BAGI AKU..USTAZ EBIET LIEW ADALAH IKON MANUSIA YANG MEMBANTU...SOAL KASUT ADALAH REMEH DIA JUTAWAN...BAIK LIHAT MENTERI YANG MAKAN GAJI BUTA

 

Lelaki ini dedah harga kasut Ebit Lew yang kita semua akan terkejut


Lelaki ini dedah harga kasut Ebit Lew yang kita semua akan terkejut


Antara sosok yang orang suka tengok sekarang ialah Ustaz Ebit Liew. Sering kelihatan di tempat orang orang susah untuk menyampaikan bantuan. Khabarnya bantuan Ustaz Ebit Liew sama laju dengan larian Usain Bolt.

Walaupun sibuk dengan khidmat amal, namun Itu tidak menghalang ustaz untuk terus bergaya. Jika tengok gambar Ustaz Ebit Liew, perkara yang saya suka tengok ialah kasut yang ustaz pakai. Jom saya senaraikan kasut kasut ustaz kesayangan rakyat Malaysia ini.

Boleh tahan juga taste ustaz ya.

1. Ketika di Gaza. Versace Couture Typography. Sepasang kasut sukan daripada jenama mewah dari Italy.

Harga:RM 1000++ (Farfetch.com)

2. Sebelum memasuki Gaza, kelihatan ustaz memakai Adidas X_Plr. Adidas ini ialah kesinambungan Adidas NMD yang begitu popular bagi kaki larian.

Harga: RM 500++ (fruugo.my)

3. Ketika menyampaikan bantuan di Afrika Selatan, Ustaz Ebit kelihatan selesa dengan Adidas Ultraboost DNA 4.0. Satu lagi kasut larian keluaran Adidas yang mampu menelankan air liur bagi siapa yang tengok. Minat Adidas rupanya Ustaz ni. Hehe.

Harga: RM700++ (Adidas.my)

4. Siapa pernah ingat masa ustaz Ebit Liew ke Pontian Johor? Masa tu ustaz melawat keluarga yang hanya tinggal di pondok buruk. Walaupun nampak macam pasar malam punya selipar, sebenarnya selipar yang ustaz pakai tu ialah keluaran satu lagi jenama mewah dari Itali, Gucci. Getah tak getah, tapi anak tauke getah pun belum tentu mampu beli. Gucci Rubber Slide Sandal with Green Red stripe.

Harga: RM1000++ (Onu Designer Wear)

5. Suatu ketika, Ustaz pernah menyantuni seorang Acik India gelandangan. Acik tu dah tinggal bawah pokok selama 14 tahun. Ustaz datang bawa sikit bantuan dengan memakai sepasang On Cloudflyer. Kalau siapa tak into scene lari mungkin tak biasa dengar jenama ini. ON ialah satu jenama dari Switzerland yang khas membuat kasut untuk dipakai untuk berlari.

Harga: RM500++ (Shoppee.my)

6. Ustaz merajuk sekejap bila dipanggil oleh Polis Bukit Aman. Masa ni ada orang dengki report tak senang dengan cara Ustaz Ebit Liew round Malaysia untuk bantu orang susah. Walaupun dalam kesedihan, ustaz tetap bergaya dengan selipar Bata gaya pakcik. Pakcik tak pakcik, ustaz. Janji Allah sayang. Hehe.

Harga: RM59.90 (Shoppee.my)

Semua orang tahu, Ustaz Ebit Liew mempunyai rangkaian perniagaan yang besar. Kedai makan, kedai baju, kedai runcit dan juga syarikat konsultant ceramah motivasi. Jadi sedikit pun tak pelik kalau dia mampu pakai pakaian yang mahal. Lagipun pilihan kasut ustaz kebanyakan kasut yang memberi keselesaan untuk beliau menjalankan kerja kerja amal. Takkan nak pakai selipar jepun. Kan terpijak paku, bukannya korang pandai berubat pun. Kehkehkeh.

Boleh jadi juga kasut yang dipakai cumalah pemberian hadiah dari kawan kawan atau keluarga ustaz sendiri. Status ini bukan ditulis untuk membenci satu sama lain. Cuma untuk berkongsi kecenderungan saya mengenai fesyen. Set set bundle pun seronok tengok.

Kalau kau tak suka pun, diam sajalah. Pandanglah sesuatu dengan mata lebah, bukan dengan mata lalat.

Sekian.

#festivabundleasia

Sumber: https://m.facebook.com/story.php?


No comments: