NORMAN RADZUAN
Menteri Agama terkejut umat Islam minta bantuan gereja
Perlukah panggil Menteri atau Ustaz Popular?
PANGGIL TOK SIAK SURAU PUN SAH MAJLIS...
Di usia remaja saya sudah mengikuti jamaah2 Islam. Saya melihat
yg berserban, berjanggut dan yg berada di surau dan masjid itu org2 mulia. Jadi
waktu itu saya kurang memahami apa yg dimaksudkan Rasulullah saw baginda lebih
bimbang Ulama Suk daripada Dajal.
Sdgkan org Melayu sejak awal mengenal agama telah ditakutkan
mengenai kehadiran Dajal. Kini saya dpt melihat satu persatu dan dpt memahami
apa yg ditakutkan baginda. Utk saya bukan setakat takut tapi disulami dgn
perasaan yg sgt marah. Ini kerana mereka adalah benteng agama tetapi telah
mempergunakan agama utk kepentingan diri.
Sb itu Ustaz2 popular skg ini pakai kereta jenama mewah dgn
alasan apa salahnya. Mereka mula menggunakan riwayat umat Islam perlu kaya.
Tapi bila berceramah puak2 ini suruh org2 kaya yg lain hidup seperti Sayidina
Umar... hipokrit !
Akhir2 ini dua personaliti Neelofa dan Siti Nurhaliza mengundang
kontroversi sehingga menjadi kritikan netizen. Neelofa mengundang kontroversi
majlis pernikahannya yg melanggar SOP. Tidak cukup dgn itu gambar2 dia dan
suami seperti bercuti dgn menaiki jet ski di Pulau Langkawi.
Begitulah juga Siti Nurhaliza apabila netizen marahkan keluarganya
boleh beramai ramai ke hospital. Terbaru majlis maulid, aqiqah dan tahnik Siti
Nurhaliza turut mengundang kemarahan netizen. Yg kena tempias Ustaz glamor yg
hadir ke majlis tersebut. Yg pasti kemarahan netizen ialah muncul di majlis itu
Menteri Agama yg tidak putus2 mengundang kontroversi.
Melanggar SOP, bawa rombongan besar dgn menaiki private jet,
majlis akad nikah Neelofa dan terbaru utk majlis maulid dan tahnik anak
penyanyi tersohor Siti Nurhaliza. Ada beberapa isu di sini yg ingin saya ulas serba
sedikit mengapa netizen sgt berang.
Netizen atau rakyat teramai ini dibebani dgn SOP, saman melampau
melanggar SOP, hilang pekerjaan, dihalang rentas negeri sampai kes kematian pun
sukar berbuat demikian, tidak dibenarkan berkumpul dan bermacam macam lagi
tekanan dirasai mereka. Tapi bila melibatkan VIP atau artis terkenal tiada apa
tindakan dikenakan.
Saya melihat Menteri Agama yg dihormati waktu bergelar Mufti
Wilayah sudah hilang penghormatan lagi dari masyarakat. Sikapnya berulang kali
melanggar SOP dan seolah olah tidak mahu bertanggungjawab atas isu majlis
pernikahan dgn menjawab 'no komen'.
Malah isu Mufti Wilayah mengeluarkan fatwa haram rentas negeri,
Menteri Agama mengambil pendirian 'no komen'. Jadi apa guna dirinya menerajui
di kementerian tersebut? Lupa dia sendiri pun suka langgar SOP.
Kemudian Menteri Agama ini boleh buat2 terkejut bila tiga ibu
tunggal beragama Islam yg terpaksa memohon bantuan kewangan daripada pihak
gereja susulan permohonan mereka ditolak oleh pusat zakat atau agensi berkaitan.
Ia sgt2 memalukan umat Islam.
Tu la bila kamu sebagai Menteri Agama sibuk dgn bola, sibuk nak
nikahkan artis terkenal, sibuk nak tahnik anak personaliti terkenal sampai kamu
alpa ibu tunggal terpaksa minta bantuan gereja. Wahai Pak Menteri..." Anta
sebenarnya sudah terlalai dgn habuan dunia..". Maaf jika ana yg hina ni
menegur. Apa anta nak jawab nanti di sana kenapa ada umat Islam terpaksa
meminta bantuan gereja.
Buat artis2 kalau selepas ini nak buat majlis Maulid, tahnik ke
buat la. Bagus buat majlis agama seperti itu cuma nak bagitahu kalau panggil
Tok Siak Surau pun sah majlis tersebut. Yg penting niat tu ikhlas bukan hendak
menjadikan ia majlis 'glamor'. Bukan apa seperti apa terjadi skg daripada
majlis yg baik sebaliknya mengundang fitnah masyarakat.
Bukan kah sesuatu amalan itu bermula dgn niat. Artis nak majlis
nampak glamor, yg ustaz2 pun nak tumpang glamor. Jagalah SOP dan jaga lah umat
jgn sampai mereka meraih simpati gereja lagi Ustaz2. Fahami kisah2 Umar Al
Khattab tu betul2 bukan setakat mengajar je.