UMNO ESOK NAK DUDUK DIMANA?

 

Mohd Mugiz II

MP-MP UMNO hari ini duduk di kerusi BLOK MANA semasa Sidang TEMBERANG Parlimen hari ini ? Blok KERAJAAN lagi ke atau di Blok BERKECUALI/PEMBANGKANG?? 😂😂😂


Selagi MP-MP UMNO termasuk Zahid, Najib n geng XTULIS surat kpd Speaker Parlimen utk dinpindahkan kerusi KUAR drp BLOK KERAJAAN....LUPA kan UMNO PENIPU DAN PENGKHIANAT MELAYU NI...

BERITA GEMBIRA BUAT RAKYAT MALAYSIA



Norman Radzuan


Ayuh rapatkan saf.. kes dah 1juta. Tuan Guru happy betul 5-6 hari ini sebab bebas dikacau Cybertrooper PH.  Dengan wajah gembira dan berpuashati beliau membawa berita gembira buat kita hasil kerjanya sebagai Menteri Timur Tengah iaitu  'Malaysia dihormati rakyat Timur Tengah'... sekian dimaklumkan. Korang jangan menangis jangan ketawa.


Bukan senang beb nak buat rakyat Timur Tengah hormati Malaysia dan Tuan Guru berjaya...Kadang-kadang berita macam inilah yang buat aku rasa macam nak terjun masuk kolam malam-malam buta ni.

BILA NIK AMAR NAK MEMBODEK ATAU MEMBODOHKAN DIRI

 

Hamdan Taha


Cuba bayangkan PM kita bukan Muhidden


Dan bayangkan juga Pas bukan dalam kerajaan ketika ini


Barangkali masa ni PM malaysia adalah dato Najib


Atau pun PM malaysia adalah Anwar Ibrahim


Atau pun Tun Dr M


Kes covid 17 ribu dan kerajaan yang tampa Pas itu juga laksanakan Darurat,PKP,PKPB,PKPD dan macam macam D lagi


Apa agaknya masa tu ahli pas dan pimpinan pas akan kata pada kerajaan ketika itu agaknya...


Apakah Ketua Dewan Ulamanya akan kata Kerajaan itu terbaik di dunia seperti mana dia kata sekarang


Atau Pas akan kata macam Timbalan Menteri Besar Kelantan iaitu dia kata semua negara dunia gagal berdepan dengan covid ini bukan kita saja tapi seluruh dunia pun kes meningkat setiap hari jadi kita bukan negara gagal


Agak agak lah macam tu ke depa akan kata....


Agak agak lah yer



MP, aktivis buat laporan polis, kerajaan gagal lindungi rakyat dari Covid-19 FAZLI RADZI / July 25, 2021

 


Tujuh Ahli Parlimen dan dua aktivis membuat laporan polis hari ini berhubung kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen terbabit ialah Fahmi Fadzil (Lembah Pantai), Hannah Yeoh (Segambut), Aziz Jamman (Sepanggar), Isnaraissah Munirah (Kota Belud), Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching), Charles Anthony Santiago (Klang) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya).

Kesemua wakil rakyat blok pembangkang terbabit dari PKR, DAP dan Warisan.

Sementara itu, dua aktivis yang turut serta membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu ialah peguam Ambiga Sreneevasan dan anak Tun Dr Mahatir, Marina.

Memetik laporan polis yang dikemukakan oleh Maria Chin sebagai pengadu, pihak polis diminta menyiasat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba ekoran pertambahan kes positif Covid-19 dan kematian akibat wabak itu.

Beliau juga memohon pihak polis menyiasat mana-mana menteri yang dipertanggungjawabkan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut berasaskan Seksyen 259 dan Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

“Ini kerana saya mendapati wujud kecuaian jenayah dalam menjalankan tugas-tugas menteri sehingga mengakibatkan penularan wabak Covid-19 dalam komuniti yang membahayakan nyawa serta mengakibatkan kematian,” tegas Ahli Parlimen PKR itu.

Jelasnya, antara contoh kecuaian Adham dan menteri-menteri lain sehingga jangkitan Covid-19 gagal dikawal ialah jumlah ujian saringan yang tidak mencukupi serta proses mengesan kontak rapat yang tidak efektif mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Fahmi (depan) selaku ‘tuan rumah’ dalam rombongan MP dan aktivis membuat laporan polis hari ini.

“PROKLAMASI DARURAT PERLU JADI AGENDA UTAMA UNTUK DIBAHAS, BUKAN CUMA DITAKLIMATKAN”

 

1. Sejak Januari 2021 Malaysia telah berada dalam keadaan Darurat untuk melawan covid 19.

Parlimen yang bertanggungjawab melakukan semak imbang telah digantung menyebabkan dasar melawan Covid kerajaan PN semakin menuju ke arah kegagalan yang nyata. Apakah Darurat Covid berkesan?

2. Isnin 26hb July ini adalah tarikh lambang demokrasi dikembalikan. Terimakasih rakyat yang mendesak dan semua MP yang berikirar memelihara demokrasi berparlimen. Titah Istana dipertahankan supaya Parlimen dibuka.

3. Isu besar Proklamasi Darurat dan ordinan-ordinan perlu dibahas dan tidak cukup sekadar laporan yang diletakkan atas meja MP jika hendak dibuat penilaian.

Perlu perbahasan kesan selama 6 bulan perlaksanaannya, siapa yang perlu dipertanggungjawabkan dalam kecuaian menasihati YDPA sehingga tujuan Darurat Covid tidak tercapai malah krisis semakin memuncak.

Kegagalan perlaksanaan dan penguatkuasaan di mana silapnya perlu dibahas supaya rakyat dapat penjelasan tuntas.

4. Speaker perlu tunaikan janji supaya perbahasan diizinkan ke atas Proklamasi Darurat bagi memelihara kehormatan Perlembagaan Persekutuan.

Semua MP termasuk Speaker terikat dengan janji mempertahankan Perlembagaan.

Tidak ada sesiapa yang terlepas dari ikrar mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam Perkara 150 dan semua peruntukan dibawahnya.

Perbahasan Proklamasi Darurat perlu menjadi agenda utama sebelum Parlimen diberikan Penerangan Menteri-Menteri dan itu adalah tugas Speaker yang terpenting pada 26hb July nanti.

Yb DS Dr Mujahid Yusof Rawa

Ahli Parlimen Parit Buntar

Naib Presiden Parti AMANAH

Pengerusi PH Perak.

25hb July 2021.


Semua Ahli Parlimen boleh hadir, tiada sidang hibrid, kata Speaker

 

Azhar Azizan Harun berkata, semua wakil rakyat, termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan menghadiri sidang khas Dewan Rakyat bermula esok.

KUALA LUMPUR: Semua 220 Ahli Parlimen dibenarkan menghadiri Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat mulai esok hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

Beliau berkata, cadangan melaksanakan sidang khas Dewan Rakyat secara hibrid ditangguhkan dan soal pelaksanaannya juga tidak akan dibincangkan dalam mesyuarat khas itu.

Justeru katanya, tiada had jumlah Ahli Parlimen untuk berada dalam Dewan Rakyat, malah semua wakil rakyat, termasuk mereka yang belum divaksin dibenarkan hadir.

“Soal melaksanakan sidang Parlimen hibrid tidak akan dibincangkan dalam sidang khas dan kita tangguh sekejap cadangan itu untuk diperhalusi dengan lebih lanjut mengenai keperluan undang-undang dan sebagainya. Itulah statusnya sekarang.

“Cadangan Parlimen hibrid itu untuk kemudahan bagi membolehkan sesiapa yang mungkin tak dapat datang (persidangan Dewan Rakyat) atau tidak boleh hadir, disebabkan Covid-19.

“Kita berpendapat cadangan pelaksanaan Parlimen hibrid ini akan menjadikannya lebih selamat untuk semua orang,” katanya dalam sidang media maya baru-baru ini bagi memperincikan persiapan menjelang mesyuarat khas itu.

Ketika ini, katanya, hampir semua Ahli Parlimen sudah divaksin, dengan maklumat terkini menunjukkan 205 Ahli Parlimen melengkapkan dua dos vaksin Covid-19, 12 Ahli Parlimen menerima satu dos dan tiga lagi belum divaksin.

Dewan Rakyat mempunyai 222 kerusi Parlimen, namun ketika ini, ia hanya mempunyai 220 Ahli Parlimen selepas dua daripadanya meninggal dunia.

Mengenai agenda perbincangan persidangan khas Dewan Rakyat, Azhar berkata, selain perkara yang ditetapkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam aturan mesyuarat, usul lain tidak akan dibincangkan.

Katanya, berbeza dengan persidangan biasa, mesyuarat khas Dewan Rakyat dibuat berdasarkan Peraturan 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyurat Dewan Rakyat yang membolehkan perdana menteri mengadakan sidang khas dengan urusan mesyuarat itu ditetapkan beliau sendiri.

“…hanya perdana menteri yang boleh menetapkan perkara yang berlangsung dalam sidang khas ini. Jadi, tiada siapa yang boleh katakan apa yang perlu dibincangkan dalam sidang khas ini, selain perdana menteri.

“Ahli Parlimen yang telah menghantar usul untuk sidang khas ini, saya akan maklumkan pada mereka. Usul mereka itu tidak boleh dibawa ke hadapan, ke sidang akan datang dan perlu hantar pemberitahuan (usul) yang baharu.”

Peraturan 11(3) memperuntukkan, pada masa Majlis dalam tangguhan, jika perdana menteri memaklumkan kepada Yang Dipertua, iaitu bagi faedah orang ramai, mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang ditetapkan, maka Yang Dipertua hendaklah serta-merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan tarikh mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan perdana menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli, tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, sidang khas Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan semua proklamasi darurat serta ordinan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Mengulas dakwaan tiada sesi soal jawab atau perbahasan dalam sidang khas itu, Azhar menyifatkan dakwaan itu hanyalah “misconception” (salah faham) kerana ada ruang untuk Ahli Parlimen mengemukakan soalan serta pendapat, selepas selesai sesi penerangan menteri.

“Dalam notis saya kepada semua Ahli Parlimen, saya telah nyatakan dengan terang dan jelas, saya akan membenarkan soalan, membenarkan cadangan, semua perbincangan dan segalanya. Saya tidak tahu dari mana datangnya persepsi yang menganggap saya tidak akan benarkan sebarang perbahasan.”

Berhubung cadangan memanggil Peguam Negara, Idrus Harun ke sidang khas bagi menjawab soalan mengenai ordinan yang diwartakan sepanjang penguatkuasaan darurat, Azhar berkata, pertamanya, dalam kerangka perundangan dan Perlembagaan Persekutuan tidak dinyatakan perkara itu.

“Kedua, terpulang kepada peguam negara nak datang atau tak. Itu kalau dibenarkan kerana dalam kerangka Perlembangaan Persekutuan sekarang tidak dinyatakan sama ada boleh hadir.

“Di Malaysia, peguam negara bukan lantikan politik, maka dia tidak perlu menjawab kepada Parlimen. Kalau di UK, peguam negara adalah lantikan politik dan dia menjawab kepada Parlimen.”

KAH..KAH...MEMANG BODOH PIMPINAN PAS...KINI RAKYAT SUDAH TAHU TEMBELANG PAS KETIKA BERKUASA TAK MAMPU LAKSANAKAN APA PUN..

 


Terkini! Pas mungkin bergerak sendiri dalam PRU15



Terkini! Pas mungkin bergerak sendiri dalam PRU15



Pas sudah bersedia dengan beberapa senario termasuk kemungkinan bergerak sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya UMNO dan Bersatu enggan bersama dalam satu kerjasama.

Bagaimanapun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan sedemikian perlu dielakkan memandangkan parti berkenaan masih lagi mendokong kerjasama Muafakat Nasional (MN) serta komited mempertahankan Perikatan Nasional (PN).

Pas juga, tegas beliau, enggan berprasangka dengan sekutu-sekutunya dalam kedua-dua gabungan kerjasama politik itu.

“Setakat ini kita masih kekal dengan MN dan PN… itu pendirian kita, kecuali UMNO dan Bersatu buat keputusan berbeza.

“Pendirian kita (Pas) jelas kita mahu ketiga-tiga parti teras Melayu ini bersama dalam PRU sebagai pasukan. Kita juga sentiasa terbuka dan husnozon dengan rakan-rakan, tapi kalau berlaku (sebaliknya), nak buat macam mana,” kata Mohd Amar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan Asnaf di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor pada Ahad.

“Kita ambil kira semua senario sekiranya kita lawan (di PRU15) bersendirian. Dalam politik juga kena ada banyak pilihan, kena banyak berfikir.

“Namun, kita harap senario itu (bersendirian dalam PRU15) tidak berlaku kerana (dalam) teori politik kita (Malaysia) tiada parti yang boleh menang bersendirian. UMNO sendiri kalau bertanding sendirian, akan banyak hilang kerusi,” jelas Mohd Amar.

Sehubungan itu, Mohd Amar secara peribadi menasihati umno supaya tidak bersendiri dan berfikir lebih jauh mengenai kerjasama politik khususnya dalam menghadapi PRU15.

Mohd Amar juga berpendapat, PRU15 mungkin diadakan selepas pembentangan Belanjawan 2022 kelak berdasarkan perkembangan proses vaksinasi COVID-19.

Katanya, usaha yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini dijangka mencapai 80 peratus imuniti berkelompok sekitar bulan Oktober.

Beliau berkata, selepas proses vaksinasi mencapai 80 peratus, ia mungkin membolehkan kerajaan mempertimbangkan untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

KES CECAH SEJUTA! EH, MÜHYlDDlŅ KAU DENGAR SINI!!



Kami tahu semua Rakyat sedang marah dengan Kerajaan PN ini. Muhyiddin dan kuncu-kuncunya tidak mahu mengaku mereka gagal. Kami yakin tiada negara lain dalam dunia ini yang buat darurat dan PKP tetapi kes mencanak naik melampau-lampau. Ini laporan dan ulasan jujur kami.

Mat Sabu: Hello Mahiaddin, Kes Dah 1 Juta Ni!



Dinesh Silvarajoo

Kes baharu hari ini 17,045 kes. Kes harian tertinggi, dan sudah melepasi 1 juta kes keseluruhan. Description: 😢Description: 😢Description: 😢

Tahniah atas kejayaan mencapai 1 juta kes covid 19 . #KerajaanGagal #KitaJagaKita2021





May be an image of ‎5 people, people standing and ‎text that says "‎TAHNIAH atas kejayaan mencapai JUTA Kes COVID א KeraajaanBodoh Kerajaan Cilake Kerajaan Gagal Kerajaan Bangsat‎"‎‎







Pakatan Harapan: Pakatan Bersama Syed Saddiq, Henti Peralat Agensi Untuk...

HADI AWANG "POLITIK JUAL UBAT" | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Sampai bila boleh rasa seronok jadi PM? SEMBANG Bersama MOHAMED HANIPA MAIDIN / July 25, 2021


Orang putih habaq he still has the audacity to mention the word RAKYAT.

Pemimpin ni tahu dan sedar ke berapa ramai rakyat yang susah, sengsara dan hatta bunuh diri?

Jadi, PM hingga rakyat terlampau tertekan hingga bunuh diri dan rakyat hingga cipta pelbagai tagar (tanda pagar) nak kata TAK GAGAL lagi ke?

Yang sibuk mengampu dia tu, depa jujur ke mengampu dia hingga kata-kata mengampu depa tu, mungkin depa sendiri pun tahu ianya tak betul dan MENGARUT!

Anyway, dalam sejarah dunia, watak PENJILAT memang selalu wujud! Syarat watak tu senang saja. Pi jual habis maruah dan harga diri demi keseronokan sementara!

Semalam, saya percaya, ramai yang mungkin terima rakaman video seorang rakyat yang terbaring meninggal dunia kerana bunuh diri dengan minum racun.

Saya tidak tergamak nak menontonnya hingga ke penghujung kerana terlalu sedih.

Pemimpin ini masa jadi TPM dulu, saya biasa lihat para MP yang sokong dia pi cium tangan dia, cara depa pi tunduk nak bersalam, kalah orang rukuk. Sekali dia berjalan, ramai betul yang ikut di kanan, kiri, depan dan belakang.

kadangkala jalan terkontang-kanting seorang diri. Yang dulu pakat salam buat macam tak nampak saja kehadiran dia.

Dalam satu program di Korea, selepas dia hilang jawatan TPM, yang kebetulan kami, para MP dari pembangkang dan kerajaan BN masa itu ada di Seoul ketika itu – saya lihat MP Umno/BN macam tak ambil peduli kat dia. Semua takut nak pi rapat kat dia.

Kami rasa kasihan dan simpati dan cuba jugalah layan dia.

Dalam sidang Parlimen, saya pernah lihat dia dikritik dan dihentam kaw kaw oleh MP mantan parti dia sendiri hingga depa sentuh isu peribadi. Sekali lagi kami kesian dan cuba tolong dia.

Lepas tu dia bersama PH, dapat balik jawatan Menteri Kanan dan dikhabarkan dia tidak begitu sihat. Kami rasa simpati.

Opps, rupanya dia masih tidak puas setakat jadi Menteri Kanan.

Masih idam jawatan PM rupanya diam-diam dengan sanggup KHIANAT mandat rakyat dan tebuk atap.

Ok lah. Sekarang dah dapat jawatan PM tu, best lah kot. Semua orang hormat ‘kan? Tentu best dan seronok ‘kan?

Oklah. Rasanya sampai bila ya boleh rasa keseronokan tu semua?

KAH..KAH..KAH...WOIIII...BUKA CLUB DANGDUT LA WOIIII-JOM GELEK

 


Ketika frontliners berhempas pulas, Srikandi Bersatu sakan berpesta gelek ‘Kopi Dangdut’

FAZLI RADZI  July 25, 2021  11:55 am

Tular di media sosial sekumpulan anggota Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gembira berjoget lagu

Tular di media sosial sekumpulan anggota Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) gembira berjoget lagu dangdut.

Kira-kira 20 orang wanita dilihat menari diiringi irama lagu ‘Kopi Dangdut’ yang sedang berkumandang dalam sebuah dewan.

Menerusi klip rakaman video berdurasi hampir dua minit itu, turut kelihatan seorang lelaki separuh usia menari dengan kedua-dua tangannya lentik ke atas mengikut alunan lagu popular Indonesia era awal 1990-an itu.

Description: https://malaysiadateline.com/wp-content/uploads/2021/07/joget-2.png

Mereka yang ada ketika ketawa dan bersorak mengikut irama lagu ciptaan asal tahun 1958 dari Venezuela, ‘Moliendo Café’ (Mengisar Kopi) itu dilihat ada yang tidak mengenakan pelitup muka.

Sumber memaklumkan kepada Malaysia Dateline, aksi ceria anggota sayap wanita parti diterajui Tan Sri Mahiaddin Md Yasin itu berlaku ketika Kursus Pemantapan Pimpinan Srikandi Bersatu di Holiday Inn Shah Alam pada pada 28, 29 dan 30 April lalu.

Ini bermakna mereka bergelek gembira antara 16 hingga 18 Ramadan ketika kes harian Covid-19 meningkat antara 3,142 kes hingga 3,788 kes dengan jumlah keseluruhan 408,713 kes pada akhir April lalu





Menipu rakyat bukan cara politik UMNO – Ahmad Zahid



BETUL TAK TIPU RAKYAT, TAPI TIPU AHLI SENDIRI.. PENAT LELAH SOKONG BAGAI NAK RAK..AHIRNYA UMNO HILANG KUASA. ITU PUN PENYOKONG KATA KUAT LAGI..WAL HAL DAH BERPECAH 4...KAH...KAH....PADAN MUKA..KALAU TIDAK TAKKAN HILANG KUASA.....


MGF19102019_KONVENSYEN-UMNO-SELANGOR05


KUALA LUMPUR – Parti keramat UMNO tidak akan sesekali menipu rakyat, memfitnah jauh sekali menawarkan manifesto bukan kitab suci.

Itu kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu hantaran Facebook sebentar tadi.

Tulis Ahmad Zahid, ada yang bertanya kepadanya mengapa UMNO berpolitik dengan menggunakan fakta walhal jika tipu rakyat ianya lebih senang menang pilihan raya kelak.

“Ada menulis di FB mengapa UMNO berpolitik dengan beri fakta lebih senang menang PRU-15 seperti lawan politik praktikkan dulu masa PRU-14.

“Tergelak kecil membaca komen itu, namun saya faham maksudnya. Ia penulisan sarkastik. Tetapi ini jaminan saya sebagai Presiden UMNO. Tidak sesekali UMNO akan menipu rakyat.

“Apatah lagi sanggup berbohong, memfitnah dan menawarkan manifesto bukan kitab suci,” tulisnya.

Ahmad Zahid sebenarnya mengulas komen seorang netizen yang menyarankan agar Umno ‘belajar’ daripada Bersatu, DAP dan PKR untuk mendapatkan semula kuasa selepas mereka gagal mendapat mandat rakyat pada 2018.

Sambung beliau, menipu rakyat bukan cara politik UMNO sebaliknya menang dengan keberkatan dan kuasa Allah S.W.T

“Bukan begitu cara parti UMNO berpolitik. Kemenangan dengan cara begitu tiada rahmatnya. Kita perlukan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T apabila kembali mentadbir kelak.

“InsyaAllah Yang Maha Esa membantu perjuangan penuh tulus ikhlas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid akui rakyat pada masa ini semakin matang dalam menilai antara kebenaran dan propaganda.

“Sejarah mendewasakan mereka dalam memahami antara realiti dan permainan persepsi. Dengan itu UMNO akan terus berpegang kepada kebenaran dalam perjuangan politiknya,” tegasnya.

Untuk makluman, sebelum Pakatan Harapan (PH) mula memerintah negara sebagai kerajaan, mereka telah menabur segala macam janji pilihan raya bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Bagaimanapun selepas menang, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan alasan dan sebab antaranya kekangan perundangan, pelaksanaan serta lain-lain mengapa PH tidak dapat laksana semua janji itu.

Malah Tun Mahathir pernah memberitahu bahawa manifesto pilihan raya bukanlah kitab suci yang perlu dipatuhi. MG

LAPORAN HARAKAHDAILY DULU DAN SEKARANG BERKAITAN KU NAN


AKHBAR INI AKAN MELINGKUP JUGA SEBAGAIMANA TERJADI KEPADA UTUSAN MALAYSIA DAN  NASIB PEKERJANYA . 





W. FAUDZIN


Tersiar dulu berita tentang kekayaan Ku Nan dalam Harakahdaily. Waktu itu parti lebai

hebat

mewar-warkan kekayaan Ku Nan. Maklumlah, musuh ketat.

Tapi berita itu sudah jadi "error 404" sekarang kerana puak lebai dah menjadi teman karib menyokong kerajaan tebuk atap bersama Ku Nan. Ku Nan punya kes pun dah setel.

Begitulah cara lebai berjuang menegakkan hukum Allah, kononnya. Sebab itu tidak pelik Fatwa yang menyatakan amanat Hadi yang kapirkan Umno dulu sesat telah pun "ghaib" dalam website JAKIM.

Nampak tak parti lebai punya perangai ?

Covid-19 mencanak, betul ke rakyat tak berdisiplin? – Asyraf

 MGF01022020_CERAMAH-PERDANA-MUAFAKAT-NASIONAL-WILAYAH07


KUALA LUMPUR – ”Ramai yang mengeluh dengan kes harian tertinggi hari ini mencecah angka 15,902.

”Namun ada juga suara sumbang yang menyalahkan rakyat tidak berdisiplin. Benarkah begitu?,” soal Datuk Asyraf Wajdi Dasuki.

Ketua Pemuda UMNO itu berkata, rakyat lebih awal desak supaya kerajaan melaksanakan total lockdown betul-betul.

Malah Pemuda UMNO antara yang lantang bersuara mencadangkan pelaksanaan total lockdown antara 14 hingga 21 hari sebagaimana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dulu dengan menyediakan juga bantuan khas kepada rakyat yang terpaksa berkurung.

Namun, apabila Menteri Kanan Keselamatan waktu itu setuju tutup semua kilang ‘pintu depan’, Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa (MITI) pula buka ‘pintu belakang’.

Bahkan dengan bangga mengumumkan pembukaan kilang-kilang hingga mencecah 128,150 syarikat hanya tiga hari selepas Perdana Menteri akur dengan tuntutan rakyat apabila mengisytiharkan total lockdown pada 1 Jun 2021.

Itupun selepas angka kes baharu Covid-19 mencecah 8,290, tambah Asyraf.

Dakwa beliau, negara lain buat total lockdown berjaya turunkan kes jangkitan.

“Kita pula bagaimana?,” soal beliau.

Secara sinis beliau berkata, kalau memang niat dari awal nak buka kilang-kilang seperti biasa tak perlulah guna istilah total lockdown! 

Ustaz ini tempelak orang heret agama untuk tutup kesalahan

 


Ustaz ini tempelak orang heret agama untuk tutup kesalahan


Selain adegan air mata, saya terbaca beberapa ungkapan yang diguna bertujuan mengalih aliran perbahasan daripada laluannya dalam isu ketelusan dan akauntabiliti organisasi orang Islam.

– Kita bersaudara, cukup-cukuplah.
– Sesama Islam, tak elok berbalah.
– Asalkan buat baik, teruskan.
– Kedua-duanya Islam.
– Semua pihak mahu buat baik.
– Jangan sampai kafir tepuk tangan.
– Kafir tak gaduh pun sama sendiri.
– Orang Gaza tu orang Islam juga.

Semasa isu TH mula-mula panas dulu, ada ungkapan, “Tak apalah, jika dia salah pun, dia orang Islam juga”. Ada yang sebut “TH tu milik orang Islam, untuk apa orang Islam berbalah sesama sendiri”.

Dalam kalangan sebahagian orang Islam, apabila isu-isu ketelusan dan akauntabiliti diketengahkan, akan ada orang Islam yang mengheret sentimen agama dan kaum untuk mencelahi perbahasan itu.

Lantas sentimen itu pun diguna sama ada untuk mengelabui atau menutup penyelewengan dan salah urus organisasi milik orang Islam. Natijahnya, orang yang malas berfikir berkata, “Betul juga. Kalau mereka buat salah pun, mereka orang Islam”.

Sampai ada yang sanggup berkata, “Biarlah dia nak buat macam tu. Kalau dia kaya kerana hal itu pun apa salahnya. Dia orang Islam juga. Harta dia pun diguna untuk bantu orang Islam”.

Ungkapan itu terus digaul perencah tambahan untuk lebih menambah enak rasa sehingga ada ulama berkata, “Orang Islam, buat salah sebesar mana pun, mati akhirnya masuk syurga juga.”

Semua ungkapan sebegitu tidak salah, cuma diguna dalam situasi yang salah. Ibarat seseorang yang membaca doa naik kenderaan semasa berada di hadapan hidangan.

Bak kata Bang Mat, kita bukan berhadapan dengan masalah kejahilan tentang agama sebab kita ada ramai ulama. Masalah kita ialah, kita gagal meletakkan agama di tempat yang betul sehingga agama yang murni ini dipandang serong.

Ustaz Zolkharnain Abidin

Apa bezanya Anwar dengan pemimpin lain?

 


May be an image of 1 person and headscarf


 

Kenapa Dr Razali Nawawi menitis air mata ketika mempertahankan perjuangan sahabatnya Anwar Ibrahim, semasa peluncuran buku beliau Erti Kehidupan, Rabu lalu?

Generasi muda yang tidak mengenali perjuangan Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia ) wajar membaca buku ini dan buku sebelumnya, Erti Perjuangan untuk mencari jawapannya.

Dr Razali seorang ilmuan yang mendapat pendidikan di Mesir dan United Kingdom. Beliau terdedah dengan tradisi Ilmu Islam dan juga Barat, menjadikan beliau seorang cendekiawan, ilmuan, profesor dan pendakwah yang

mantap

dan berani memperkatakan kebenaran dan menyanggah kemungkaran.

Ustaz Razali, Fadhil Nor, Anwar dan Ustaz Siddiq Fadhil adalah antara empat tokoh yang menjadi tulang belakang Abim sejak penubuhannya pada tahun 1971 hingga hari ini.

Di antara empat mereka hanya Anwar seorang yang berpendidikan aliran Inggeris. Bagaimanapun minat Anwar terhadap Islam berakar sejak menjadi mahasiswa lagi.

Ketika menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia pada usia 21 tahun ( 1968-1971) Anwar berpeluang menjalin persahabatan akrab dengan pemimpin dan ilmuan Islam seluruh dunia.

Hampir semua ilmuan Islam di Malaysia menjadi naqibnya bagi mendalami tarbiah Islamiah.

Syed Naquib, Kamal Hassan, Ustaz Razali. Fadzil Nor, Nik Aziz dan ramai lagi tok tok guru pondok semuanya menjadi guru dan sahabat beliau.

Di peringkat serantau beliau banyak belajar daripada Bapak Mohammad Natsir, Hamka dan ramai lagi sasterawan dan budayawan Indonesia. Apabila Ikatan Cedekiawan Muslim Indonesia ditubuhkan Anwar menjadi akrab dengan Bacharuddin Jusuf Habibie dan hampir seluruh anggota Kabinet Soeharto.

Barangkali tidak ramai yang mengetahui Anwar pernah bermalam di rumah Hassan al Turabi dan Cesar Adib Majul penulis buku The Contemporary Muslim Movement In Philippine. Persahabatan dengan Majul menghubungkan Anwar dengan pemimpin dan pejuang Islam di Filipina.

Begitulah aktifnya Anwar menimba ilmu sehingga akirnya beguru dengan Said Ramadan ( Bapa Tariq Ramadan), Ismail Faruqi, Yusof Qaradhawi, Sheikh Taha, Rashid Ghannushi dan ramai lagi nama nama besar pemimpin dan ilmuan Islam.

Tarbiah melalui persahabatan inilah yang membentuk keperibadian Anwar sebagai seorang pemikir dan pejuang Islam yang kental dan tidak mengalah dengan ujian.

Dengan asas asas al Quran, Hadis dan seerah yang kukuh membolehkan Anwar membicarakan soal keadilan dan hak ummah dengan berani dan tegas.

Kekuatan inilah yang menyebabkan Mahathir Mohamad memujuk beliau menyertai Kabinetnya untuk melaksanakan agenda penerapan nilai nilai Islam di awal tahun 1980an.

Mahathir ketika ditanya wartawan mengapa melantik Anwar menjadi Menteri Kewangan menggantikan Daim Zainuddin, berkata,

“Saya melantik Daim kerana beliau pandai soal kewangan, dan saya melantik Anwar kerana beliau orang yang jujur, pandai dan amanah”.

Kerana jujur dan amanah menjaga perbendaharaan negara Anwar meninggalkan legasi sebagai Menteri Kewangan yang mencatat lebihan bajet selama tujuh tahun berturut-turut.

Malangnya apabila negara menjadi maju dan kaya, sementara nafsu Mahathir menjadi besar maka akhirnya kerana mempertahankan keluhuran prinsip perjuangannya, Anwar dikorbankan oleh Mahathir melalui fitnatul kubra.

Ketika menjadi Menteri Kewangan, keberanian dan ketegasan Anwar membanteras rasuah dan salahguna kuasa sering dilaungkan.

Melihat TV atau media cetak ketika itu, gambar Anwar dengan kening melengkung adalah trademark ekspresi ketegasan beliau bila menyebut “ kerajaan akan mengambil tindakan tegas, kerajaan tidak akan berkompromi dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa”.

Dalam satu pertemuan, saya menegur Anwar bahawa kamu sekarang ahli politik, kamu bukan PM lagi janganlah keras sangat.

Beliau menjawab;

“Aku Menteri Kewangan, aku tahu apa yang mereka buat. Aku akan terus bercakap hal ini kerana ia akan mengingatkan aku juga supaya jangan rasuah dan salahguna kuasa “.

Inilah susuk perjuangan Anwar yang jarang ditemui dalam politik Malaysia. Kekuatan peribadi beliau menakutkan pemimpin lain.

Kalau kita meninjau sejarah perjuangan sebelum merdeka, nasionalis Melayu seperti Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Muhammad memiliki kekuatan seperti Anwar yang tahan diuji.

Mereka Ini semua dipenjara oleh Inggeris dan paling lama ialah Boestaman selama tujuh tahun.

Malang bagi Anwar kerana berjuang selepas merdeka beliau dipenjarakan oleh bangsanya sendiri hampir sebelah tahun.

Kalau dihitung jumlahnya agak pasti kerajaan Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris memenjarakan lebih ramai anak bangsanya sendiri berbanding penjajahan Inggeris selama 150 tahun.

Anwar jauh berbeza dengan pemimpin pemimpin politik lain. Beliau jarang menyebut nama parti nya ketika berucap. Jauh sekali memuji dan menjulang partinya seperti Pas dan Umno.

Parti hanyalah platform perjuangan dan yang penting ialah nilai, akhlak dan jiwa pengabdian pemimpin untuk membela bangsanya.

Rakyat yang peka pasti sedar bahawa ucapan Anwar sarat dengan idealism seorang negarawan untuk mengangkat maruah dan martabad seluruh warga Malaysia.

Anwar selalu mengungkap “ kita akan perjuangan keadilan untuk semua”. Dia gemar menggunakan perkataan “ kita” atau “ Saya”. Jarang sekali beliau menggunakan ungkapan “ PKR atau PH akan menentang rasuah, membantras kemiskinan “. Mungkin beliau sedar dalam PKR dan PH tidak semua bersih daripada kemungkaran.

Sebaliknya pemimpin Pas dan Umno jarang menggunakan ungkapan “Kita atau Saya”. Hampir semua mereka akan menggunakan nama parti. Baik Hadi Awang atau Presiden Umno, setiap kali berucap akan menyebut nama parti berulangkali seperti “ Umno tidak akan gadai maruah Melayu. Umno pembela bangsa Melayu, Umno berjasa kepada Melayu, dan yang terakhir ialah slogan “Perjuangan Umno untuk mencari keredaan Allah”.

Manakala Hadi Awang dan pemimpin Pas yang lain mungkin sudah beribu kali melaungkan “Pas akan pertahankan Islam, Sokong Pas masuk syurga, Pas akan laksanakan hudud, Pas berjihad di jalan Allah, semuanya Pas Pas Pas.

Jarang sekali kita dengar Hadi mengungkap “ Saya akan pastikan rakyat miskin dibela, saya akan minta kerajaan biayai ibu tinggal atau Saya akan siasat kenapa ramai orang Melayu bunuh diri sekarang.”

Manakala Pemimpin Bersatu pula oleh kerana kurang bercakap dan menemui wartawan, sukar untuk kita meneka apa yang difikirnya.

Perbezaan ucapan mungkin tidak disedari atau dipandang ringgan sedangkan ucapan pemimpin adalah pengukur sama ada beliau seorang pejuang yang akan mengabdikan dirinya untuk rakyat, ikhlas dan istiqamah dengan prinsip perjuangannya atau sekadar politikus yang mencari kuasa dan harta.

Anwar memiliki kekuatan peribadi, Ilmu dan jiwa patriotik yang tidak bersandar kepada partinya, sebaliknya PKR yang bersandar kepada kekuatan Anwar.

Berbeza dengan pemimpin parti lain mereka terpaksa bersandar atas nama parti, sejarah perjuangan atau legasi parti kerana tidak memiliki kekuatan peribadi.

Oleh kerana ucapan Anwar tidak banyak menyebut Melayu dan Islam, sementelahan pula berkawan dengan DAP, maka barangkali itulah orang Melayu, terutama generasi tua tidak begitu mencintai Anwar.

Walaupun memiliki kekuatan peribadi namun beliau juga mempunyai kelemahan. Kelemahan paling keketara ialah Anwar berprasangka baik dengan semua orang. Kelemahan inilah yang menyebabkan beliau ditipu berulangkali.

Bukan saja Ustaz Razali malah ramai lagi sahabat dan rakyat yang menghayati sejarah perjuangan Anwar, menitis air mata ketika dia difitnah dan dipenjara.

Bagi saya dan rakan lain tetap akan bersama Anwar kerana menyokong pemimpin yang bersih, jujur dan ikhlas kita akan selamat daripada kehinaan di dunia dan akhirat biarpun perjuangan ini tidak berakhir dengan kemenangan.

Harga diri seseorang bukan terletak kepada apa yang boleh dipandang mata, tetapi terletak kepada keikhlasan, keimanan dan jiwa hamba yang insaf dengan keberadaannya.

Amer Farhan

 

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021