VIDEO : PH 129 - PN 93 - Mandat Rakyat Kembali?



Iswardy Morni : Rupanya Inilah Punca Sebenar Mengapa Bersatu Mahu Jatuhkan Kerajaan PH

KENAIKAN BIL ELEKTRIK: PERIKATAN NASIONAL JANGAN CUCI TANGAN




Saya ingin merujuk kepada rungutan dan tidak puas hati rakyat terhadap kenaikan bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara ini mula ditimbulkan di laman sosial sekitar 19 Mei 2020 iaitu hampir 2 minggu lepas dan sehingga hari ini perkara melibatkan soal kenaikan bil elektrik kerajaan Perikatan Nasioal (PN) masih belum dapat diselesaikan dengan baik.
Selepas aduan demi aduan dibuat, akhirnya hanya pada 28 Mei 2020 telah dilaporkan di media bahawa YB Dr Shamsul Anuar Nasarah iaitu Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengakui perkara tersebut namun seolah-olah meletakkan kesalahan kepada rakyat yang kononnya keliru dengan pengiraan bil.
Seterusnya, Menteri berkenaan mengeluarkan lagi satu kenyataan semalam iaitu 31 Mei 2020 bahawa beliau telah memanggil pihak TNB untuk memberi penjelasan di pejabatnya hari ini.
Saya berpandangan bahawa PN tidak sewajarnya hanya menyalahkan rakyat yang kononnya keliru dengan pengiraan bil atau peningkatan penggunaan elektrik atau menyerahkan isu ini kepada pihak pengurusan TNB semata-mata.
Saya melihat perkara ini daripada 3 sudut:-
1) Dasar PN yang mengelirukan: Apa jadi diskaun bil elektrik hingga 50%?
YAB Perdana Menteri pada hujung bulan Mac telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan diskaun elektrik sebanyak 15% sehingga 50% sebulan. Malah diskaun ini diumumkan berkuatkuasa dari April 2020 selama 6 bulan.
Diskaun yang dinyatakan adalah mengikut blok tarif iaitu diskaun 50 peratus bagi penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt. Selebihnya diskaun 2 peratus.
Kekeliruan ini berpunca dengan janji PN sendiri bahawa bebanan bil elektrik akan dikurangkan. Pengumuman ini telah dibuat lebih daripada 2 bulan namun sepanjang isu kenaikan bil elektrik dibangkitkan, Menteri masih gagal memberi penjelasan mengenai diskaun kepada pengguna. Adakah pengguna berhak menikmati diskaun ini sehingga Oktober 2020? Ini adalah isu pokok yang perlu diselesaikan.
2) Pelaksanaan dan pengiraan bil
Terdapat 2 isu utama berkaitan dengan pengiraan bil yang boleh diselesaikan dengan mudah iaitu:-
i) bacaan bil secara anggaran berdasarkan bulan sebelumnya. Kalaulah ini yang berlaku, sepatutnya tiada bil yang lebih tinggi daripada bulan yang lalu. Ada sedikit kelemahan di pihak TNB kerana bacaan meter secara fizikal tidak dapat dibuat sepanjang PKP. Ini dapat diselesaikan dengan bacaan fizikal yang mana TNB memaklumkan akan dilaksanakan bermula 1 Jun 2020.
ii) bacaan bil diambil melebihi tempoh sebulan. Ini menimbulkan rungutan kerana kekhuatiran pengguna bahawa penggunaan elektrik yang telah melebihi blok tarif terendah akan dikira blok tarif yang berikutnya yang lebih tinggi kadarnya. Perkara ini dapat diselesaikan dengan mengambil bacaan secara prorata yang memang menjadi amalan TNB.
Sebenarnya tidak perlu timbul mengenai kekeliruan kaedah pengiraan bil jika Menteri komited daripada awal untuk membuat penjelasan yang mudah difahami.
3) Apa faedah lantik MP UMNO sebagai Pengerusi TNB?
YB Mahadzir Khalid, iaitu Ahli Parlimen Padang Terap telah dilantik sebagai Pengerusi TNB berkuatkuasa 12 Mei 2020.
Justifikasi lantikan ke dalam GLC kononnya mewakili kepentingan orang ramai tersasar.
Berdasarkan Laporan Tahunan TNB tahun 2019, secara purata pengarah bukan Eksekutif (Non-Executive Directors) mendapat bayaran sebanyak RM240,000 setahun dan elaun menghadiri mesyuarat mencecah RM112,000 setahun.
(Emolumen untuk pengerusi lebih tinggi mungkin melebihi RM500,000 setahun, namun anggaran sebenar sukar dibuat disebabkan berlaku pertukaran lantikan dan jawatan yang bertindih pada tahun 2019)
Apakah faedah kepada rakyat apabila lantikan Pengerusi TNB daripada Ahli Parlimen UMNO tidak bersuara untuk kepentingan rakyat dan bakal menerima bayaran lebih daripada RM30,000 sebulan?
KESIMPULAN
Laksanakan 3 perkara berikut sekiranya PN benar-benar jujur ingin membantu rakyat dalam soal kenaikan bil elektrik:-
1) Realisasikan diskaun yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dengan pengurangan bayaran bil yang terpaksa ditanggung pengguna.
2) Keuntungan yang diperoleh oleh TNB pada tahun ini dan juga terutamanya akibat peningkatan penggunaan elektrik di kawasan kediaman dipulangkan kepada rakyat. Ini penting dalam keadaan ramai yang kehilangan pekerjaan dan terpaksa berdepan dengan pendapatan yang lebih rendah.
3) Lantikan Pengerusi daripada MP UMNO perlu dinilai semula. Sekurang-kurangnya, bayaran dan elaun kepada Pengerusi TNB yang baru dilantik dipulangkan sepenuhnya untuk tempoh 6 bulan.
Penerangan lanjut boleh rujuk kepada ulasan saya di https://www.facebook.com/akmalnasir.keadilan/videos/713840679427365/
Sekian, terima kasih.

PENDATANG ASING KEMBALI?-DBKL APA CER....

Imej mungkin mengandungi: kereta, langit dan luar


PANAS BERAPI !!!!!
Penguatkuasa #DBKL SHOOTING WAYANG GAMBAR.
Apa cerita ni wahai Datuk Bandar Kuala Lumpur?
Kejadian ini di rakam oleh pengunjung Pasar Borong Harian Selayang berhampiran Simpang Selayang Baru pada jam 12.15 tengah hari September 15, 2019.
Menurut sumber yang mengirim gambar ini, beliau melihat sebuah van Penguatkuasa DBKL bersama 3 anggota berhenti berhampiran simpang masuk Selayang Baru dan selepas itu van tersebut di hampiri oleh seorang warga asing yang di percayai berbangsa Rohingya.
Mereka kelihatan BERBINCANG selama kira-kira 2 minit.
Yang menjadi kemuskilan ialah, ketika itu peniaga-peniaga warga asing berbangsa Rohingya di lihat sedang MENGEMAS kembali RUANG NIAGA mereka.
Sebenarnya Admin sering melihat warga asing ini menuaga dan meletakkan barang jualan mereka di atas-atas jalan sehingga MENYEMPITKAN RUANGAN jalan bermula dari Pasaraya NSK sehingga di hadapan Pasaraya Sri Ternak.
Peniaga-peniaga ini KELIHATAN KEBAL dengan tindakan penguatkuasaan daripada 2 Pihak Berkuasa Tempatan yang sedia ada iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur - DBKL dan Majlis Perbandaran Selayang - #MPS.
DBKL MENJAGA hal ehwal Wilayah Persekutuan dan MPS menjaga hal ehwal Selangor Darul Ehsan.
Bila di tanya dengan anggota 2 Penguatkuasa yang berkenaan, jawapan yang di terima ialah - tiada aduan daripada masyarakat.
Sebarang aduan mestilah dalam bentuk rasmi dan ianya MESTI melalui surat yang bernama dan beralamat penuh.
Sekiranya surat itu TIDAK MEMENUHI SYARAT seperti yang DI TETAPKAN, maka surat tersebut di KATEGORIKAN sebagai surat layang atau surat berbentuk fitnah semata-mata.
TETAPI, apakah jaminan yang boleh di berikan oleh pihak berkuasa tempatan yang berkenaan mengenai aduan melalui surat ini?
Apakah INDENTITI pengadu akan di rahsiakan?
Mari kita nantikan apakah jawapan yang pihak DBKL berikan terhadap BUKTI BERGAMBAR seperti di bawah.

MAKIN TERUK MABUK SEJAK KERAJAAN MELAYU ISLE NI PERINTAH .BIAR BETUL?






Sejak PN memerintah makin teruk kes pemandu mabuk kat Malaysia

Saban hari ada je yang meninggal
Sayang... Pejuang bangsa & agama terkedu, terkelu, diam membisu
Dulu bersuara sebab kebencian politik
Lepas subuh terus up status menghentam
Benci PH, benci DAP

Bukan sebab sayangkan bangsa dan agama sangat pun
Sebabtu nak buat pape, check hati
Niat untuk ape?
Kalau sebab kebencian politik, ni la hasilnya
Allah dah tunjuk, tapi kalau masih xnak sedar dengan ape yang penah diratib hari-hari masa zaman PH dulu, terpulang
Mane suara-suara yg lantang menghentam mase PH berkuasa dulu?

Bz berbahagi ghanimah?
Lebai x lebai semua sial.


KENYATAAN MEDIA PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI MELAKA




KENYATAAN MEDIA PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI MELAKA

ISU PEMANDU MABUK, PN IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABU

1. Meskipun negara masih lagi dalam tempoh kawalan pergerakkan bersyarat (PKPB). Masalah pemandu mabuk dalam negara ini semakin membimbangkan.

2. Seperti biasa sikap hipokrit pimpinan Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak mengendahkan masalah ini terus berleluasa berlaku sehingga menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya di negara ini. 

3. Sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan negara pimpinan PN seperti biasa menjadi jaguh mendendangkan ucapan-ucapan berbaur perkauman melibatkan isu pemandu mabuk ini dan menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai punca kepada masalah ini, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas dari pimpinan PN terhadap pemandu mabuk kebelakangan ini.

4. Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada Kopral Safwan Muhammad Ismail yang meninggal dunia selepas dilanggar oleh pemandu mabuk di Kajang baru-baru ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

5. Saya berasa sangat terkejut apabila seorang anggota polis yang merupakan barisan hadapan negara terpaksa mengorbankan nyawa semata-mata disebabkan penguatkuasaan yang lemah oleh kerajaan. Tidak ada satu NGO yang bangkit mempertahankan Kopral Safwan dan mendesak kerajaan untuk mengambil Tindakan tegas kepada pesalah. Persoalannya di mana “Jaguh Melayu” ini sekarang?

6.Akhirnya saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya mengambil langkah pencegahan yang lebih sistematik.

7.Antara cadangan yang boleh diambil ialah merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memperketat undang-undang berkaitan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

8.Kerajaan harus meningkatkan denda dan penjara terhadap pemandu yang mabuk serta mereka mesti dihukum seberat-beratnya kerana golongan ini boleh menyebabkan kemalangan dan menyusahkan masyarakat awam

9.Selain itu, Cadangan untuk menggantung lesen memandu seumur hidup sekiranya seseorang didapati bersalah menyebabkan kematian semasa memandu dalam keadaan mabuk juga harus ditekankan. Saya amat berharap agar Persidangan Parlimen yang akan datang, perlu menggubal undang-undang yang lebih ketat berkaitan memandu dalam keadaan mabuk.

10.NGO juga perlu membantu mendidik masyarakat supaya lebih bertangungjawab dalam memastikan masalah ini kerana saya yakin selagi PN masih lagi memerintah masalah ini tidak akan selesai dan akan terus berlaku kerana mereka yang mabuk kuasa tidak akan mampu menyelesaikan masalah mabuk di jalan raya

DATUK HALIM BACHIK
PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI
PARTI KEADILAN RAKYAT MELAKA


RUMOUR 1-


Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang berdiri dan kasut TARMIZI MATJAM

harap2 betul la 🤫🤫🤫🤫

Sebentar tadi telah berlangsung mesyuarat khas pemimpin2 PH. DS Anwar, Shafie Apdal dan Tun M turut hadir.

Ketetapannya?

1. Surat untuk bertemu dan mengadap YDA telah di hantar. Di percayai...pada minggu ini, akan diadakan upacara mengadap.

2. 95%, Negeri Kedah dan Melaka akan kembali ke tangan PH. DS Mukriz akan kekal untuk di lantik sebagai Menteri Besar Kedah.

3. Tun M yang mewakili suara bersatu telah bersetuju untuk melantik DS Anwar Ibrahim sebagai PM ke-9 (jika di perkenankan oleh YDPA dan jika tiada pembubaran parlimen).

4. DS Shafie Apdal telah di persetujui untuk mengisi jawatan Timbalan PM.

5. Lain2 perkara dan struktur pentadbiran akan di maklumkan selepas majlis mengadap.

Sekian untuk makluman pihak KERAjaan.

Yang ikhlas



PADU, PADAT & BERBISA.


Tulisan Tun Dr Mahathir

SIKAP.

1 Jun 2020

1. Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit Kerajaan.

2. Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit Kerajaan.

3. Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama. Dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka.

4. Apabila menang Presiden Parti Bersatu rancang bersama parti yang kalah untuk keluar dari Kerajaan Pakatan Harapan supaya jatuhlah Kerajaan Pakatan Harapan.

5. Dengan sokongan pemimpin pencuri, Presiden Bersatu menjadi Perdana Menteri gabungan bersama parti yang kalah yang diberi nama Perikatan Nasional.

6. Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin.

7. Okaylah – asal dapat nikmat.

8. Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat?

9. Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja.

10. Dengan ini Bersatu akan hancur!! Dengan itu perjuangan untuk selamatkan orang Melayu dari pemimpin kleptokrat jadi apa?

11. Itu masalah Bersatulah. Asalkan kita dapat nikmat okaylah.

12. Di masa hadapan orang tidak lagi akan percaya kita – tak apakah?

13. Itu masa depan.

14. Demikian sikap beberapa pemimpin dan ahli Bersatu.

YB TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Pengerusi Parti Bersatu Malaysia

PERJUANGAN BELUM SELESAI


PENGKHIANAT + KLEPTOKRAT, KLEPTOKRAT + PELOMPAT KATAK



Shahbudin Hussein

Jawatan TPM: Bersatu bertelagah antara Ahmad Zahid atau Abdul Hadi ...Malaysiakini - Saya tak idam jawatan PM, hanya tampil selamatkan ...

Dulu Bersatu bersungguh-sungguh lawan kleptokrat, tapi kini Bersatu pro Muhyiddin sudah sanggup bersama mereka.

Jadinya, mereka itu kini bolehlah dianggap pengkhianat campur kleptokrat.

Sebaik UMNO kalah, sejumlah Ahli Parlimennya melompat katak untuk menyertai Bersatu.

UMNO begitu marah dengan tindakan mereka, tapi UMNO dan pelompat-pelompat katak ini juga sudah berdakap erat dalam kerajaan tebuk atap sekarang ini.

Cerita saman-saman pun turut tak kedengaran lagi.

Berapa sen sebenarnya harga diri ahli-ahli politik kita ini?


NI PUN ANTARA BAPAK GAK SEMBANG....DAH JADI KERAJAANG SEMBANG PUN DIAM


Masa jadi pembangkang, kau bolehlah cakap Islam lawan sekular, kerajaan yang benarkan jualan arak kerajaang setang.. Bila dah jadi kerajaan kenapa tak buat? Kenapa tak lawan? Mungkin istilah lawan tu umpama bersenggama laki bini atas katil barangkali ye? 😅😷✌️


MAHFUZ SEDIA TIDAK TERSENARAI DALAM KABINET?

ALHAMDULILLAH...KERAJAAN MELAYU ISLE...LEPAS BAYAR GAJI CIKGU DAN LEBAI


Aim

Alhamdulillah. Dapat kerajaan Melayu Islam, sekolah agama boleh gak pitih RM9,900. Lepas la bayar gaji asatizah sebulan.Selebihnya kita pakat pakat minta derma dekat fb...



MN AKAN BERKUBUR JUGA...


Asri Bakar

MN benar-benar bermuafakat?....tapi sampai bila yek?....adakah PRU 15, permuafakatan mereka akan berakhir?
Di Kelantan, suara orang UMNO sudah berkumandang. Kecewanya mereka bila tiada seorang pun ADUN UMNO di angkat menjadi exco

Itu lah gaya PAS. Mereka rebut apa sahaja walaupun bukan hak mereka terutama di negeri milik UMNO. Dulu, pun sama semasa bersama Pakatan Rakyat. Dasar perjuangan mereka berubah-ubah mengikut keadaan terutama bila melibatkan pangkat dan harta.

inilah cara PAS sekarang ini. Dalil dan fatwa (yang mereka cipta sendiri) sering berubah-ubah. Sedangkan, RUU355 dan Hudud pun dah senyap. Malah, sehingga hari ini, tiada lagi suara desakan menghapuskan kilang arak dan hukuman keras terhadap pemandu-pemandu yang mabuk.

Berada di dalam pakatan haram PN (Yang belum di daftarkan lagi), mencerminkan betapa ghairahnya lebai-lebai PAS memungut harta dan pangkat demi kelangsungan hidup mewah mereka sendiri. Ketika ahli-ahli mereka yang walak berlebihan..berterusan membodohkan diri tanpa perlu memahasabahkan diri. Kelekaan yang boleh membinasakan AQIDAH mereka!!!

Berjayakah mereka dengan MN?. Boleh menangkah mereka pada PRU ke-15 nanti?. Annuar Musa sudah mula melontarkan pandangan yang sinis terhadap Adi Awang dan PAS.
Bagaimanakah cara mereka untuk mencipta KERAJAAN jika perseteruan masih belum selesai?.

Tolaklah kumpulan Yiddin dan Azmin yang memang tiada tempat lagi di PRU 15. Kumpulan pengkhianat seperti mereka, hanya layak di humban ke kumbahan najis selepas PRU ke 15. Bukan PH yang lakukan semua itu...tetapi kumpulan jahat MN yang akan lakukannya. Masih tidak sedarkah kamu Yiddin?. Azmin, tidak pernah di sukai oleh mana-mana parti pun maka tidak perlulah kita fikirkan tentang orang yang tergila-gila kuasa seperti itu ketika Haziq pun masih belum di ambil tindakan undang-undang oleh Azmin.

Jadi, PH..boleh sahaja mengambil kesempatan di atas kelekaan, kelemahan dan kejahatan yang mereka (PN haram) lakukan hari ini. Cuma terpulanglah cara dan gaya Politik serta pemikiran pemimpin PH sahaja untuk menyerlahkan dan menjayakannya.

"Menongkah arus semasa air di dasarnya berlalu laju dengan buih putih yang tidak mencerminkan keputihannya. Habuk dan bongkah kayu...masih berada di laluan. Ketika lajunya arus yang di permudahkan, masih ada makhluk kecil di dalamnya yang perlu dambaan".

Ikhlas tapi dekat,
Mohd Asri Bakar.



Dr M: Apa jadi ikrar lawan kleptokrat?



1 Jun 2020

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyindir beberapa pemimpin dan ahli Bersatu kerana menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan bersekongkol bersama pemimpin yang pernah digelar sebagai 'kleptokrat' dan pencuri.

Pengerusi Bersatu yang dipertikai jawatannya itu turut mengimbas semula bagaimana presiden parti Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri bergabung dengan blok pembangkang sebelum ini untuk membentuk kerajaan baru, Perikatan Nasional (PN).

“Rupa-rupanya ramai juga orang Malaysia yang sanggup menerima pemimpin yang telah curi berbillion duit kerajaan.

“Di antara mereka ialah pemimpin dan ahli parti Bersatu yang dahulu menyertai Bersatu konon kerana berhasrat menjatuhkan Perdana Menteri yang curi berbillion duit kerajaan.

“Mereka bekerjasama dengan parti pembangkang dahulu yang mempunyai tujuan yang sama dan rakyat pun beri kemenangan kepada mereka kerana percaya keikhlasan janji parti-parti ini sertai pemimpin mereka,” katanya dalam blog beliau hari ini.

Anggota Parlimen Langkawi berkata, tindakan pemimpin Bersatu yang menyertai gabungan pembangkang sebelum ini dengan menjatuhkan PH bukan sahaja menghancurkan parti, tetapi membuatkan orang ramai tidak lagi percaya kepada parti tersebut.

“Apa kata pemimpin lain dalam Bersatu. Apakah mereka sanggup menerima pencuri sebagai pemimpin?

“Okaylah – asal dapat nikmat.

“Apa jadi kepada ikrar dahulu untuk lawan dan jatuhkan pemimpin kleptokrat?

“Oh. Itu ikrar sahaja untuk dapat sokongan pengundi. Sekarang sudah dapat lupakan sahaja,” katanya.

Kleptokrat adalah gelaran yang diberikan pemimpin PH sebelum ini terhadap pentadbiran Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB.

Najib kini menghadapi perbicaraan di mahkamah berkaitan tuduhan pengubahan wang haram membabitkan berbilion dana syarikat milik negara itu.

Untuk rekod, Bersatu kini dilihat berpecah antara kumpulan menyokong Muhyiddin dan Mahathir susulan krisis politik yang berlaku pada penghujung Februari lalu, yang mengakibatkan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan digantikan dengan Muhyiddin.

Muhyiddin kemudian membentuk kerajaan PN bersama BN, PAS, GPS dan parti dari Sabah bagi membentuk kerajaan baru menggantikan PH. #Malaysiakini


LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP AHLI PARLIMEN YANG MEMEGANG JAWATAN GLC


AIM
Ekoran sebuah klip video yang mengandungi audio yang dikatakan mirip suara Muhyiddin Yassin, yang berupa cadangan sogokan GLC kepada Ahli Parlimen dari UMNO, satu laporan polis telah dibuat oleh aktivis Pakatan Harapan.

Laporan polis itu  bertujuan menggesa pihak berkuasa menyiasat dan menuntut kerajaan/badan kehakiman menggunapakai Perkara 48.(1)(c).

Jika terbukti benar, semua ahli parliamen UMNO yang dilantik mengetuai GLC terbatal status Ahli Parlimen mereka.






MOKHTAR SENIK YANG PENAKUT UNTUK BERDIALOQ. HANYA BERANI DI FB SAHAJA

Pakar nasihat pemimpin Pas tidak berkongsi hadis sangat daif, palsu

RAFIZI BEBAS SEPENUHNYA

NAJIB MAHU PRU, MUHYIDDIN MAHU PERKUAT PN DI DEWAN RAKYAT

LANGGAR DAN MABUK LAGI-MUFTI DAN MACAI DIAM SEPI



Norshidah Mohd Daud
Lagi lagi DAN ;lagi...

Time PKP aritu kilang arak dibenar beroperasi
Yang bising-bising dok marah geng PH, geng PN x abis sebak dengar "abah" berdoa dalm TV

Sehari ntah bape kes pemandu mabuk cederakan orang lain sejak zaman PN ni
Aritu anggota polis pun kena rempuh

Tapi macai-macai PN ni cukup heybat
Zaman PH mereka x sabar-sabar hentam menteri, hentam DAP, hentam PH

Zaman PN mereka diam, hanya menentang di dalam hati
Langsung x bersuara
Sangat2 penyabar, maklumla baru lepas berposa kan 😊

Ni kan kalau PH masih memerintah, akan ada la komen camni : Macai2 PH ni selagi x kena langgar dengan pemandu mabuk atau kena kat family diorang, selagi tu la diorang xnak desak PH tutup kilang arak.

Ataupun komen camni : Dasar bangsa pendatang, x sedar dek untung menumpang kat negara orang. Tapi sejak bercinta dengan MCA ni, x kedengaran dah komen pasal bangsa pendatang tu. Alhamdulillah 😊



MUHYIDDIN HILANG LAGI SATU KERUSI


Dalam hantaran melalui media sosialnya malam tadi, Setiausaha Agung Bersatu pro Tun Mahathir Mohamad menulis kata-kata berikut:-
“Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Datuk’ Dr. Shahruddin Md Salleh kerana memilih untuk terus kekal dengan prinsip perjuangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) demi menyelamatkan parti BERSATU yang berpaksi kepada ketelusan serta menolak amalan kleptokrasi dalam kepimpinan.”
Ungkapan penuh makna itu ditujukannnya kepada Timbalan Menteri Kerjaraya, Dr. Shahruddin yang pada petang Jumaat lalu telah mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir di pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor.
Berbeza dengan Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof yang turut mengadakan pertemuan dengan Tun Mahathir pada pagi Jumaat di Yayasan Kepimpinan Perdana, tetapi kemudian menafikan perjumpaan itu untuk menzahirkan sokongannya kepada bekas Perdana Menteri itu yang sekarang sedang berusaha menumbangkan Muhyiddin Yassin, Dr. Shahruddin sebaliknya masih lagi berdiam diri mengenai pendiriannya sehingga kini.
Apakah dengan kata-kata yang ditulis Marzuki itu menunjukkan Dr. Shahruddin sekarang sudah bersama Tun Mahathir dan telah menanggalkan sokongannya terhadap Muhyiddin?
Sementara itu, dalam temubualnya dengan sebuah akhbar, Dr. Shahruddin menjelaskan, kehadirannya ke pejabat Bersatu pada Jumaat lalu dan berjumpa Tun Mahathir adalah kerana sayangkan parti itu.
“Saya jumpa pengasas parti, pejuang, bapa dan seorang negarawan.
“Kami sama-sama susah, berkempen ketika lawan BN dahulu,” tambah beliau juga merupakan Ahli Parlimen Seri Gading, Johor.
Yang paling menarik tentunya ialah pengiktirafan yang masih kekal daripada Dr. Shahruddin terhadap kedudukan Tun Mahathir sebagai pengasas Bersatu.
Walaupun kedudukan Tun Mahathir sebagai pengasas Bersatu adalah suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan, tetapi itulah yang kini cuba dipadamkan oleh kumpulan pro Muhyiddin, seperti dapatan dalam wikipedia misalnya.
Dengan apa yang terpapar melalui penzahiran Dr. Shahruddin ini, apakah kini sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadap Muhyiddin berkurangan satu undi lagi daripada 113 kepada 112?
Dalam erti kata lain, majoriti Muhyiddin hanya tinggal satu undi saja lagi.
Adakah mana-mana kerajaan dalam dunia ini yang hanya ada satu undi majoriti?
Berapa lama lagi Muhyiddin mampu bertahan dengan satu undi tersebut? 
(Shahbudindotcom 01/06/2020)


(function() { var d = document, w = window; w

Anwar doesn’t rule out possibility of working with Umno