Tatkala kes melibatkan 1MDB serta kes rampasan ratusan juta di
Kota Kinabalu masih belum terungkai kini muncul pula kes rasuah melibatkan
lapan individu yang direman berhubung kes rasuah melibatkan projek milik
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bernilai lebih RM2.3 bilion.
Pendedahan
kes seperti ini menunjukkan bahawa negara kita semakin rosak akibat budaya
rasuah yang berskala besar. Ia ternyata satu tragedi yang menimpa negara
tatkala rompakan oleh pemimpin dan golongan elit mencecah puluhan bilion tanpa
titik noktah, dan rakyat miskin serta golongan yang terpinggir hampir pasti
tidak akan mendapat pembelaan.
Malah
kes-kes seperti ini semakin rancak dan tiada ketegasan dari segi tindakan dan
undang-undang oleh pihak berwajib.
Saya
alukan langkah tegas SPRM dalam beberapa kes mutakhir ini, namun kami tetap
mendesak agar tindakan terus diambil terhadap pimpinan politik dan penjawat
awam.
ANWAR IBRAHIM