HARGAILAH KEBEBASAN BERAGAMA DALAM AMAN.

 


Norman Daud



Kita yang lahir-lahir terus beragama Islam sebenarnya sedang menikmati satu nikmat yang sangat besar dalam hidup. Nikmat ini bukan hasil usaha kita, bukan kerana kepandaian kita, dan bukan kerana pilihan kita sendiri. Ia adalah anugerah Allah yang diberikan sejak kita membuka mata di dunia. 






Allah mengingatkan dalam al-Quran:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.”

(Surah Ibrahim: 34)


Hidayah adalah nikmat paling mahal. Ramai manusia di luar sana mencari kebenaran sepanjang hidup mereka, membaca, mengkaji, bertanya, berfikir, namun belum sampai kepada Islam. Sedangkan kita, sejak kecil sudah diajar mengucap syahadah, mengenal solat, mengenal al-Quran, mengenal Nabi Muhammad SAW. Maka, sikap pertama yang sepatutnya lahir dalam diri seorang Muslim ialah rasa syukur, bukan rasa bangga diri atau rasa lebih mulia daripada orang lain.


Apabila kita melihat rakan-rakan yang bukan beragama Islam menunjukkan minat, kecenderungan, atau sekurang-kurangnya bersangka baik terhadap Islam, itu sebenarnya satu peluang besar untuk dakwah. Ia tanda hati mereka sedang terbuka. Pada saat itu, tugas kita bukan menghukum, bukan memperlekeh, bukan memandang rendah. Sebaliknya, kita raikan dengan akhlak yang baik, tutur kata yang lembut, dan doa yang ikhlas.


Allah berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik.”

(Surah an-Nahl: 125)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dakwah bukan dengan kemarahan, bukan dengan maki hamun, bukan dengan kebencian. Dakwah ialah dengan kebijaksanaan, kesabaran dan kasih sayang. Islam tidak berkembang kerana paksaan, tetapi kerana akhlak dan kebenaran.


Rasulullah SAW sendiri adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda terkenal dengan sifat lemah lembut walaupun terhadap orang yang memusuhinya. Allah memuji akhlak Baginda:


“Maka dengan rahmat daripada Allah, engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka.”

(Surah Ali ‘Imran: 159)


Allah mengingatkan:


“Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.”

(Surah al-Qasas: 56)


Kalau hidayah milik Allah, siapa kita untuk memperlekeh orang yang sedang mendekati Islam dengan cara mereka sendiri?


Bila seorang bukan Islam menyebut Alhamdulillah, itu bukan penghinaan. Itu tanda penghormatan. Itu tanda minat. Itu tanda hati sedang terbuka. Dalam dakwah, ini dipanggil pintu masuk. Tapi malangnya, ada yang melihat pintu itu sudah terbuka, tetapi memilih untuk menutupnya dengan kasar.


Atas nama “mempertahankan agama”, mereka memilih untuk memukul, bukan memimpin. Mengherdik, bukan membimbing. Menghina, bukan mendidik.


Allah berfirman dengan jelas:


“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik.”

(Surah an-Nahl: 125)


Soalnya mudah.. di mana hikmah dalam menghukum orang yang sedang belajar mengenal Islam?


Rasulullah SAW tidak membina Islam dengan maki hamun. Baginda membina umat dengan akhlak. Bahkan orang yang pernah meludah Baginda pun akhirnya masuk Islam kerana melihat kelembutan Baginda.


Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

(Riwayat Ahmad)


Kalau akhlak kita keras, sombong dan penuh syak wasangka, itu bukan sunnah. Itu ego.


Lebih menyedihkan, ada yang seolah-olah mahu memonopoli agama. Seolah-olah Islam ini milik satu parti, satu kumpulan, satu mazhab politik. Siapa di luar “kelompok mereka” dianggap mencemar kesucian.


Ini bahaya.


Islam tidak berkembang di Nusantara dengan ugutan. Ia berkembang dengan pedagang yang jujur, ulama yang sabar, pendakwah yang beradab. Dengan senyuman, bukan cacian.


Rasulullah SAW bersabda:


“Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Berilah khabar gembira, jangan membuat orang lari.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis ini seperti ditujukan khas kepada mereka yang suka menjauhkan manusia daripada Islam atas nama “mempertahankan Islam”.

Hakikatnya, orang bukan Islam tidak akan tertarik kepada Islam kerana slogan. Mereka tertarik kerana melihat Islam hidup dalam perbuatan. Dalam kejujuran. Dalam keadilan. Dalam kelembutan.


Bila rakan bukan islam kita menyebut Alhamdulillah, mungkin bagi sesetengah orang ia cuma ayat kosong. Tapi dalam dakwah, itulah benih. Benih yang boleh tumbuh menjadi iman  jika disiram dengan hikmah. Tapi akan mati jika disiram dengan kebencian.


Salam jumaat




BOLEHKAH KUIL/SURAU/TOKONG CINA HARAM DIROBOHKAN BEGITU SAJA ATAS ARAHAN PMX?


Che Ibrahim






Ambo setuju ketegasan PMX dalam bab kuil haram, robohkan, jangan biarkan ianya menganggu keharmonian dan kebebasan beragama semata mata kerana pembinaan haram. 


Namun dalam tindakan meroboh, ada beberapa perkara yang melibatkan undang undang dan ketenteraman awam perlu diambil kira, cakap tidak semudah buat!! 


1. Adakah PBT ada kuasa meroboh binaan di tanah persendirian tanpa perintah mahkamah? 

2. Adakah kuil kuil yang telah lama dibina yang dianggap dengan izin dan dalam pengetahuan tuan tanah, boleh diroboh tanpa persetujuan atau tanpa perintah mahkamah? 

3. Adakah dalam proses perobohan itu tidak mencetuskan huru hara atau kegusaran awam, dalam Islam dipanggil "menimbulkan mudharat yang lebih besar"??


Percayalah, jika arahan PMX ini dikotakan, puak ni juga yang akan bangkit menentang dan membelanya, kononnya kerajaan telah bertindak zalim.




NOHHH... PARTI BERSEPAI LAGI

 


TAK SEMUDAH ITU.... HARGA SEPATUTNYA. IKUT HARGA SEKARANG. TAPI IKUTLAH PERATURAN.


che Ibrahim


Ambo cadang tuan jual sahaja tanah ini kepada pihak kuil berdasarkan kaedah "اخف الضرارين" @ beramal dengan mudharat yang lebih minima. 


Abaikan hasutan pihak pihak yang suka cari balah....





PADU AKAN DIGUNA UKUR TARAF RAKYAT



 PADU ni apa cerita? 





Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasir, kerajaan bercadang mengumumkan penggunaan PADU yang lebih menyeluruh menjelang awal Mac.


Ini bermaksud ia bukan sekadar untuk agih bantuan bersasar, tetapi sebagai asas formulasi dasar. 


PADU bukan lagi alat “siapa layak dapat subsidi”, tetapi sistem untuk memahami realiti ekonomi rakyat secara hampir masa nyata.


Peralihan ini penting kerana masalah utama dasar awam Malaysia selama ini ialah data berselerak, bertindih dan lambat. 


PADU menghimpunkan data disahkan daripada pelbagai agensi, mengurangkan penduaan dan membolehkan kerajaan nampak gambaran sebenar iaitu siapa bekerja, siapa terkesan inflasi, siapa tercicir bantuan. 


Jika digunakan dengan betul, kerajaan boleh uji dasar secara lebih tepat: contohnya, sebelum naikkan kadar levi, ubah struktur cukai atau rombak subsidi, kesannya kepada kumpulan pendapatan boleh dianggarkan dahulu, bukan dibuat secara pukul rata.


Akan tetapi cabaran sebenar bukan pada teknologi, tetapi tadbir urus dan kepercayaan awam. 


Bila PADU berkembang melepasi subsidi, isu privasi, keselamatan data dan ketelusan penggunaan akan jadi tumpuan. Jika rakyat lihat data mereka hanya digunakan untuk “ketatkan” tanpa pulangan dasar yang adil, kepercayaan akan runtuh. 


Tapi jika PADU benar-benar dimanfaatkan untuk dasar lebih bijak, bersasar dan berasaskan realiti, ia boleh jadi lonjakan besar dari kerajaan yang bertindak reaktif, kepada kerajaan yang merancang berdasarkan data sebenar, bukan anggaran.




MANA MANA RUMAH IBADAT TANPA MENGIRA KAUM ATAU AGAMA, JIKA DIBINA TANPA IKUT PERATURAN, AKAN DIROBOHKAN.






 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) diberi keizinan supaya mengambil tindakan terhadap rumah ibadat yang sengaja dibina tanpa mengikut jalur hukum yang sah.




Tambah beliau, kerajaan tidak mengizinkan pembinaan mana-mana rumah ibadat termasuk yang tidak mengikut peraturan.


Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767374/berita/nasional/kerajaan-beri-kuasa-kepada-pbt-bertindak-ke-atas-rumah-ibadat-tidak-sah


Muzik: Elevate dari www.bensound.com


#SinarHarian #BeritaSemasa #RumahIbadat #AnwarIbrahim #Kerajaan #PBT




PEMIKIRAN LAMA.TAK SEDAR DIA KENA BAYAR SAMPAI ANAK CUCU.KIOK

 



Zaman Mahathir ada 𝗞𝗟𝗖𝗖 dan Litar F1 Sepang. Tapi kemudian ada anak-anak dia jadi billionaire. Kawan baik dia pun billionaire. Rupanya dia sendiri pun ada berpuluh bilion.


Zaman Najib ada 𝗧𝗥𝗫. Tapi ada juga 𝗚𝗦𝗧. Dan yang paling best ada 1MDB yang lebai PAS 𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗵𝗮𝘁𝗶 dulu tu. Masa Najib juga petrol RON95 diapung harganya. Dekat RM3/L.


Zaman PN 33 bulan lagi la. Satu 𝗵𝗮𝗽𝗮𝗵 pun takdak. Yang ada kes 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮, kes anak sorok minyak masak, kes menantu. Itu lagi parah.


Ko nak pembangunan ke bangunan? Sekarang zaman PMX, memang tak ada pembinaan bangunan tinggi. Tapi pelaburan masuk tinggi, nilai ringgit juga makin tinggi, bantuan tunai pun naik tinggi. Minyak petrol RON95 je yang jadi rendah.


KLCC & TRX tu memang mercu tanda yang menarik. Tapi apa kita dapat secara langsung darinya? Lebih penting bina ekonomi daripada bina bangunan. Yang paling penting, 𝘁𝗮𝗸𝗱𝗲 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



OWWHHH TAK SEDAR DIRI RUPANYA.

 


ORANG MACAM NI PN NAK AJAK DUDUK SEKALI.

 




P Ramasamy


Sejak bila Anwar Ibrahim kata kuil haram? 


Anwar kata semua rumah Ibadah kena ikut undang2 tak kira masjid, gereja dan kuil. Terutamanya berkaitan status tanah.


Isu yang berlegar sekarang adalah persepsi, seolah Kerajaan Pusat salah.


Sedangkan kuasa tanah, meluluskan pembinaan termasuk pembinaan dibawah bidang kuasa PBT Kerajaan Negeri.


Orang mcm ni PN nak ambik duduk skali dlm PN dan IKR ke Muhyiddin Yassin, Abdul Hadi Awang, Hamzah Zainudin, Takiyuddin Haji Hassan, Azmin Ali?




KINI TIADA LAGI KOMPROMI. KERAJAAN DAN PBT HARUS KUATKUASAKAN . KENAPA DULU LANGSUNG TIDAK DISENTUH ? KAMU CUBA SABOTAJ NEGARA.

 


TERIMA KASIH PMX Anwar Ibrahim Kerana Tiada Kompromi Peserta Demontrasi GARAH vs TFHT dan Pembinaan Rumah Ibadah Haram.










1. 7 dan 8 Februari 2026 haritu waktu Nerendra Modi, Perdana Menteri India ke Malaysia nyaris berlaku rusuhan kaum jika polis tak tangkap 17 peserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) dan 3 peserta Task Force Hindu Temple (TFHT) nak berhimpun.


2. Netizen salahkan polis dan Kerajaan kononnya tangkap geng Islam sahaja, tapi mereka tak tahu TFHT juga nak adakan perhimpunan juga. 


3. Jika tidak di ‘counter’ dengan baik, comfirm 2 kumpulan bertembung. Media pula lemah buat laporan, rakyat tak tahu dan sentimen negatif pada Kerajaan. Ini tidak patut berlaku di kemudian hari!


3. 3 pengerak utama Task Force Hindu Temple (TFHT) yang ditahan K Gunasekaran a Kuppan @ Cikgu Sekar, Saravana Kumar a/l Sivarajalingam dan Arumugam a/l Dorasamy juga ditahan. Semua direman berberapa dan akan dibebaskan.


4. Manakala perserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan HARAM (GARAH) yang ditahan Zamri Vinoth, Tamim Dahri, Hanif Khatri, Shafiq Halim dan berberapa orang lagi. Zamri dan Tamin direman jap dan akan dibebaskan terus.


5. Jelas polis takda double standard! Bagi yang waras akan faham kenapa polis bertindak sedemikian. Isu ini pertembungan ketara orang Islam lawan penganut Hindu, di medsos sangat rasis hingga bawa sentimen 3R sampai turun ke jalanan 


6. Harini PMX istihar Kerajaan beri kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)/Majlis Daerah untuk bertindak tegas ke atas rumah Ibadah yang tidak dah tidak kira kuil, masjid atau gereja. 


7. Untuk merobohkan kuil itu bidang kuasa PBT, bawah TANAH bidang kuasa Kerajaan Negeri bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan Kanun Tanah Negara 1965. Terang dan jelas ia kuasa state! 


8. Jika pembangkang ingin berpolitik, di Kedah terdapat 490 buah kuil dibina tanpa kebenaran, 8 buah telah diberikan tanah oleh Sanusi? 


9. Manakala waktu PN Muhyiddin Yassin/ Pak Mail berkuasa 33 bulan 20 buah kuil selesai status tanah mrka dalam bandar Kuala Lumpur. Kenapa bisu? 


10. Tindakan PMX harini tepat, mana mana yang rasis hingga mencetuskan ketegangan kaum (3R) dan rumah yang dibina atas tanah tidak sah wajar diambil tindakan, tidak kira kuil, masjid atau gereja.


Akhirnya rakyat buka mata Kerajaan Malaysia berdiri atas dasar undang undang, bukannya demontrasi jalanan yg boleh membawa rusuhan kaum.


Jalan terus PMX! Tegak berdiri atas Undang Undang. 


Syam Ghaz




ZAMRI. NI HANG NAK LAWAN DIA KA ? 12 TAHUN DOK PENJARA. HANG BOLEH KA ?


 

SEMBANG. SEMALAM PUN BELUM MASUK JEL. LAGI NAK SEMBANG


 

JARGON MERUNGUT

 Wan Ahmad Faysal



Tak perlu berdrama lagi dalam media dengan hantar barua dan budak suruhan. Jadi anak jantan sebenar. 3 tahun lamanya bacul kamu menunggu nak pecat Dato’ Seri Hamzah Zainuddin!





Nak pecat, pecat betul-betul. Jangan baling batu sembunyi tangan macam pondan!


Kalau ini harga yang kami perlu bayar dalam melakukan amar ma’ruf nahi mungkar demi menyelamatkan rukun perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air (ABATA) dalam BERSATU dan PN - Ahlan wa Sahlan, SILAKAN!!!


Sudahnya dalam BERSATU yang Presiden nak dengar sangat hanyalah puak kaki ampu, kaki bodek, kaki jilat, kaki mabuk, dan bermacam-macam kaki yang Allah dan Rasul terang-terang laknat. 


Mana pergi Maruah? Mana ada maruah kalau dah kena pegang dengan puak Madani! 


I SAY: BRING IT ON!




TANGKAP PENGANJUR..USAHA MEMALUKAN DAN SABOTAJ PROGRAM NEGARA..KHIANAT NI.


 

HORMAT TOK GURU


 

TANYA SOALAN LEPAS MERDEKA NAK RUNGKAI SWMULA...LAAA..AWAT KIOK.


 

NOHH..BANYAK NYA STUDENT GAMAKNYA.

 


Shaibuddin Ahmad


Berapa ramai student Ustaz ni sampai RM 1,500 sehari? Apa menu mereka?




APAKAH AKAN ADA PENDAKWAAN PERTAMA KES DERHAKA KEPADA IBU BAPA DI KELANTAN?


Che Ibrahim








Baru baru ini tular kes mak nyah pertama yang diheret ke mahkamah syariah di Kelantan kerana kesalahan tukar jantina mengikut Sek 18, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 2019 Negeri Kelantan yang membawa kepada hukuman denda tidak melebihi rm3000 atau penjara tidak melebihi tempoh 2 tahun atau kedua dua sekali. 


Ambo teruja bukan sahaja kerana ianya kes pertama diseret ke mahkamah, bahkan inilah barangkali kali pertama perbuatan menukar jantina dianggap satu kesalahan mengikut enakmen syariah. Sebelum ini perbuatan tukar jantina itu sendiri tidak pernah dibahas dalam kitab kitab thurash (kitab lama) kerana ianya tidak pernah berlaku, mungkin kerana teknologi rawatan dan perubatan yang tidak secanggih sekarang.


Seingat ambo tidak ada kes kesalahan menukar jantina ini yang pernah dibicarakan di mahkamah syariah semenjak zaman Khilafah Islamiah hinggalah ke hari ini. Belum ada lagi negeri negeri di Malaysia yang memasukkan kesalahan menukar jantina dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Negeri kecuali apa yang berlaku di Kelantan, tahniah!!


Ambo difahamkan satu permohonan mengesah jantina telah dibuat kepada pihak hospital untuk mengesah jantina OKS tersebut, ianya (wat ni yang ambo sangat nak tahu) :


1. Adakah pihak hospital boleh membuat pemeriksaan jantina tanpa consent/persetujuan OKS? 

2. Apa akan jadi jika doktor enggan melakukan pemeriksaan kerana bercanggah dengan etika pengamal perubatan?

3. Adakah akan menjadi satu tatakelola perubatan, seorang pegawai perubatan dikehendaki memeriksa seorang "tertuduh" bagi tujuan sabitan kesalahan kerana lazimnya pegawai perubatan hanya menjalankan pemeriksaan bagi tujuan rawatan/perubatan atau sekadar mengesahkan OKT layak atau tidak layak dibawa ke mahkamah?


Perkara yang sama barangkali bakal berlaku dalam kes Derhaka Kepada Ibu Bapa mengikut Sek 33, EKJS (II) 2019 Negeri Kelantan. Selain negeri pertama yang memasukkan perbuatan tersebut sebagai satu kesalahan dalam enakmen jenayah syariah, kes yang viral di Pasir Mas ada potensi besar untuk menjadi kes pertama derhaka kpd ibu bapa di mahkamah syariah. 


Ambo menunggu bukan sahaja untuk melihat hujah pendakwa, tetapi ambo juga ingin melihat hujah pembelaan mengapa si bapa boleh terbiar atau dibiarkan terlantar sebegitu. Bagaimana pula hujah bantuan kebajikan sebanyak rm500 kepada pesakit terlantar oleh JKM boleh terlepas pandang, di mana wakil wakil masyarakat seperti penghulu, pengerusi JPKKP, YB dll??





KELENTONG DAPAT LESEN SEMASA MUDA



Zainuddin Omar



 Saya yang dah lebih 40 tahun bergelumang dalam industri pembinaan tak pernah jumpa mana-mana kontraktor masih umur 20 tahun sudah dapat lesen G7, yang dulu dalam kategori A atau Super A.  





Kebanyakan mereka berusia lebih 40 tahun baru dapat lesen G7 kerana ia memerlukan paid-up capital RM750,000 dan mempunyai beberapa professional yang bekerja dengannya. 


Dengan lesen G7 tiada had untuk bid mana-mana projek walaupun sebesar 1 billion. 


Cerita dia sangat mencurigakan.



SIB BAIK ADA PEMBANGKANG YANG BODO



Che Ibrahim






 ISU KUIL HARAM - Hanya mahkamah yang boleh selesaikan. Tu pun jika pihak pihak yang bertelagah bersetuju mencari penyelesaian.


Tuan tanah tidak boleh memaksa mereka keluar kerana pendudukan yang telah lama, mereka pula ada hujah mengapa perlu bertahan....itulah dilema yg perlu dihadapi oleh kerajaan semasa.