KUAT MENGHASUT...ZAMAN PAK LAH JUGA BEGITU KAH..KAH

 

Segerakan perbicaraan kes 1MDB susulan keputusan bersalah di mahkamah AS, kata Muhyiddin

175Shares
facebook sharing button 163
twitter sharing button 12
whatsapp sharing button
email sharing button
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin percaya mahkamah di negara ini akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dibicarakan.

PETALING JAYA: Perbicaraan kes 1MDB di Malaysia mesti disegerakan selepas mahkamah di Amerika Syarikat menjatuhi hukuman bersalah terhadap bekas pegawai Goldman Sachs, Roger Ng, atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat itu, kata Muhyiddin Yassin.

Bekas perdana menteri itu, percaya mahkamah di negara ini akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dalam perbicaraan.

“Saya percaya mahkamah di negara kita juga akan memberikan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia dalam kes 1MDB yang masih dalam prosiding. Perbicaraan kes ini mesti disegerakan agar keadilan segera dicapai,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Muhyiddin berkata, keputusan perbicaraan kes Ng mendedahkan bukti mengenai penyelewengan 1MDB yang melibatkan pegawai dan pemimpin utama kerajaan Malaysia, ketika itu.

“Bagaimana tidak amanahnya mereka menyeleweng berbilion ringgit wang 1MDB yang sepatutnya digunakan untuk membiayai pelaburan strategik dan melaksanakan projek pembangunan ekonomi negara. Wang ini, sebaliknya digunakan untuk memperkayakan diri sendiri dan kroni.

“Saya telah menentang perbuatan jenayah mereka sejak dari awal dan akan terus berjuang menghalang kumpulan kleptokrat ini daripada kembali berkuasa,”katanya.

Semalam, Ng disabitkan bersalah kerana bersubahat melanggar undang-undang anti-rasuah dan pengubahan wang haram dan kini berdepan kemungkinan hukuman 30 tahun penjara.


No comments: