Gempar! Bekas IGP dedah menteri mahu guna special branch untuk kepentingan politiknya

 

Gempar! Bekas IGP dedah menteri mahu guna special branch untuk kepentingan politiknya

Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Abdul Hamid Bador mendakwa wujud campur tangan Menteri Dalam Negeri (MDN) untuk menentukan jawatan Pengarah Cawangan Khas (PCK) Bukit Aman.

Jelas Abdul Hamid, langkah itu dibuat bagi tujuan karier politik individu berkenaan.

“Bukan saya saja yang menghadapi masalah dengan MDN, Jabatan Cawangan Khas (JCK) turut kurang senang dengan tindakan beliau sejak setahun lalu.

“Saya dimaklumkan MDN telah memaksa JCK melakukan beberapa operasi bagi tujuan politik dirinya.

“Saya tidak boleh dedahkan operasi apa kerana setiap operasi JCK adalah rahsia tapi cukuplah untuk mengatakan bahawa objektif operasi itu tidak sesuai dengan mandat yang diberikan kepada JCK untuk memelihara serta menguruskan keselamatan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Hamid berkata, pihak di JCK menolak untuk turut serta dalam operasi tersebut sebelum melaporkannya kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.



No comments: