KENYATAAN MEDIA PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI MELAKA




KENYATAAN MEDIA PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI MELAKA

ISU PEMANDU MABUK, PN IBARAT TIKUS MEMBAIKI LABU

1. Meskipun negara masih lagi dalam tempoh kawalan pergerakkan bersyarat (PKPB). Masalah pemandu mabuk dalam negara ini semakin membimbangkan.

2. Seperti biasa sikap hipokrit pimpinan Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak mengendahkan masalah ini terus berleluasa berlaku sehingga menjejaskan keselamatan pengguna jalan raya di negara ini. 

3. Sebelum mengambil alih tampuk pemerintahan negara pimpinan PN seperti biasa menjadi jaguh mendendangkan ucapan-ucapan berbaur perkauman melibatkan isu pemandu mabuk ini dan menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai punca kepada masalah ini, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas dari pimpinan PN terhadap pemandu mabuk kebelakangan ini.

4. Di kesempatan ini saya ingin menzahirkan ucapan takziah kepada Kopral Safwan Muhammad Ismail yang meninggal dunia selepas dilanggar oleh pemandu mabuk di Kajang baru-baru ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

5. Saya berasa sangat terkejut apabila seorang anggota polis yang merupakan barisan hadapan negara terpaksa mengorbankan nyawa semata-mata disebabkan penguatkuasaan yang lemah oleh kerajaan. Tidak ada satu NGO yang bangkit mempertahankan Kopral Safwan dan mendesak kerajaan untuk mengambil Tindakan tegas kepada pesalah. Persoalannya di mana “Jaguh Melayu” ini sekarang?

6.Akhirnya saya ingin menyarankan kepada pihak kerajaan supaya mengambil langkah pencegahan yang lebih sistematik.

7.Antara cadangan yang boleh diambil ialah merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi memperketat undang-undang berkaitan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

8.Kerajaan harus meningkatkan denda dan penjara terhadap pemandu yang mabuk serta mereka mesti dihukum seberat-beratnya kerana golongan ini boleh menyebabkan kemalangan dan menyusahkan masyarakat awam

9.Selain itu, Cadangan untuk menggantung lesen memandu seumur hidup sekiranya seseorang didapati bersalah menyebabkan kematian semasa memandu dalam keadaan mabuk juga harus ditekankan. Saya amat berharap agar Persidangan Parlimen yang akan datang, perlu menggubal undang-undang yang lebih ketat berkaitan memandu dalam keadaan mabuk.

10.NGO juga perlu membantu mendidik masyarakat supaya lebih bertangungjawab dalam memastikan masalah ini kerana saya yakin selagi PN masih lagi memerintah masalah ini tidak akan selesai dan akan terus berlaku kerana mereka yang mabuk kuasa tidak akan mampu menyelesaikan masalah mabuk di jalan raya

DATUK HALIM BACHIK
PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI
PARTI KEADILAN RAKYAT MELAKA


No comments: