Pencalonan posisi MPP, MPAMKP, MPWP ditangguhkan ke 28 Mei

 



Pencalonan bagi Pemilihan KEADILAN 2022 bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) telah ditangguhkan ke 28 Mei 2022.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr Zaliha Mustafa, pencalonan bagi Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN Pusat (MPAMKP) dan Ahli Majlis Wanita Pusat (MPWP) juga ditangguhkan ke tarikh yang sama.


"JPP ingin membuat pengumumam penting ekoran daripada pandangan yang dikemukakan oleh ahli-ahli Majlis Biro Politik yang bersidang pada 6 April 2022 baru-baru ini.


"Iaitu tarikh pencalonan bagi 20 Ahli MPP di Kongres Nasional, 20 Ahli MPAMKP di Kongres Angkatan Muda KEADILAN dan 20 Ahli MPWP di Kongres Wanita yang dijangkakan akan diadakan pada akhir Jun 2022 ini, ditangguhkan daripada 11 April 2022 kepada 28 Mei 2022.


"JPP menerima baik pandangan Biro Politik dan merasakan penangguhan dan pertukaran tarikh ini bertepatan dengan proses pemilihan yang bakal dilaksanakan di Kongres kelak


"Di mana kempen yang boleh dilakukan calon-calon menjadi lebih bersasar apabila siapa yang menang akan diketahui lebih awal iaitu pada 21 Mei setelah pemilihan dilaksanakan secara hibrid di peringkat Cabang selesai pada 20 Mei


"Mereka yang menang inilah yang bakal menjadi perwakilan ke Kongres dan layak memilih pada hari tersebut," katanya.


Manakala pencalonan bagi jawatan tinggi parti, menurut Zaliha, tidak berubah dan tetap dilaksanakan pada 11 April ini.


"Tarikh pencalonan bagi 6 jawatan Pimpinan Utama MPP iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan 4 Naib Presiden serta 5 jawatan Utama MPAMKP dan MPWP iaitu Ketua, Timbalan Ketua dan 3 Naib bagi sayap masing-masing yang tersebut, akan tetap kekal pada 11 April 2022 ini," katanya lagi.

No comments: