PENDEDAHAN HAMID, HAMZAH PATUT BERUNDUR ATAU DITUKAR PORTFOLIO

 

Adakah para ulama politik tidak faham penjelasan saya? - Abdul Hamid


Nampaknya Abdul Hamid Bador bukan berhenti setakat mendedahkan perihal campur tangan polis dalam pengurusan PDRM, tetapi beliau telah memperincikannya bentuk campur tangan itu menjadikan muka PDRM semakin jelek.

Terbaru Hamid mendedahkan agenda Menteri KDN Hamzah Zainuddin untuk menentukan ketua pengarah Cawangan Khas bagi tujuan politiknya. Kenyataan Hamid ini serius dan bukan lagi sesuatu yang main-main.

Dengan pendedahan itu ia memberi gambaran sesiapa sahaja yang akan dilantik mengisi jawatan itu selepas ini ia akan difahamkan oknum itu adalah pilihan Hamzah Zainuddin. Apa-apa tindakan, atau aksi Cawangan Khas nanti akan dilihat ia memenuhi aspirasi Hamzah Zainuddin.

Justeru, wajar kalau Hamzah berhenti atau meletak jawatan. Atau kalau Muhiaddin masih mahu mengekalkan kerana mengenangkan peranana Hamzah penting membawanya ke kerusi PM, setidak-tidaknya Muhiaddin kena pindah Hamzah ke portfolio lain.

Kalau Muhiaddin membiarkan Hamzah kekal disitu, ia menimbulkan persepsi buruk terhadap PDRM dan keburukan itu akan tertimpa batang hidungnya juga.

Dan dengan pendedahan berterusan oleh Hamid itu boleh menyebabkan akan berlaku kerenggangan atau pun keretakan hubungan antara Muhiaddin sebagai PM dengan Menteri Dalam Negeri. Integriti Mahaiddin yang dipertahankan selama ini akan roboh.

Jika ini tidak diselesaikan ia memberi kesan tidak baik kepada Muhaiddin dan kerajaan PN, apa lagi kerajaan itu sudah dicemuhi berbakul-bakul kerana integritinya (keabsahannya) disangsikan. Apakah Muhaiddin sedia untuk menjadi titian buruk dalam kerajaanya? Trims.