BARU MANTAP MACAM NI 👍👍





Penggunaan teknologi kod QR di 40 kemudahan tambahan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk utama negara yang pertama dilaksanakan akan membolehkan urusan imigresen selesai dalam masa kurang 5 saat.


Semua 40 kemudahan tambahan itu akan disediakan di Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan perolehannya dijangka selesai dalam tempoh 3 minggu lagi, sekali gus ia dapat mengatasi masalah kesesakan orang ramai.


Penambahan sistem pagar automatik itu dilengkapi teknologi kod QR yang membolehkan urusan imigresen selesai dalam tempoh 5 saat sahaja berbanding sebelum ni ambil masa antara 10 hingga 15 saat untuk melepasi autogate.


Ini satu penambahbaikan yang sedang dilaksanakan Jabatan Imigresen 👍👍