SELAMAT ulangtahun Parti Keadilan



4.4.1999 akan sentiasa dikenang sebagai tarikh dimana Parti Keadilan Nasional (KeADILan) ditubuhkan dan kemudian,berikutan pergaubungan dengan Partai Rakyat Malaysia ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) seperti yang ada pada hari ini.

 

Timeline:-

Kronologi KEADILAN


2 September 1998

Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri.


3 September 1998

Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO serta jawatanjawatan

politiknya.


12 September 1998

Deklarasi Permatang Pauh. REFORMASI secara rasmi. Era pertama bermula.


20 September 1998

Perhimpunan terbesar di dalam sejarah Malaysia di Dataran Merdeka dan Masjid

Negara. Anwar Ibrahim kemudiannya ditahan di bawah ISA apabila pihak polis

menyerbu rumahnya di Bukit Damansara.


27 September 1998

GERAK ditubuhkan.


29 September 1998

Anwar Ibrahim muncul dengan mata lebam apabila dibawa ke Mahkamah buat kali

pertama sejak ditahan di bawah ISA.


Oktober 1998

Perhimpunan dan demonstrasi mingguan di sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman


10 Disember 1998

ADIL ditubuhkan dengan diketuai oleh Dr. Wan Azizah Wan Ismail.


4 April 1999

Parti Keadilan Nasional (PKN) dilancarkan. Singkatan KeADILan digunakan.


14 April 1999

Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun atas empat pertuduhan rasuah.

Istilah BLACK 14 muncul.


Sejarah Penubuhan Parti Keadilan Nasional


Kenyataan Wan Azizah mengenai penubuhan Parti Keadilan Nasional


Jawatankuasa Penaja ADIL

8 Jalan Setiamurni 1

50490 Kuala Lumpur

 

Pelancaran Parti Keadilan Nasional (KeADILan)     

    

Dengan takzimnya dimaklumkan bahawa saya dan beberapa rakan seperjuangan dalam pergerakan     

reformasi dan ADIL telah  memutuskan untuk melancarkan sebuah parti yang bernama Parti Keadilan Nasional.  Pelancaran ini akan berlangsung pada 4 April 1999, pukul 10.00 pagi, di Hotel Renaissance     

(Grand Ballroom) Jalan Ampang, Kuala Lumpur.    

 

Parti Keadilan Nasional atau (KeADILan) adalah sebuah pertubuhan politik yang didaftarkan pada tahun 1990. Nama asalnya adalah Ikatan Masyarakat Islam dan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada tahun 1999, parti ini dipinda namanya kepada Parti Keadilan Nasional (KeADILan), sesuai dengan aspirasi perjuangan semasa. Kini dengan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi. Misi perjuangan adalah jelas: menegakkan keadilan dan kebenaran.


KeADILan adalah parti berbilang kaum dan agama yang terbuka keahliannya kepada semua warga Malaysia. Butir-butir lain tentang KeADILan akan diumumkan di majlis pelancarannya pada 4 April 1999.

 

 Dr. Wan Azizah bte Wan Ismail

30 March 1999


Nota kaki


Parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia (IKATAN) merupakan sebuah parti politik kecil yang ditubuhkan pada 28 Februari 1990 sebagai tanda protes terhadap Presiden PAS. Ia mempunyai ahli berdaftar seramai 9 orang. Pada asalnya, parti tesebut ditubuhkan menggunakan singkatan IMAM dengan berpusat di Kuala Lumpur.


Namun, ROS telah menolak nama tersebut dan singkatan IKATAN telah digunakan. Presiden IKATAN pada waktu itu hinggalah pada masa pengambilalihan itu adalah Abdul Wahab bin Yunus.

Satu perkara yang tidak diketahui adalah ide nama KEADILAN timbul selepas menunaikan solat sunat tarawih. 5 nama dikemukakan untuk dipilih oleh Anwar Ibrahim.

1.  Parti Keadilan

2.  Parti Keadilan Rakyat

3.  Partu Keadilan Nasional

4.  Parti Keadilan Negara

5.  Parti Keadilan Kebangsaan


Akhirnya Anwar Ibrahim memilih Parti Keadilan Nasional.  Beberapa pilihan logo juga telah dikemukakan. Antaranya logo menggunakan lambang Matahari. Tapi akhirnya Anwar memilih logo mata yang ada sekarang.




No comments: