangan jatuhkan Zahid Hamidi

 Bongkar! Tajuddin kumpul tandatangan jatuhkan Zahid Hamidi


Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman didakwa melakukan gerakan menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO.

Memetik laporan Malaysiakini, dakwaan itu dibuat Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyatakan tindakan Tajuddin itu dibuat sejak tahun lalu.

Tajuddin dilapor menggerakkan usaha mengumpul tandatangan lebih 80 ketua UMNO bahagian bagi menolak kepimpinan Ahmad Zahid.

“Tajuddin ni, dia pernah buat gerakan ambil tandatangan ketua bahagian untuk jatuhkan presiden (Ahmad Zahid).
“Dia kumpul tandatangan bermula tahun lepas sebelum dilantik jadi pengarah pilihan raya (UMNO). Lebih 80 bahagian tandatangan dia kumpul untuk jatuhkan presiden,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Tajuddin dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya UMNO pada 4 November tahun lalu.

Turut membuat dakwaan sama adalah seorang Ahli MT UMNO yang tidak didedahkan namanya oleh Malaysiakini.

“Dia (Tajuddin) panggil ketua-ketua bahagian, kumpul di rumah dia untuk tandatangan SD (akuan berkanun untuk menolak Zahid),” katanya sebagai memetik laporan tersebut.

MT UMNO itu mendakwa pertemuan Tajuddin bersama ketua-ketua bahagian UMNO itu dibuat sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, lantaran rasa tidak puas hati beliau tidak diberi jawatan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ia sekali gus memberi tanggapan bahawa Ahmad Zahid merupakan seorang presiden yang lemah.

UMNO kini dilapor berdepan krisis dalaman susulan terdapat pertikaian berhubung kerjasama politik dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) seiring menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).



KAH..KAH..KAH Pelik! Polis pula kena tunggu Neelofa untuk siasat

 Pelik! Polis pula kena tunggu Neelofa untuk siasat


Kertas siasatan membabitkan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, hampir siap.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis perlu mengambil keterangan pasangan itu untuk melengkapkan siasatan.

“Kertas siasatan dijangka siap dalam masa terdekat.

“Kita perlu ambil keterangan pasangan terbabit terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Terdahulu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) selepas mendapati majlis yang berlangsung itu gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Ia susulan satu gambar tular di media sosial menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berikutan itu, pembantu peribadi Neelofa, Nadiah Khairuddin dan penganjur majlis iaitu pengasas Syarikat Reka Teemor Faiz Sabari serta isterinya Rozana Mumtaz sudah tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, pada Selasa lalu..




FUH LAGI MARAHEN KUTUK, LAGI DIA TUNJUK GAMBAR.....

 May be an image of 2 people, people sitting and text that says "Azmir @azmirliberty After using the business trip excuse, excuse she still arrogantly uploaded her travel photos on Instagram. Basically she IS saying "fuck you marhaen". 1:21PM·0 1:21PM02/042021-TwitteforiPphone 02/04/2021 Twitter for iPhone"


NOIRSHIDAH MD DAUD


Dia ni sejak awal pembabitan dalam dunia seni memang dah ada kontroversi.

 

Kalau sape follow pertandingan zaman Dewi Jula Juli Bintang 3 dulu, memang akan tau kes dia & family bergadoh ngan finalis lain, sampai nak menyaman bagai

So x pelik dengan Zouk & benda-benda  camni

Sorry la, bab lakonan & pengacaraan, dia memang xde "aura"

Bab bisnes aku memang bagi pujian

Dia pandai ambik kesempatan dengan segala hal yang jadi untuk promote produk dia

Idola?

Baik aku layan Wardina

 


GERAKAN MEMBURU DATUK SERI NICKY!


1. Op Pelican 3.0 yang dilancarkan bagi memburu Geng Nicky dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Jabatan Siasatan Jenayah Johor dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 melibatkan 220 pegawai dan anggota polis.


2. Lapan orang kenamaan iaitu dua berpangkat ‘Datuk Seri’ dan enam lagi berpangkat ‘Datuk’ ditahan dalam operasi tangkapan Geng Nicky.


3. Sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru serta wang tunai termasuk mata wang tempatan dan asing berjumlah RM773,145.78 dirampas. Selain itu, polis juga menyita kenderaan mewah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM6.67 juta.


4. Pihak polis turut membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.053 juta dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759 melibatkan 21 individu dan 16 entiti.


5. Anggaran harta dimiliki sindiket ini termasuk saham syarikat, mata wang digital dan hartanah dianggarkan bernilai RM1 bilion!


6. Seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan. Seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya juga diburu kerana disyaki menjadi informer.


7. Suspek utama Datuk Seri Nicky mempunyai 12 jenayah lampau bersabit kes dadah dan jenayah kekerasan termasuk insiden memukul anggota Rela pada tahun 2017.


8. Setelah mendapat 'info', Nicky berjaya melarikan diri dengan membawa lapan beg yang dipenuhi wang tunai dan kini usaha pemburuan sedang giat dijalankan.


9.Semoga beliau dapat di tangkap dan disumbat ke dalam penjara.





Malaysia Lagi 5 Tahun Akan Datang-KENA HADAP


ABDULLAH MAT ISA


Aku tau ramai yang berminat dengan topik ni .

Jadi aku menulis dari sisi rakyat marhaen yang cuba faham .

Aku bukan pakar ekonomi .. Aku sama seperti orang lain yang sedang memikirkan apa nasib anak anak aku nanti

Terpikir jugak , Sebenarnya apa yang kita ada ..

Tak sangka , Masa jumpa Founder Adabi ..

Dato Syed Manshor Pun merisaukan perkara yang sama ..

Katanya .. We almost have nothing !

Cuba kita tengok .. Untuk masa sekarang dan masa depan apa yang kita ada ?

Pertanian ?

Ya dulu malaysia memang banyak dengan tanaman kelapa sawit, beras dan getah , Yang dihasilkan dan ada yang dijual secara eksport .

Tapi sekarang ni Indonesia dan mempunyai ladang kelapa sawit terbesar

Thailand pun sama sama ekspert dalam pertanian

Malaysia .. Buat setakat ni ada Musang king je lah ...

Perdagangan ? dan Trading ?

Singapore dari awal dah jadi port perdagangan ..

Ternakan ?

Lagi lah jauh kita ketinggalan

Automotif ?

Geely pun dah ada pegangan saham . Jadi automotif kita telah dikongsi dengan negara lain ?

Belum lagi nak lawan german dan jepun .

Mereka lah yang sedang kuasai dunia dalam automotif . Jangan harap lah nak lawan .

Minyak benzen / Gas ?

Dan nak habis dah pun kan ?

Pelancongan ?

Part ni memang indonesia dan thailand lah pegang . Orang kita sendiri memilih banyak destinasi di indonesia dan thailand

Pembinaan ?

Pun sama .. Boleh bezakan binaan bangunan dan struktur unik di thailand dan indonesia

Pekerja indonesia lebih mahir dalam pembinaan . Yang dulu nya buruh pun sekarang ramai dah jadi tokey besar di malaysia .

Apa lagi ..?

Nampak macam kita tak ada expert dalam apa apa pun...

Melainkan update harian artis tempatan

Seperti artis mengandung , Artis kahwin baru ,

Artis pakai baju seksi , Dan juga artis curang

Jantan jadi perempuan , Pergi mekah pakai telekung .

Tak kurang juga dengan politician

Adakah kita punyai kerajaan yang kuat sekarang ni ?

Tapi walau macam mana pun

Duit Tax tetap kena bayar ... Tak sejajar dengan peredaran arus zaman dan masa

Gaji makin statik ... Harga barang makin tinggi

Kemudahan awam .. Lagi sedih

Dekat malaysia ni ,

Kalau boleh banggakan pun aku rasa Highway Plus

Itu je lah yang nampak elok dan cantik

Tu pun kena bayar mahal sampai sekarang ..

Peluang pekerjaan pun makin susah

Doktor junior pun ramai dah bawak grab atau jual makanan . Kerja dah tamat kontrak .

Padahal itu adalah jawatan kritikal .. Tapi ramai yang menganggur sebagai doktor ..

Kalau doktor pun ada masalah kerja , Apatah pekerjaan lain ?

Bukannya kita terlebih doktor , Yang menyebabkan pengangguran , Tapi tak cukup hospital untuk penempatan ..

Kalau ada pun , Banyak produk timbang kilo , Scam macau , scam trading

Banyak duit kita dah disalurkan kepada Lazada , Shopee dan sebagainya ..

Aku pun tak paham ...

Generasi kita pulak , Semuanya focus pada tiktok , Instagram , Online games ..

So apa nasib generasi akan datang ?

Adakah mereka ni pelapis negara yang kita rasa yang boleh bawa malaysia maju macam negara lain ?

Generasi kita belajar dengan apa yang mereka nampak ...

Lakonan badut dari ramai politician pun dah tunjukkan betapa lawaknya malaysia ni ..

Ada kah perkara ini sangat lucu ?

Memandang kan aku tak boleh fikir apa yang kita ada ..

So tak terkejut lah kalau indonesia , Thailand ,vietnam akan terus meninggalkan kita suatu masa nanti

Tak percaya tengok lah 5 tahun akan datang ..Description: 😭

Bukan aku nak provoke ke apa ..

Tapi rasanya kita dah boleh mula ada institusi kepakaran kerja ,

Mula cipta peluang2 baru ...Contohnya

Kita dah dalam bidang pertanian , Tapi masih lagi import mesin2 pertanian dari jepun dan china

apa kokak sangat ke kita ni tak boleh r&d mesin pertanian sendirj dan jual pada market luar ?

Itu baru pertanian , Bagai mana dengan nelayan dan hasil laut ? dan macam macam lagi ...

Dan tak terkejut bila satu hari nanti rakyat malaysia yang akan keluar untuk jadi buruh di negara lain

masa tu jangan harap lah nak pilih pekerjaan duduk opis , Pakai tie dan coat dengan bergaya ..

Masa tu hanya ada pilihan , Kau nak kerja atau tak ?

Lepas tu ada juga beberapa kalangan instafamous yang dah kaya jual produk , Kata , SPM fail pun boleh berjaya . Dan tanam kan mindset macam ni pada orang lain

Education bukan untuk kaya , Education function dia untuk develope something yang lebih besar dari kaya .

Dengan ilmu lah kita boleh cipta macam2 .. Duit tu hanya Tools sahaja .

Education is important ! tapi ramai yang nampak duit masalahnya ..

ini lah sistem yang kita ada dan sangat merisaukan

So jangan lah bergantung sangat pada kerajaan

Kita mulakan sendiri , Kalau minat pertanian ..

Boleh dah cipta mesin2 yang boleg digunakan untuk pertanian .

Apa pun bidang korang minat .. go all out

Mungkin satu hari nanti kreativiti korang akana diterima orang lain , Dan mungkin kau boleh cipta lagi benda2 yang boleh beri peluang kepada orang lain

Apa yang kita boleh berikan lebih baik dari apa yang kita boleh terima

Have faith .. And start doing it now ! Anything !

Anythinh you like !

So korang rasa Apa yang kita ada ?

Takkan asik dok bangga dekat dua batang Klcc tu je kan ?

 

SUATU PANDANGAN KISAH HISHAMMUDDIN HUSSEIN, MENTERI LUAR TERLAJAK CAKAP

 

May be an image of 2 people, including Hassan Abdul Karim and people standing


Pepatah Melayu ada berkata: “Terlajak perahu boleh diundur; terlajak cakap buruk padahnya”.

Tetapi inilah yang berlaku di Beijing di akhir lawatan dua hari Menteri Luar Malaysia, Hishammuddin Hussein ke China, baru-baru ini. Dalam satu sidang akhbar bersama Menteri Luar China, Wang Yi, Hishammuddin memanggil China sebagai “abang besar (big brother)”. Dengan pantas, Menteri Luar China membalas. “Kita adik beradik” kata Wang Yi.

Hishammuddin sebagai seorang wira ataupun frontliner di barisan hadapan yang sepatutnya menjaga maruah dan kedaulatan Malaysia telah gagal dalam tugas hakikinya. Mungkin dengan layanan mesra dan hospitaliti tuan rumah China yang tidak ada tolok bandingnya, mewarisi Empire silamnya yang bijak berdiplomasi sejak zaman Marco Polo lagi, maka Menteri Luar Malaysia, anak bangsawan dari Johor itu kecundang dan melutut, lalu mengakui bahawa Malaysia ini sebagai adik kecil China, jika pun tak sampai ke tahap boneka.

Hishammuddin perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia. Meletakkan jawatan Menteri Luar mungkin terlalu berat baginya. Sekurang-kurangnya anak bekas Perdana Menteri ketiga itu wajarlah meminta maaf. Mengapa Hishammuddin Hussein perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia? Ini penjelasan dari saya.

Pertama, masakan sebagai Menteri Luar, Hishammuddin tidak sedar bahawa China telah melakukan banyak kali pencerobohan ke dalam perairan Malaysia di Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa sebagai perairan negara kita?

Kedua, sebagai Menteri Luar, tidak mungkin Hishammuddin tidak tahu bahawa China tidak mengiktiraf Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia. Tidak munasabahlah untuk kita rakyat biasa perlu memberitahu Hishammuddin bahawa kebanyakan telaga minyak, pelantar minyak, sumber pertoleum dan gas asli Malaysia yang dicarigali oleh Petronas berada di dalam Zon Ekonomi Eksklusif negara kita?

Ketiga, masakan Menteri Luar, Hishammuddin cepat lupa bahawa kuasa besar China sekarang mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan adalah miliknya. Malaysia juga menuntut beberapa kepulauan di Laut China Selatan ini. Bagaimana kita hendak dipandang bermaruah oleh China jika Malaysia jadi adik kecil kepada abang besar China?

Keempat, Hishammuddin sebagai Menteri Luar tentu seorang menteri yang cerdik dan arif tentang sejarah. Hampir 60 tahun lalu, iaitu pada tahun 1961 telah diadakan Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (“ non-aligned movement”) di Bandung, Indonesia. Pemimpin-pemimpin penting Asia seperti Presiden Sukarno, Perdana Menteri Jawaharal Nehru, Chou En Lai telah hadir dalam persidangan itu dan mengasaskan pergerakan negara-negara berkecuali itu. Apa yang Menteri Luar Malaysia, Hishammuddin ucapkan di Beijing baru-baru ini dan dilapor ke seluruh dunia adalah bertentangan dengan dasar berkecuali yang dipegang oleh Malaysia sebagai teras asas dasar luar negara Malaysia.

Kelima,Hishammudin Hussein tentu masih ingat bahawa pertubuhan ASEAN telah dibentuk lebih kurang 50 tahun yang lalu sebagai suatu zon yang aman, bebas dan berkecuali (“Zone of Peace, Freedom and Neutrality”) atau ringkasnya ZOPFAN. Prinsip ZOPFAN ini secara tepatnya dibentuk pada tahun 1967. Antara pelopornya ialah tiga orang menteri luar di Asia Tenggara, iaitu Tun Abdul Razak (Malaysia), Adam Malik (Indonesia) dan Carlos Ramulo (Filipina). Jadi, Hishammuddin Hussein janganlah rosakkan prinsip ZOPFAN yang penting ini yang telah berdekad-dekad menolong menjadikan rantau Asia Tenggara ini kawasan yang aman.

Sebagai Menteri Luar Malaysia, tentunya Hishammudin tidak perlu diingat-ingatkan bahawa di rantau Asia Tenggara inilah kemungkinan besar sengketa ketenteraan antara Amerika Syarikat dengan China akan berlaku. Sebarang provokasi yang tidak terkawal akan membawa konflik peperangan di rantau ini.

Jadi, ingatlah bidalan Melayu. " Kerana pulut santan binasa". Kita tidak mahu kerana mulut Menteri Luar kita yang tidak cermat, Malaysia akan terheret ke dalam sengketa dua kuasa besar Amerika Syarikat dan China.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

3 April 2021 (Sabtu)

 

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa ...

KENYATAAN MEDIA - 21 April 2021 Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita me...