Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Walaupun kita dimerdekakan oleh British, tapi tak pernah dalam dasar politik
mahupun kenegaraan kita menganggap kita ini kecil atau adik kepada mana-mana
negara besar terutamanya sekali dari British.
Kita adalah setara dengan negara lain dari segi kedaulatan. Kita
tidak memandang negara lain sebagai ketua kita... tak kisah lah negara kuat
atau negara lemah... negara kaya atau negara miskin.
Malaysia tanah berdaulat... tanah tumpah darah orang Melayu,
Cina, India, Punjabi, Iban, Dayak, Murut, Kadazan, Dusun, Orang Ulu, Penan,
Senoi, Semai, Jakun, Negrito dan apa sahaja puak yang ada yang lahir dan
berkerakyatan Malaysia...
Jadi... pada kita tindakan yang dibuat oleh Menteri Luar
Malaysia iaitu Hishamuddin Hussein yang menggelar Negara China sebagai
"Abang Besar" adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima. Ini
adalah sesuatu yang menghina kedaulatan (sovereign) Malaysia.
Kalau mengikut undang-undang, tindakan Hishamuddin Hussein ini
adalah satu kesalahan besar yang dikira penderhakaan. Ianya serupa dengan
mengisytiharkan perang dengan YDP Agong. Kesalahan sebegini sama ada boleh
menyebabkan status kerakyatan Hishamuddin Hussein boleh dibatalkan atau
dikenakan hukuman mati mandatori.
Ianya satu kesalahan yang tidak sepatutnya dibuat dan tidak
boleh dimaafkan begitu sahaja.
Aku selaku rakyat menuntut satu kebertanggungjawaban dari
Hishamuddin Hussein untuk meminta maaf secara terbuka kepada seluruh
warganegara dan juga meletakkan jawatannya sertamerta. Aku nasihatkan Jabatan
Imigresen untuk menggantung kerakyatan Hishamuddin Hussein jika tidak
membatalkannya.
Menghina kedaulatan (sovereign) negara secara jelas hukumannya
adalah berat.