TUNGGANG AGAMA.


PEJUANG REFORMASI


 Demi menyelamatkan akidah umat Islam? Lagi, lagi, lagi tunggang agama tak sudah-sudah.




TATAKELOLA PLKN 3.0

 

Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan lantas dimaklumkan mengenai kemajuan pelaksanaan program membina kefahaman dan penghayatan erti kenegaraan yang sangat penting kepada setiap rakyat Malaysia. 







Antara yang dibentangkan adalah status pelaksanaan program PLKN 3.0 yang akan bermula tahun 2025 dimana saya menekankan peri penting pelaksanaan program ini dilaksana dengan teliti serta menambah baik pendekatan bersesuaian dengan peredaran keadaan semasa.


Ini penting agar program ini mampu melahirkan generasi anak muda Malaysia yang mempunyai daya tahan yang tinggi, cekal menopang rintangan kehidupan serta mampu menyumbang kepada negara selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.


Justeru, dalam mesyuarat ini saya memutuskan pelaksanaan PLKN 3.0 ini diutamakan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet-kadet sekolah yang akan diselaraskan melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan.


Terkait peranan setiap rakyat dalam membina negara bangsa, adalah mustahak usaha menyeluruh digembleng dalam memperkukuh jati diri, kekuatan iltizam bersama memajukan negara dan kesediaan untuk mempertahankan tanah air tercinta. 


#MalaysiaMADANI



DIA BERTINDAK SOQANG, DIA CUBA KAITKAN SEMUA ORANG. LAPORAN POLIS HARUS DIBUAT.

 


BARU MANTAP MACAM NI 👍👍





Penggunaan teknologi kod QR di 40 kemudahan tambahan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk utama negara yang pertama dilaksanakan akan membolehkan urusan imigresen selesai dalam masa kurang 5 saat.


Semua 40 kemudahan tambahan itu akan disediakan di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan perolehannya dijangka selesai dalam tempoh 3 minggu lagi, sekali gus ia dapat mengatasi masalah kesesakan orang ramai.


Penambahan sistem pagar automatik itu dilengkapi teknologi kod QR yang membolehkan urusan imigresen selesai dalam tempoh 5 saat sahaja berbanding sebelum ni ambil masa antara 10 hingga 15 saat untuk melepasi autogate.


Ini satu penambahbaikan yang sedang dilaksanakan Jabatan Imigresen 👍👍



ANWAR BUKAN PENDENDAM. KUASA YDPA TIADA SIAPA BOLEH HALANG


 

BYE BYE BERSATU. KEMPUNAN LA SHAIDAN KASIM. KIOK


 

NI REAL KA PALESU?

 

Che Ibrahim


Secara peribadi ambo tak percaya statement ini dikeluarkan oleh seorang yang profesional.




‘Yang Mansuh UPSR, PT3 Bukan Saya Tapi Putrajaya (Radzi Jidin)!’


 Fadhlina bercakap ketika sesi Penggulungan RUU Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi KPM di Dewan Rakyat pada Selasa. Foto Jabatan Penerangan

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) pada 2021 serta 2022 bukan keputusan beliau sebaliknya oleh Radzi Jidin ketika memegang jawatan itu.

“Saya dapati ramai ahli Yang Berhormat (YB) masih berminat isu berbangkit berkaitan peperiksaan. Ramai yang bertanya, menggesa (peperiksaan) mesti dikembalikan dan melihat bagaimana kesannya kepada anak kita khususnya selepas pemansuhan UPSR dan PT3.

“Saya ingin beri penegasan, yang hapuskan peperiksaan bukan saya tetapi Putrajaya (Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin). Saya ambil pendekatan apa yang ada dalam sistem sekarang ini khususnya pentaksiran.

“Ini harus diberikan kekuatan, penegasan dan juga (usaha) memperkukuh guru-guru kita,” katanya ketika Sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat, hari ini.

Keratan berita menunjukkan Radzi mengumumkan pemansuhan UPSR dan PT3 dibatalkan mulai 2021.

Susulan jawapan diberikan Fadhlina, Radzi bingkas bangun dan cuba mencelah untuk memberikan pencerahan namun celahannya menuduh KPM pula bukan dirinya sendiri atas alasan ‘collective responsibility’.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata keputusan KPM berhubung isu berkenaan adalah jelas iaitu meneruskan dasar pendidikan semasa dengan memberi tumpuan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Memperincikan justifikasi pelaksanaan PBS itu, beliau berkata, ia antara usaha kementeriannya bagi pembangunan pendidikan secara holistik.

“Ingin saya tegaskan, peperiksaan tidak boleh ambil alih soal pembangunan pendidikan. Apa yang kita mahu adalah melihat anak-anak kita membesar dan mendapat pendidikan secara holistik.

“Sebab itu saya setuju. Ada antara soalan dikemukakan YB berkaitan sukan, pembabitan badan beruniform… kerana ini yang kita sedang lihat dalam pendidikan.

“Keseluruhan konteks ini sama penting dan sangat penting untuk pembangunan anak kita,” katanya.



PM Anwar Akan Umum Keputusan Isu Agihan Gas Antara PETRONAS, PETROS

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian ketika program Kumpulan Visi Strategik: Interaksi Antara Russia dan Dunia Islam – Era Kemunculan Multipolariti di Hotel Mandarin Oriental pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUCHING, 11 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memuktamadkan isu pengagihan gas di antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS).

Perkara itu dimaklumkan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg ketika perbincangan dengan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Justeru, beliau menyerahkan kepada Anwar untuk mengumumkan keputusan mengenai isu berkenaan.

“Biarlah Perdana Menteri umumkan dan ia akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan TVET Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) Ke-4, di sini hari ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kanan) merasmikan Persidangan TVET Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA) Ke-4 di Kuching pada Rabu. Foto Bernama

Julai lalu, Sarawak memberi tempoh lanjutan tiga bulan kepada PETRONAS untuk memuktamadkan susunan penyeliaan pengagihan gas di negeri ini dengan PETROS.

Sebelum itu, Sarawak memutuskan syarikat petroleum milik kerajaan negeri, PETROS mengambil alih peranan dalam semua aktiviti jual beli gas asli di negeri ini bermula 1 Julai lalu.

Bagaimanapun, PETRONAS meminta penangguhan kerana pengagihan gas ke Loji LNG di Bintulu akan terjejas dan kerajaan Sarawak kemudian memberi tempoh lanjutan selama tiga bulan.

Pada 31 Oktober lalu, Abang Johari mendedahkan PETROS menjadi agregator gas tunggal di negeri ini apabila secara dasarnya kedua-dua syarikat petroleum itu mencapai resolusi bersama berkaitan urusan pengagihan.

Bagaimanapun, PETRONAS dalam reaksi beberapa jam selepas pendedahan Abang Johari, menjelaskan proses perbincangan cadangan pelaksanaan Ordinan Pengedaran Gas (DGO) masih belum dimuktamadkan dan rundingan masih diteruskan untuk menyelaras kepentingan dan objektif semua pihak.


KEJAYAAN KEMENTERIAN PERTANIAN


 

CUBA LIHAT REALITI MASA NAJIB DIHUKUM. LUNYAI PUAK PUAK PN NI HENTAM AYAH KAU.

 


Nazif harus bertanya, di manakah kedudukan pemimpin Perikatan Nasional ketika DS Najib dijatuhkan hukuman? Apakah ketika itu mereka pertahankan DSNR?


Maka benarlah apa yang PMX katakan semalam..


https://vt.tiktok.com/ZSjKK9C69/ <-- Jemput Follow




MOHON WARIS BUAT LAPORAN POLIS.


Che Ibrahim

 

Kalau betul kenyataan ini, pohon bapa yang malang Saman Hospital Bersalin Razif kerana telah membuat kenyataan berunsur fitnah....





ANWAR TIDAK BERDENDAM.


Aman Mohamad


 Ketika dipenjara di zaman Najib, PMX pernah mohon tahanan rumah, Najib tak layan. 


Hari ini Najib dipenjara, PMX yang tolong masukkan nama Najib ke dalam senarai Lembaga Pengampunan. 


PMX tak pernah berdendam. 


;)



KESOMBONGAN MAK LAMPIR SETELAH MAHKAMAH BERI DISKAUN BAYARAN KERANA MENG...



Mahkamah Rayuan mengurangkan perintah bayaran RM10 juta kepada hanya RM100,000 kepada Zuraida Kamaruddin kerana keluar PKR selepas menang pilihan raya menggunakan lambang parti itu.
Panel tiga hakim terdiri daripada See Mee Chun, Azman Abdullah dan Ahmad Kamal Md Shahid sebulat suara mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu.
Zuraida antara sekumpulan anggota parlimen PKR yang mengalihkan sokongannya kepada kumpulan parti diketuai Muhyiddin Yassin melalui gerakan politik Langkah Sheraton. Tindakan itu menyebankan Zuraida diheret ke mahkamah kerana didakwa melanggar syarat bon RM10 juta yang mengikatnya dengan PRK. Ketua pasukan pembelaan Azhar Azizan Harun dilaporkan berkata, mahkamah memutuskan jumlah RM10 juta sebagai tidak munasabah.
Katanya, pada pendapat hakim, jumlah yang munasabah hanya perbelanjaan ketika pilihan raya yang dibenarkan bawah undang-undang untuk sesuatu kawasan parlimen, iaitu RM200,000. Ia juga, katanya, perlu mengambil kira tempoh 22 bulan Zuraida berkhidmat menjadi wakil rakyat PKR. Sementara itu, Zuraida berkata dia akan membuat bayaran menggunakan wang kertas RM1, bermaksud dia perlu menyediakan 100,000 keping not berkenaan.
"Walaupun mereka sudah jadi kerajaan, mereka masih mengutip derma, jadi kita bagilah mereka. "Kalau ikut hati saya, saya tak mahu bayar walau RM1 pun," dia dipetik sebagai berkata selepas prosiding rayuan di Putrajaya hari ini.






SADIK SEPAK RAGA BERJAYA MEMPERBODOHKAN PELAJAR DENGAN PEMBOHONGAN DAN P...

TAKUT TAHUN DEPAN DNAA DIBUKA KEMBALI SEBELUM PILIHANRAYA- "MUNGKIN TAHUN DEPAN TUKAR KERAJAAN" ARAU RESPON SPEAKER !

Negeri SG4 dapat peruntukan tertinggi ketimbang negeri PH - Rafizi jawab...

MARI DENGAR PENDEDAHAN DARI BRO ISWARDY! TINDAKAN TERDESAK MAHATHIR SALA...


Mahathir Mohamad menafikan dia membuat keputusan sendiri untuk menarik balik semakan keputusan mahkamah antarabangsa yang menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura. Sebaliknya, kata bekas perdana menteri, keputusan itu dibuat oleh kabinet yang turut dianggotai oleh timbalannya ketika itu Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri perdana menteri sekarang Anwar Ibrahim. Dia mengingatkan bahawa kabinet pada masa itu dianggotai oleh pemimpin pelbagai parti komponen Pakatan Harapan, antaranya, Mohamad Sabu, Anthony Loke, Lim Guan Eng, Gobind Singh dan Dzulkefly Ahmad. Mereka semua ini, kata Mahathir, tidak pun menyuarakan sebarang bantahan. "Perdana menteri (Anwar) baru-baru ini menyatakan isu ini adalah pengkhianatan. “Kalau begitu mulai Mei 2018 hingga Februari 2020 tidakkah Wan Azizah bercakap mengenai pengkhianatan ini. "Bukankah Wan Azizah TPM pada saya dan isteri perdana menteri sekarang?" soalnya. Pada 5 Disember lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah dimulakan terhadap Mahathir.
Dalam laporan - yang dinyahklasifikasikan di parlimen - RCI menuduh Mahathir menipu kabinet pada tahun 2018 untuk menarik semula semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.
Menurut RCI, Mahathir membuat keputusan sepihak untuk menghentikan semakan tersebut tanpa persetujuan kabinet, dan hanya memberi taklimat kepada mereka tentang sebab dia berbuat demikian. Sementara itu, ditanya sama ada dia akan memberi kerjasama jika disiasat seperti mana syor dikemukakan dalam laporan RCI itu.
Mahathir menegaskan yang dia akan memberi kerjasama walaupun sedar laporan RCI itu menyasarkan kepadanya seorang untuk menjadikannya banduan.
"Kalau ada siasatan saya bersedia. Nak buat siasatan jenayah silakan.

"RCI cari jalan nak tumpu pada saya kononnya saya buat keputusan seorang diri, tak betul," katanya lagi.




NADIR BUMI DICURI DIKELANTAN

 



Bukan setakat di negeri Tok Lebai Khawarij PAS Kedah sahaja Cina dari benua berani mencuri REE, malah juga di negeri Kelantan dibawah kepimpinan Tok Lebai khawarij PAS.



Persoalannya ! Siapa sebenarnya yang melindungi mereka sampai tara ni mereka berani mencuri harta dan khazanah rakyat Kelantan ?


#*Tadah tin milo lebih mulia daripada mencuri harta rakyat.*#



DIA PUN BAKAL KENA JUGA 10 JOTA.


MSO


 Seorang bekas menteri kabinet Mahathir beri tahu semasa Mahathir kemuka cadangan tarik balik semakan ICJ kes Batu Puteh tiada bantahan daripada kabinet. 


Siapa berani bantah Mahathir ketika itu, kalau ada yang bantah pasti kena tindakan atau suruh berhenti.



Contohnya apa berlaku terhadap Dr Mazlee Malik kerana tidak akur dengannkehendak Mahatir agar diteruskan projek internet kepada YTL Dr Mazlee dinasihat berhenti.


Zuraidah mahukah kalau disuruh berhenti? Siapa tak kenal Mahathir orang itu buta. Trims.



HUTANG WAJIB BAYAR


 Che Ibrahim


Jenazah wajib dikebumikan sesegera yang mungkin, bil hospital @ hutang tidak ada kaitan dengan si mati, ianya menjadi tanggungan kepada yang masih hidup. 


Jangan zalimi jenazah si mati dengan hutang yang tidak lagi menjadi bebannya.




PERSIDANGAN RUSSIA DAN DUNIA ISLAM.


 Pagi tadi saya mengadiri ‘Persidangan Rusia dan Dunia Islam: Dialog Rusia-Dunia Islam Di Era Multipolar’ yang turut dihadiri sahabat karib saya Rais Tatarstan iaitu Rustam Nurgaliyevich Minnikhanov dan pemimpin dunia Islam yang lain. 








Saya sentuh mengenai kenyataan yang dibuat Presiden Persekutuan Rusia Vladimir Putin kepada kita yang diikuti rapat Rais Tatarstan bahawa situasi dunia yang kita hadapi sekarang ini adalah yang paling mencabar. Namun, kita yakin melalui kerjasama yang ampuh dan strategik antara negara-negara, khususnya negara-negara Islam serta negara-negara sahabat yang lain betapa kita punyai kekuatan bagi membentuk persefahaman dan pakatan baru yang lebih utuh. 


Atas premis yang sama, maka Malaysia memilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga besar inisiatif BRICS. Melalui penyertaan ini, Malaysia berharap untuk memperkukuh suaranya serta melonjak peranan negara-negara membangun dalam memungkinkan sebuah tatanan dunia (world order) yang lebih adil dan seimbang.


Sebagai tuan rumah kepada persidangan ini, saya ucap penghargaan yang setingginya kepada Rais Tatarstan. Persidangan seperti ini amat penting kerana ia membuka peluang kepada kerjasama strategik antara negara-negara peserta. Malaysia percaya bahawa hanya melalui kerjasama yang erat kita dapat mempertahankan hak dan suara kita secara bebas dalam persekitaran dunia yang melaju ke arah persekitaran yang pelbagai kutub (multipolarity). 


Namun, kita masih dirundung dengan pelbagai isu dan konflik, dan persidangan seperti ini lantas menjadi terpenting sebagai medan dialog dan wacana yang ampuh di era yang diselaputi pelbagai tragedi besar yang menimpa umat manusia secara keseluruhan dari Gaza hingga ke sebahagian benua Eropah. 


Sebagai negara yang menjunjung kedaulatan dan kebebasan dalam dasar luarnya, Malaysia akan terus berusaha untuk memainkan peranan yang lebih aktif dalam mendukung keamanan, keadilan, dan pembangunan global.


#MalaysiaMADANI



Video : Anwar yang persembahkan permohonan pengampunan Najib kepada Agong








BAIK FADLI SAARI TUMPU SOAL PENAGIHAN DADAH DAERAH BELIAU

 


Checkmate! Istana Pahang tidak akan buat apa2 statement tentang titah addendum untuk bebaskan Najib. 




Habistu kenapa Dato Takiyuddin Haji Hassan, Kota Bharu dan Ustaz Fadhli Shaari, Pasir Mas bersungguh-sungguh sangat.


Tak boleh tunggu ke perbicaraan 6 Januari 2025? Berberapa hari je lagi, tak perlu jadi hero di Parlimen lah.


Banyak lagi rakyat Kelantan nak perintah addendum jika rakyat awam boleh mohon, pencuri milo/ sardin/kasut sekolah/buku/makanan yg nak bagi makan keluarga mereka kena penjara bertahun tak dapat pengampunan pun. 


Penuh penjara Pengkalan Chepa dan Machang dengan penagih pil kuda, pengedar pengedar pil kuda banyak dari di Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu.


Rosak habis generasi Kelantan, sbb Yb2 sibuk berpolitik dalam parlimen nak berkuasa balik, bukannya bahas macamana nak atasi masalah Pil kuda dan Dadah dikalangan remaja Kelantan yang makin serius.



KEH.. KEH.. KEH... DIA BAHASA PUN BELUM TENTU DAPAT KEPUJIAN. .. MACAMANA DIA NAK PAHAM BAB UNDANG UNDANG


Wang Xiang


 BUKAN mengelirukan. Tapi memanggg mung bodow (pinjam kata² sakti UAI).

Juara lembu-lembu  paling bodow pung boleh pahanggg jawapang PMX. 

Puak mung memang bodowwwww




KISAH TAKI YANG MALANG.






 Kali pertama dia nak uji PMX.. Isu Ambalat. Kena lagi lawyer cabuk.. Kah kah kah.




Semalam kena lagi.. Hang ingat dia macam Mahathir ka atau Najib atau Din cirit atau mail... Hang silap la. 



AKIBAT NAK UJI PMX... HANG TAU PMX NI KAKI LAWAN.. MEMANG HANG KENA KAW KAW.

 

Zaman jadi kerajaan.. Dia bukan tak faham.. Dia faham.. Dia buat buat bodo... Kononnya nak uji PMX, hang ingat Hadi Awang ka.. Belah manjang... Suruh Hadi Awang dia akan kona ikut lain... Tapi tu lah, akbirnya kena setepek kat muka hang...




KISAH ORANG AGAMA LAK KALI NI...


 SALAF dan KHALAF keduanya ASWJ. Berpegang kpd keduanya tetap ASWJ selagi tidak melencong. Kitab pondok pun menjelaskan hakikat ini.



Nak ikut Asya'irah & Maturidiyah, silakan. Nak ikut Ahli Athar, Salafiyah silakan. Sifat 13+7=20 dan Tauhid 3 keduanya adalah methodology mendekatkan diri pada Allah.


Jangan dok bergaduh kafirkan dan tuduh sesat satu sama lain dgn ejekan "wahhabi" atau "asamjawa" sudah le dan sama2 cegah khurafat serta bid'ah ikut Rasulullah. 


Yg dok bergaduh tu ustaz2 ekstrim, syadid, ghuluw ahli bid'ah yg perasan terpaling ahli syurga tapi BERFIKFRAH KHAWARIJ dan AHBASH. Jangan dok ikut le perangai TAKFIRI walau dia ustaz selebriti pun. Biaq dia berjawab depan Allah nanti, kita jangan jadi JUHALA' (bodo piang) terjun gaung hanya sebab dia pakai jubah atau jenis berserban besaq bakoi tapi jadi PNunggang.


Wallahualam.


-Zus Din 

11122024



HIPOKRIT TAKIYUDDIN.. MASA DIA JADI KERAJAAN.... APA MACIAM... TAK GUNA SEDUIT PUN.

 



PENANG TERUIH MAJU.. BUAT RUMAH RAKYAT... HANGPA JANGAN BAGI TAU SANUSI.... SAT LAGI DIA MIMPI NAK AMBIK ALIH. KEDAH BUKAN ADA APA..

 

Ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama Rumah Mampu Milik Bakat Baru MADANI, saya tekankan kepentingan memenuhi aspek manusiawi dan keperluan asas rakyat dalam mana-mana projek perumahan khususnya rumah mampu milik.











Marcapada menuntut pembangunan perumahan mampu milik berkualiti tinggi dari segi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat sesuai dengan arus pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.


Apa guna kita bergebang soal mencapai kemajuan pembangunan tetapi lupa kepada keperluan asas perumahan yang perlu diberi perhatian sewajarnya untuk dimanfaatkan masyarakat secara keseluruhan.


Untuk perjanjian pembangunan hari ini, ia membabitkan pembinaan hampir 38,000 unit kediaman, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM13 bilion di Pulau Pinang.


Projek yang akan dibina di Batu Kawan dan Seberang Jaya itu akan turut dilengkapi dengan kemudahan dan infra seperti kolam renang, gimnasium, dewan serbaguna dan taman permainan.


Moga projek perumahan pembangunan yang mensasarkan golongan B40 dan M40 ini dapat membantu mereka yang memerlukan dalam meneruskan kelangsungan hidup dan mengubah taraf hidup ke arah yang lebih baik, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANIp



MAT 30 TUNJUK PANDAI.....TAK SEDAR DIA BODO.


 

KITA BAGI 5 HARI SAJA.. BLOG AKU NI DOK MAKI HAMUN, KAPIAQ BAGAI DAH.. KENA SWKAT KOMEN PADAN MUKA... BODO.


 

_Kalah lagi dengan KIASU amat memalukan._

Elly Yusof


_Sumpah Laknat Insan Teranaiya Dengan Konspirasi Politik Terancang Masih Aktif Terus Berjalan._




ELAK MONOPOLI UBAT DAN UBAT DARI BARAT MAHAL HARGANYA.. KITA BOLEH UBAH KE CHINA, INDIA DAN JUGA BRAZIL MISALNYA LEBIH MURAH HARGANYA


 

China ubah polisi kewangan


Mik Hasyudeen


China telah mengumumkan akan melaksanakan polisi kewangan yang lebih longgar tahun hadapan. Ini adalah perubahan polisi setelah 14 tahun.


Kelonggaran polisi ini bermakna China akan menurunkan kadar faedah bagi mengimbangi tekanan yang berpunca dari isu dalaman seperti sektor hartanah yang lembab.


Polisi fiskal pula akan menjadi lebih proaktif. Ini merupakan isyarat bahawa kerajaan China mungkin akan berbelanja lebih besar untuk menyemarakkan ekonominya.


Perubahan polisi fiskal dan kewangan ini mungkin merupakan persediaan bagi menghadapi polisi-polisi Amerika yang akan dipimpin oleh Donald Trump mulai Januari tahun 2025.


Di dalam beberapa hari yang lalu China mengumumkan sekatan ekspot bahan-bahan logam yang ada dwi-kegunaan, awam dan tentera. Ini merupakan tindak balas kepada tindakan Amerika yang mahu menyekat perkembangan teknologi China dengan menyekat peepindahan teknologi kepada syarikat-syarikat China.


Trump juga telah mengumumkan akan mengenakan levi yang tinggi ke atas negara-negara BRICS yang mahu beralih dari Dollar di dalam urusniaga antarabangsa mereka. China adalah negara pengasas BRICS.


Seperti yang saya sebut sebelum ini, 3 perkara penting yang perlu kita kuasai ialah:


1. Ekonomi

2. Teknologi

3. Media


Nampak tak bagaimana Amerika dan China saling bertindak balas di dalam ekonomi dan teknologi seperti yang disebut di atas?


Media pula penting untuk menjual pelbagai naratif yang akan mencorakkan pemikiran orang lain supaya menyokong polisi-polisi yang kita dokong.


Sekiranya kita hanya hebat berpolemik tetapi tidak berpengaruh dari segi ekonomi dan teknologi, mampu menggoreng melalui media pun akan ada hadnya. Jika terlalu garing, kita pula boleh terbakar.



KISAH KUCING PENING

  Che Ibrahim


Masa Najib dok luar, dia suruh sumbat jel, bila dok dalam jel dia suruh wat tubik..... Kucing pun pening....





KERAJAAN ZALIM DSNR UMNO BN Mottonya


RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN 




KERAJAAN KEADILAN BERSIH MADANI

Berjuang bersama rakyat miskin menentang nepotisma dan kronisma.




AMARAN HUJAN

 [PERINGATAN]


AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️



SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)


Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) • Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Rabu, 11 Disember 2024.


SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)


I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar) • Kelantan • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) sehingga Khamis, 12 Disember 2024.


II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) sehingga Rabu, 11 Disember 2024.


Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 10 Disember 2024


#amaranhujanberterusan

#metmalaysia

#NRES

#MalaysiaMADANI



KEH.. KEH.. KEH... TUA KUTUK NI JANGAN DOK PERCAYA LA.


 𝘚𝘱𝘪𝘯 𝘥𝘰𝘤𝘵𝘰𝘳.



Mahathir, bila dituduh mengkhianati negara atas isu 𝗣𝘂𝗹𝗮𝘂 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗲𝗵, mengaitkan 𝗗𝗦 𝗪𝗮𝗻 𝗔𝘇𝗶𝘇𝗮𝗵 yang pada ketika itu menjadi 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶. Kata Mahathir, DS Wan Azizah pun khianat juga.


Untuk info, RCI mahu 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 dibuat ke atas Mahathir kerana 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗰𝗮𝘆𝗮𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗱𝗮𝘆𝗮 𝗣𝗲𝗴𝘂𝗮𝗺 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 yang keputusan untuk batalkan permohonan rayuan adalah 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁.


Kenapa RCI berpendapat begitu? Kerana surat yang Mahathir utuskan ke Peguam Cara Negara 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴. Bermakna surat itu adalah 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗿𝗶.


Kabinet 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 sebelum surat itu ditulis. Dan aku ada baca (tak ingat di mana), Mahathir sentuh tentang kes Pulau Batu Puteh itu ketika 𝗔𝗢𝗕 (𝗮𝗻𝘆 𝗼𝘁𝗵𝗲𝗿 𝗯𝘂𝘀𝗶𝗻𝗲𝘀𝘀𝗲𝘀). Maksudnya secara ringkas.


Dah macam tu, macamana dia nak kaitkan dengan DS Wan Azizah? Sebab tu RCI buat laporan atas Mahathir seorang. Bukan seluruh ahli kabinet. Tapi biasalah dia. Kalau tak 𝘴𝘱𝘪𝘯, bukan Mahathir namanya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




JANGAN PERCAYA PUAK PUAK NI NAJIB... DEPA NI BERLAKON JA... MASA HANG KENA DEPA NI LA TIBAI BUKAN BUKAN.. ANWAR GAK TOLONG.

 


KITA ULAM. DENGAQ SAMPAI BENGKAK TELINGA.. KEBODOHAN PAS.


 

ADA MENTERI LUAQ NEGARA MAI-Menteri Luar Denmark Bakal Adakan Kunjungan Hormat Ke Atas PM Anwar


Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen akan mengadakan lawatan ke Malaysia dan dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri DatuknSeri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Menteri Luar Denmark, Lars Lokke Rasmussen akan mengadakan lawatan kerja ke Malaysia selama dua hari bermula hari ini.

Ia merupakan lawatan pertama Rasmussen ke Malaysia sejak dilantik sebagai Menteri Luar Negeri pada Disember 2022.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan Rasmussen dijadualkan melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan hubungan dua hala Malaysia-Denmark.

Kedua-dua pemimpin turut dijangka membincangkan peluang-peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang, terutamanya peralihan hijau, ekonomi kitaran dan kerjasama kesihatan.



Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 dan peranan Denmark sebagai ahli tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu 2025-2026 turut dijangka dibincangkan selain isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Rasmussen juga dijadualkan menghadiri majlis resepsi sempena pembukaan semula Kedutaan Besar Denmark di Kuala Lumpur.

Di antara bulan Januari dan Oktober 2024, jumlah dagangan Malaysia dengan Denmark meningkat sebanyak 12.9 peratus kepada RM2.19 bilion berbanding tempoh sama pada tahun 2023.

Malaysia juga menempatkan lebih 100 syarikat dari Denmark dengan nilai pelaburan melebihi 2.2 billion ringgit dalam bidang pembuatan sehingga Jun 2024 yang mewujudkan 5,024 peluang pekerjaan.

Terdahulu Rasmussen mengadakan lawatan ke Manila bagi mengadakan pertemuan serupa dengan Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr.



BAIK NO KERAJAAN PERPADUAN. ANWAR TAK KUASAI MAHKAMAH NOB- KALI NI HANG LEPAS LA.. TAPI JERAT TAK LUPA PADA PELANDUK... TENGKU HASANAL BUKAN NAK DOK DIAM. ANAK SULTAN PAHANG. HANG HINA AYAHANDA DIA... SIAP LA HANG


 

TENGOK.. 9 BULAN PERTAMA PELABURAN YANG DILULUSKAN BERNILAI 254.7 BILLION. SATU KEJAYAAN BESAR. NAK BAGI PN PERINTAH... SG4 PUN MELINGKUP.

 


Dalam sembilan bulan pertama ini, Malaysia telah berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion ketimbang RM230.2 bilion bagi tempoh yang sama pada tahun 2023 (peningkatan 10.7%). 






Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 Tahun 2024 terkait soal prestasi pelaburan.


Nilai ini melibatkan 4,753 projek yang dijangka akan menjana sejumlah 159,347 peluang pekerjaan baharu.


MPN juga telah bersetuju dan mengesahkan Garis Panduan bagi Pembangunan Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) dan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE). 


Garis Panduan ini akan digunapakai sebagai syarat kelayakan insentif cukai di bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) hatta ia adalah inisiatif penambahbaikan polisi terkait usaha memacu pelaburan bagi pusat-pusat data negara ini.


Kerajaan MADANI berterusan menambah baik dasar sedia ada dan mewujudkan dasar-dasar baharu sebagai langkah meningkatkan daya saing negara.


#MalaysiaMADANI