UTAR dapat RM58 juta, institusi pengajian Melayu Islam dapat berapa?

UTAR dapat RM58 juta, institusi pengajian Melayu Islam dapat berapa?





Presiden MCA dapat peruntukan RM58 juta dari mana? Presiden parti-parti lain tidak mahu minta juga ke terutama untuk institusi pengajian Melayu dan Islam.
Menteri Kewangan cakap, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin antaranya menarik bajet-bajet Kementerian lain untuk fokus pada rangsangan ekonomi.
Kesan PKP silap-silap banyak universiti awam pun bungkus nak tampung kos operasi dan juga kesan besar penggantungan pengajian yang menyebabkan pendapatan melalui bayaran yuran tidak dapat dikutip. RM58 juta bajet kementerian mana yang dialih kepada UTAR?
Semua institusi pembelajaran dan pengajian tinggi terkesan. Kementerian Pelajaran tidak mahukah mohon bajet tambahan? Mengapa Menteri Pengangkutan pula yang umum UTAR sebagai institusi pengajian tinggi bawah Kementerian Pelajaran umum pemberian RM58 juta?
Menteri Pelajaran masih main TikTok ke? Pusat didikan anak-anak tidak dibuka, belajar dari rumah yuran bayar penuh. Sesi pembelajaran UTAR beroperasi seperti biasakah tergesa-gesa nak umum RM58 juta?
*Penulis merupakan Ketua Pemuda AMANAH Kawasan Tenggara.

No comments: