Beberapa hari yang lalu saya memenuhi undangan Dr Ambedkar
Welfare Organisation dan Tamil Malar Daily untuk menghadiri program
memperingati ulangtahun kelahiran ke-130 tokoh ekonomi dan intelektual India
Dr. B.R. Ambedkar.
Ambedkar adalah tokoh besar India dan bertanggungjawab membentuk
Perlembagaan India. Kata beliau Perlembagaan ini akan dianggap tidak bermakna
sekiranya ia tidak mencakup persoalan reformasi dan derita rakyat.
Antara sumbangan terbesar beliau yang lain adalah mengecualikan
cukai pendapatan kepada golongan rakyat yang berpendapatan rendah dan menjadi
tonggak penting dalam memungkinkan reformasi tanah dan pembangunan ekonomi di
India.