BERDOALAH UNTUK ADIK BELLA

 

Membaca kenyataan saksi dalam kes Bella betul-betul menyedihkan. Bagaimana seorang budak OKU didera sebegitu rupa.
Marilah sama-sama di bulan Ramadan ini kita berdoa agar keadilan ditegakkan buat anak kecil ini.
Dr Rozaimi Ramle
May be an image of 2 people, people standing and text that says "Siti Bainun marah, suruh gigit perut Bella SITI Bainun Abd. Razali ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi menghadiri sambungan perbicaraan pertuduhan dihadapinya melibatkan pengabaian seorang remaja perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.- UTUSAN/ FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR Oleh SUWARN MOKHTAR 8 April 2022, 5:37 pm"

Kami belum dapat untung daripada projek lapangan terbang Kulim, kata pemaju

 Predeep Nambiar

 -

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dijangka mula beroperasi pada
 2024. (Gambar fail)

GEORGE TOWN: Sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan membina projek lapangan terbang Kulim dicadangkan hari ini menafikan mereka meraih “keuntungan atas angin” seperti didakwa bekas menteri besar Kedah, Mukhriz Mahathir.

Penjelasan itu menyusul dakwaan Mukhriz yang dilaporkan berkata, ECK Development Sdn Bhd (ECK) sudah meraih keuntungan dengan memeterai perjanjian pembinaan rumah, walaupun belum membayar sesen pun bagi projek berkenaan.

ECK yang menafikan dakwaan itu berkata, ia sudah melunaskan bayaran tertunggak dan belum meraih keuntungan daripada projek berkenaan.

“ECK belum menandatangani sebarang perjanjian atau berurusan dengan mana-mana pihak. Kami tidak meraih sebarang keuntungan atau manfaat setakat ini.

“Kami telah didekati pelabur yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pembangunan lapangan terbang dan aerotropolis.

“Aerotropolis itu masih tertakluk kepada kelulusan untuk membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim,” kata jurucakap syarikat itu kepada FMT.

ECK berkata, ia sudah menjelaskan bayaran tertunggak kepada syarikat berkaitan kerajaan Kedah, KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd, selepas menandatangani perjanjian usaha sama itu. Bagaimanapun, jurucakap itu tidak mendedahkan jumlah yang dibayar.

Jurucakap itu berkata, lapangan terbang dan keseluruhan pelan induk itu perlu diluluskan pihak berkuasa terlebih dulu.

“Pelan Strategik Lapangan Terbang Negara perlu disiapkan sebelum projek itu boleh dimulakan.”

Pada 2 Ogos 2021, ECK memeterai perjanjian dengan kerajaan Kedah bagi membina lapangan terbang berkenaan.

Lapangan terbang itu akan dibina di tapak seluas 1,7000 hektar di Sidam Kiri, berdekatan Sungai Petani, dan dijangka mampu mengendalikan 15 juta penumpang setahun apabila siap kelak. Kerajaan negeri sebelum ini menjangkakan penerbangan pertama seawal 2024.

Dalam kenyataan 5 April lalu, Mukhriz berkata, kerajaan Kedah menulis surat kepadanya memaklumkan tiada wang yang telah dibayar untuk projek lapangan terbang itu.

Katanya, Kumpulan ECK sehingga kini tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak KXP Airportcity Holdings Sendirian Berhad (KXPACH) mahupun kerajaan negeri.

Katanya, beliau dimaklumkan kerajaan negeri bahawa ECK akan membelanjakan RM6 bilion dalam fasa pertama pembangunan, termasuk RM2 bilion bagi tujuan pengambilan tanah.

Mukhriz mendakwa ECK telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat hartanah untuk membangunkan kawasan perumahan di sebahagian tanah yang diperolehi bagi projek itu tanpa membuat sebarang bayaran untuk tanah lapangan terbang itu.

KUAT MENGHASUT...ZAMAN PAK LAH JUGA BEGITU KAH..KAH

 

Segerakan perbicaraan kes 1MDB susulan keputusan bersalah di mahkamah AS, kata Muhyiddin

175Shares
facebook sharing button 163
twitter sharing button 12
whatsapp sharing button
email sharing button
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin percaya mahkamah di negara ini akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dibicarakan.

PETALING JAYA: Perbicaraan kes 1MDB di Malaysia mesti disegerakan selepas mahkamah di Amerika Syarikat menjatuhi hukuman bersalah terhadap bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng, atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat itu, kata Muhyiddin Yassin.

Bekas perdana menteri itu, percaya mahkamah di negara ini akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dalam perbicaraan.

“Saya percaya mahkamah di negara kita juga akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dalam prosiding. Perbicaraan kes ini mesti disegerakan agar keadilan segera dicapai,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Muhyiddin berkata, keputusan perbicaraan kes Ng mendedahkan bukti mengenai penyelewengan 1MDB yang melibatkan pegawai dan pemimpin utama kerajaan Malaysia, ketika itu.

“Bagaimana tidak amanahnya mereka menyeleweng berbilion ringgit wang 1MDB yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelaburan strategik dan melaksanakan projek pembangunan ekonomi negara. Wang ini, sebaliknya digunakan untuk memperkayakan diri sendiri dan kroni.

“Saya telah menentang perbuatan jenayah mereka sejak dari awal dan akan terus berjuang menghalang kumpulan kleptokrat ini daripada kembali berkuasa,”katanya.

Semalam, Ng disabitkan bersalah kerana bersubahat melanggar undang-undang anti-rasuah dan pengubahan wang haram dan kini berdepan kemungkinan hukuman 30 tahun penjara.


BELUM SELESAI 1 MDB, KINI RASUAH GLC




Tatkala kes melibatkan 1MDB serta kes rampasan ratusan juta di Kota Kinabalu masih belum terungkai kini muncul pula kes rasuah melibatkan lapan individu yang direman berhubung kes rasuah melibatkan projek milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bernilai lebih RM2.3 bilion.

Pendedahan kes seperti ini menunjukkan bahawa negara kita semakin rosak akibat budaya rasuah yang berskala besar. Ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa titik noktah, dan rakyat miskin serta golongan yang terpinggir hampir pasti tidak akan mendapat pembelaan.

Malah kes-kes seperti ini semakin rancak dan tiada ketegasan dari segi tindakan dan undang-undang oleh pihak berwajib.

Saya alukan langkah tegas SPRM dalam beberapa kes mutakhir ini, namun kami tetap mendesak agar tindakan terus diambil terhadap pimpinan politik dan penjawat awam.

ANWAR IBRAHIM

Dakwaan set soalan SPM sama: KPM teliti laporan sebelum ambil tindakan

 

Timbalan Menteri Pendidikan I, Mah Hang Soon berharap tiada spekulasi dibuat bagi memastikan perkara itu dapat diselesaikan dengan baik. (Gambar Bernama)

IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) akan meneliti laporan Lembaga Peperiksaan sebelum sebarang tindakan diambil susulan dakwaan penggunaan set soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang sama untuk sesi kedua peperiksaan yang bermula Khamis lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Mah Hang Soon berkata, mana-mana pihak berkaitan juga diharap tidak melakukan sebarang spekulasi bagi memastikan perkara itu dapat diselesaikan dengan baik.

“Saya sendiri pun baru terima maklumat tersebut dan saya fikir apa pun (andaian), kita perlu tunggu laporan daripada Lembaga Peperiksaan. Selepas itu, kita akan buat perbincangan sebelum tindakan susulan berpatutan diambil,” katanya selepas perjumpaan bersama ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) di sini, hari ini.

Semalam, melalui laporan media, beberapa pihak menggesa KPM dan Lembaga Peperiksaan menjawab tuduhan berkaitan soalan peperiksaan Bahasa Melayu (Ujian Mendengar) sesi kedua sama seperti sesi pertama SPM yang dikongsi secara meluas.

Sesi kedua SPM khusus itu adalah untuk pelajar yang tidak dapat mengambil peperiksaan baru-baru ini ekoran Covid-19, banjir serta mereka yang diberi pengecualian khas oleh pengarah peperiksaan.

Dalam perkembangan lain, Mah berkata, sebanyak 4,932 kekosongan jawatan guru di bawah pengambilan khas secara “one off” akan diselesaikan dalam masa terdekat, selain tertakluk di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

“Perkara ini telah banyak kali dibincangkan. Ia sebenarnya ada satu proses yang berterusan. Sebenarnya, ia di bawah kendalian dan perlu melalui (tanggungjawab) SPP. Apa pun, proses ini masih berjalan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.”

Katanya, meskipun mengakui terdapat rungutan daripada pelbagai pihak berhubung kelewatan lantikan bagi kekosongan jawatan itu, namun ia perlu diperhalusi berpandukan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan SPP.

“Saya sendiri telah mengadakan perbincangan dengan SPP bertanyakan perkara sama (lewat). Apa yang diberitahu, mereka ada SOP tersendiri dan ia memerlukan sedikit masa.”

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kuota kekosongan berkenaan akan diisi rata-rata calon yang tidak mempunyai kontrak perkhidmatan (COS) ikhtisas pendidikan.

Pada 29 Mac lalu, Menteri Pendidikan, Radzi Jidin menjelaskan, setakat ini 13,770 daripada 18,702 kekosongan bagi jawatan guru di bawah pengambilan khas secara “one off” telah diisi di seluruh negara.

Katanya, hanya terdapat 4,932 baki kekosongan jawatan di bawah pengambilan khas ini yang perlu diisi oleh calon berkelayakan.

LEWAT BENTANG RUU LOMPAT PARTI, PATUT JADI LEBIH BAIK


SIDANG KHAS PARLIMEN BENTANG RUU ANTI LOMPAT MESTI DIUMUM ISNIN INI


DIMANA SIRIM BERADA DISITU KELULUSAN DIPINTA


www.zunar.my



RAFIZI RAMLI "LEBIH DIYAKINI" DARI SAIFUDDIN - Tinjauan Awal | Timbala...


Perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Rafizi Ramli dan Saifuddin sudah bermula. Tinjauan awal mendapati, Rafizi sudah jauh didepan!

JANGAN POLTIKKAN ISU KESELAMATAN PENERBANGAN AWAM

 


Insiden MH2664: Penumpang mohon siasatan telus, laporan dikeluarkan






Malaysia Airlines sebelum ini mengesahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik ke KLIA selepas menghadapi “isu teknikal”.

TAWAU: Tiga penumpang yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH2664 Ahad lalu (3 April), meminta Malaysia Airlines Berhad serta Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia menjalankan siasatan telus berhubung insiden cemas pesawat itu.

Penumpang terbabit iaitu Abdul Rahim Awang Nong, 48, Halimah Nasoha, 39, dan Chui Ka Wai, 48, yang masing-masing tampil membuat laporan polis semalam, turut mendesak laporan terperinci siasatan didedahkan kepada umum.

Mereka tidak bersetuju dengan kenyataan Malaysia Airlines disiarkan Selasa lepas menyatakan, penerbangan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Tawau berpatah balik ke KLIA, disebabkan isu teknikal dan keadaan cuaca yang buruk.

Abdul Rahim berkata keadaan cuaca pada ketika itu baik dan juruterbang juga memadamkan lampu isyarat tali pinggang, selain pramugari sedang menghidangkan makanan sebelum tiba-tiba pesawat hilang kawalan.

“Saya yakin kedudukan pesawat menjunam, ketika itu saya hanya ingat mati dengan penumpang lain menjerit dan menangis ketakutan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Halimah mendakwa beliau melambung dari tempat duduknya ketika insiden cemas itu berlaku dan sehingga kini masih berasa trauma dengan kejadian kira-kira 10 minit itu.

“Cuaca sangat baik ketika itu, dan saya ada ambil gambar beberapa minit sebelum kejadian, langit biru, tidak ada hujan, cerah panas.

“Seharusnya siasatan terperinci perlu dilakukan dengan segera ke atas rakaman kotak hitam, kerana ia membabitkan keselamatan awam,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Chui berkata berikutan insiden itu menyebabkan dirinya mengalami masalah tidur kerana masih terbayang dengan situasi berkenaan.

“Sehingga kini dada saya masih sakit, pada ketika itu saya lepas minum dan mahu melelapkan mata tiba-tiba pesawat jatuh, saya melambung, saya pun ingat waktu itu mati, sewaktu selamat mendarat dan keluar pesawat pula, saya perhati semua penumpang dalam itu muka pucat,” katanya lagi.

Menurutnya laporan polis itu dibuat bukan untuk menuntut ganti rugi daripada Malaysia Airlines, tetapi mendesak agar mengeluarkan kenyataan betul kerana keadaan cuaca pada ketika itu adalah baik.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Jasmin Hussin mengesahkan pihaknya telah menerima laporan itu, dan pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap perkara tersebut.

Pencalonan posisi MPP, MPAMKP, MPWP ditangguhkan ke 28 Mei

 



Pencalonan bagi Pemilihan KEADILAN 2022 bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah ditangguhkan ke 28 Mei 2022.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa, pencalonan bagi Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Pusat (MPAMKP) dan Ahli Majlis Wanita Pusat (MPWP) juga ditangguhkan ke tarikh yang sama.


"JPP ingin membuat pengumumam penting ekoran daripada pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Majlis Biro Politik yang bersidang pada 6 April 2022 baru-baru ini.


"Iaitu tarikh pencalonan bagi 20 Ahli MPP di Kongres Nasional, 20 Ahli MPAMKP di Kongres Angkatan Muda KEADILAN dan 20 Ahli MPWP di Kongres Wanita yang dijangkakan akan diadakan pada akhir Jun 2022 ini, ditangguhkan daripada 11 April 2022 kepada 28 Mei 2022.


"JPP menerima baik pandangan Biro Politik dan merasakan penangguhan dan pertukaran tarikh ini bertepatan dengan proses pemilihan yang bakal dilaksanakan di Kongres kelak


"Di mana kempen yang boleh dilakukan calon-calon menjadi lebih bersasar apabila siapa yang menang akan diketahui lebih awal iaitu pada 21 Mei setelah pemilihan dilaksanakan secara hibrid di peringkat Cabang selesai pada 20 Mei


"Mereka yang menang inilah yang bakal menjadi perwakilan ke Kongres dan layak memilih pada hari tersebut," katanya.


Manakala pencalonan bagi jawatan tinggi parti, menurut Zaliha, tidak berubah dan tetap dilaksanakan pada 11 April ini.


"Tarikh pencalonan bagi 6 jawatan Pimpinan Utama MPP iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan 4 Naib Presiden serta 5 jawatan Utama MPAMKP dan MPWP iaitu Ketua, Timbalan Ketua dan 3 Naib bagi sayap masing-masing yang tersebut, akan tetap kekal pada 11 April 2022 ini," katanya lagi.