Terkini! Usul undi percaya pada PM tiada dalam aturan sidang Parlimen, Ismail Sabri tak yakin ke?

 


Terkini! Usul undi percaya pada PM tiada dalam aturan sidang Parlimen, Ismail Sabri tak yakin ke?


Semua pemimpin tertinggi UMNO hanya diam.

Tiada ulasan ‘marah’ dan kecaman daripada Presiden UMNO, Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Pemuda Asyraf Wajdi Dusuki, apa lagi lah Ketua Wanita, Noraini Ahmad dan Ketua Puteri, Zahida Zarik Khan serta Ketua Penerangan, Shahril Sufian Hamdan.

Jika dahulu mereka bertempik hebat dalam Facebook dan media sosial lain, kini seperti kata anak Zahid, Nurulhidayah “Soalan saya siapa tidak ada ‘telor’ sekarang” – kita pulangkan kepada pemimpin tertinggi UMNO itu. Ada telur?

Sedangkan usul undi percaya itu disebut oleh Yang di-Pertuan Agong ketika mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah terpilih sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia.

Bukan hendak mempertikaikan titah Agong atau pelantikan Ismail Sabri, sekadar mengingatkan sikap pemimpin atasan UMNO yang bertindak mengikut kehendak nafsu kerana inginkan kuasa.

Jika dahulu hati bertakhtanya singgahsana Iblis, kini kebanyakannya menjadi ‘malaikat bisu’. Kenapa? Kerana ia tidak lagi memberi keuntungan politik kepada mereka. Orang yang mereka hendak jatuhkan, telah berjaya dijatuhkan dengan bantuan sang Iblis.

Tetapi, jika lah perkara ini – usul undi percaya tidak ada dalam aturan mesyuarat ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri – kita semua tahu apa yang akan mereka katakan.

Hingar bingar lah pemimpin UMNO itu, hinggakan tidak cukup sebelum tidur malam, awal-awal bangun pagi terus mengecam dengan macam-macam tuduhan. Bersembur ayat-ayat Syaitan akan keluar.

Dicananglah ke seantero dunia bahawa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin menderhaka kepada titah Agong.

Itulah bahan mereka untuk menaikkan sentimen kebencian rakyat terhadap Kerajaan PN dan Muhyiddin. Semua itu dibuat demi nafsu jahat, dengki, iri hati yang disukai Syaitan – serba melengkapi, seperti penyakit tiga serangkai – kerana mereka tidak suka Muhyiddin, anak kepada seorang ulama.

Sudah dimaklumi juga pemimpin UMNO Johor seperti Shahrir Samad, Khaled Nordin, Puad Zarkashi antara yang tidak suka kepada Muhyiddin sejak menjadi Menteri Besar dahulu.

Maka, nampak hebatlah UMNO di bawah kepemimpinan sekarang apabila mengatakan Kerajaan PN dan Muhyiddin derhaka kepada Raja-Raja Melayu. Seolah-olah parti itu sahajalah yang menjadi benteng utama membela Institusi Raja-Raja Melayu.

Nampak hebatlah Asyraf Wajdi mendesak Muhyiddin meletak jawatan kononnya melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada baginda dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Tapi sekarang, kenapa bila usul undi percaya kepada Perdana Menteri tidak ada dalam aturan sidang Dewan Rakyat pada 13 September ini, mereka diam.

Juga tidak ada pemimpin tertinggi UMNO yang kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sengaja beri alasan terpaksa kuarantin kerana tidak mahu sidang Parlimen diadakan 6 September ini seperti ketetapan awal.

Sebelum ini, Setiausaha Dewan, Nizam Mydin Bacha Mydin dihantar kepada Ahli-ahli Parlimen bertarikh 30 Ogos 2021 yang memaklumkan penangguhan sidang dewan selama seminggu daripada tarikh asalnya pada 6 September.

Sebaliknya, jika penangguhan itu berlaku ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin atasan UMNO itulah yang awal-awal lagi melemparkan kecaman.

Eloklah mereka ini digantikan segera sebagaimana gesaan ahli akar umbi UMNO yang melihat parti itu telah gagal di bawah pimpinan Zahid dan sekutunya.

“Soalan saya siapa tidak ada ‘telor’ sekarang?”


No comments: