APAKAH AKAN ADA PENDAKWAAN PERTAMA KES DERHAKA KEPADA IBU BAPA DI KELANTAN?


Che Ibrahim








Baru baru ini tular kes mak nyah pertama yang diheret ke mahkamah syariah di Kelantan kerana kesalahan tukar jantina mengikut Sek 18, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 2019 Negeri Kelantan yang membawa kepada hukuman denda tidak melebihi rm3000 atau penjara tidak melebihi tempoh 2 tahun atau kedua dua sekali. 


Ambo teruja bukan sahaja kerana ianya kes pertama diseret ke mahkamah, bahkan inilah barangkali kali pertama perbuatan menukar jantina dianggap satu kesalahan mengikut enakmen syariah. Sebelum ini perbuatan tukar jantina itu sendiri tidak pernah dibahas dalam kitab kitab thurash (kitab lama) kerana ianya tidak pernah berlaku, mungkin kerana teknologi rawatan dan perubatan yang tidak secanggih sekarang.


Seingat ambo tidak ada kes kesalahan menukar jantina ini yang pernah dibicarakan di mahkamah syariah semenjak zaman Khilafah Islamiah hinggalah ke hari ini. Belum ada lagi negeri negeri di Malaysia yang memasukkan kesalahan menukar jantina dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Negeri kecuali apa yang berlaku di Kelantan, tahniah!!


Ambo difahamkan satu permohonan mengesah jantina telah dibuat kepada pihak hospital untuk mengesah jantina OKS tersebut, ianya (wat ni yang ambo sangat nak tahu) :


1. Adakah pihak hospital boleh membuat pemeriksaan jantina tanpa consent/persetujuan OKS? 

2. Apa akan jadi jika doktor enggan melakukan pemeriksaan kerana bercanggah dengan etika pengamal perubatan?

3. Adakah akan menjadi satu tatakelola perubatan, seorang pegawai perubatan dikehendaki memeriksa seorang "tertuduh" bagi tujuan sabitan kesalahan kerana lazimnya pegawai perubatan hanya menjalankan pemeriksaan bagi tujuan rawatan/perubatan atau sekadar mengesahkan OKT layak atau tidak layak dibawa ke mahkamah?


Perkara yang sama barangkali bakal berlaku dalam kes Derhaka Kepada Ibu Bapa mengikut Sek 33, EKJS (II) 2019 Negeri Kelantan. Selain negeri pertama yang memasukkan perbuatan tersebut sebagai satu kesalahan dalam enakmen jenayah syariah, kes yang viral di Pasir Mas ada potensi besar untuk menjadi kes pertama derhaka kpd ibu bapa di mahkamah syariah. 


Ambo menunggu bukan sahaja untuk melihat hujah pendakwa, tetapi ambo juga ingin melihat hujah pembelaan mengapa si bapa boleh terbiar atau dibiarkan terlantar sebegitu. Bagaimana pula hujah bantuan kebajikan sebanyak rm500 kepada pesakit terlantar oleh JKM boleh terlepas pandang, di mana wakil wakil masyarakat seperti penghulu, pengerusi JPKKP, YB dll??





No comments: