KUALA
LUMPUR – Parti keramat UMNO tidak akan sesekali menipu rakyat, memfitnah jauh
sekali menawarkan manifesto bukan kitab suci.
Itu
kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu hantaran Facebook
sebentar tadi.
Tulis
Ahmad Zahid, ada yang bertanya kepadanya mengapa UMNO berpolitik dengan
menggunakan fakta walhal jika tipu rakyat ianya lebih senang menang pilihan
raya kelak.
“Ada
menulis di FB mengapa UMNO berpolitik dengan beri fakta lebih senang menang
PRU-15 seperti lawan politik praktikkan dulu masa PRU-14.
“Tergelak
kecil membaca komen itu, namun saya faham maksudnya. Ia penulisan sarkastik.
Tetapi ini jaminan saya sebagai Presiden UMNO. Tidak sesekali UMNO akan menipu
rakyat.
“Apatah
lagi sanggup berbohong, memfitnah dan menawarkan manifesto bukan kitab suci,”
tulisnya.
Ahmad
Zahid sebenarnya mengulas komen seorang netizen yang menyarankan agar Umno
‘belajar’ daripada Bersatu, DAP dan PKR untuk mendapatkan semula kuasa selepas
mereka gagal mendapat mandat rakyat pada 2018.
Sambung
beliau, menipu rakyat bukan cara politik UMNO sebaliknya menang dengan
keberkatan dan kuasa Allah S.W.T
“Bukan
begitu cara parti UMNO berpolitik. Kemenangan dengan cara begitu tiada
rahmatnya. Kita perlukan keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T apabila kembali
mentadbir kelak.
“InsyaAllah
Yang Maha Esa membantu perjuangan penuh tulus ikhlas,” ujarnya.
Dalam
pada itu, Ahmad Zahid akui rakyat pada masa ini semakin matang dalam menilai
antara kebenaran dan propaganda.
“Sejarah
mendewasakan mereka dalam memahami antara realiti dan permainan persepsi.
Dengan itu UMNO akan terus berpegang kepada kebenaran dalam perjuangan
politiknya,” tegasnya.
Untuk
makluman, sebelum Pakatan Harapan (PH) mula memerintah negara sebagai kerajaan,
mereka telah menabur segala macam janji pilihan raya bagi memastikan kemenangan
berpihak kepada mereka.
Bagaimanapun
selepas menang, Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad memberikan
alasan dan sebab antaranya kekangan perundangan, pelaksanaan serta lain-lain
mengapa PH tidak dapat laksana semua janji itu.
Malah Tun Mahathir pernah memberitahu bahawa manifesto pilihan raya bukanlah kitab suci yang perlu dipatuhi. MG