Orang
putih habaq he
still has the audacity to mention the word RAKYAT.
Pemimpin
ni tahu dan sedar ke berapa ramai rakyat yang susah, sengsara dan hatta bunuh
diri?
Jadi, PM
hingga rakyat terlampau tertekan hingga bunuh diri dan rakyat hingga cipta
pelbagai tagar (tanda pagar) nak kata TAK GAGAL lagi ke?
Yang sibuk mengampu dia tu, depa jujur
ke mengampu dia hingga kata-kata mengampu depa tu, mungkin depa sendiri
pun tahu ianya tak betul dan MENGARUT!
Anyway, dalam sejarah dunia,
watak PENJILAT memang selalu wujud! Syarat watak tu senang saja. Pi jual
habis maruah dan harga diri demi keseronokan sementara!
Semalam,
saya percaya, ramai yang mungkin terima rakaman video seorang rakyat yang
terbaring meninggal dunia kerana bunuh diri dengan minum racun.
Saya
tidak tergamak nak menontonnya hingga ke penghujung kerana terlalu sedih.
Pemimpin
ini masa jadi TPM dulu, saya biasa lihat para MP yang sokong dia pi cium
tangan dia, cara depa pi tunduk nak
bersalam, kalah orang rukuk. Sekali dia berjalan, ramai betul yang ikut di
kanan, kiri, depan dan belakang.
kadangkala jalan
terkontang-kanting seorang diri. Yang dulu pakat salam buat macam tak nampak
saja kehadiran dia.
Dalam
satu program di Korea, selepas dia hilang jawatan TPM, yang kebetulan kami,
para MP dari pembangkang dan kerajaan BN masa itu ada di Seoul ketika itu –
saya lihat MP Umno/BN macam tak ambil peduli kat dia. Semua takut nak pi rapat
kat dia.
Kami
rasa kasihan dan simpati dan cuba jugalah layan dia.
Dalam
sidang Parlimen, saya pernah lihat dia dikritik dan dihentam kaw
kaw oleh MP mantan parti dia sendiri hingga depa sentuh
isu peribadi. Sekali lagi kami kesian dan cuba
tolong dia.
Lepas
tu dia bersama PH, dapat balik jawatan Menteri Kanan dan dikhabarkan dia tidak
begitu sihat. Kami rasa simpati.
Opps, rupanya dia masih tidak puas
setakat jadi Menteri Kanan.
Masih
idam jawatan PM rupanya diam-diam dengan sanggup KHIANAT mandat rakyat dan
tebuk atap.
Ok lah. Sekarang dah dapat
jawatan PM tu, best lah kot. Semua orang
hormat ‘kan? Tentu best dan seronok ‘kan?
Oklah. Rasanya sampai bila ya boleh rasa keseronokan tu semua?