๐๐๐๐๐ ๐๐๐ก๐ฌ๐๐ ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐ง๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐จ ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐ง๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ ๐ฆ๐จ๐ก๐๐๐ ๐๐๐๐๐ฃ ๐ก๐ ๐ฆ๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐ง๐จ๐๐จ ๐๐๐ก ๐ ๐ฃ ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐จ๐๐๐ก๐ ๐๐ง๐จ. ๐๐๐๐ฅ ๐๐ข๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐ฆ.
**********************
๐จ๐๐๐ฆ๐๐ก | ๐ฃ๐๐ฅ ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ถ๐ด๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐๐ป ๐๐ฒ๐ฏ๐ฒ๐น๐๐บ ๐๐ป๐๐ฎ๐ฟ ๐๐ฒ๐ฟ๐ถ๐บ๐ฎ ๐ป๐ฎ๐๐ถ๐ฏ ๐ฆ๐๐ป๐ฎ๐ธ
Hassan Abdul Karim
Diterbitkan: Jul 7, 2024 8:15 AM
ULASAN | Ada hikmahnya PKR yang mewakili Pakatan Harapan (PH) kalah dalam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.
Ada kira-kira tiga tahun lagi sebelum PRU16 untuk PKR khususnya memperbaiki strategi dan naratifnya.
Saya datang membantu kempen pada hari Khamis dan Jumaat minggu pertama kempen. Berceramah di sebuah ceramah umum di sebuah kampung di Sungai Buaya.
Sambutan dingin. Kami berceramah di hadapan penyokong sendiri dari PH terutamanya anggota PKR. Hampir semuanya orang luar, bukan penduduk tempatan. Bukan pengundi.
Saya cuba menyokong calon PH dan menyokong kerajaan perpaduan dalam isu pelaksanaan subsidi diesel bersasar. Ceramah saya hambar. Saya lihat penyokong PH sendiri pun kelihatan defensif dalam isu subsidi diesel itu.
Saya lihat PKR kalah di Sungai Bakap dalam isu naratif nasional.
Hari mengundi 6 Julai. Dua hari sebelum itu pada 4 Julai dibentangkan di Parlimen Laporan Ketua Audit Negara tentang penyelewengan dan ketirisan 11 projek-projek syarikat kerajaan.
Antaranya penyelewengan dan ketirisan berbilion ringgit itu berlaku pada masa kerajaan sekarang.
Mudah sahaja rakyat di Sungai Bakap menyimpulkan bahawa tak ada beza kerajaan sekarang dengan kerajaan-kerajaan yang terdahulu.
โ๐๐ผ๐๐ฎโ ๐ฃ๐๐ฅ
Calon PKR di Sungai Bakap ini seorang calon yang bersih, berintegriti, dengan kelulusan yang tinggi dan layak menjadi wakil rakyat yang baik. Saya sempat bertemu Joohari Ariffin pada pagi Jumaat 28 Jun di Bilik Gerakan Daerah Mengundi Sungai Kechil.
Malang sungguh kepada calon PKR pertama kali itu terpaksa memikul โdosaโ PKR yang dikatakan telah memungkiri janji reformasi mereka, sehingga NGO Bersih memberi gred F kepada kerajaan perpaduan yang diterajui oleh PKR.
Bukan salah Anwar Ibrahim. Bukan salah Ahmad Zahid Hamidi. Bukan salah Umno dan juga bukan salah PKR serta PH apabila mereka terpaksa bergabung dalam kerajaan perpaduan yang juga ada nama keduanya iaitu kerajaan Madani.
Anwar, Zahid, PKR, PH, Umno dan BN semuanya jadi mangsa keadaan. Tiada jalan lain. Suka tak suka sebuah kerajaan mesti ditubuhkan untuk mentadbir negara. Tetapi bagi ramai rakyat, baik Melayu atau bukan Melayu; sama ada masyarakat Islam atau bukan Islam mereka beranggapan gabungan di dalam kerajaan perpaduan walaupun pragmatik tetapi mereka menganggap ia adalah perubahan politik yang songsang.
Jadi tidak hairan jika pengundi-pengundi di saluran 5, 6 dan 7 yang terdiri pengundi-pengundi di PRK Sungai Bakap menolak calon PKR dari PH yang mewakili kerajaan perpaduan.
Jelas sekali bahawa PKR dan PH kalah di Sungai Bakap kerana isu ekonomi.
๐๐๐ ๐๐๐ฏ๐๐ถ๐ฑ๐ถ ๐ฑ๐ถ๐ฒ๐๐ฒ๐น
Najib Razak Perdana Menteri ke-6 kalah dalam PRU14 pada Mei 2018 kerana isu GST dan 1MDB. Kali ini di PRK Sungai Bakap PKR dan PH yang mewakili kerajaan persekutuan kalah dengan isu pelaksanaan subsidi bersasar diesel.
Secara objektif, saya secara peribadi bersetuju dengan kerajaan pusat dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa usaha mengukuhkan ekonomi adalah langkah tepat. Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar walaupun tidak popular tetapi adalah dasar yang betul dan bertanggungjawab.
Tetapi penerimaan rakyat termasuk di Sungai Bakap dalam isu diesel tersebut sangat merugikan calon PKR. Rakyat marah kerana kenaikan harga diesel menyebabkan kenaikan harga barangan yang lain menjadikan kos sara hidup semakin tinggi.
Naratif politik pun tidak begitu baik apabila subsidi diesel ditarik balik sebahagiannya selepas langkah kerajaan menaikkan cukai SST dari 6 kepada 8% bagi sesetengah barang. Fitrah rakyat di mana-mana negara sekali pun mereka tak suka jika subsidi untuk rakyat dikurangkan atau dihapuskan atau cukai dinaikkan.
Dasar-dasar mengenai cukai dan subsidi ini diputuskan di Putrajaya. Tetapi kesan yang terpaksa dipikul ialah kekalahan calon PKR di Sungai Bakap.
๐ก๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ผ๐ฝ๐๐ถ๐ธ
Dari segi politik orang Melayu dan Islam, nampaknya PKR dan PH juga kalah dari segi naratif dan optik.
Langkah berani dan lantang Perdana Menteri Anwar Ibrahim di persada dunia antarabangsa membela rakyat Palestin di Gaza, buat satu jarak waktu telah memperkukuhkan kedudukan Anwar Ibrahim di mata rakyat Melayu Islam di Malaysia yang mempunyai hubungan emosi, sentimen dan solidariti dengan umah Islam di Palestin.
Namun, ia mulai runtuh dan lebur apabila Anwar yang juga Menteri Kewangan Malaysia serta Pengerusi Khazanah Nasional telah bersetuju menjual sebahagian saham MAHB kepada syarikat GIP dari Amerika Syarikat yang dikuasai oleh BlackRock, sebuah syarikat pelaburan antarabangsa Amerika Syarikat yang kuat menyokong kerajaan zionis Israel yang melancarkan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.
Dengan pelbagai sebab dan antaranya seperti apa yang saya senaraikan di atas, mungkin menjadi alasan mengapa calon PKR tewas di PRK Sungai Bakap.
Jika kerajaan perpaduan sekarang khususnya PKR dan PH tidak membina naratif nasional yang betul bukan sekadar bercakap sahaja tetapi dengan perbuatan di mana rakyat boleh melihat di atas meja rumah mereka sudah ada beras putih tempatan yang mampu dibeli dengan harga berpatutan dan kos sara hidup seharian semakin ringan dan mudah sehingga rakyat boleh menarik nafas lega ; apabila inflasi menurun, gaji pekerja bertambah naik, maka ketika itu mungkin sebahagian besar rakyat khususnya golongan B40 dan M40 akan mengambil sikap lebih mesra dan memihak kepada PKR, PH, kerajaan perpaduan dan kerajaan Madani.
PKR khususnya ada masa tak sampai tiga tahun sahaja lagi untuk mengelakkan PM Anwar Ibrahim menerima nasib yang sama seperti PM Rishi Sunak di United Kingdom yang tewas dalam pilihan raya pada Jumaat 5 Julai lalu.
๐๐๐ฆ๐ฆ๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ ๐บ๐ฒ๐ฟ๐๐ฝ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐๐ต๐น๐ถ ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐น๐ถ๐บ๐ฒ๐ป ๐ฃ๐ฎ๐๐ถ๐ฟ ๐๐๐ฑ๐ฎ๐ป๐ด.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
News link : https://www.malaysiakini.com/news/711122?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter