ULASAN FILEM : The White Tiger wajib tonton buat rakyat Malaysia

 

POLITIK INDIA TIADA BEZANYA DGN KITA


May be an image of 11 people, people standing and text


NORMAN RADZUAN


Baru minggu lepas saya berkesempatan menonton filem The White Tiger arahan Ramin Bahrani. Sebuah filem yg mempunyai kelas tersendiri mengenai masyarakat India.

Ia bukan filem Hindustan dan bukan filem Tamil tetapi ia adalah filem tentang masyarakat India dari seorang Pengarah yg juga merupakan Pensyarah di sebuah Universiti di Amerika. Pengarahnya juga bukan berasal dari India tetapi berbangsa Iran. Durasinya juga tidak lama seperti filem Hindustan dan Tamil malah tiada tarian, nyanyian dgn penari2. Itu yg bestnya.

Filem ini sgt sinis, kritikal, mesej dan byk persamaan apa yg terjadi dgn masyarakat dan politik negara. Dibintang pelakon hebat seperti Priyanka Chopra dan Adarsh Gourav berkisarkan tentang kehidupan masyarakat di India yg memaparkan pergelutan hidup golongan bawahan.

Kisah seorang hamba bernama Balram Halwai dtg dari kampung yg sgt miskin bekerja dgn keluarga kaya raya. Ia menceritakan bagaimana masyarakat India dari kasta bawahan yg mentaliti dididik utk menjadi hamba org kaya sepanjang kehidupan. Dilayan seperti binatang mereka tetap taat kpd tuan mereka.

Balram ketika berada di pasar dia melihat ayam yg dipotong tengkuknya setiap hari, dpt dilihat oleh ayam2 yg lain dari dlm kurungan. Ayam2 tersebut hanya mampu melihat dan menunggu bila waktunya utk disembelih. Begitulah pendapatnya tentang masyarakat kasta rendah India yg hanya menunggu utk menjadi mangsa penguasa2 dan org kaya.

Yg menarik isteri kpd menantu org kaya tersebut yg dilahir dan dibesarkan di Amerika telah menegurnya. Wanita tersebut memberitahu Balram perlu mengubah nasib hidupnya dari terus menjadi pemandu atau hamba kpd org kaya tersebut.

Klimaks kisah drama tersebut menyaksikan kebangkitan Balram membela nasib dirinya yang ditindas selepas dijadikan kambing hitam dlm sebuah kejadian tragik yg melibatkan kematian.

Balram telah diminta menandatangani surat pengakuan bersumpah bahawa dialah yg membuatkan seorang kanak2 mati terbunuh dilanggar kenderaan yg dipandu menantu org kaya tersebut. Ketika itu tiba2 Tuannya menjadi begitu baik dgnnya... rupa2nya baik org kaya ini ada makna.

Filem ini memaparkan bagaimana org2 politik meminta rasuah. Bagaimana org kaya terpaksa memberi rasuah kpd org politik utk mengelak membayar cukai dan byk mesej2 tersirat.

Pengakhiran filem ink tidak boleh dijadikan ikutan bagaimana Balram mengubah nasib hidupnya. Plot akhirnya hampir sama seperti filem Korea berjudul Parasite. Hanya dibezakan jalan ceritanya.... tontonlah di Netflix terutama org Melayu yg sentiasa dibodohkan oleh org kaya dan politik.