Merdeka 64 Putrajaya Airshow with TUDM Commentator #MalaysiaMerdeka #Mer...

Idealisme anak muda serantau perlu kental hadapi perubahan zaman

 


Idealisme anak-anak muda serantau, sama ada di Indonesia mahu pun Malaysia perlu kental menghadapi perubahan dan kebobrokan zaman.


Hal itu ditegaskan lewat pidato Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Sidang Kemuncak Forum Persahabatan Malaysia - Indonesia yang dianjurkan Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara (Pepiat), semalam.


Katanya, generasi muda yang merdeka fizikal hari ini perlu menguatkan mental mereka untuk bangkit sebagai manusia yang berprinsip dan idealis.


"Wajar ditekankan waktu menuntut tindakan yang berbeza. Tetapi semua bicara tentang idealisme. Bicara soal kemerdekaan jiwa, bukan sahaja fizikal


"Anak muda itu diharapkan bukan usianya tetapi idealismenya, semangat yang kental kepada keinginan membawa perubahan.


"Kita ini warisan penjajah, ramai kepimpinan kita itu sikapnya seperti penjajah. Menindas, merompak, memunggah khazanah dan kekayaan negara. Jadi hal ini patut dielak dan dibatalkan.


"Penjajah itu berjaya menguasai pemikiran dan jiwa kita. Oleh yang demikian, usaha anak muda untuk tampil memimpin mesti dipersiapkan dengan sarat ilmu dan juga akhlak," katanya dalam sidang maya tersebut yang bertajuk "Perpaduan Teras Kebangkitan Nusantara".


Dalam pidato itu Anwar menekankan betapa pentingnya ilmu dan intergriti membina sahsiah kepimpinan generasi muda.


Katanya, generasi muda wajar meneruskan kepimpinan pelajar terdahulu tetapi dengan mengambil persekitaran semasa dan keresahan rakyat hari ini sebagai inti teras perjuangan.


"Bagi kita contohi Rasullulah kerana selain akidah, adalah akhlaknya. Kita tambahi tentang kefahaman tentang masalah semasa.


"Saya nak tekankan, kita tentu berbeza kedudukan tetapi masalah manusia tidak lari. Sebelum Covid, semasa Covid, pasca Covid problemnya itu penguasa elit yang tidak mewakili rakyat yang menganggap kuasa dan politik itu sebagai wahana untuk mengumpul kekayaan, dan mempamerkan kesombongannya (berlanjut) dari zaman Yunani, hingga zaman Rasul saw hinggalah sekarang.


"Oleh itu keperluan untuk kita menyuntik semangat dan menanam kekuatan dalam diri kita. Kalau tidak, kita sekadar mengganti penjajah tetapi kalau lihat sikap dan sosok hampir sama. Cuma kulit sahaja berbeza," katanya.


Dalam kesempatan itu juga, Ahli Parlimen Port Dickson itu sempat menyingkap situasi di Malaysia yang masih bobrok dan pemikiran lama masih menghantui elit politik.


"Sampai sekarang di Malaysia ada lagi yang berkongsi pandangan mitos pribumi malas, walau seratus tahun lalu Jose Rizal menulis 'the indolence of the Filipinos' tentang satu sikap yang diasak oleh penjajah Sepanyol untuk memiskinkan rakyat dari segi pendapatan dan memiskinkan pemikiran mereka. Ini saya tegaskan keperluan untuk membina kekuatan dan juga asas ilmu yang cukup (mantap)," katanya lagi.


Tegas Anwar generasi muda, terutama pemuda muslim tidak harus terperangkap dengan minda penjajah, sebaliknya perlu menggilap kecemerlangan dari asas ilmu Islam dan tamadunnya untuk dikembangkan dalam persekitaran semasa.


BUKAN SAJA PADAH TAK TEPATI MASA, INI JUGA PADAH BUDAYA DOUBLE STANDARD

 

May be an image of 1 person and text that says "i 29 T GEMILANGDAILY.COM Terkini!!! Keputusan batal pingat emas Ziyad kekal"


Jelas sekarang, Ziyad Zulkefli bukanlah mangsa protes kotor dari Ukraine, tetapi kesilapan besar pegawai kontinjen Malaysia yang bertanggungjawab menguruskan kepatuhan protokol athlet istimewa itu di Paralimpik Tokyo.

Bukan saja mereka melakukan kesilapan dengan tidak memastikan Ziyad sampai ke call room dan mendaftarkan diri untuk pertandingan mengikut masa yang ditetapkan, tapi Malaysia juga dihidangkan dengan cerita putar alam kononnya kita kehilangan emas akibat protes dari negara di mana terkuburnya pesawat MH17 itu.

Cerita protes Ukraine ini turut dimainkan oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, maka netizen pembawang negara pun pantas bertindak meranapkan kesejahteraan hidup Ukraine di alam cyber.

Cerita sebenar pantas terbongkar juga. Tiada langsung protes dari Ukraine, tetapi rupanya Ziyad bersama 2 athlet lain telahpun diklasifikasikan sebagai non-starter apabila gagal mendaftarkan diri di call room. Beliau hanya dibenarkan memasuki gelanggang sementara protes dari Malaysia dipertimbangkan oleh juri.

Tak perlulah saya ulas panjang tentang kejadian itu, kerana ia satu peraturan yang memang biasa. Malah kekhilafan warga Malaysia dari aspek itu juga adalah satu kebiasaan. Biasalah. Malaysia.

Saya teringat betapa munafiknya pentadbiran sukan di Malaysia dalam aspek menepati masa ini. Dan ini mungkin satu petunjuk dari Yang Maha Esa untuk kita sedar. Akhirnya.

Saya berikan contoh dalam perlumbaan berbasikal kategori nasional dahulu.

Banyak kali berlaku kejadian di mana pelumba didiskualifikasi atau tidak diklasifikasikan dalam result akibat gagal sign-in sebelum permulaan perlumbaan.

Ada juga berlaku insiden di mana perlumbaan dilepaskan tepat pada waktu atau ikut budaya Malaysia "give or take 15 minutes", dan ada pasukan yang tertinggal akibat lambat sampai ke garis permulaan.

Ini semua perkara biasa berlaku dalam sukan tempatan kita.

Namun, munafiknya juga ada.

Banyak juga berlaku insiden di mana perlumbaan tertangguh, kadangkala hingga berjam, kerana menunggu Menteri, Meneri Besar atau VIP yang dijemput hadir untuk flag-off perlumbaan.

Tidak pula VIP itu diperludahkan saja supaya race jalan tepat pada waktunya. Apakah dalam sukan ini VIP lebih penting dari athlet? Memang tidak penting, tapi jelas diberi keutamaan dan double standard yang condong melebihkan mereka.

Inilah budaya amalan kita yang bukan saja memudaratkan bila tidak pernah dibendung, malah membawa bala besar dengan kehilangan satu pingat emas yang sepatutnya jelas milik kita. Itulah petunjukNya.

Maka kita tidak perlu berdalih, mengkambinghitamkan negara lain yang tidak bersalah.

Malah sempat juga memfitnah Ukraine memprotes sedangkan mereka tidak melakukan perkara itu.

Ukraine cuma mendapat menfaat dari disiplin dan amalan budaya profesionalisme yang lebih tinggi dari kita. Dan menfaat itu adalah pingat emas ke-15 mereka di Paralimpik Tokyo. Mustahil mereka begitu dahagakan pingat emas sehingga mahu mengautnya ikut pintu belakang.

Kita yang harus sedar bahawa kita telah mendapat satu pengajaran yang amat perit akibat pembudayaan amalan yang salah dalam kehidupan kita sendiri.

Sekian.

Arnaz M. Khairul

 

Gabungan NGO tertanya-tanya apakah pelan kecemasan tangani Covid 19 PM Ismail Sabri?

 

Hampir 2 minggu setelah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri (PM) ke 9, masih tidak kelihatan pelan kecemasan menangani pandemik Covid 19 yang dibuat oleh pentadbiran beliau.

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia (GBMRM) yang mewakili 99 NGO di seluruh negara, kurang senang dengan kelembapan PM Ismail Sabri dan kabinetnya yang diharapkan rakyat akan memberi penyelesaian tuntas kepada jangkitan harian Covid 19 yang tinggi dan perebakannya ke beberapa negeri yang semakin membimbangkan.

Menurut Jurucakap GBMRM, Mustapa Mansor Amer Mohd Isa, kegagalan respons segera yang dipaparkan oleh pentadbiran Ismail Sabri hanya mengesahkan kabinet 'kitar semula' yang diolok-olokkan warga maya selama ini sebagai benar dan langsung tidak boleh diharapkan mentadbir negara

"Barisan kepimpinan kerajaan yang baru bersifat “pentadbir kitar semula” terdiri daripada majoriti muka-muka lama yang terbukti gagal menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai menteri serta timbalan menteri di portfolio masing masing . Secara relatifnya saiz kabinet juga besar dan tidak relevan dengan keperluan menyelesaikan krisis kesihatan dan ekonomi negara.

"Ismail Sabri juga membuat keputusan salah melantik barisan kabinetnya sebelum membuktikan keabsahannya memiliki sokongan majoriti di Parlimen. Tindakan ini dilihat bercanggah dengan tradisi demokrasi berparlimen.

"PM Ismail Sabri juga cuba bertindak dengan simpang siul teknikal mengelak tuntutan menentukan keabsahannya secepat mungkin. Sebagai contoh, beberapa hari selepas perlantikannya, beliau menjemput Ketua Pembangkang dan pemimpin parti pembangkang atas alasan ingin menjalin kerjasama bagi tujuan menyelesaikan masalah negara secara inklusif . Malangnya, berita baik yang ditunggu tunggu oleh rakyat hanya berakhir dengan perlantikan barisan kabinet yang penuh kontroversi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustapa menambah, rakyat tidak akan memberi lebih banyak masa kepada kabinet Ismail Sabri untuk 'berbulan madu' kerana negara sedang dilanda krisis kesihatan.

Menurut beliau, penyelesaian pandemik dengan memutuskan rantaian Covid 19 harus dilakukan segera. Begitu juga pelan mewujudkan immuniti kelompok perlu ditangani secara holistik dan inklusif dengan penglibatan sistem rawatan dan sumber sumber kepakaran secara bersepadu.

"Apa yang rakyat lihat pengurusan vaksinasi masih tidak mencapai tahap kecekapan yang membolehkan sasaran 80% divaksin menjelang Oktober 2021 seperti yang disasar oleh kerajaan sebelum ini.

"Kerajaan juga gagal menjalankan program pendidikan vaksinasi secara komprehensif kepada rakyat. Pihak Kementerian Kesihatan turut tidak memberikan sebarang langkah alternatif kepada rawatan konvensional buat rakyat sebagai usaha pencegahan, sementara menunggu giliran divaksinasi," katanya.

Menurut beliau lagi, data-data infografik harian yang dipaparkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa penyelesaian pandemik di Malaysia jauh daripada pencapaian yang positif.

Berdasarkan data kes jangkitan dan kematian bagi 20 negara dalam tempoh 21 hingga 28 Ogos 2021, negara ini berada di tangga pertama dalam kadar kematian harian dan ditempat ketiga dalam kadar kes jangkitan baharu harian.

"Walaupun kes kritikal menurun, kes BID (Brought In Dead) masih tinggi. Kami bangkitkan perkara ini dengan harapan pihak kerajaan mengambil kira statistik ini sebagai indikator penting mengukur prestasi kualiti kawalan covid 19 .

"Pandemik yang berlarutan begitu lama telah memberi kesan psikologi dan kecelaruan mental kepada pesakit pesakit dan keluarga yang berkaitan. Apa yang dialami adalah berbeza beza , bergantung kepada beberapa faktor iaitu anak anak yang kematian ketua keluarga , pesakit dewasa yang masih di pusat kuarantin dan pesakit yang menjalani kuarantin kendiri.

"Persoalannya, apakah mereka ini mendapat khidmat penyantunan sosial yang sewajarnya? Apakah kerajaan mampu menyediakan barisan ‘frontliners’ dan tenaga kaunseling bagi tujuan ini?

"Kami juga ingin menarik perhatian kerajaan dalam menguruskan sumber peruntukan menyelesaikan isu pandemik. Ia merangkumi pembelian dan penyenggaraan aset aset perubatan, perbelanjaan tadbir urus dan menaik taraf perkhidmatan Kementerian Kesihatan.

"Bajet Covid 19 yang diluluskan sudah cukup membiayai segala keperluan. Kami menggesa kerajaan mempastikan tadbir urus yang telus dan adil dalam hal ini supaya segala perkhidmatan yang optimum dapat dimanfaatkan oleh rakyat sebagai pemegang taruh," katanya.

GBMRM juga menggesa agar kesihatan ekonomi negara diambil kira kerana Indeks Daya Tahan Covid 2021 oleh Bloomberg menunjukkan Malaysia berada ditangga 51 daripada 53 buah negara.

Hal itu, kata Mustapa, merupakan faktor ukuran kemajuan pembukaan semula ekonomi yang perlahan. Penanda aras dalam Pelan Pemulihan Negara hanya berlegar di sekitar aspek kesihatan iaitu kes harian Covid 19, kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) dan peratusan kadar penerimaan vaksin. Tiada penggunaan indikator ekonomi seperti kadar kehilangan pekerjaan, pengurangan pendapatan dan penutupan operasi perniagaan.

Justeru, gabungan NGO itu mahu kerajaan mempertimbangkan untuk membuka semula sektor ekonomi terutama yang berorientasikan buruh yang menggaji ramai pekerja.

Gabungan 99 NGO itu juga menyer agar PM Ismail Sabri mengambil langkah langkah tuntas dalam menangani masalah kesihatan dan ekonomi negara dengan cara yang lebih inklusif dan tidak lagi bercampur aduk dengan tindakan tindakan ‘politiking’ yang merugikan semua pihak.


AMK kecam ugutan ke atas aktivis anak muda, Shakila Zen

 


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengecam tindakan mengugut seorang aktivis anak muda saudari Shakila Zen oleh individu tertentu yang telah mendatangkan ancaman keselamatan terhadap beliau.

Menurut Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir, ugutan terhadap aktivis alam sekitar yang giat melawan aktiviti pemusnahan alam terutama hutan simpan dan penambakan pantai itu tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah masyarakat yang bertamadun.

"AMK dimaklumkan pada 30 Ogos lalu, saudari Shakila telah menerima satu bungkusan daripada individu tidak dikenali mengandungi surat ugutan serta replika tangan yang dipotong dan berlumuran darah.

"Pada hari berikutnya, 31 Ogos, beliau telah menerima satu pesanan teks di aplikasi Whatsapp yang berbaur seksual serta mendedahkan maklumat peribadi beliau.

"Beliau telah membuat dua laporan polis berkenaan dengan kejadian tersebut pada 30 dan 31 Ogos di IPD Klang Utara.




Shakila Zen

"Pada hemat kami, tindakan mengugut dan mengancam merupakan satu tindakan intimidasi yang sangat melampau apatah lagi ugutan itu seperti membawa kepada ugutan mencederakan malah membunuh. Tindakan ini sangat tidak boleh diterima," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, pihak polis perlu menyegerakan siasatan terhadap kes Shakila dan menangkap pelakunya segera serta mendedahkan pihak yang mengupah pelaku tersebut untuk mengugut.

"Saya sendiri pernah melalui perkara sama, apabila berdepan ugutan bunuh pihak tertentu pada akhir 2019, namun langsung tidak melemahkan semangat dan gerak kerja.

"Budaya samseng mengugut dan mengancam aktivis wanita yang bersuara tidak boleh dibiarkan. Ini akan jadi satu amalan biasa 'kuasa besar' yang tergugat dengan suara anak muda dan perkara ini perlu ditamatkan," katanya.

Tegas Akmal, AMK akan terus menyokong dan mendokong suara anak muda dalam melawan sistem yang tidak adil, penindasan, korupsi serta pemusnahan alam.

Katanya, AMK bersolidariti buat Shakila Zen.


HANYA 5 HARI!! - PAAS "AKAN UBAH" UNMO - Janji Idris Ahmad (Menteri Ag4ma)



Sekadar Ualang tayang. Betapa hebatnya pimpinan PAS semasa menentang UMNO dahulu. SEkarang bila dah bersama kerajaan, Kita tengok lagi, terutama dari Bro. ni, orang paling lantang. Atau sekadar agama, untuk ditunggang kuasa?


KEH ..KEH..KAMI PERNAH BERJANJI..TAPI DALAM TAK SAMPAI 5 HARI KAMI BUAT KETAYAP DAN KAMI PAKAI KOPIAH....

 May be an image of 1 person and text that says "Ya Allah, kami pernah berjanji sekiranya kami berkuasa kami akan ubah Umno dlm masa 5 hari. Tapi Ya Allah, dalam masa sehari saja Umno yg ubah kami, drpd pakai kopiah putih, kami kini mulai belajar pakai songkok hitam. Ampuni kami Ya Allah"

Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa Satu Akan Dibayar Isnin Ini, ADUN Kena ...

COVID-19: Malaysia masuk fasa endemik hujung Oktober - Khairy

 

Fareez Azman
COVID-19: Malaysia masuk fasa endemik hujung Oktober - Khairy
Khairy berkata, rakyat perlu menerima konsep hidup bersama virus meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Malaysia bakal memasuki fasa endemik COVID-19 bermula hujung Oktober ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, peralihan fasa itu dijangka berlaku selepas 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos vaksin.
"Penghujung Oktober kita akan memasuki fasa endemik," katanya dalam sidang media khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Putrajaya pada Rabu.
Tambah Khairy, rakyat perlu menerima konsep hidup bersama virus meskipun negara berjaya mengawal pandemik COVID-19.
"Kita harus menerima hakikat bahawa sekalipun kita berjaya mengawal pandemik ini, kita juga perlu bersedia untuk menerima kenyataan bahawa akan tiba masanya nanti COVID-19 menjadi endemik dan oleh itu, kita mesti mengambil langkah-langkah untuk hidup bersama virus ini.
"Dengan adanya vaksinasi, usaha untuk melakukan perubahan kepada tingkah laku dan usaha mengamalkan SOP yang berterusan, maka kita boleh mula memasuki fasa baharu hidup bersama virus COVID-19.," katanya lagi.
Jelas Khairy, langkah itu membolehkan pelbagai sektor di dalam negara dapat dibuka dan kehidupan rakyat kembali seperti sedia kala dalam norma baharu.
Sebagai persediaan untuk hidup bersama COVID-19, jelas Khairy lagi, rakyat perlu sentiasa melakukan kawalan kendiri, memakai pelitup muka dan mendapatkan vaksin seperti disyorkan kerajaan.
"Ini konsisten pendekatan negara lain, kebanyakan negara sudah beralih selepas berjaya membendung COVID-19 kepada fasa endemik. Satu norma baharu diperkenalkan untuk ktia hidup secara sihat dan selamat walaupun virus berada di kalangan kita.
"Usaha perubahan tingkah laku dan usaha untuk mengamalkan sop berterusan membolehkan kita masuk fasa baharu," kata Khairy lagi.
"Kita perlu tunggu dua bulan lagi, apabila 80 peratus dewasa mendapat dos vaksin lengkap, seperti kita lihat contoh di Labuan dan Sarawak.

Siapa melutut kepada Umno, terkam dedak ditabur BN sudah terjawab

 


Panas! Menteri agama dikritik, pemimpin Pas tampil pertahan

 


Panas! Menteri agama dikritik, pemimpin Pas tampil pertahan


Tindakan Menteri Agama baru, YB Senator Ust Idris tidak mahu menjawab isu agama yang melibatkan hukum hakam dan sebaliknya minta rujuk mufti adalah tepat. Kerja Menteri Agama bukan jawab soalan-soalan yang perlukan orang yang berautoriti untuk menjawabnya.

YB Ust Idris dengan disiplin ilmunya yang dipelajari sejak kecil lagi hingga ke Sarjana, saya percaya dia mampu menjawabnya berdasarkan hukum feqah. Tetapi beliau memilih tidak mahu menjawab, dan menyerahkan kepada Mufti mengeluarkan hukum.

Ini tindakan yang sangat bijaksana. Kalau dia jawab, sekalipun betul, tetap akan jadi polemik. Apatah lagi kalau silap. Tak menjawab bukan bermakna jahil, dan tak jadi isu panas pun melainkan Perakinsights sengaja jadikan isu panas.

Tahniah Ust Idris.

Sumber | Facebook Ustaz Misbahul Munir


Bekas pegawai menteri pesan menteri agama jangan solat di laluan tandas

 


Bekas pegawai menteri pesan menteri agama jangan solat di laluan tandas


 

Wahai MENTEGA besok jangan solat di laluan tandas tu tau….di sebalik pintu tu ada jer tempat wuduk dan solat.

Panas! Menteri Agama kata beri 5 hari sahaja untuk buat perubahan

 


Panas! Menteri Agama kata beri 5 hari sahaja untuk buat perubahan


Tular video di media sosial harini berkenaan dengan kenyataan Menteri Agama yang baru dilantik, Idris Ahmad dari PAS berkenaan pemerintahan 5 hari.

Dalam rakaman video tersebut, Idris mendabik dada berkata beri 5 hari sahaja kepada kami untuk memerintah untuk lihat apa perubahan yang kami lakukan.

“Bukan 5 tahun, 5 hari sahaja kita perintah..kita akan tengok berubah lagu mana..haa tuan tuan akan tengok nanti”, katanya.

Tidak pasti bila tarikh sebenar video ceramah itu direkodkan. Namun, rakyat berhak mendapat janji perubahan yang diungkapkan sendiri oleh menteri agama yang baru dilantik ini.

Video Player
00:00
00:11

 

Sementara itu, dipetik oleh berita harian, Idris Ahmad memberikan respon sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri :-“Saya hanya menjadi orang parti dan tidak menjangkakan jawatan ini diberikan kepada saya. Insha-Allah, akan melakukan tugas dengan baik,” kata Naib Presiden PAS, Idris Ahmad.

Idris, 58, dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menggantikan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

Selain berusaha melaksanakan tugas dengan baik atas kepercayaan diberikan, beliau juga akan meneruskan usaha dan kecemerlangan dilakukan Dr Zulkifli sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan buat yang terbaik dan akan memberi kerjasama (kepada semua pihak) serta akan jumpa (semua) agensi di bawah kementerian (apabila memulakan tugas nanti).

“Mohon doakan saya dapat melakukan tugas dengan integriti dan mempunyai kesungguhan dalam melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Idris adalah bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang dan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sejak 16 Jun 2020.

JIKA TIDAK MAHU KEDUDUKANNYA DIPERTIKAI BERPANJANGAN,ISMAIL SABRI JANGAN IKUT PERANGAI MAHIADDIN.

 

Di sebalik sidang Parlimen yang sepatutnya bermula 6 September telah ditangguhkan kepada 13 September berikutan Ismail Sabri Yaakob perlu menjalani kuarantin kendiri kerana menjadi kontak rapat dengan seseorang yang positif Covid19, kedudukan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang kali ini masih lagi tidak diketahui nasibnya.

Tidak ada sesiapa setakat ini, baik daripada pejabat Perdana Menteri atau pejabat Speaker Parlimen, bersuara berkenaan kedudukan sebenar usul tersebut.

Tetapi, dua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mengesahkan tidak terdapat sebarang usul undi percaya dalam aturan mesyuarat yang dihantar kepada mereka.

Mengapa demikian?

Meskipun Ismail Sabri tidak terikat untuk meneruskan janji pendahulunya, Mahiaddin Md Yasin yang dibuatnya sebelum ini berkaitan usul undi percaya itu, tetapi oleh kerana beliau adalah kesinambungan kerajaan gagal PN sebelum ini, bahkan sokongan majoriti yang diperolehinya cuma 114 undi daripada 220 Ahli Parlimen, keperluan meneruskan usul tersebut tidak harus dipandang ringan.

Lagi pula Yang Dipertuan Agong sendiri dalam perjumpaan dengan ketua-ketua parti yang menghadap baginda sebelum perlantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, turut menekankan perlunya sesiapa yang dilantik bagi jawatan itu nanti agar mengabsahkan kedudukan mereka di Parlimen.

Tujuannya tidak lain ialah agar tiada lagi pertikaian mengenai kedudukan Perdana Menteri itu.

Presiden Warisan, Shafie Apdal ketika mengesahlan titah itu berkata, Agong mahu sesiapa sahaja yang terpilih sebagai Perdana Menteri melalui akuan berkanun (SD) menguji kesahihan sokongannya di Parlimen selepas lantikan dibuat.

“Setelah ada calon yang dilantik sebagai Perdana Menteri, telah dititahkan oleh Agong agar perkara itu tidak hanya diputuskan melalui keputusan tersebut, tetapi perlu dibawa ke Parlimen untuk pengesahan bagi mewujudkan kestabilan,” kata Shafie dalam wawancara dengan sebuah portal berita pada 18 Ogos lalu.

Bermakna dalam hal ini, tiada sebab untuk Ismail Sabri tidak mahu akur terhadap penting dan keperluan membenarkan usul undi percaya itu.

Ini kerana, ia bukan saja telah dititahkan oleh Agong agar dilaksanakan, bahkan turut perlu dari segi hukum logik demi kestabilan kerajaan yang baru diketuainya.

Ismail Sabri juga tidak harus cuba melengah-lengahkan untuk membenarkan usul berkenaan ke sidang Parlimen yang lain kerana lebih cepat perkara itu diselesaikan, baik baik untuk dirinya dan juga untuk kestabilan negara.

Dalam hal ini, Ismail Sabri jangan sesekali berperangai seperti Mahiaddin yang sepanjang 17 bulan sebelum ini berkali-kali menangguhkan sidang Parlimen lantaran takut dengan ujian keabsahan, malah kemudian tergamak pula mendaruratkan Parlimen.

Sepatutnya dalam sidang Parlimen bermula 13 September nantilah yang paling sesuai untuk beliau menunjukkan jiwa besar dan tidak takutnya berdepan cabaran keabsahan di dalam Parlimen.

Kiranya beliau berperangai sama seperti Mahiaddin, ia hanya menunjukkan kelemahannya sendiri, selain beliau dengan sengaja mengundang kecaman ramai terhadapnya.

Selagi kedudukannya tidak diabsahkan di Parlimen, bersama kemampuannya yang sedia diragui dan beliau tidak pula lebih berwibawa daripada Mahiaddin, kedudukannya sebagai Perdana Menteri akan terus berdepan pertikaian yang berpanjangan. 

– ShahbudinHusin 01/09/2021.





SAH DARI PEGUAM!! BARU DIUMUMKAN!! ISMAIL SABRI TERPAKSA LETAK JAWATAN S...

DATO KAMAL BONGKAR: KERAJAAN ISMAIL SABRI TUMBANG 2 MINGGU LAGI? 3 MP TA...

RENTASAN 957 | PANAS!!! KINI UMNO 'PERTAHAN' TAKHTA YANG DIDUDUKI PAS?



MENARIK DALAM RENTASAN 957 1. INIKAH PAKAR DALAM KERAJAAN? 2. PENGKHIANAT SAMBUNG PENGKHIANATAN 3. SEJAUH MANAKAH KELUARGA MALAYSIA MAMPU ‘PERFORM’? 4. TUGAS BESAR MENTERI PAS


Terkini! Usul undi percaya pada PM tiada dalam aturan sidang Parlimen, Ismail Sabri tak yakin ke?

 


Terkini! Usul undi percaya pada PM tiada dalam aturan sidang Parlimen, Ismail Sabri tak yakin ke?


Semua pemimpin tertinggi UMNO hanya diam.

Tiada ulasan ‘marah’ dan kecaman daripada Presiden UMNO, Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki, apa lagi lah Ketua Wanita, Noraini Ahmad dan Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan serta Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan.

Jika dahulu mereka bertempik hebat dalam Facebook dan media sosial lain, kini seperti kata anak Zahid, Nurulhidayah “Soalan saya siapa tidak ada ‘telor’ sekarang” – kita pulangkan kepada pemimpin tertinggi UMNO itu. Ada telur?

Sedangkan usul undi percaya itu disebut oleh Yang di-Pertuan Agong ketika mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah terpilih sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Bukan hendak mempertikaikan titah Agong atau pelantikan Ismail Sabri, sekadar mengingatkan sikap pemimpin atasan UMNO yang bertindak mengikut kehendak nafsu kerana inginkan kuasa.

Jika dahulu hati bertakhtanya singgahsana Iblis, kini kebanyakannya menjadi ‘malaikat bisu’. Kenapa? Kerana ia tidak lagi memberi keuntungan politik kepada mereka. Orang yang mereka hendak jatuhkan, telah berjaya dijatuhkan dengan bantuan sang Iblis.

Tetapi, jika lah perkara ini – usul undi percaya tidak ada dalam aturan mesyuarat ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri – kita semua tahu apa yang akan mereka katakan.

Hingar bingar lah pemimpin UMNO itu, hinggakan tidak cukup sebelum tidur malam, awal-awal bangun pagi terus mengecam dengan macam-macam tuduhan. Bersembur ayat-ayat Syaitan akan keluar.

Dicananglah ke seantero dunia bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin menderhaka kepada titah Agong.

Itulah bahan mereka untuk menaikkan sentimen kebencian rakyat terhadap Kerajaan PN dan Muhyiddin. Semua itu dibuat demi nafsu jahat, dengki, iri hati yang disukai Syaitan – serba melengkapi, seperti penyakit tiga serangkai – kerana mereka tidak suka Muhyiddin, anak kepada seorang ulama.

Sudah dimaklumi juga pemimpin UMNO Johor seperti Shahrir Samad, Khaled Nordin, Puad Zarkashi antara yang tidak suka kepada Muhyiddin sejak menjadi Menteri Besar dahulu.

Maka, nampak hebatlah UMNO di bawah kepemimpinan sekarang apabila mengatakan Kerajaan PN dan Muhyiddin derhaka kepada Raja-Raja Melayu. Seolah-olah parti itu sahajalah yang menjadi benteng utama membela Institusi Raja-Raja Melayu.

Nampak hebatlah Asyraf Wajdi mendesak Muhyiddin meletak jawatan kononnya melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada baginda dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Tapi sekarang, kenapa bila usul undi percaya kepada Perdana Menteri tidak ada dalam aturan sidang Dewan Rakyat pada 13 September ini, mereka diam.

Juga tidak ada pemimpin tertinggi UMNO yang kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sengaja beri alasan terpaksa kuarantin kerana tidak mahu sidang Parlimen diadakan 6 September ini seperti ketetapan awal.

Sebelum ini, Setiausaha Dewan, Nizam Mydin Bacha Mydin dihantar kepada Ahli-ahli Parlimen bertarikh 30 Ogos 2021 yang memaklumkan penangguhan sidang dewan selama seminggu daripada tarikh asalnya pada 6 September.

Sebaliknya, jika penangguhan itu berlaku ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin atasan UMNO itulah yang awal-awal lagi melemparkan kecaman.

Eloklah mereka ini digantikan segera sebagaimana gesaan ahli akar umbi UMNO yang melihat parti itu telah gagal di bawah pimpinan Zahid dan sekutunya.

“Soalan saya siapa tidak ada ‘telor’ sekarang?”


(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media