Surat Perdana Menteri bertarikh 21 Mei 2018 ini mengarahkan Peguam Cara Negara supaya tidak meneruskan permohonan semakan terhadap keputusan ICJ dalam kes Pulau Batu Puteh. ("...saya berpendapat bahawa usaha ini tidak perlu diteruskan").
Surat ini mendahului mesyuarat kabinet yang diadakan pada 23 Mei 2018. Mesyuarat kabinet ini pula merupakan mesyuarat kabinet pertama yang diadakan selepas pembentukan kerajaan baharu. Kebanyakan menteri kabinet ialah orang baharu yang tidak arif mengenai proses perjalanan mesyuarat kabinet.
Kertas kabinet mengenai isu Pulau Batu Puteh ini pula diletakkan dalam "Hal-Hal Lain" dalam agenda mesyuarat kabinet tanpa diberikan prioriti dan tidak disertakan dengan dokumen-dokumen penuh yang menyokong kes Malaysia. Dalam erti kata lain jemaah menteri juga telah dikelirukan.
Ini menjadi asas mengapa Suruhanjaya Diraja mencadangkan agar Perdana Menteri ke-7 disiasat di bawah Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu jemaah menteri dan kerajaan Malaysia.
Satu pengkhianatan nyata.