IBRAHIM MAT ISA
Sesetengah orang suka mainkan sentimen perkauman sebagai modal
untuk alih perhatian dari isu sebenar. Bila aku lukis poster muka Ganapathy,
mangsa terbaru yang mati semasa dalam tahanan polis, mereka bangkitkan pasal
kes Adib dan kata aku tak pernah lukis poster muka Adib sebelum ni.
Di atas adalah poster yang aku lukis pada tahun 2018, dan
kongsikan di semua akaun media sosial aku 3 tahun lalu.
Persoalannya kenapa mereka yang paling bising kecam aku pasal
kes Adib di ruangan komen FB aku ni tak mengecam dan persoalkan kerajaan yang
memerintah pasal janji mereka untuk membela kematian Adib?
"Kerajaan jamin kes kematian Adib dapat pembelaan
sewajarnya" - Takiyuddin Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-Undang), 20 Disember 2020
Apa jadi dengan janji dan jaminan Menteri ni?