Asri Bakar
MN benar-benar bermuafakat?....tapi sampai bila yek?....adakah PRU 15, permuafakatan mereka akan berakhir?
Di Kelantan, suara orang UMNO sudah berkumandang. Kecewanya mereka bila tiada seorang pun ADUN UMNO di angkat menjadi exco
Itu lah gaya PAS. Mereka rebut apa sahaja walaupun bukan hak mereka terutama di negeri milik UMNO. Dulu, pun sama semasa bersama Pakatan Rakyat. Dasar perjuangan mereka berubah-ubah mengikut keadaan terutama bila melibatkan pangkat dan harta.
inilah cara PAS sekarang ini. Dalil dan fatwa (yang mereka cipta sendiri) sering berubah-ubah. Sedangkan, RUU355 dan Hudud pun dah senyap. Malah, sehingga hari ini, tiada lagi suara desakan menghapuskan kilang arak dan hukuman keras terhadap pemandu-pemandu yang mabuk.
Berada di dalam pakatan haram PN (Yang belum di daftarkan lagi), mencerminkan betapa ghairahnya lebai-lebai PAS memungut harta dan pangkat demi kelangsungan hidup mewah mereka sendiri. Ketika ahli-ahli mereka yang walak berlebihan..berterusan membodohkan diri tanpa perlu memahasabahkan diri. Kelekaan yang boleh membinasakan AQIDAH mereka!!!
Berjayakah mereka dengan MN?. Boleh menangkah mereka pada PRU ke-15 nanti?. Annuar Musa sudah mula melontarkan pandangan yang sinis terhadap Adi Awang dan PAS.
Bagaimanakah cara mereka untuk mencipta KERAJAAN jika perseteruan masih belum selesai?.
Tolaklah kumpulan Yiddin dan Azmin yang memang tiada tempat lagi di PRU 15. Kumpulan pengkhianat seperti mereka, hanya layak di humban ke kumbahan najis selepas PRU ke 15. Bukan PH yang lakukan semua itu...tetapi kumpulan jahat MN yang akan lakukannya. Masih tidak sedarkah kamu Yiddin?. Azmin, tidak pernah di sukai oleh mana-mana parti pun maka tidak perlulah kita fikirkan tentang orang yang tergila-gila kuasa seperti itu ketika Haziq pun masih belum di ambil tindakan undang-undang oleh Azmin.
Jadi, PH..boleh sahaja mengambil kesempatan di atas kelekaan, kelemahan dan kejahatan yang mereka (PN haram) lakukan hari ini. Cuma terpulanglah cara dan gaya Politik serta pemikiran pemimpin PH sahaja untuk menyerlahkan dan menjayakannya.
"Menongkah arus semasa air di dasarnya berlalu laju dengan buih putih yang tidak mencerminkan keputihannya. Habuk dan bongkah kayu...masih berada di laluan. Ketika lajunya arus yang di permudahkan, masih ada makhluk kecil di dalamnya yang perlu dambaan".
Ikhlas tapi dekat,
Mohd Asri Bakar.