PANAS !! EXCO PERAK PENAKUT @ BODOH?WEIIII...HANG MAKAN GAJI BUTA APA KA ?



Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak panas hampir 40 minit selepas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin sekali lagi diserang bertubi-tubi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang, hari ini. Adun Selama itu diasak beberapa Adun terutama Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji), Tan Kar Hing (PH-Simpang Pulai), Nga Kor Ming (DAP-Aulong) dan Jenny Choy (PH-Canning) selepas 20 minit sesi awal penggulungan Mohd Akmal yang langsung tidak memberi ruang dan tidak mengendahkan Adun berkenaan untuk mencelah bertanyakan soalan berhubung isu Covid-19, dalam soalan lisan ditegaskan sebelum ini. Mohd Akmal didakwa tidak menjalankan tugas sewajarnya selaku Exco Kesihatan dan meletakkan beban tugas kepada Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad khususnya isu turun padang ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan hospital.


No comments: