Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan lantas dimaklumkan mengenai kemajuan pelaksanaan program membina kefahaman dan penghayatan erti kenegaraan yang sangat penting kepada setiap rakyat Malaysia.
Antara yang dibentangkan adalah status pelaksanaan program PLKN 3.0 yang akan bermula tahun 2025 dimana saya menekankan peri penting pelaksanaan program ini dilaksana dengan teliti serta menambah baik pendekatan bersesuaian dengan peredaran keadaan semasa.
Ini penting agar program ini mampu melahirkan generasi anak muda Malaysia yang mempunyai daya tahan yang tinggi, cekal menopang rintangan kehidupan serta mampu menyumbang kepada negara selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.
Justeru, dalam mesyuarat ini saya memutuskan pelaksanaan PLKN 3.0 ini diutamakan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet-kadet sekolah yang akan diselaraskan melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan.
Terkait peranan setiap rakyat dalam membina negara bangsa, adalah mustahak usaha menyeluruh digembleng dalam memperkukuh jati diri, kekuatan iltizam bersama memajukan negara dan kesediaan untuk mempertahankan tanah air tercinta.
#MalaysiaMADANI