Untong larr PKR Perlis... dia akan tubuhkan 400 ranting..
Tak tau la ranting apa...
Ranting pokok pukoi 5, atau ranting pokok ibuih kot...
Jenih serondoi merata tempat, di mana ada makan ni... biasanya tak lama...
Kalau benarlah dia nak bantu rakyat Pdg Besar... sewaktu ada jawatan sbg Timb Menteri Komunikasi... la ni, line telco dh berdesup laju... bukan mcm yg dok ada ni... slow mcm kora ayaq...
Kehilangan minyak masak paket di pasaran terus terbongkar selepas pihak berkuasa menemui 870 kilogram minyak masak bersubsidi itu disimpan dan disorok dalam sebuah rumah kedai dua tingkat di Setiawan, Perak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak bertindak pantas dengan merampas kesemua minyak masak paket tersebut.
Tidak hanya itu, KPDN Perak turut menemui 87kg minyak masak botol pelbagai jenama yang disimpan melebihi had ditetapkan.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 1.30 petang semalam setelah menerima aduan awam yang mendakwa terdapat aktiviti penjualan minyak masak peket 1kg secara borong.
“Jumlah minyak masak yang ditemukan itu melebihi had yang dibenarkan dalam lesen.
“Seorang lelaki tempatan berumur 38 tahun mengaku sebagai pemilik premis itu, dan akur serta faham tindakan yang dilaksanakan oleh KPDN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas premis berkenaan mendapati kedai runcit itu mempunyai Lesen Runcit Barang Kawalan Berjadual (CSA) bagi gula, minyak masak dan tepung gandum yang masih sah, dengan had kuantiti simpanan 500kg bagi setiap jenis barang kawalan itu.
Sehubungan itu Kamalludin berkata satu tindakan kes telah diambil kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1961 iaitu peruncit memiliki barang kawalan melebihi had yang dibenarkan Pengawal di dalam lesen.
“Semua minyak masak itu disita, dengan nilai sitaan dianggarkan RM4,567.50,” katanya.
Lori air Selangor dihantar ke Kelantan dipancitkan penduduk ketika hulur bantuan
SITI NUR ZAWANI
Lori tangki air milik Syarikat Air Selangor yang dihantar ke Kelantan didakwa telah dipancitkan oleh individu tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kesukaran pengagihan bekalan air bersih kepada orang ramai.
Klip video berdurasi 32 saat menunjukkan lori air milik syarikat Selangor yang telah pancit tersebar di media sosial dan menjadi perbincangan ramai.
Difahamkan, sebanyak 13 lori tangki air termasuk dari Syarikat Air Selangor, Syarikat Air Melaka, Air Terengganu, Air Pulau Pinang, Air Negeri Sembilan dan Air Pahang dihantar ke Tanah Merah, Kelantan untuk proses pengagihan bekalan air bersih.
Ia ekoran Loji Rawatan Air Bukit Remah, Tanah Merah telah mengalami kerosakan akibat mendapan yang menyebabkan berbelas ribu akaun pengguna terkesan dengan gangguan bekalan air tersebut.
Bagaimanapun ia membangkitkan kemarahan ramai selepas tersebar video menunjukkan lori tangki air Selangor telah pancit dipercayai dilakukan penduduk di sana.
Meninjau Facebook Polis Daerah Tanah Merah, pihak berkuasa itu mengesahkan kejadian yang berlaku.
Menurut pihak polis, terdapat dua kejadian berasingan yang berlaku semasa lori tangki air dihantar ke Kelantan, di mana insiden kedua pula membabitkan lori milik air Melaka yang dikepung warga penduduk sehingga menimbulkan keresahan.
“Dua kejadian berasingan berlaku di mana salah sebuah lori tangki air Syarikat Air Selangor dipancitkan tayar oleh individu tidak bertanggungjawab menyebabkan kesukaran pengagihan bekalan air bersih kepada orang ramai.
“Selain itu juga, terdapat kejadian di mana lori tangki air Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB) telah dikepung oleh penduduk menyebabkan kegusaran kepada pemandu dan kelindan lori,” kata laman rasmi polis Tanah Merah.
Ekoran daripada kejadian tersebut satu kertas siasatan telah dibuka di mana kes disiasat di bawah seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang 1 tahun dan tidak lebih 5 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
“Tindakan sebegini bukan sahaja tidak menguntungkan mana-mana pihak, malah merugikan banyak pihak apabila pemandu lori yang membuat agihan bimbang dengan keselamatan diri dan enggan untuk membuat agihan sebagaimana yang dijadualkan.
“Kejadian ini, akan menyebabkan beribu-ribu pengguna yang akan menerima kesan buruk apabila tidak mendapat bekalan air bersih sebagaimana yang dijadualkan,” kata polis lagi.
Sementara itu di TikTok rasmi Polis Tanah Merah, pelaku yang memancitkan tayar lori air Selangor dimaklumkan telah pun ditangkap dan didenda RM1,000..
Penduduk di lima buah negeri disaran untuk berhati-hati selepas Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan bermula hari ini sehingga Rabu depan, 11 Disember.
Negeri yang terkesan termasuklah tujuh daerah di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
Selain itu hujan berterusan dijangka berlaku di Hulu Perak, Perak dan seluruh negeri Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Menurut MetMalaysia, dua lagi negeri hanya akan dilanda hujan berterusan bermula esok 9 Disember hingga 11 Disember (Rabu).
Ia membabitkan tujuh daerah di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin; serta dua daerah di Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.
DAMSYIK: Kumpulan Pejuang Rakyat Syria mengisytiharkan telah berjaya menawan Damsyik selepas serangan yang dilakukan pada Ahad hingga menyebabkan Presiden Syria Bashar Al-Assad melarikan diri sekaligus menamatkan lima dekad pemerintahaan Parti Baath di Syria.
Penduduk di Damsyik, dilihat bersorak di jalan-jalan utama di ibu negara Syria itu selepas kumpulan anti kerajaan mengumumkan pemergian Assad dan mengisytiharkan Damsyik bebas.
Pemerintahan Assad dilaporkan berjaya ditumbangkan dalam tempoh kurang dua minggu sejak kumpulan Islam Hayat Tahrir al-Sham (HTS) melancarkan gerakan mencabar lebih lima dekad penguasaan oleh keluarga Assad.
“Selepas 50 tahun penindasan di bawah pemerintahan Baath, dan 13 tahun jenayah dan kezaliman dan (paksa) perpindahan… kami mengumumkan hari ini berakhirnya tempoh gelap ini dan permulaan era baharu untuk Syria,” kata kumpulan penentang itu pada Telegram.
Perdana Menteri Syria Mohammed al-Jalali berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan “mana-mana kepimpinan yang dipilih oleh rakyat Syria”.
Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, Rami Abdel Rahman, memberitahu AFP “Assad meninggalkan Syria melalui lapangan terbang antarabangsa Damsyik”.
AFP tidak dapat mengesahkan laporan itu namun sumber yang rapat dengan Hizbullah berkata pejuang dari sekutu utama Assad telah meninggalkan kedudukan mereka di sekitar Damsyik.
HTS berkata pejuang mereka juga telah memecah masuk ke dalam penjara di pinggir ibu negara, kemudian mengumumkan “berakhirnya era kezaliman di penjara Sednaya” yang dikatakan menjadi tempat penderaan paling teruk.
Situasi di Damsyik berlaku hanya beberapa jam selepas HTS berkata mereka telah menawan bandar Homs dan dalam perjalanan ke ibu negara.
Kementerian pertahanan sebelum ini menafikan bahawa kumpulan penentang telah memasuki Homs, menyifatkan keadaan di sana sebagai “selamat dan stabil”.
Homs terletak kira-kira 140 kilometer (85 batu) di utara ibu negara dan merupakan bandar besar ketiga yang dirampas oleh pemberontak yang memulakan kemaraan mereka pada 27 November lalu. — Sumber AFP
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian beras 10 kilogram bagi 200 pengunjung terawal pada Program Jualan Termurah MADANI di Jalan Kampung Masjid Timah, Permatang Pauh, pada Sabtu. Foto Facebook Malinda Abdul Malik
KUALA LUMPUR, 8 Dis – Para peniaga mula menurunkan harga beras putih import (BPI) antara RM1.50 hingga RM2 bagi 10 kilogram (kg).
Tinjauan mendapati, bagi BPI kuantiti lima kg, ia mengalami penurunan kira-kira 70 sen hingga RM1.
Perkara ini diakui oleh peniaga, Srinu, 24, yang menyatakan dia menurunkan BPI pada harga RM1.50 bagi 10 kg.
“Contoh dulu saya jual RM38, sekarang saya jual RM36.50 untuk 10 kg. Kalau beras lima kg pula, sebelum ini saya jual RM18.90, sekarang RM18.20.
“Kita juga mengharapkan apabila adanya penurunan BPI ini, akan senang untuk memperoleh stok bagi beras putih tempatan (BPT) yang sehingga kini masih sukar,” katanya ketika ditemui di Chow Kit di sini, hari ini.
Sebelum ini dilaporkan, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) bersetuju menurunkan harga jualan BPI di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 per tan kepada RM2,800 per tan berkuat kuasa 1 Disember.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan harga beras putih import di pasaran melalui hasil rundingan dengan kerajaan India dalam sesi lawatan diadakan ke negara itu, baru-baru ini.
Seorang lagi peniaga, Gaffar Mohamed Hanifa, 38, menyatakan dia menurunkan harga BPI antara RM1.50 ke RM2 dan ia adalah mengikut jenama.
“Jenama beras seperti cap masjid dan cap bawang turun RM1.50 manakala untuk RM2 itu jenama Jati, Hayati dan Aura.
“Sebagai contoh mana-mana beras yang sebelum ini kita jual pada harga RM38 bagi 10 kg, kini kita jual RM36.
“Kalau BPI lima kg pula, akan turun sebanyak 70 sen hingga RM1. Contohnya sebelum ini cap bawang atau masjid ini kita jual RM18, tetapi kini dijual RM18.30,” katanya.
Dia juga mengharapkan dengan penurunan BPI ini akan membolehkan pihaknya memperoleh BPT untuk dijual kepada pelanggannya.
“Kalau dapat BPT itu, senang untuk pelanggan kami. Ia lagi murah dan pilihan beras yang ada akan lebih banyak,” katanya.
Peniaga nasi lemak, Azhar Ibrahim, 65, menyatakan dia menyambut baik penurunan harga BPI itu dan sekiranya harga itu naik, ia akan menyukarkan pihaknya.
“Saya pun terpaksa beli BPI yang mahal ini kerana BPT tak ada. Harap dengan penurunan ini juga, BPT akan kembali ada di pasaran.
“Kita pun kalau boleh nak beli beras yang murah,” katanya yang tinggal di Kampung Baru.
FOTO BERITA: Program Lawatan Turun Padang Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan YB Datuk Seri Mohamad Sabu ke Projek Tanaman Padi Terachi di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 7hb Disember 2024 (Sabtu).
“Harga beras tidak naik tinggi kerana beras import turun harga sekarang dan kita mesti usaha mencukupkan beras dengan memulihkan tempat tanaman dengan dibuat cara moden”.
“Penluaran beras putih Malaysia hanya 56% masalah berpunca dari perubahan cuaca 2 tahun berturut2 dan kemarau di Kelantan menyebabkan penanaman padi tertunda, hasil kurang dan kehilangan 2 musim”- Mohamad Sabu
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin menyertai KEADILAN.
KUALA LUMPUR, 8 Dis – Bekas timbalan menteri, Zahidi Zainul Abidin kini ahli KEADILAN dengan menyuarakan hasrat mengukuhkan parti itu untuk menawan Perlis, pada PRU16.
Beliau yang juga bekas ketua Umno Padang Besar, berkata kemasukan dalam parti direstui Presiden KEADILAN Anwar Ibrahim dengan gerakan telah dimulakan untuk menubuhkan 400 ranting di seluruh negeri itu.
Katanya, beliau mahu membawa politik baharu terutama menarik sokongan pengundi Melayu Perlis kepada KEADILAN.
Beliau berkata, “KEADILAN-Pakatan Harapan (PH) ini sudah ada 90% sokongan undian bangsa Cina, tapi Melayu itu belum tentu lagi.
“Buat masa sekarang, KEADILAN ada sekitar 60 ranting di Perlis dan kita tambah 400 ranting supaya dapat menambah sokongan rakyat dalam meraih kemenangan di negeri ini,” katanya selepas hadir Program Sumbangan Prihatin MADANI, di Padang Besar.
Pada PRU15, Zahidi digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Padang Besar, namun bertanding sebagai bebas menjadikan keahliannya dalam Umno turut gugur. Beliau tumpas di kawasan Parlimen berkenaan termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi.
Zahidi pernah menjadi timbalan menteri komunikasi dan multimedia dari 2021 hingga 2022.
Beliau ketika mengulas lanjut, sejak Perikatan Nasional (PN) mentadbir Perlis, tiada sebarang perubahan dilaksana, khususnya dalam menjana pendapatan negeri.
Bertemu DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Putera Mahkota Brunei, pagi tadi.
Kami bicara terkait usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang, khususnya perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan serta hal ehwal sempadan.
Inilah mainan mereka, selama ini sejak merdeka lagi Malaysia mengamalkan kesederhanaan, tidak liberal dan tidak radikal, datang puak PAS ni mereka mahu aliran radikal, extreme dan fanatik bangsa dan agama untuk Malaysia..
Mana boleh dibiarkan saja..?? Sultan pun dah bertitah agar menolak pandangan radikal bangsa dan agama.
tolak pas bukan tolak islam, kerana tiada kaitan kerana pas parti politik yang sentiasa berubah ubah pendiriannya.
Masa Tun M jadi PM kali ke dua, Masa Tun M jadi PM kali ke dua, papagomo dulu kecewa bila Tun M tarik semakan keputusan batu putih.. sekarang ni dia yang beriya² pulak sokong keputusan Tun M , siap cakap keputusan Tun M tu betul dan Malaysia menang...
Hahaha.. ajer yg gila dia ni..
Kita tengok PAS pulak.. ke mana hala deme..
Dulu PAS pun zahir marah dan kecewa bila Tun M tarik keputusan semakan pulau batu putih.
Sekarang PAS nak sokong keputusan Tun M (yang PAS pun bantah dulu) ke atau PAS nak sokong gesaan PMX sekarang ni atas isu pulau batu putih.. dulu kecewa bila Tun M tarik semakan keputusan batu putih.. sekarang ni dia yang beriya² pulak sokong keputusan Tun M , siap cakap keputusan Tun M tu betul dan Malaysia menang...
Hahaha.. ajer yg gila dia ni..
Kita tengok PAS pulak.. ke mana hala deme..
Dulu PAS pun zahir marah dan kecewa bila Tun M tarik keputusan semakan pulau batu putih.
Sekarang PAS nak sokong keputusan Tun M (yang PAS pun bantah dulu) ke atau PAS nak sokong gesaan PMX sekarang ni atas isu pulau batu putih..
Pernah nampak posting macam ni? Rasanya banyak kali lalu di 𝘸𝘢𝘭𝘭 kan? Tapi kita tak nampak ianya salah. Maka tak ramai ulas atau beri perhatian. Sebenarnya posting ni 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗽𝗮𝘁.
Aku mula bekerja tahun 1998. Masa tu harga roti canai dalam 60 sen. Gaji 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗹𝗼𝗺𝗮 adalah RM900 sahaja. Itu dengan diploma. Kalau tanpa diploma 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗿𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝘁𝘂.
Sekitar tahun 2010 tak silap aku harga roti canai sudah menjadi RM1.20 sekeping. Masa tu berapa gaji rakyat? Gaji minimum RM1,050 pula mula dilaksanakan tahun 2019. 2010 gaji masih bawah RM1,000 sebulan.
Gaji minimum RM1,500 pula dilaksanakan pada Julai 2023. Masa tu harga roti canai dah memang RM2 dah. Paling murah pun RM1.80, bergantung pada tempat. Di 𝗯𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿 harganya 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹 berbanding kawasan 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗯𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿.
Harga makanan 𝗻𝗮𝗶𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗱𝗮𝗸 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗞𝗣 kerana kekurangan bahan mentah. Buktinya, inflasi di ketika itu mencecah 𝗲𝗻𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀 sedangkan di tahun 2023 inflasi kekal di bawah 𝗱𝘂𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝘀.
Selepas DS Anwar ambil alih bekalan bahan asas pulih dan banyak turun harga seperti minyak masak, telur, ayam dan sebagainya. Jadi nampak tak yang posting ini terlalu salah dan 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂?
Mungkin yang menulis posting ni ada masalah 𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵 𝘵𝘦𝘳𝘮 𝘮𝘦𝘮𝘰𝘳𝘺 𝘭𝘰𝘴𝘴. Dia ingat benda yang dah lama jadi je. Yang baru berlaku dia (buat-buat) lupa.
Ataupun 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘤𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘮𝘦𝘮𝘰𝘳𝘺 𝘭𝘰𝘴𝘴. Dia ingat cuma 𝘱𝘢𝘳𝘵 yang dia nak ingat. Yang mana menyakitkan hati, dia acah-acah lupa. Sebab apa? 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝘁𝘂 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘀𝗮𝗱. Guane boh?
Kopi Saigon dalam satu kenyataan berkata, kunjungan Siti Mastura ke cawangan di Penaga, Pulau Pinang baru-baru ini merupakan inisiatif beliau sendiri tanpa sebarang jemputan rasmi
Hahaha.. Kopi pun tanak dikaitkan dgn PAS (Siti Mastura). 😆😆
Kehadiran Team Misi Banjir KEADILAN disambut dengan mesra oleh para penduduk di lokasi banjir kawasan Jitra Kedah untuk menerima barangan bantuan biarpun merisikokan diri meredah laluan banjir.
PENDAPAT, 5 Dis – Situasi banjir yang melanda teruk di beberapa negeri semenanjung turut mendapat perhatian daripada saf anggota KEADILAN yang terdiri AMK, pertubuhan NGO KHIDMAT MALAYSIA secara sukarela tampil membantu mereka yang terjejas akibat banjir.
Tindakan pasukan Misi Banjir tersebut yang bergerak ke lokasi terjejas banjir di Jitra, Kedah untuk menyampaikan bantuan kepada mereka terjejas wajar diberikan pujian dan penghargaan.
Ini susulan berlakunya luruan hujan yang lebat turun tidak berhenti-henti di beberapa kawasan semenanjung contohnya seperti yang berlaku di negeri Kedah dan Kelantan.
Fenomena luruan hujan lebat dikatakan terjadi akibat terdapat tujuh luruan monsun sepanjang musim monsun Timur Laut yang mana luruan ini akan bergerak ke selatan dari semasa ke semasa.
Nur Aishah dan Mohd Fadzil mewakili AMK memulakan misi melaksanakan bantuan banjir di Kedah dan Kelantan.
Sepatutnya saf Angkatan Muda Keadilan memfokuskan akan persiapan untuk mencapai on target atau misi sasaran peserta program Khazanah Reformasi yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi akan tetapi demi rasa keperihatinan serta sifat kemanusiaan yang mendalam terhadap mereka yang terjejas banjir akhirnya mereka terpaksa melupakannya buat sementara waktu.
Mangsa-mangsa banjir pula yang direkodkan di seluruh negeri sejak 2 Disember lalu dilaporkan mencecah ke jumlah angka seramai 152,377 orang mungkin telah berlakunya penurunan jumlah ketika artikel ini disiarkan.
Sumber yang dilaporkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui hantaran sosial media bahawa daripada 231 kejadian banjir, lokasi banjir kilat, sebanyak (20). Cerun bukit, pula (14), jalan runtuh dan jalan mendap sebanyak (9) lokasi.
Penyelaras KADUN Seberang Jaya bersama-sama Team MISI BANJIR KEADILAN memunggah turun barang bantuan untuk disampaikan kepada mangsa terlibat di Kedah baru-baru ini.
Negeri Kelantan mencatatkan lokasi terjejas banjir paling banyak iaitu sebanyak 102 kemudian diikuti negeri Kedah sekitar 39 lokasi banjir.
Walaupun terdapat pihak lain seperti jentera keselamatan, terdiri pihak anggota ATM, PDRM, termasuk APM serta petugas awam dikerah membantu mangsa terjejas banjir namun semangat solidariti yang ditunjukkan oleh mereka saf KEADILAN atau Pasukan Misi Banjir KEADILAN tidak ketinggalan untuk ikut mengambil bahagian melaksanakan misi tersebut.
Bukan itu sahaja, mereka tidak menghiraukan risiko diri yang bakal ditempuh bahkan akan menimpa keselamatan nyawa mereka memandangkan keadaan di beberapa lokasi jalan raya telah berubah sekelip mata menjadi seperti sebatang sungai yang terbentang luas.
Mohd Fadzli dan Nur Aishah menyaksikan keadaan lokasi banjir di Jitra, Kedah dalam misi bantuan banjir baru-baru ini.
Jikalau keadaan kurang bernasib baik mungkin kenderaan yang mereka naiki boleh dihanyutkan arus air deras.
Namun berbekalkan dengan semangat misi kemanusiaan itu telah mengatasi segala-galanya yang akhirnya berjaya mereka harungi dengan keadaan tenang dan selamat.
Mencuri tumpulan di celah-celah Pasukan Misi Banjir Keadilan terpancar wajah kepuasan di sebalik riak air muka Nur Aishah Zainol serta rakan-rakan yang lain kerana misi menyalurkan bantuan yang dianggap kecil terlaksana jua.
Begitulah gambaran mereka pasukan Misi Banjir KEADILAN yang tidak mengenal lelah dalam usaha meringankan kesengsaraan mereka yang ditimpa musibah banjir bahkan bertambah lebih bersemangat untuk meneruskan misi seterusnya ke negeri Kelantan pula.
Nur Aishah membawa lampin bayi yang diagihkan terus kepads mangsa banjir di Jitra, Kedah tanpa mengharapkan sumbangan daripada kerajaan Kedah.
Rombongan Pasukan Misi Banjir KEADILAN ke Kedah dan Kelantan secara tidak langsung untuk menzahirkan semangat solidaritinya disamping mempamerkan jiwa dan sikap saling bantu-membantu antara satu sama lain dan bukan tujuan semata demi meraih ‘mileage’ politik.
Malah Nur Aishah serta rakan-rakannya yang terbabit dalam misi banjir lebih mengutamakan soal nilai sifat kemanusiaan berbanding sentimen perbezaan fahaman politik walaupun negeri Kedah dan Kelantan adalah negeri yang diperintah oleh parti pembangkang.
Kesungguhan usaha mereka menyalurkan bantuan berupa barangan keperluan asasi harian seperti bekalan makanan serta kelengkapan kemas diri bantal, toto dan sebagainya sebenarnya mencerminkan bahawa politik yang di bawa itu bukanlah semata-mata hendak menunjukkan kemaruk dengan kuasa akan tetapi politik itu dijadikan sebagai wadah atau peluang memberikan makna ke atas kehidupan orang lain yang mesti dibantu.
Skuad misi banjir KEADILAN Pulau Pinang membawa barangan keperluan asas bagi diagihkan kepada mangsa banjir yang baru pulang ke rumah masing-masing.
Setidak-tidaknya bantuan yang dihulurkan itu walaupun dipandang kecil nilainya namun ianya sudah dapat membuatkan mereka terus tersenyum.
Paling bermakna sekali dapat menghilangkan rasa gundah dan gelisah mereka mangsa terjejas banjir kerana telah terputus bekalan makanan dan keperluan harian ekoran beberapa batang jalan raya sudah ditenggelami air melebihi paras dada.
Makanya, sebarang usaha-usaha untuk meringankan beban orang lain sememangnya dituntut di dalam ajaran syariat Islam supaya mereka dan ahli keluarga mereka yang di timpa musibah atau bencana hati dan perasaannya kembali menjadi tenang diibaratkan yang ringan itu sama dijinjing dan yang berat pula sama dipikul.
Penduduk kampung sekitar Jitra, Kedah menerima bantuan sumbangan daripada skuad misi bantuan banjir KEADILAN Pulau Pinang yang amat memerlukan bantuan untuk membina semula kehidupan.
Ketika artikel ini ditulis rombongan misi banjir KEADILAN sedang di dalam perjalanan ke satu lokasi selamat di negeri Kelantan.
Mereka rombongan misi banjir KEADILAN hendaklah dinasihatkan agar berhati-hati serta elakkan mengambil risiko sendiri semasa meredah banjir arus yang deras.
Kesempatan ini juga penulis mengucapkan syabas serta sama-sama kita mendoakan akan keselamatan mereka dan semoga urusan perjalanan ke lokasi terjejas banjir dipermudahkan serta apa yang diutamakan ialah selamat pergi dan pulang daripada melaksanakan misi banjir KEADILAN Pulau Pinang.