SPRM OH SPRM….SIASATLAH DULU!!

 

Setelah empat hari berlaku sejak bekas Ketua Polis Negara, Hamid Bador menggesa SPRM menyiasat amalan lompat parti yang didakwanya berleluasa dalam kerajaan PN dan mengaitkannya dengan kemungkinan berlakunya rasuah, Ketua Pesuruhjaya agensi tersebut, Azam Baki akhirnya tampil melantunkan suaranya.

Dalam suaranya yang tersimpan selama empat hari sejak isu tersebut menjadi bualan ramai, beliau berhujah, tindakan ahli politik melompat parti tidak menjadi satu kesalahan di negara ini melainkan jika melibatkan pembayaran wang oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, mana-mana pemimpin dan ahli politik bebas melompat parti mengikut pendirian mereka berikutan tiada undang-undang yang melarang mereka daripada berbuat demikian.

“Lagipun Akta Anti Lompat Parti tidak wujud lagi, jadi sebab itu saya tidak mahu komen sangat.

“Ini bukan satu kesalahan dan terdapat juga mereka keluar parti jadi hebat, itu bukan satu kesalahan di negara kita,” katanya lagi.

Meskipun benar apa yang disebutkan Azam itu, tetapi ini bukanlah jawapan yang dikehendaki rakyat daripadanya sebagai peneraju SPRM.


Malah, Hamid Bador sendiri pasti tidak memerlukan jawapan sedemikian.

Ini kerana, berhujah mengatakan melompat bukan suatu kesalahan berikutan tiada undang-undang menghalangnya adalah jawapan yang sudah diketahui semua orang.

Pelajar sekolah menengah berumur 15 atau 16 tahun yang bakal mengundi dua tiga tahun akan datang pun ramai sudah tahu mengenai perkara itu.

Walaupun undang-undang membenarkannya, tetapi oleh kerana penglibatan seseorang dalam parti melibatkan kepercayaan, keyakinan ideologi dan prinsip perjuangan, tidak bermakna apa yang dibenarkan itu halal semuanya.

Lebih-lebih lagi bagi yang berjawatan Ahli Parlimen dan kerajaan yang berkuasa pula sedang diragui kedudukan majoritinya, adakah mereka yang tiba-tiba melompat menyertai kerajaan itu saja-saja berbuat demikian tanpa sebab?

Atau bolehkah dipercayai mereka melompat itu semata-mata ikhlas demi untuk agama, bangsa dan negara tanpa setitik pun ganjaran diterima?

Sedemikian, di situlah pentingnya siasatan dijalankan oleh SPRM sebagai agensi untuk mencegah perbuatan rasuah untuk mengetahui sama ada yang melompat itu dibayar, dijanjikan jawatan atau sebagainya.

Tetapi, janganlah sebelum siasatan dijalankan dan Hamid Bador yang membuat dakwaan belum dipanggil memberi keterangan, SPRM sudah awal-awal berhujah mengatakan melompat partu bukan suatu kesalahan.

Kenyataan atau hujah sedemikian lebih menjurus kepada pemahaman bahawa SPRM enggan melakukan siasatan terhadap lompat katak dalam kerajaan PN sekarang serta lebih cenderung untuk mempertahankan kerajaan sedia ada.

Kalau Azam meneliti kenyataan Hamid sebelum ini juga, apa yang dimahukannya ialah agar siasatan dijalankan.

Yang pergi berhujah mengatakan lompat parti bukan suatu kesalahan buat apa?

Siasatlah dulu!!

Lagi pula, beberapa hari kebelakangan ini sudah banyak pelbagai pihak tampil membuat laporan kepada SPRM sendiri agar siasatan dilakukan berikutan pendedahan Hamid Bador itu.

Maka kepada Azam, berhentilah berhujah seperti ahli politik dalam sesuatu perkara yang belum disiasat serta belum diketahui kebenarannya lagi.

Peranan SPRM atau tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya bukan untuk memberi hujah, tetapi membanteras rasuah dengan melakukan siasatan dan membawa ke muka pengadilan.


 (ShahbudinHusin 04/05/2021)




Putrajaya umum PKP 3.0, tanda pagar #KerajaanGagal ‘trending’

 

PETALING JAYA: Tanda pagar #KerajaanGagal kini menjadi tumpuan di media sosial dengan ahli politik dan orang ramai menzahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan meletakkan enam daerah di Selangor bawah PKP 3.0.

Dalam tempoh singkat, lebih 5,000 catatan di muat naik dengan tanda pagar berkenaan, susulan pengumuman PKP itu yang merangkumi pelbagai sekatan pergerakan ke atas jutaan penduduk selain waktu perniagaan yang dipendekkan selama dua minggu, mulai Khamis ini.

Antara yang tidak puas hati adalah pengguna @JazliAziz yang berkata ketiga-tiga PKP di Selangor setakat ini diumumkan dengan SOP berlainan pada setiap kali.

“Jika anda perlu bukti bahawa #KerajaanGagal tidak ada rancangan, lebih reaktif dan bukannya proaktif, inilah dia,” katanya.

Pengguna @AymnHzwni berkata: “Ketika seluruh dunia bersiap sedia untuk pulih daripada kegawatan ekonomi di sebalik menjalankan program vaksinasi (berkesan), Malaysia masih di takuk lama apabila pandemik bermula.”

Pengguna @sydzhir02, mengeluh kerana terpaksa menyambut satu lagi hari raya bawah PKP.

Sementara itu Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, kesal kerana kerajaan tidak menyatakan industri dan sektor mana yang boleh meneruskan operasi semasa PKP berkuatkuasa.

“Terpaksa menunggu sehingga esok untuk mendapatkan penjelasan dan SOP…bila mereka (kerajaan) akan belajar (beri maklumat penuh),” ujar beliau.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kula Segaran, menyoal kenapa kerajaan Perikatan Nasional mempertaruhkan mata pencarian rakyat dengan satu lagi pusingan PKP.

“Bilakah anda akan beritahu rakyat Malaysia apa SOP sepenuhnya? Kenapa tunggu hingga minit terakhir? Ini bukan PKP pertama, ia adalah yang ketiga,” kata beliau.


VIDEO - KEMBALIKAN NILAI BUDAYA POLITIK SIHAT



Sementara itu, Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menyifatkan pendedahan berani oleh Abdul Hamid itu tentang kepincangan besar dilakukan Menteri yang menjaga keselamatan awam, sebagai tanda kerajaan PERIKATAN NASIONAL gagal. “Perdana Menteri harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan pendedahan ini.








VIDEO GAJAH DI BIBIR MATA TAK NAMPAK



"Sebagai contoh, dalam perlembagaan Perkara 140 jelas mengatakan bahawa untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada satu suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). "Ini adalah satu suruhanjaya yang akan mengendalikan urusan berkaitan kenaikan pangkat, tatatertib, perkara kebajikan dan sebagainya terhadap seluruh anggota polis berjumlah hampir 130,000," katanya lapor Bernama.





VIDEO BILA AGAMAWAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN- KENAPA DIA BEGITU KEBAL TIDAK PERNAH DI DENDA



Sementara itu Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH Ustaz Zolkharnain Zainal Abidin, secara sinis menuntut pencerahan bagaimana seorang agamawan dari Terengganu boleh merentas negeri ke Selangor. “Boleh sapa-sapa bagi tanwir, macam mana agamawan tu boleh rentas negeri untuk upacara tahnik?




VIDEO LAN PET PET PUKUL FOOD RIDER !?



Lan Pet Pet bikin gempar lagi, kali ini gaduh dengan Food Rider

Video pelawak popular, Lan Pet Pet memukul seorang lelaki dipercayai penghantar makanan menarik perhatian netizen selepas tular di media sosial sejak malam tadi.

Menerusi video yang dirakam pengguna jalan raya ini, pelawak dan pelakon dari kumpulan Senario itu dilihat merangkul leher lelaki terbabit dan memukul kepalanya.

Dalam masa sama, Lan turut ditenangkan oleh tiga lagi lelaki daripada terus memukul lelaki itu dalam kejadian yang berlaku di tepi jalan raya itu.

Dalam keadaan marah, Lan turut menjerkah lelaki itu dengan kata-kata berbaur amaran, ‘hang duduk Tropicana nak tunjuk samseng kat aku. Hang tau dak aku sapa?’

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana lokasi kejadian itu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Lan bagi mendapatkan reaksinya mengenai kejadian itu buat masa ini tidak berjaya.

Sebelum ini, Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, mencetuskan kegemparan ramai apabila memukul seorang pengawal keselamatan, Yahya Manap atau Pak Ya, 71, pada 6 April 2019.

Dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah terhadap perbuatan yang dilakukan di Acacia Park Desa Jati, Nilai, Negeri Sembilan. 



Gadis kerja cikgu dan nurse, sasaran lelaki ‘biawak hidup’ untuk dijadikan isteri

 


Gadis kerja cikgu dan nurse, sasaran lelaki ‘biawak hidup’ untuk dijadikan isteri


Pasti ramai tahu, meskipun gaji ditawarkan tidak banyak namun pihak bank lebih mudah untuk memberi pinjaman kepada penjawat awam dan disebabkan itu ada lelaki di luar sana ‘memburu’ gadis kerja kerajaan untuk mendaptkan wang dengan cara mudah.

Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook ini, Harith Faisal yang menceritakan pengalaman seorang rakannya yang memujuk isterinya yang merupakan kakitangan kerajaan untuk membuat pinjaman peribadi selepas mereka berkahwin.



Menurutnya lagi, rakannya itu membuat pinjaman untuk modal perniagaannya namun peniagaannya itu tidak menjadi dan tidak sempat bayar hutang isterinya meninggal dunia.

Ujar rakannya, kematian isterinya sangat menguntungkan kerana pinjaman peribadi tersebut tidak perlu dibayar kerana dilindungi Takaful. Lebih mengejutkan, selepas kematian isterinya, dia merancang untuk berkahwin lagi dengan penjawat awam.

Tengar target nak kahwin penjawat awam lagi

“Aku ada kawan yang arwah isteri dia dulu penjawat awam. Lepas kahwin, dia pujuk isteri dia buat personal loan sampai max untuk modal bisnes. Tolak di payslip. Malangnya, bisnes tak menjadi. Modal hangus.”

“Okay. Then?”

“Tak sempat habis bayar hutang tu, isteri dia meninggal. Dia kata, untung juga macam tu. Personal loan tu terus langsai sebab ia dilindungi takaful. Sekarang dia tengah target untuk kahwin dengan penjawat awam lagi.”

Jangan diceraikan pula isteri baru dia tu lepas dapat duit personal loan. Lepas cerai, bekas isteri tetap kena bayar hutang personal loan tu setiap bulan sebab memang tolak kat payslip, kan.

Harith turut berkongsikan satu lagi cerita dimana seorang ibu tunggal mempunyai hutang pinjaman peribadi ratusan ribu ringgit gara-gara bekas suaminya menggunakan namanya untuk perniagaan namun tidak berjaya. Mereka kemudian bercerai dengan alasan tidak lagi sehaluan.

Harith berkata, ‘lelaki-lelaki’ ini mensasarkan gadis dikalangan cikgu atau pun jururawat. Menurut seorang bekas pekerja bank, golongan cikgu dan jururawat paling ramai membuat pinjaman peribadi.

Lebih mengejutkan, ketika pinjaman dibuat si suami akan ikut bersama dan meminta isteri untuk membuat pinjaman maksimum selagi boleh.

Lelaki spesis ni akan target cikgu atau nurse

Saya sendiri pernah jumpa single mom yang berhutang personal loan berpuluh, beratus ribu. Pun sama, bekas suami guna untuk bisnes, bisnes melingkup. Lalu diceraikan dengan alasan dah tak sehaluan. Biasanya spesis lelaki macam ni akan target cikgu atau nurse. Seorang bekas banker ada bagitau saya yang memang cikgu dan nurse lah profesion yang biasa akan apply max personal loan.

Masa apply tu pasangan dorang ikut sekali. Disuruhnya apply max selagi boleh. Bekas banker tu kata, dia berhenti kerja pun sebab tak sanggup nak hadap situasi macam tu. Malah bekas pekerja bank itu juga mendedahkan ramai penjawat awam mempunyai gaji kasar beribu-ribu ringgit tetapi gaji bersih berbaki ratusan saja disebabkan hutang.

Gaji beribu tapi baki tinggal berapa ratus je sebab hutang

Rasa serba salah kot. Dia share lagi, memang ramai je penjawat awam gaji kasar ribu-ribu, tapi gaji bersih dalam payslip tinggal baki ratus-ratus saja sebab hutang santak sampai habis. Jadi, kepada penjawat awam yang single-single tu, berhati-hati pilih pasangan hidup. Jangan naif sangat sampai sanggup kena tipu hidup-hidup. Disangka kahwin dengan lelaki, rupanya dia biawak jantan tak guna.

Dalam pada itu, Harith turut menasihatkan kepada gadis yang bekerja di sektor kerajaan supaya berhati-hati dalam memilih pasangan bimbang berkahwin dengan lelaki biawak hidup. 





VIDEO Bocor lagi, HAMZAH Guna Jabatan Cawangan Khas

Ambil perhatian jumlah pesakit ICU, elak sistem kesihatan lumpuh, kata Najib

 

FMT Reporters
 -

Najib Razak berkata jumlah positif setiap hari boleh naik dan turun disebabkan jumlah saringan dibuat setiap hari juga tidak menentu.

PETALING JAYA: Jumlah bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) perlu diambil perhatian serius bagi mengelak berlaku kelumpuhan sistem kesihatan negara, kata bekas perdana menteri, Najib Razak.

Beliau berkata, apa yang paling ditakuti dalam pandemik bukan saja jumlah kes positif semakin meningkat tetapi sistem kesihatan yang lumpuh di mana pesakit kritikal dan perlu rawatan segera ditolak berkali-kali oleh hospital kerajaan serta swasta disebabkan kapasiti rawatan sudah berlebihan.

“Sebab itu, saya lebih mengambil perhatian setiap hari dengan angka jumlah pesakit yang dikatakan aktif Covid, terutamanya bilangan pesakit dalam ICU dan pesakit pada tahap paling serius iaitu memerlukan bantuan pernafasan,” katanya di Facebook.

Najib berkata, jumlah positif setiap hari boleh naik dan turun disebabkan jumlah saringan dibuat setiap hari juga tidak menentu.

“Seperti angka 2,500 semalam yang merupakan kejatuhan besar berbanding hari-hari sebelumnya (adalah) disebabkan jumlah saringan turun dengan banyak beberapa hari lalu semasa cuti awam dan makmal-makmal swasta tak dibuka.

“Bagaimanapun, jumlah pesakit yang serius dan perlukan jagaan ICU serta bilangan pesakit yang terima bantuan pernafasan tidak menipu sebab tak terkesan dengan cuti awam,” katanya.

Beliau berkata, keadaan sekarang lebih serius berbanding tempoh darurat dan PKP 2.0 diumumkan, di mana bilangan pesakit dalam ICU naik dari 228 dua minggu lepas ke 300 minggu lepas dan semalam mencecah 352.

“Bilangan pesakit paling serius pula naik dari 93, dua minggu dulu ke 133 minggu lepas ke 186 orang semalam, masing-masing adalah 88% dan 113% lebih ramai berbanding masa darurat diumum.

“Cuba bayangkan apakah keadaan negara jika angka-angka ini mengikut trend dan berganda sekali lagi? Ini dibuktikan apabila Kementerian Kesihatan dan hospital-hospital swasta mula umum kapasiti mereka telah kritikal,” katanya.

Ambil tindakan terhadap guru ‘toksik’, guna bahasa lucah, kata SUHAKAM


Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM, Noor Aziah Mohd Awal, menganggap sikap guru yang saling melindungi antara satu sama lain sebagai membimbangkan.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mesti mengambil tindakan terhadap guru yang mengganggu pelajar perempuan menggunakan bahasa kotor dan berunsur lucah, kata Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Noor Aziah Mohd Awal menyelar budaya toksik segelintir guru yang saling melindungi antara satu sama lain apabila terdapat aduan terhadap guru, termasuk sikap memperlecehkan seorang aktivis pelajar secara seksual di media sosial.

“Tindakan mesti diambil terhadap guru yang mengganggu aktivitis pelajar yang cukup berani mempertahankan hak kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan.

“Tingkah laku buruk sesetengah guru mencemarkan imej kerjaya yang begitu mulia.”

Noor Aziah mengulas isu pelajar perempuan yang mendakwa di platform perkongsian video TikTok bahawa guru lelakinya bergurau mengenai rogol di dalam kelas.

Ain Husniza Saiful Nizam, 17, berkata, ia berlaku ketika guru itu membincangkan isu gangguan seksual semasa mata pelajaran pendidikan jasmani dan kesihatan di sekolah.

Selepas videonya tular, segelintir orang termasuk yang dipercayai adalah guru membuat komen lucah mengenai tubuh badan remaja itu. Remaja terbabit menuntut supaya mereka memohon maaf.

Selain itu, Noor Aziah turut memetik sebagai contoh isu “pemeriksaan haid” yang beberapa minggu sebelum ini dilihat mencetuskan kegusaran ibu bapa malah masyarakat umum.

Noor Aziah berkata, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan visi Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk “memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.

Beliau menyifatkan guru sebagai teladan dan mesti menyedari sebarang tindakan atau kegagalan untuk bertindak oleh golongan itu akan memberi kesan terhadap pelajar selama bertahun-tahun.

“Sekolah mesti dijadikan tempat yang selamat untuk kanak-kanak, dan lebih banyak mekanisme hendaklah dirancang dan dilaksanakan agar kanak-kanak dapat menikmati masa mereka belajar, memperoleh pendidikan yang bermanfaat dan sihat yang akan berlangsung seumur hidup mereka,” katanya.

Menurutnya, fungsi sekolah, latihan guru dan sistem pendidikan perlu dikaji semula untuk memastikan visi Akta Pendidikan dapat dicapai.


MURSYIDUL AM BOHONG TENTANG PESAWAT PENGANGKUT BARANG DAN PENUMPANG

 


ARIZ FAZRIF


Ini segala bukti tentang penumpang yang saya patut ambil dari KLIA pagi tadi

 termasuk no passport. Macam mana tuan Menteri boleh katakan ia adalah

 pesawat kargo.”


Kantoi !!! Lelaki ini buktikan ada penumpang India tiba dengan flight hari ini




No photo description available.





HARI NI BODOH TU DATANG BALIK DEKAT MU

 

Mu selalu kata org bodoh

HARI NI BODOH DTG BALIK DKT MU

Selalu dlm ceramahnya dia membodohkan org. Teringat masa remaja dlm majalah humor Profesor Serba Tahu...Hari ini terlihat mu lebih bodoh dari org yg mu kata bodoh. Sebab tu Ustaz jgn mudah bodohkan org bila diberi sedikit ilmu.

Ustaz tanya ambo jawab..

Soalan: Ada ke peraturan tidak boleh menziarahi kawan?

Jawapan: Haram jika dtg jumpa kawan perempuan dan berdua duan dgnnya di bilik. Halal dan dpt pahala dlm Islam jika tujuan ziarah. Undang2 dunia pulak tak salah ziarah kawan. Yg salah bila mu ziarah waktu SOP pandemik utk rentas negeri. Sebabnya waktu pandemik nak rentas negeri utk ziarah kawan tak boleeeeeh. Itu ada dalam peraturan, pahe...Sdgkan ada antara rakyat yg kematian nenek, ibu bapa sakit tidak dpt menziarah. Bakpe jadi gitu....Mufti Wilayah telah menggariskan hukum 'haram' merentas negeriDescription: 😂 Mu duk kat dkt Planet Pluto ke tak tahu ada peraturan ni? Walaupun begitu tidak haram rentas negeri jika isteri mu duduk di Kuala Lumpo dan mu di Ganu sana sb keperluan batiniah itu wajib ditunaikan... Pahe dok ni?

Betul sangat2 apa yg saudara

Norman Radzuan

nukilkan. Dulu bodohkan orang sekrg bodoh tersebut pergi kpd diri sendiri.

 


May be a meme of 1 person and text that says "kini KiniTV BM 7m VIDEO: 'Datuk K itu kawan saya, ada ke peraturan tak boleh pergi rumah kawan?' VIDEO kini i 'BUKAN AKU NAKPERGISANGAT KINITV BM 'Datuk K itu kawan saya, ada ke peraturan tak boleh pergi rumah kawan?'"





PANGGIL MENTERI ATAU USTAZ POPULAR ???

 



NORMAN RADZUAN


Menteri Agama terkejut umat Islam minta bantuan gereja

Perlukah panggil Menteri atau Ustaz Popular?

PANGGIL TOK SIAK SURAU PUN SAH MAJLIS...

Di usia remaja saya sudah mengikuti jamaah2 Islam. Saya melihat yg berserban, berjanggut dan yg berada di surau dan masjid itu org2 mulia. Jadi waktu itu saya kurang memahami apa yg dimaksudkan Rasulullah saw baginda lebih bimbang Ulama Suk daripada Dajal.

Sdgkan org Melayu sejak awal mengenal agama telah ditakutkan mengenai kehadiran Dajal. Kini saya dpt melihat satu persatu dan dpt memahami apa yg ditakutkan baginda. Utk saya bukan setakat takut tapi disulami dgn perasaan yg sgt marah. Ini kerana mereka adalah benteng agama tetapi telah mempergunakan agama utk kepentingan diri.

Sb itu Ustaz2 popular skg ini pakai kereta jenama mewah dgn alasan apa salahnya. Mereka mula menggunakan riwayat umat Islam perlu kaya. Tapi bila berceramah puak2 ini suruh org2 kaya yg lain hidup seperti Sayidina Umar... hipokrit !

Akhir2 ini dua personaliti Neelofa dan Siti Nurhaliza mengundang kontroversi sehingga menjadi kritikan netizen. Neelofa mengundang kontroversi majlis pernikahannya yg melanggar SOP. Tidak cukup dgn itu gambar2 dia dan suami seperti bercuti dgn menaiki jet ski di Pulau Langkawi.

Begitulah juga Siti Nurhaliza apabila netizen marahkan keluarganya boleh beramai ramai ke hospital. Terbaru majlis maulid, aqiqah dan tahnik Siti Nurhaliza turut mengundang kemarahan netizen. Yg kena tempias Ustaz glamor yg hadir ke majlis tersebut. Yg pasti kemarahan netizen ialah muncul di majlis itu Menteri Agama yg tidak putus2 mengundang kontroversi.

Melanggar SOP, bawa rombongan besar dgn menaiki private jet, majlis akad nikah Neelofa dan terbaru utk majlis maulid dan tahnik anak penyanyi tersohor Siti Nurhaliza. Ada beberapa isu di sini yg ingin saya ulas serba sedikit mengapa netizen sgt berang.

Netizen atau rakyat teramai ini dibebani dgn SOP, saman melampau melanggar SOP, hilang pekerjaan, dihalang rentas negeri sampai kes kematian pun sukar berbuat demikian, tidak dibenarkan berkumpul dan bermacam macam lagi tekanan dirasai mereka. Tapi bila melibatkan VIP atau artis terkenal tiada apa tindakan dikenakan.

Saya melihat Menteri Agama yg dihormati waktu bergelar Mufti Wilayah sudah hilang penghormatan lagi dari masyarakat. Sikapnya berulang kali melanggar SOP dan seolah olah tidak mahu bertanggungjawab atas isu majlis pernikahan dgn menjawab 'no komen'.

Malah isu Mufti Wilayah mengeluarkan fatwa haram rentas negeri, Menteri Agama mengambil pendirian 'no komen'. Jadi apa guna dirinya menerajui di kementerian tersebut? Lupa dia sendiri pun suka langgar SOP.

Kemudian Menteri Agama ini boleh buat2 terkejut bila tiga ibu tunggal beragama Islam yg terpaksa memohon bantuan kewangan daripada pihak gereja susulan permohonan mereka ditolak oleh pusat zakat atau agensi berkaitan. Ia sgt2 memalukan umat Islam.

Tu la bila kamu sebagai Menteri Agama sibuk dgn bola, sibuk nak nikahkan artis terkenal, sibuk nak tahnik anak personaliti terkenal sampai kamu alpa ibu tunggal terpaksa minta bantuan gereja. Wahai Pak Menteri..." Anta sebenarnya sudah terlalai dgn habuan dunia..". Maaf jika ana yg hina ni menegur. Apa anta nak jawab nanti di sana kenapa ada umat Islam terpaksa meminta bantuan gereja.

Buat artis2 kalau selepas ini nak buat majlis Maulid, tahnik ke buat la. Bagus buat majlis agama seperti itu cuma nak bagitahu kalau panggil Tok Siak Surau pun sah majlis tersebut. Yg penting niat tu ikhlas bukan hendak menjadikan ia majlis 'glamor'. Bukan apa seperti apa terjadi skg daripada majlis yg baik sebaliknya mengundang fitnah masyarakat.

Bukan kah sesuatu amalan itu bermula dgn niat. Artis nak majlis nampak glamor, yg ustaz2 pun nak tumpang glamor. Jagalah SOP dan jaga lah umat jgn sampai mereka meraih simpati gereja lagi Ustaz2. Fahami kisah2 Umar Al Khattab tu betul2 bukan setakat mengajar je.

 

COVID-19 : SELURUH DUNIA ALAMI PENINGKATAN KES.BENAR KAH

May be an image of text 




COVID-19 : SELURUH DUNIA ALAMI PENINGKATAN KES

 

Menurut statistik Universiti Johns Hopkins, SELURUH dunia dikhabarkan mengalami peningkatan kes meskipun telah byk negara melaksanakan program vaksinisasi rakyatnya. Maka logiklah di Malaysia pun sama. Adakah ini yg cuba digambarkan oleh KKM?

 

Ingat tak, saya pernah beritahu tentang "FAKE NEWS" interview dgn Pakar Vaksin Dr. G.Vanden Bossche?? Ia masih "Fake News" atau berita palsu ye? Harap JANGAN PERCAYA berita seperti itu.

 

Anda hendaklah mempercayai HANYA berita dari sumber WHO dan sumber rasmi KERA jaan shj. Ingat tu. Faham ye?

Wallahualam.

- Zus Din

04 May 2021

 

*AMARAN FAKE NEWS itu di sini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1134907563680293&id=100014831801916

 


PENDEDAHAN HAMID, HAMZAH PATUT BERUNDUR ATAU DITUKAR PORTFOLIO

 

Adakah para ulama politik tidak faham penjelasan saya? - Abdul Hamid


Nampaknya Abdul Hamid Bador bukan berhenti setakat mendedahkan perihal campur tangan polis dalam pengurusan PDRM, tetapi beliau telah memperincikannya bentuk campur tangan itu menjadikan muka PDRM semakin jelek.

Terbaru Hamid mendedahkan agenda Menteri KDN Hamzah Zainuddin untuk menentukan ketua pengarah Cawangan Khas bagi tujuan politiknya. Kenyataan Hamid ini serius dan bukan lagi sesuatu yang main-main.

Dengan pendedahan itu ia memberi gambaran sesiapa sahaja yang akan dilantik mengisi jawatan itu selepas ini ia akan difahamkan oknum itu adalah pilihan Hamzah Zainuddin. Apa-apa tindakan, atau aksi Cawangan Khas nanti akan dilihat ia memenuhi aspirasi Hamzah Zainuddin.

Justeru, wajar kalau Hamzah berhenti atau meletak jawatan. Atau kalau Muhiaddin masih mahu mengekalkan kerana mengenangkan peranana Hamzah penting membawanya ke kerusi PM, setidak-tidaknya Muhiaddin kena pindah Hamzah ke portfolio lain.

Kalau Muhiaddin membiarkan Hamzah kekal disitu, ia menimbulkan persepsi buruk terhadap PDRM dan keburukan itu akan tertimpa batang hidungnya juga.

Dan dengan pendedahan berterusan oleh Hamid itu boleh menyebabkan akan berlaku kerenggangan atau pun keretakan hubungan antara Muhiaddin sebagai PM dengan Menteri Dalam Negeri. Integriti Mahaiddin yang dipertahankan selama ini akan roboh.

Jika ini tidak diselesaikan ia memberi kesan tidak baik kepada Muhaiddin dan kerajaan PN, apa lagi kerajaan itu sudah dicemuhi berbakul-bakul kerana integritinya (keabsahannya) disangsikan. Apakah Muhaiddin sedia untuk menjadi titian buruk dalam kerajaanya? Trims.

 

JANGAN CEPAT GELABAH

 


Kerjasama PH-Umno mungkin, tapi hanya selepas PRU15, kata Loke



ZUBAIDI SUDIN


BILA LOKE DARI DAP CAKAP MACAM NI TAK PULAK PANtuk OREN MASAM BALUN. BILA DS SAIF ATAU DSAI TIDAK MENOLAK KERJASAMA DGN UMNO DI MASA AKAN DATANG RIUH RENDAH DEPA CANANG SEOLAH-OLAH SUDAH BERLAKU KERJASAMA ITU. KORANG NAMPAK TAK DEPA JADI ALAT DAN PERKAKAS MAHATHIR SERTA "KLUSTER pujaWANG"??

- Zus Din

04 May 2021

*********************

Kerjasama PH-Umno mungkin, tapi hanya selepas PRU15, kata Loke

FMT Reporters -May 4, 2021 2:50 PM

Loke Siew Fook tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan bekerjasama dengan Umno atau parti lain selepas pilihan raya umum

PETALING JAYA: Setiausaha penganjur DAP Loke Siew Fook berkata meskipun Pakatan Harapan (PH) akan berdepan pilihan raya umum akan datang (PRU15) dengan komposisi semasa, keadaan mungkin berubah sekiranya pemilihan bertemu jalan buntu.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, dengan potensi pertembungan tiga penjuru pada PRU15 – Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan PH – tiada pemenang yang jelas adalah satu kemungkinan, sekali gus membuka pintu untuk kerjasama dengan pihak lain, termasuk Umno.

Loke berkata PH, yang terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah, akan melakukan apa yang perlu jika tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

“Kami sampai pada situasi di mana terdapat tiga gabungan di Malaysia. Sekiranya, katakanlah, Umno tetap pada kedudukannya sekarang untuk meninggalkan PN dan tidak bekerjasama dengan Bersatu, maka anda mempunyai sekurang-kurangnya tiga kekuatan utama yang akan bertanding di pilihan raya akan datang,” katanya dalam wawancara yang disiarkan di BFM pagi tadi.

“Sekiranya tiada pemenang yang jelas, kita perlu memberikan penyelesaian. Negara tidak boleh berada dalam keadaan tidak seimbang, kita mesti mewujudkan keadaan di mana kerajaan yang stabil dibentuk dan negara itu ditadbir, dan keadaan menjadi normal.

Mengulas sama ada DAP perlu komited sebelum pilihan raya sebagai bukti kepada pengundi, Loke berkata PH cukup jelas dengan apa yang ditawarkannya kepada pengundi – struktur kepemimpinan yang baik dengan Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

“Sudah tentu, kami berharap PH dapat memenangi sekurang-kurangnya separuh kerusi dan membentuk kerajaan, tetapi jika itu tidak berlaku, (sekutu baru) adalah sesuatu yang perlu kita fikirkan.”

Loke berkata, pertengkaran dan ketidakstabilan yang melanda arena politik negara akhir-akhir ini adalah tidak sihat.

“Perlu ada kerajaan majoriti yang jelas sebaik segalanya reda selepas pilihan raya berikutnya.”

Mengenai tuduhan bahawa DAP adalah parti “chauvinis Cina”, dia berkata reputasi itu sukar dikikis, terutama dalam kalangan orang Melayu, tetapi mereka giat untuk memadamkannya.

“Secara umum, DAP telah diterima oleh orang bukan Melayu, tetapi kita masih berdepan cabaran untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu,” katanya.

Loke berkata tiada gunanya mengetepikan usaha pengundi Melayu hanya kerana sukar mendapat sokongan mereka pada masa lalu.

“Jika kita menyerah, tidak ada masa depan untuk DAP,” katanya.

Dengan keanggotaan orang Melayu yang kurang daripada 10%, yang diakuinya “sangat rendah”, Loke berkata DAP mencari pemimpin muda Melayu untuk memainkan peranan penting ke hadapan, dan diharapkan dapat meyakinkan orang ramai bahawa parti itu adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Katanya usaha untuk melibatkan orang Melayu di luar bandar adalah perlu, kerana parti itu tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada sekutu PH.

 

VIDEO : Dakwaan Hamid Bador: 'Kalau SPRM pilih berdiam diri, malang buat negara ...


PKR hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat unsur rasuah di sebalik tindakan sejumlah ahli parlimen yang melompat parti, yang dibangkitkan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, Jumaat lalu. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana pendedahan yang dibuat Abdul Hamid itu tidak boleh dianggap remeh dan SPRM tidak boleh berdiam diri dengan dakwaan tersebut. Pada Jumaat lalu Abdul Hamid dalam sidang media membuat beberapa pendedahan berkaitan tugasnya selama ini.



VIDEO : PANASS!! Lokman Adam Mengamok - Nama saja dewan ulamak pas,tapi peranga...patut mewah masa pilihanraya dulu.....


W.FAUDZIN


Kita syak lama dah. Tapi bila Lokman Adam "mengharamjadahkan" Dewan Ulamak Pas, maka terdedah rupa-rupanya  ada orang tanggung perbelanjaan muktamar Pas? Tapi, siapa ye? Waktu PRU14 dulu memang kita lihat jentera Pas amat mewah dlm kempen mereka. Sebiji macam umno punya jentera dan bahan kempen mereka. Lokman Adam pernah cakap, jangan sampai dia dedahkan semua....

Begitulah jadinya bila lebai menunggang agama...pelacur politik dan biawak yang mencari bangkai...



VIDEO : Dj Ini Mengamuk Sakan Pada Kerajaan PN

LAWAN DENGKI DENGAN SOLIDARITI- KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT

 



APA DAH JADI DENGAN JANJI PEMBELAAN TERHADAP ARWAH ADIB , DAN BAGAIMANA PULA DENGAN GANAPATHY

 

No photo description available.



IBRAHIM MAT ISA


Sesetengah orang suka mainkan sentimen perkauman sebagai modal untuk alih perhatian dari isu sebenar. Bila aku lukis poster muka Ganapathy, mangsa terbaru yang mati semasa dalam tahanan polis, mereka bangkitkan pasal kes Adib dan kata aku tak pernah lukis poster muka Adib sebelum ni.

Di atas adalah poster yang aku lukis pada tahun 2018, dan kongsikan di semua akaun media sosial aku 3 tahun lalu.

Persoalannya kenapa mereka yang paling bising kecam aku pasal kes Adib di ruangan komen FB aku ni tak mengecam dan persoalkan kerajaan yang memerintah pasal janji mereka untuk membela kematian Adib?

"Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan sewajarnya" - Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), 20 Disember 2020

Apa jadi dengan janji dan jaminan Menteri ni?