STEVEN SIM TERUS MENGAMBIL ANAK ANGKAT DEMI PENDIDIKAN MEREKA.

 


Syukur, hari ini saya bertambah seorang lagi anak angkat. 







Shun Yong pelajar tahun 2 di USM. Sejak kecil, dia tak pernah mengenali ayahnya. Ibunya pula meninggal dunia ketika dia Tingkatan 2. 


Sejak itu, nenek tua berusia 87 tahun menjadi tempat Shun Yong menagih kasih. Mereka berdua hidup bergantung kepada bantuan RM500 sebulan daripada JKM.


Walaupun hidup serba kekurangan, Shun Yong bertekad untuk berjaya dalam pelajaran. Akhirnya dia mendapat 4 flat dalam STPM dan kemudian ditawarkan tempat di USM.


Nak sampai ke USM bukan mudah, tapi bila dah sampai, cabaran semakin besar. PTPTN tidak cukup untuk tanggung keseluruhan kos. Setiap kali cuti semester dia bekerja sambilan untuk menampung belanja harian dan kos sara hidup yang lain. 


Namun anak muda ini tidak pernah menyalahkan siapa-siapa dan tidak pernah meminta-minta. Dia terus cekal berusaha demi untuk kehidupan yang lebih baik di masa hadapan bersama neneknya. 


Beberapa bulan lalu, dia hampir tak dapat daftar semester kerana tidak mampu bayar yuran. Mujur ada seorang uncle yang prihatin—Uncle Ooi, yang selama ini banyak membantu makan minumnya sejak mula masuk USM, menghubungi saya dan memaklumkan tentang keadaannya. 


Setelah mendengar kisah perjuangan hidup Shun Yong, saya segera bersetuju dan bantu langsaikan yuran semesternya.


Baru-baru ini, Shun Yong sekali lagi hantar mesej kepada saya. Katanya, laptopnya telah rosak. Semua dokumen penting tak dapat dibuka. Dia sebenarnya tak minta banyak, cuma sedikit belanja untuk baiki laptop itu. Jika tidak dibaiki, semua assignment universiti akan hilang.


Hari ini, saya singgah sebentar di kampus USM untuk bertemu Shun Yong. Niat saya satu, bawa dia ke kedai dan belikan sebuah komputer baru. Tapi rupa-rupanya, ada seorang lagi yang telah mendahului saya.


Uncle Ooi, yang tiada sebarang hubungan kekeluargaan dengan Shun Yong, insan yang selama ini menjadi pelindung senyap buat Shun Yong - Uncle telah pun membelikan laptop baru untuknya. Kata Uncle, dia tak sampai hati lihat anak muda itu terus bergantung pada laptop lama yang sudah uzur.


Saya terdiam seketika.


Dalam dunia yang sering sibuk dengan urusan sendiri, masih ada insan seperti Uncle Ooi. Yang tidak menunggu untuk dirayu. Yang tidak menghakimi. Yang tidak menunggu untuk diberi gelaran. Yang sentiasa bersedia untuk membantu, kerana hatinya sarat kasih.


Kita tak perlu jadi orang besar untuk membuat perubahan besar. Kadang-kadang, satu tindakan kecil dari hati yang ikhlas cukup untuk mengubah masa depan seseorang.


Hari ini juga, saya pelawa Shun Yong untuk menjadi anak angkat saya. Bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi sebagai tanda bahawa dia tidak keseorangan. Bahawa dalam dunia ini, masih ada orang yang yakin dan sayang padanya. Saya mahu dia tahu kita semua berdiri di belakangnya.


Sebenarnya, di USM ini saya dah ada 3 orang anak angkat - Amirul, Jin Wei & Teck Qing.


Kisah Teck Qing, saya pernah ceritakan tahun lalu. Hari ini saya jemput Teck Qing untuk turut serta melawat Shun Yong. Rupa-rupanya, Teck Qing tinggal satu asrama dengan Shun Yong dan tanpa mereka sedar mereka berkongsi kisah perjuangan yang hampir serupa.


Saya gembira melihat Teck Qing kini semakin maju dalam pelajarannya. Dia juga sibuk mengajar kelas Judo untuk menampung perbelanjaan belajar. 


Saya berseloroh kini penampilan dia sudah lebih hensem berbanding setahun dulu ketika dia mula-mula jadi anak angkat saya. 


Saya minta mereka berdua saling menjaga antara satu sama lain bagai saudara. Maklumlah dua-dua pun anak angkat saya. 


Anak muda seperti Shun Yong dan Teck Qing ialah harapan negara. Mereka tidak minta simpati. Mereka hanya perlukan peluang. Dan jika kita mampu membuka satu pintu untuk mereka, siapa tahu mereka akan membina seribu lagi jalan kejayaan untuk orang lain suatu hari nanti.


Jalan Teruih anak-anak. You can do it, and I'll be there for you!



WONG CHEN NAK LETAK JAWATAN?

 

Al Asri


Ohh ... Wong Chen nak letak jawatan.Dia nak pindah Perancis.. PKR nak saman pun x laku dia dah mohon warga France..Ustaz dah tulis dah sblm ni, malas nak scroll nak cari balik.





🇲🇾 Malaysia Di Tangga ke-13 Negara Paling Selamat di Dunia — Bukti Kejayaan Reformasi MADANI! 🛡️




Ini bukan sekadar angka. Ia adalah pengiktirafan antarabangsa terhadap usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.


Sebagai kementerian utama yang menerajui agenda keselamatan negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited memastikan Reformasi MADANI terus dilaksana secara menyeluruh dan berkesan. Setiap inci usaha ini adalah demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati, diyakini dan selamat untuk semua.


Kedudukan Malaysia di tangga ke-13 Indeks Keamanan Global 2025 (GPI 2025) adalah hasil gabungan kecekapan agensi-agensi keselamatan di bawah KDN dan sokongan seluruh rakyat yang cintakan keamanan.


💙 Keamanan bukan datang sendiri — ia hasil kerja kuat, keberanian dan reformasi yang dilaksanakan secara konsisten.


Terus kita RANCAKKAN MADANI, demi negara yang lebih selamat, sejahtera dan bermaruah.


#RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #KDNReformasiMADANI #MadaniBekerja #KDNYakinMADANI




Review demo turun Anwar siang tadi.





Yang berdemo tadi 99% ore tua.

Lepas tu 100% ore PN.

Takde ore awam.

Yan hadir 50 pengundi PN.

15 wartawan.

Bakinya unit amal, yang uruskan pentas, pengacara, yang jual tshirt, yang edar headband, yang edar kertas A4, cytro pas pn dan penceramah.

Tak cukup 100 ore pun. Tapi kira sekali pokok, khemah, keta, kucing n anjing dapatlah jugok 100 ore. Kikikiki... Kiok... 



Pelaburan Potensi PMX: Niat vs Realiti, Jangan Jadi Mangsa Spin





Oleh Effendy Zulkifly


Ramai yang terkeliru, ramai juga yang keliru sebab dikelirukan. Isu PMX bawa masuk pelaburan berbilion tapi dikatakan itu semua sekadar “potensi” bukan duit sebenar. Macam biasa, politik Malaysia tak pernah sunyi dari spin dan drama.


Mari kita cerita dalam bahasa marhaen, bahasa mudah faham isu ‘Pelaburan Potensi’ ni.


Bayangkan anda dipanggil temuduga kerja. Syarikat kata mereka sangat berminat, gaji RM20 ribu sebulan, benefit elok. Tapi surat lantikan belum keluar, apatah lagi masuk kerja. Itulah bezanya antara niat dan realiti. Antara MoU, LOI, dan actual FDI.


Bila PMX umumkan pelaburan RM100 bilion, itu niat dan komitmen syarikat asing untuk labur di Malaysia. Duit belum masuk, kilang belum berdiri, tapi proses dah bermula. Ini bukan magic 24 jam. Ia ambil masa 3 ke 10 tahun. Kena buat feasibility study, kajian alam sekitar, cari tapak, dapat kelulusan macam-macam.


Jadi bila pembangkang spin kata “ini bukan pelaburan sebenar”, kita kena tanya balik bila masa pelaburan besar dunia ni masuk overnight?


Zaman Najib pun banyak MoU tak jadi. Zaman Mahathir pun sama. Zaman PMX, at least rakyat boleh nampak prosesnya lebih telus dan terbuka.


Bezanya zaman PMX, rakyat boleh nampak proses pelaburan dari awal bila MoU ditandatangani, bila perbincangan dibuat, semua diumum secara terbuka. 


Dulu banyak pelaburan hanya diketahui bila projek dah jalan atau bila ada masalah. 


Sekarang, rakyat boleh akses maklumat terus dari media sosial PMX sendiri, Parlimen lebih aktif bahas isu-isu pelaburan, dan media bebas pantau tanpa takut disaman. 


Ini bukan soal sempurna, tapi soal keterbukaan yang lebih baik berbanding era-era sebelum ini.


Apa yang rakyat patut tahu?


1) Pelaburan bukan janji politik semata, ia proses ekonomi yang kompleks.

2) MoU atau Letter of Intent (LOI) adalah langkah awal, bukan duit masuk terus.

3) Pelaburan macam ni cipta peluang kerja, transfer teknologi, pacu ekonomi jangka panjang.


Nak ke kita jadi negara yang semua pelabur takut nak masuk sebab rakyat sendiri tak sabar, asyik spin, asyik skeptikal? 


Negara yang stabil dan matang ialah negara yang rakyatnya faham beza antara propaganda dan fakta ekonomi.


Kita bukan budak-budak yang boleh diperbodohkan dengan ayat viral TikTok. Ini soal masa depan negara.


Apa rakyat boleh buat?


1) Pantau. Tanya. Desak kerajaan supaya pelaburan betul-betul jadi.

2) Jangan termakan spin murahan.

3) Didik diri tentang realiti pelaburan global.


Kalau tak faham, rajin-rajin baca buku macam The Rise and Fall of Nations oleh Ruchir Sharma atau Why Nations Fail oleh Daron Acemoglu. 


Jangan malas berfikir. Saya jelaskan kenapa korang kena baca buku ni untuk faham isu-isu seputar “Potensi Pelaburan” ni.


Buku The Rise and Fall of Nations oleh Ruchir Sharma dan Why Nations Fail oleh Daron Acemoglu sebenarnya membongkar kenapa sesebuah negara boleh bangkit atau jatuh dalam jangka panjang. 


Jawapannya bukan sebab satu dua pelaburan saja, tapi sebab institusi yang stabil, polisi yang konsisten, dan rakyat yang celik maklumat.


Pelaburan potensi yang diumum zaman PMX ini hanyalah salah satu langkah ke arah membina ekosistem ekonomi yang kukuh. Negara takkan berjaya kalau rakyat sendiri malas berfikir, cepat termakan propaganda, dan tak sabar tengok hasil.


Ruchir Sharma kata, ”negara yang berjaya sentiasa ada long game thinking bukan fikir untuk hari ini saja”.


Acemoglu pula tekankan, “kegagalan institusi dan politik sempit adalah punca kemunduran”.


Jadi bila rakyat didik diri sendiri, baca, faham proses ekonomi dan pelaburan, kita bukan saja elak jadi mangsa spin politik, tapi kita jadi rakyat yang bantu pastikan negara terus bangkit, bukan jatuh.


Itu kaitannya kenapa saya suruh baca buku-buku saya sebut di atas kalau tak faham.  Tapi masalahnya rakyat Malaysia terutamanya Netizen rajin ke nak membaca.


Ini bukan sekadar isu pelaburan, ini soal survival dan masa depan negara.


#CatatanEffendyZulkifly

#PolitikMatang

#EkonomiRakyat

#KedaulatanEkonomi


Effendy Zulkifly ialah pengasas dan pemikir utama di sebalik Centre for AI, Blockchain & Advanced Research (CABAR), sebuah gerakan yang memperjuangkan kecerdasan buatan (AI) beretika, inovasi blockchain berimpak tinggi, dan kedaulatan digital demi masa depan Malaysia dan Asia Tenggara.




BAGI DEPA AJAK WALAUN TURUN RAMAI RAMAI. AJAK FADLI SAARI DAN JUGA MP QAZAF.. ELOK DAH TU


 

KALAU BUDAK TAHUN 6 TANYA SOALAN GINI.. KIRA BIJAK.. TAPI KALAU 20 KE ATAS... AKU RASA SAH WALAUN


 

RAMAI DAH TU.


 

PENGIKUT FADLI SAARI... MAI TENGOK BARANG BELI TAK KENA SST. SAPA IKUT CAKAP DIA JADI BODO CAM DIA.


 

NAGA NGAN BADAK DUA DUA BINATANG TAK SEKOLAH


 

DIA NAK ULAS APANYA... TAK KENAI STESWN MESIA PUN DIA TAK TAU


 

DIA NI MANA BIASA BAB NAK KAJI... SWKOLAH DULU PUN DOK KELAS PENGABIH SEKALI


 

HUMPUNAN APA KALAU SERATUS ORANG

MSO


Pembukaan himpunan mendesak Anwar turun, “Turun Anwar” yang diadakan  di belakang Hotel Concorde Sham Alam hari ini katakan dihadiri hanya 100 orang sahaja. 


Nak turunkan Anwar macam mana kalau yang hadir hanya seramai itu. Rasanya jumlah kehadiran itu lebih ramai daripada delegasi yang membuntuti Anwar ke Rom baru baru ini.


Kalau jumlah seramai itu usah beranganlah nak turunkan seorang perdana menteri, nak panggung (usung) sebuah rumah sebesar 4 x 4 kaki pun tidak larat. Memalukan. 


Minta pihak penganjur kerah lebih ramai lagi di masa akan datang, ajak sama Zaid Ibrahim, Brahim Ali, Tamrin Ghaffar, Mahathir dan Tok Dor Hadi. Sebelum itu bagi tonik cap kuda lumba dan cap ayam belaga untuk mereka minum untuk mengumpulkan energi.  Trims.




SIDANG MEDIA KHAS RAFIZI RAMLI DAN AHLI PARLIMEN PKR


 Satu sidang media bersama beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan diadakan seperti berikut:



Tarikh: Isnin, 7 Julai 2025


Masa: 9:00 pagi


Lokasi: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Tingkat 2, No. 12, Jalan Cenuk 1, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.


Sidang media ini turut akan disiarkan secara langsung di platform-platform media sosial saya.



ANGGAPAN MELAYU TERANCAM HANYA SATU LUAHAN POLITIK KECEWA.

Cne Ibrahim







Berapa orangkah Raja Raja Melayu yang sudah hilang kuasa? 

Adakah kuasa kuasa Raja Raja Melayu semakin hilang? 

Semakin bertambah ramaikah MB/KM dari kalangan bukan melayu?

Berapakah KSN/KSU/Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan telah dikepalai oleh bukan melayu? 

Adakah penjawat awam sekarang ini mojoritinya bukan melayu???


Wat ambo tahu di Kelantan ni, sudah banyak tanah tanah rezab melayu yang diberi pajakan sehingga 99 tahun kepada bukan melayu atas nama Projek Ladang Hutan Pelbagai Spesis (terutama Getah Klon (TLC), Durian (Musang King) dan Abasia/Sanggon.



PERGILAH MABUK...JERIT KUAT KUAT DALAM DEWAN....



 


STEVEN SIM SAHUT CABARAN LEBAI KELAQAH

 





Semalam pada 3 Julai, ada seorang pemimpin PAS datang dari jauh berkunjung ke pusat khidmat saya di Bukit Mertajam.


Itu tak jadi masalah. 


Saya sentiasa mengalu-alukan semua pihak yang nak melawat ke pejabat saya, tak kira kaum, agama, malah parti politik. 


Sebelum ini pun ada orang parti dia yang datang pohon bantuan dari pejabat saya.


Tapi yang jadi tanda tanya ialah, pemimpin PAS itu kata dia telah mai 2 kali hari tu, pada jam 3.30 PM dan 5.15 PM, namun pintu pejabat tak buka, seolah-olah nak cipta persepsi bahawa pusat khidmat saya tidak beroperasi. 


Sedangkan kami dah tampal notis terlebih dahulu memaklumkan bahawa pusat khidmat tutup pada 3 Julai. Malah ada 4 nombor telefon terpapar kat notis jika ada apa-apa isu kecemasan.


Justeru, tindakan pemimpin PAS itu adalah sama ada kerana dia tak tau baca bahasa Melayu ataupun memang sengaja nak cipta persepsi jahat. 


Kenapa pusat khidmat tutup 3 Julai?


Sebenarnya, ini isu peribadi keluarga saya dan saya tidak berhasrat nak uar-uarkan. Pada hari itu, saya telah menghadiri pengkebumian datuk kandung saya yang telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. 


Staf pusat khidmat turut turun untuk memberi penghormatan terakhir kepada datuk saya.


Di kala keluarga kami bersedih dengan pemergian datuk tersayang, pemimpin PAS itu telah ambil kesempatan bermain politik. 


Namun, ini bukan kali pertama pemimpin PAS itu mencipta persepsi yang bukan-bukan. 


Sebelum ini dia telah memuatnaik gambar pelantikan Leftenan Jeneral Dato Johnny Lim dan membuat provokasi perkauman konon satu hari nanti mungkin orang Cina akan jadi Perdana Menteri Malaysia. 


Pemimpin PAS itu berkata, tujuan dia datang ke pejabat saya pada 3 Julai ialah untuk menyerahkan LOD dan minta saya mohon maaf. 


Walaupun pagi ini saya tak jumpa apa-apa LOD di pejabat, tapi ini tetap jawapan saya kepadanya:


"Adat berkunjung, harus memaklum,

Adat bertandang, elok dijemput;

Kilat bersabung, hujan pun belum,

Tuan memberi, saya menyahut.


See you in court!"




LEBAI KELAQAH


Alif Jamil





Nak terjah pejabat org tapi tak reti baca notis. 


Lepastu , dia yg fitnah Angkatan Tentera Malaysia tapi dia pulak yg koyak bila YB Steven Sim backup tentera Malaysia. 


Kononnya nak saman YB DAP. 


Deyyy , tak pernah lagi abam tengok lebai PAS menang lawan DAP nih. 


Sepanjang kes saman sebelum ni pon semua lebai yg tergolek nyor kalah dgn DAP. 


Engko saman Steven Sim tu ibarat serah tengkuk buta² je lebai shaolin oii. 


Kompom kena bukak tabung milo pulok nanti 😪




JIMAT JIKA GUNA 600KWP.

 


Saya nampak ramai orang troll artikel dari Utusan Malaysia ni. Ia dikongsi ramai-ramai dan dijadikan bahan jenaka.





Saya takde masalah orang tak suka dan kritik tarif elektrik baru ni. Cuma yang saya tak setuju ialah bila orang judge puan yang muka dia dalam gambar ni.


Bila orang menjenakakan artikel ni, gambar beliau dikongsikan dan auto orang akan diberikan persepsi tak baik pada beliau yang jadi mangsa dalam gambar ni. Cuba anda bayangkan gambar anda dalam ni, apa perasaan anda?


Sebenarnya nasihat penjimatan elektrik tu betul cuma artikel ni ditulis dalam keadaan yang mana mesej dia tak sampai dan mudahkan orang salah faham. 


Tahukah anda dalam tarif baru ni bila anda gunakan elektrik 600kwh ke bawah sebulan anda akan diberikan insentif?


Kalau anda guna elektrik 600kWh dan ke bawah sebulan, TNB bagi pengecualian caj runcit RM10. Selain tu, anda pun boleh dapat insentif penjimatan tenaga sampai 25 sen untuk setiap kWh (kalau layak), jadi bil anda makin ringan. 


So memang betul, anda akan bayar bil lebih murah kalau anda jimat bukan sebab anda sekadar turunkan penggunaan kwh tapi bil sebab anda juga akan dapat insentif. 


Dalam tarif baru ni, untuk meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga (dan elakkan membazir) sesiapa yang cekap guna tenaga dia diberi reward. Saya fikir ni adalah win win bagi semua orang.


Saya harap Utusan Malaysia dapat baiki kualiti penulisan ni. Ia bukan soal kita sokong atau tak tarif baru elektrik. Tapi soal menyampaikan mesej yang sebenar.


Selebihnya biar pengguna menilai sendiri..




MELUANGKAN MASA BERSANTAI DI COPACABANA

 

Sempat meluangkan masa bersama delegasi Malaysia beriadah santai di sekitar kawasan penginapan di Copacabana.








Meskipun jadual padat, kesihatan dan kecergasan tetap menjadi keutamaan sepanjang tugasan di luar negara.


🇲🇾🇧🇷


#MalaysiaMADANI 

#RancakkanMADANI 

#MADANIBekerja




MALAYSIA NEGARA YANG PELIK ANGKARA PEMBANGKANG


Norman Radzuan







Di mata dunia, Anwar Ibrahim pemimpin hebat, berkarisma, penuh dgn liku2 perjuangan dan byk tempat (negara) beliau diberi ruang utk berbicara.


Daya intelektualnya terserlah. Bicara memukau itu kelebihan yg ada pada dirinya. Pakar ekonomi dunia terkejut dlm tempoh 2 tahun beliau berjaya menyelamat dan memacu ekonomi Malaysia.


Hingga mereka meramalkan pada 2035, jika mengekalkan momentum ini, Malaysia akn lebih kaya dari Jepun.


Sebab itu bila pembangkang hasut org Melayu berdemontrasi ‘TURUN ANWAR’… kita pelik dan kita bertanya siapa boleh ganti Anwar? 


Sebelum itu kenapa saya kata hasut org Melayu bukan rakyat? Sebab bila berdemontrasi nanti 90% adalah org Melayu. Waktu ‘Bersih’ ia menggambarkan demografi kaum turun berdemontrasi tetapi demontrasi PN hanya mewakili satu kaum.


Muhyiddin bukan org bijak bicara, bicara ekonomi dan kita telah tahu beliau sgt takut membuat live dgn wartawan. Beliau terlalu mengharap kpd text pdf sahaja. Hinggakan beliau terpaksa memperkenalkan diri kpd Jokowi siapa dirinya di Malaysia.


Adakah kalian rindu di zaman Muhyiddin 


-Segala jenis Mak nenek darurat PKP iaitu paling lama dlm dunia 

-Bantuan Kerajaan membenarkan rakyat keluar duit KWSP SENDIRI.

- Sakau duit Jana Wibawa

- Bagi kontrak dikhaskan utk kontraktor Melayu kpd org bukan Melayu.


Beritahu dkt mana ‘best’nya zaman Muhyiddin???


Berbeza dgn Anwar di Indonesia beliau sgt dikagumi disana. Mahu lantik Ismail Sabri? Tak mungkin beliau dianggap PM paling lemah dlm sejarah dan hanya keadaan ketika itu sahaja dia menjadi PM.


Samsuri… ramai pakar ekonomi tempatan berkata dia adalah MB yg gagal. Jika tiada hasil minyak Terengganu mungkin negeri yg paling miskin sb tiada pelaburan agresif yg mampu dibawa Samsuri.


Sebab itu bila suruh Anwar turun, org bijak pandai rasa pelik. Lebih pelik bila ada Mahasiswa juga termakan hasutan pembangkang.


MANA ADA DI DUNIA ini yg rakyatnya mahu menyuruh Perdana Menteri yg berjaya turun meningkatkan ekonomi utk meletakkan jawatannya.


Jika di luar negara rakyatnya bangkit sb ekonomi negara teruk, tapi pelik di Malaysia ekonomi baik hendak digantikan dgn pemimpin yg gagal memerintah negeri..


Kegilaan apa? Kegoblokan apakah ini meminta PM turun ketika dunia mengkagumi ekonomi negara? Atau dlm erti kata lain rakyat menolak kemajuan tetapi memilih mundur ke belakang.



PODCAST ADALAH MEDIUM MENYAMPAIKAN MAKLUMAT


 

NAK TAWAN MALAYSIA LAGU MANA...PEJABAT PUN TUTUP LA BAGAI....




Hamdan Taha



Berat parti bersatu pejabat tutup dari presiden kata tanya Hamzah dan Hamzah pula kata tanya Azmin. 


Macam mana nak lawan PH dan BN jika berpecah belah dalaman parti sangat teruk, tu belum kira gabungan lagi antara pas, bersatu, dan ngo ngo pro Tun M dan semua tak bersatu..


Baru nak buat anjuran buat perhimpunan undur anwar ibrahim je dah tak boleh nak bekerjasama... Pada hal yang ada kekuatan sikit ni Pas je boleh bawa ahli keluar yang lain tak ada apa pun, tiba tiba parti Putra dan pro Tun M pula berebut nak jadi Hero....


Perpecahan pembangkang dan ketidakselesaan bersama antara mereka tapi nak lawab PH dan BN yang ada duit banyak dan ada semua kemudahan termasuk jentera kerajaan... Bukan Pmx dan kerajaan ni bagus sebenarnya tapi pembangkang jauh lebih bodoh dan tak reti nak melawan... HAMZAH jadi ketua pembangkang dia mana pernah ada sejarah jadi pembangkang, baru umno kalah dia cabut dah ke Bersatu... Kalau lah PKR dan Umno boleh terima dia lama dah dia cabut tapi dua dua tu musuh  anwar musuh zahid musuh nak tak nak kena duduk juga dalam bersatu dan pembangkang...


Azmi pun sama dia dengan Hamzah tak pernah sebulu lain haluan dan sekarang dalam parti yang sama... Tak ngammmmm




APA CERITA CUKAI SST? PENCERAHAN DR ABU HAFIZ, MANFAAT BAGI RAKYAT!

Teori Hishammuddin PM11 - Sahih atau angan-angan pihak terdesak? (Tonton...

Dadah di Kelantan disorok dalam timbunan…, Bang Mat tidak terkejut



 

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, laporan penemuan dadah yang disorok dalam timbunan najis lembu di Kelantan tidaklah mengejutkan.

Mesra dipanggil Bang Mat, beliau berkata, siasatan awal mengenai harga daging lembu yang terlalu murah, terutamanya di negeri-negeri bersempadan dengan Thailand memang menunjukkan ada unsur penyelewengan yang mencurigakan.

“Laporan awal yang saya terima beberapa bulan lalu memaklumkan lebih 80,000 ekor lembu telah diseludup masuk ke negara ini.

“Ini bukan sahaja satu ancaman kepada pendapatan penternak tempatan, malah membahayakan industri ternakan negara secara keseluruhan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya, lembu-lembu seludup terbabit tidak melalui sebarang proses kuarantin atau pemeriksaan kesihatan, dan berisiko membawa penyakit berjangkit yang boleh merebak kepada ternakan tempatan.

“Lebih malang, ada pula lembu ini yang dijadikan ‘keldai dadah’. Inilah realiti yang kita sedang hadapi,” jelasnya.


Modus operandi

Pada 27 Jun lalu, polis menahan enam suspek, termasuk sepasang suami isteri, disyaki memiliki dadah jenis pil kuda seberat lebih 35.4 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM5.04 juta di Jalan Gajah Mati, Kampung Banggol Chicha di Pasir Mas, Kelantan.

Operasi itu menggemparkan negara apabila dilaporkan polis menemui 20 kilogram pil kuda di bawah timbunan najis lembu.

Mereka dipercayai menggunakan modus operandi menjadikan kandang lembu sebagai lokasi penyimpanan stok dadah sebelum mengedarkannya.

Semua suspek membabitkan lima lelaki dan seorang wanita berusia 25 sehingga 39 tahun dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah sejak 2022.

Mengulas lanjut, Mohamad mengingatkan orang ramai agar berhati-hatilah apabila membeli lembu atau kambing yang dijual pada harga terlalu murah.

“Jangan kerana nak jimat RM10, kita tanpa sedar menyokong aktiviti jenayah yang boleh merosakkan negara,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah membongkar kes pil kuda tersebut dan menahan mereka yang terlibat.


“Kita tidak boleh berkompromi dengan dua perkara: dadah yang merosakkan generasi muda, dan penyeludupan haiwan yang mengancam industri makanan negara.

“Kedua-duanya mesti kita tentang habis-habisan,” tegas Mohamad.

Beliau yang juga Presiden AMANAH berkata, pelantikan Datuk Mohd. Suhaily Mohd. Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) amat diyakini akan memperkukuhkan lagi usaha negara membanteras penyeludupan di sempadan.

“Pengalaman dan ketegasan beliau dalam bidang keselamatan akan menjadi aset penting dalam menyekat kegiatan haram yang selama ini menjejaskan keselamatan makanan negara dan kesejahteraan rakyat,” kata Mohamad lagi.





‘Pas sendiri tidak yakin letak “ulama” ketuai agensi kerajaan negeri Kelantan’




Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Mohd Amar Abdullah kononnya parti itu telah berjaya membuktikan ulama bukan sahaja mampu memberi panduan agama, tetapi mampu mentadbir negeri Kelantan dipersoalkan.

Naib Pengerusi AMANAH Kelantan, Ustaz Che Ibrahim Mohamed berkata, beliau bersetuju dengan peranan ulama dalam mentadbir negeri tetapi realitinya tidak seperti yang diperkatakan bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan itu.

“Semasa saya menjawat jawatan Pegawai Tadbir Agama di Kelantan, saya sering menyebut kepada kerajaan jangan meletakkan PTU (Pegawai Tadbir Ugama) sebagai pegawai kelas kedua selepas PTN (Pegawai Tadbir Negeri).

“Malangnya, sehingga hari ini PTU masih tidak diberi kedudukan, layanan atau darjat yang sama berbanding PTN.

“… mengapa Pas sendiri lebih percaya kepada PTN berbanding PTU dalam urus tadbir negeri?

Ustaz Che Ibrahim Mohamed

“Realitinya ulama masih gagal membuktikan mereka seorang pentadbir yang baik, sebab itu kerajaan Pas sendiri tidak yakin untuk meletakkan “ulama” bagi mengetuai agensi-agensi kerajaan kecuali setakat calon pilihan raya untuk mengabui mata rakyat dengan slogan kepimpinan Islam,” katanya.


Terdahulu, Mohd Amar menggariskan peranan ulama itu sebagai antara empat kejayaan besar Pas sepanjang lapan penggal memerintah Kelantan sejak 1990.

Bagi Mohd Amar, empat kejayaan terbesar tersebut kononnya amat dirasai oleh rakyat dan satu perubahan yang besar kepada Islam.

Turut disenaraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor itu adalah keadilan Islam merangkumi semua, tidak terbatas kepada satu bangsa.

Mengulas kenyataan pemimpin Pas berkenaan, Ustaz Che Ibrahim menempelaknya sebagai “cakap tidak serupa bikin”.

“Apa keadilan yang telah Pas berikan kepada kaum lain?

“Sebagai contoh di Kelantan ada kira-kira seramai 4,500 peserta Ladang Rakyat yang diberi elaun bulanan sebanyak RM200 sebulan tanpa apa-apa tugas rasmi kecuali sekadar membantu kerja-kerja seorang YB dalam setiap DUN.

“Berapa orangkah “peserta Ladang Rakyat” yang diberi kepada kaum lain terutama masyarakat orang asli yang rata-rata projek Ladang Rakyat dibuat dalam kawasan penempatan mereka?

“Berapa orang kaum Siam atau Cina yang dipilih sebagai peserta ladang rakyat?

“Mengapa hampir seluruh bumi Kelantan diwartakan sebagai “Rezab Melayu”, adakah penduduk selain Melayu tidak berhak memiliki tanah di Kelantan?” bidas Ustaz Che Ibrahim lagi.





SARA ringankan beban ramai isi rumah, penerima bersyukur, pembangkang saja merungut



 


Rata-rata penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bersyukur kerana pelaksanaan program itu meringankan beban ramai isi rumah dalam mendapatkan makanan asas dan kelengkapan bayi.

Hanya pembangkang dilihat merungut malah tidak bersyukur dengan terus memainkan sentiment politik kepartian termasuk mengejek Perdana Menteri.

Azree Ghazali antara penerima SARA yang berkongsikan manfaat yang diperolehnya apabila menjadi antara 5.4 juta penerima bantuan hanya menerusi penggunaan MyKad.

Menurutnya, sebelum ini belanja dapur setiap kali gaji adalah sekitar RM300 hingga RM350 sebulan.

“Tapi ada MyKasih sangat-sangatlah membantu. Dah boleh jimat RM100, boleh beli keperluan yang lain. Terima kasih PMX,” katanya.

Sementara itu, Nurul Adiha Abdul Wahab pula berkata, penambahbaikan program SARA dengan perluasan 14 kategori barangan termasuk barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan benar-benar membantu rakyat.



“Dulu masa mula-mula MyKasih, pampers, susu anak tak boleh beli, tak termasuk dalam senarai.

“Sekarang, Alhamdulillah dah ringankan ramai isi rumah sebab pampers, susu yang ada anak kecil ni yang banyak kena belanja,” jelasnya.

Bagi Sahiedatul Mariam pula, beliau sangat bersyukur dengan bantuan SARA berbanding sebelum ini terpaksa menantikan gaji masuk hujung bulan.

“Kalau tidak, nak kena tunggu hujung bulan sakitnya Tuhan yang tahu.

“Lagi-lagi ada anak kecil perlukan susu dan pampers. Belanja barang dapur lagi. Itu pun ramai yang merungut PMX itu, ini. Tak tahu bersyukur,” tulisnya.

Dalam masa sama, ada yang menegur pihak pembangkang yang tidak berkesudahan memperlekeh kerajaan MADANI termasuk pelaksanaan SARA.

“Sedih juga jika ada yang masih tak bersyukur. Sebarkan kesyukuran. Insya-Allah ganjaran jariah untuk anda.

“Moga dimudahkan rezeki kita semua seluruh rakyat Malaysia,” kata Marziana Abd Malib.


Hal sama juga diperkatakan Mohamad Familia Sarah yang menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang yang mengheret isu SST.

“Janganlah kita terikut-ikut fitnah yang disebarkan oleh pihak pembangkang konon harga barang naik gara-gara SST.

“SST tu hanya akan kena pada golongan sasar dan mahakaya saja,” katanya lagi.




APA KATA RAFIZI 2