1. Op Pelican 3.0 yang dilancarkan bagi memburu Geng Nicky dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Jabatan Siasatan Jenayah Johor dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4 melibatkan 220 pegawai dan anggota polis.
2. Lapan orang kenamaan iaitu dua berpangkat ‘Datuk Seri’ dan enam lagi berpangkat ‘Datuk’ ditahan dalam operasi tangkapan Geng Nicky.
3. Sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru serta wang tunai termasuk mata wang tempatan dan asing berjumlah RM773,145.78 dirampas. Selain itu, polis juga menyita kenderaan mewah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM6.67 juta.
4. Pihak polis turut membekukan 41 akaun bank bernilai RM4.053 juta dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759 melibatkan 21 individu dan 16 entiti.
5. Anggaran harta dimiliki sindiket ini termasuk saham syarikat, mata wang digital dan hartanah dianggarkan bernilai RM1 bilion!
6. Seramai 34 pegawai dan anggota agensi penguat kuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) disyaki terbabit dengan sindiket berkenaan. Seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya juga diburu kerana disyaki menjadi informer.
7. Suspek utama Datuk Seri Nicky mempunyai 12 jenayah lampau bersabit kes dadah dan jenayah kekerasan termasuk insiden memukul anggota Rela pada tahun 2017.
8. Setelah mendapat 'info', Nicky berjaya melarikan diri dengan membawa lapan beg yang dipenuhi wang tunai dan kini usaha pemburuan sedang giat dijalankan.
9.Semoga beliau dapat di tangkap dan disumbat ke dalam penjara.