BARU 3 BULAN.. PELUANG PEKERJAAN DAN PELABURAN BARU MUNCUL LAGI




 

KATA PERJUANG AGAMA.

 


Katanya memperjuangkan Islam! Tapi di bulan Ramadhan yang mulia ini pun main langgar je hukum Islam! X takut dosa langsung! Walaun macam biasa akan pertahankan fitnah yang dilakukan oleh pemimpin² mereka!


KENYATAAN MEDIA


PAS FITNAH ISU TANAH RIZAB MELAYU DI NEGERI SELANGOR?


10 April 2023


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi, mendakwa dalam laporan portal Malaysia Gazette bahawa jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu telah “menurun secara mendadak daripada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar.”


Dakwaan Ahmad Yunus itu adalah fitnah kerana tidak menepati fakta.


Faktanya, pada tahun 2013, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor berjumlah 395,946.50 ekar.


Sejak PAS tidak lagi menjadi sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2018, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor telah meningkat secara strategik kepada 401,935.96 ekar (tahun 2019), dan sebanyak 403,123.39 ekar (tahun 2021).


Ini bermaksud keluasan Tanah Rizab Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 7,176.89 ekar, termasuk pewartaan di Hilir Tambahan – Hulu Langat, Kundang – Kuala Langat, Selayang Pindah – Gombak, Ulu Semenyih – Hulu Langat, dan Bukit Cherakah – Petaling.


Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk memelihara keluasan Tanah Rizab Melayu agar dipantau secara rapi melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor.


PAS wajar memohon maaf kerana cuba memfitnah dan menipu warga Selangor. PAS harus muhasabah dan mengelak daripada amalan tercela dengan menyebar fitnah, terutamanya pada bulan Ramadhan ini.


YB JUWAIRIYA ZULKIFLI

Setiausaha Politik

Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor


#SetanPunKenaPenjara

#BulanRamadhan



SAPA YANG SETAN. JANGAN PERSETANKAN ORANG


 

YB LOH DARI DAP SEKOLAHKAN LEBAI PAS DALAM DEWAN DUN PERAK


 

PEMUDA INI SUDAH HILANG KEYAKINAN TERHADAP SANUSI


 

MASA 33 BULAN DULU PAS BUAT APA? TAK AMBIK POT PUN BAB GURU GURU KAFA


 

HANYA ANWAR BOLEH SELAMATKAN UMNO



NORMAN RADZUAN


Pretasi UMNO tidak pernah meningkat sejak 2008

HANYA ANWAR BOLEH SELAMATKAN UMNO

Semalam saya berborak dgn rakan politik mantan UMNO dan skg tidak berparti. Dlm pelbagai topik dibualkan dia bertanya adakah UMNO mampu diselamatkan?

Dia bertanya soalan itu bila saya mengatakan UMNO sejak 2008 grafnya semakin menurun dari satu pilihanraya ke satu pilihanraya hinggalah 2022.

Daripada parti dominan mereka kini lebih kecil dari PKR dan PAS. Suatu yg tidak pernah terduga oleh penganalisa politik, ahli UMNO mahupun org Melayu sendiri.

UMNO tersepit kerana org Melayu tidak percaya mereka lagi dan bangsa lain 80% menolak mereka. Org Melayu beralih kpd PAS dan bukan Melayu beralih kpd PKR atau PH.

Saya beritahu rakan tadi dua faktor kenapa UMNO ditolak org Melayu. Pertama kerana kes rasuahnya. Org Melayu lihat UMNO nampak rasuah sb ini era teknologi segala maklumat dihujung jari. Kedua kerana fahaman politik sempit perkauman yg dimainkannya memakan diri.

Jadi mereka tersepit dgn sikap mereka sendiri. UMNO tahu utk pulih mereka perlukan masa. Jadi siapakah yg mampu menyelamatkan UMNO?

Rakan saya kata Najib… saya katakan Najib juga akn ditolak oleh kaum2 lain kerana kes rasuahnya membuatkan Malaysia terkenal seantero dunia. Saya beritahu Anwar Ibrahim… lalu rakan tadi terkejut.

Saya beritahu sebenarnya sudah dua kali Anwar menyelamatkan UMNO. Pertama ketika era 2018 apabila UMNO khabarnya mahu diharamkan tetapi Anwar campurtangan.

Kedua bila Anwar setuju utk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO/BN. Peluang yg ada adalah kesempatan utk UMNO memulihkan partinya. Jika UMNO tanpa kuasa mereka lebih mudah tenggelam kpd dua kuasa parti terbesar iaitu PH dan PN.

Bila pertama kali Anwar memasuki Bangunan UMNO ia umpama seperti sirih pulang ke gangang. Perlu diingat Anwar bukan keluar UMNO tetapi dia disingkirkan oleh Mahathir dari UMNO. Tentu ada pelbagai perasaan Anwar ketika menjejak kaki ke sana selepas lebih 20 tahun.

Mengapa Anwar ? ….sebab beliau dilihat pemimpin yg disenangi oleh bangsa Melayu dan bukan Melayu. Demografi kaum tidak mungkin seorang Perdana Menteri ia hanya disenangi oleh satu kaum sahaja.

Aura Anwar juga dilihat pemimpin UMNO sendiri terikut rentaknya dgn memperbanyakkan aktiviti2 agama. Zahid Hamidi kini penuh dgn aktiviti agama seperti PMX… sindir kawan saya, Zahid sudah dpt hidayah utk bertaubat.

Saya kata itulah pentingnya pemimpin yg berintergriti. A leader most important role is to set the culture of their organization. Tapi jika leader makan rasuah, bersikap ditaktor maka yg di bawah2nya akan mengikut dgn rentak yg sama.

Untuk pulihkan UMNO ia perlukan pemimpin yg bersih rasuah atau yg kuat melawan rasuah kerana UMNO itu dibenci oleh semua kaum kerana rasuahnya. Kedua perkaumannya… jika UMNO dpt pemimpin yg disayangi oleh kaum bukan Melayu sekaligus BN akn kembali kuat.

Malah dpt dilihat kemesraan Anwar bersama Zahid Hamidi, Dr Zambry, Ahmad Maslan, Sharani hingga saya lupa Anwar itu Presiden PKR bukan UMNO. Malah KJ dan Shahril mantan UMNO juga memuji pentadbiran Anwar.

Haaa.. ia sekadar jawapan kpd rakan apakah formula terbaik utk UMNO pulih. Ia jawapan yg tidak masuk akal berlaku tetapi politik apa2 boleh berlaku. Sekadar berkongsi cerita dgn kawan2.

 

Najib patut kekal dalam penjara! Berhenti menggunakan proses pengampunan secara semberono

 

Pengampunan untuk Najib akan menghakis keyakinan terhadap proses kehakiman dan mempersendakan urusan keadilan di Malaysia

12 Apr 2023



Convict Najib must remain in prision - THE STAR

Umno nampaknya tergesa-gesa untuk mendesak pengampunan awal bagi penjenayah, Najib Razak menggunakan hanya satu perbezaan pendapat di dalam keputusan bersalah oleh 13 hakim lain di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan serta dalam dua panel Mahkamah Persekutuan.

Kami bimbang dengan perkembangan semasa yang kelihatan seperti kempen bersepadu dalam memanipulasi fakta dan maklumat yang salah tentang bagaimana sistem pentadbiran keadilan berfungsi serta percubaannya dalam menjejaskan kemuktamadan proses di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Pertama sekali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak sepatutnya terlibat di dalam menyiasat hakim Mahkamah Tinggi, Nazlan Ghazali, atas dakwaan percanggahan kepentingan.

Menteri undang-undang, Azalina Othman Said, perlu menjelaskan keadaan. Peguam Najib telah menegaskan bahawa dalam jawapannya pada 20 Mac yang lalu kepada peguam utama Najib, Shafee Abdullah, Azalina telah menyatakan bahawa “jawapan kepada soalan (yang telah diujarkan) adalah afirmatif”.

Shafee telah mengemukakan tiga soalan dalam suratnya pada 15 Mac, termasuklah sama ada Hakim Nazlan mempunyai percanggahan kepentingan.

Namun, sebarang siasatan terhadap hakim yang telah mensabitkan Najib sepatutnya diserahkan kepada badan kehakiman, yang mempunyai prosedur serta Kod Etika Hakim sendiri.

Pada 24 Februari semua tujuh hakim dalam panel Mahkamah Persekutuan, yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, memutuskan bahawa siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan telah mengabaikan kebebasan dan protokol kehakiman.

Ini jelas menunjukkan bahawa SPRM telah melampaui bidang kuasanya. Sungguh ironis apabila SPRM berpendapat mereka wajar untuk terlibat di dalam hal ini apabila ketuanya sendiri, Azam Baki, masih terperangkap dalam kontroversi yang tidak dapat diselesaikan berhubung pembelian sahamnya. Kontroversi ini sangat mencemarkan nama baik SPRM.

Umno tidak seharusnya memintas dan membuat pengampunan sekarang dengan mendapatkan temu janji dengan Agong. Perkara itu harus diserahkan kepada Lembaga Pengampunan dan harus mengikut laluan biasa dan bukannya jalan pintas.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim harus menarik diri daripada sebarang keterlibatan di dalam Lembaga Pengampunan, kerana beliau sendiri boleh berada dalam keadaan percanggahan kepentingan.

Banyak selok-belok dan putar-belit yang berlaku secara tertutup selepas pilihan raya umum November lalu. Ramai yang mengatakan wujud kemungkinan bahawa Anwar mungkin telah ditekan untuk menggunakan pengaruhnya dalam memohon pengampunan bagi bekas presiden Umno Najib itu sebagai balasan kepada kerjasama Umno dalam “kerajaan perpaduan” Anwar. Kami berharap bukan itulah yang berlaku, namun begitulah tanggapan yang wujud di luar sana di kalangan sesetengah pihak.

Kami perhatikan bahawa pendapat umum sangat menolak pengampunan terhadap Najib, dengan kira-kira 140,000 sudah pun menandatangani petisyen menentang pengampunan itu [bagi menandatangani petisyen] di mana hanya kurang dari 10% daripada yang menandatangani itu menyokong, dalam sebuah petisyen lain.

Kami menggesa semua pihak untuk berhenti memberikan tekanan bagi Najib untuk dibebaskan awal, yang akan mengakibatkan kemudaratan yang tidak terkira kepada imej antarabangsa Malaysia serta keyakinan pelabur.

Ingat, ini adalah sebahagian daripada skandal kewangan terbesar di dunia. Ia sangat mencemarkan imej negara dan membebankan negara dengan hutang yang sangat besar – wang itu patut boleh digunakan untuk meringankan penderitaan berjuta-juta rakyat biasa.

Pengampunan untuk Najib akan menghakis keyakinan terhadap proses kehakiman, menjejaskan kedaulatan undang-undang dan mempersendakan pentadbiran keadilan di Malaysia.

Ia bukan sahaja akan menjadi duluan (precedent) yang berbahaya, ia juga akan mempunyai kesan serius terhadap bagaimana undang-undang itu dilihat.

Ia akan memberi tanggapan bahawa jenayah kolar putih yang serius – yang walaupun melalui proses yang ketat oleh sistem perundangan Malaysia, melibatkan tempoh perbicaraan yang bertahun lamanya serta melibatkan sumber negara yang besar – boleh diampunkan dengan mudah, hanya kerana status ‘kayangan’ seseorang penjenayah itu.

Ia akan menjadi sebuah kemenangan dalam percubaan memanipulasi serta pengolahan maklumat salah yang cuba menjejaskan keyakinan terhadap badan kehakiman.

Ia juga akan menghancurkan imej pentadbiran Anwar sebagai kerajaan reformis yang telah meletakkan sasaran bagi meningkatkan tadbir urus yang baik serta membaiki kerosakan besar yang berlaku pada masa lalu.

Diharapkan keadilan dan kebijaksanaan akan berlaku.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
9 April 2023


MAHFUZ KATA SANUSI TAK BERTANGGUNGJAWAB KERANA DIA TIADA BUKTI


 

WAHAI HADI...LEN KALI PI LA MASUK DEWAN TANYA ANWAR- HANG TAKUT APA NGAN DIA.



 

SANUSI.. AWAK KATE PADE SIAPE. ? BUKAN AWAK KAH YANG SELALU MENIPU RAKYAT KEDAH- JOM KITA LIHAT FAKTE.


 

LAGI PEMBODOHAN OLEH MENTERI KOMUNIKASI- APA PUNYA BODO PI LANTIK PENGARAH ESEKUTIF NI DI KEMENTERIAN.

 

FB ABANG MI TOK PERAK


Daulah Terpendam (deep state) akan bangkit semula untuk menjatuhkan kerajaan apabila watak2 busuk hati seperti ini diberikan jawatan penting dalam sistem pentadbiran kerajaan. Patutlah individu yang bertentangan dengan inspirasi Kerajaan Perpaduan masih diundang untuk menyebarkan pemikiran dan pendapat mereka di media arus perdana...


Fazal Rahman.


Adakah ia individu yg sama??? 

Sejauh mana maklumat yg tular di Whatsapp ini sahih??


Andainya beliau individu yg sama. Just wow! Wow! Luar biasa hebat Pengarah Komunikasi ni. 


What a colourful & wonderful CV!👏👏📏📏🥰🥰






SEMUA INI HANYA MEMBERI GAMBARAN BURUK KEPADA JABATAN PEGUAM NEGARA, KATA BEKAS AG

 

Seorang bekas peguam negara berkata, siasatan lanjut yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes jenayah Ahmad Zahid Hamidi memberikan gambaran buruk pada peguam negara semasa, Idrus Harun.

Abu Talib Othman berkata, pihak pendakwaan telah pun membuktikan kesnya terhadap Zahid tahun lepas selepas presiden Umno itu diperintahkan membela diri atas semua tuduhan yang dihadapinya.

“Kes prima facie wujud kerana pihak pendakwaan telah membuktikan unsur dalam semua tuduhan,” katanya.

“Apa lagi yang perlu disiasat lebih lanjut? Melainkan ada sebab lain yang hanya boleh menjadi spekulasi. Pada pandangan saya, ini memberikan gambaran buruk pada peguam negara semasa.”

Abu Talib, yang menjadi peguam negara dari 1980 hingga 1993, berkata demikian selepas perbicaraan Zahid ditangguhkan berikutan representasi yang dibuat oleh pihak pembelaan awal tahun ini.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob memaklumkan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah pada Isnin bahawa representasi itu hanya boleh disemak oleh peguam negara selepas SPRM menyelesaikan siasatan.

Peguam Zahid telah menghantar dua set representasi kepada pihak pendakwaan untuk pertimbangan; yang pertama pada Januari, diikuti satu lagi pada Februari.

Malik berkata, representasi itu setebal kira-kira 200 muka surat dan pihak pendakwaan memerlukan masa untuk menelitinya kerana ia membangkitkan isu yang rumit.

Sequerah membenarkan perbicaraan ditangguhkan selepas Malik berkata beliau diarahkan oleh Idrus supaya tidak membantah permintaan itu.

Abu Talib berkata, unsur representasi bukanlah alasan yang baik untuk menangguhkan kes kerana keadilan dalam perbicaraan jenayah adalah untuk kedua-dua tertuduh dan orang awam.

“Menurut Perlembagaan Persekutuan, peguam negara mempunyai budi bicara mutlak untuk menarik balik kes itu, (jika gagal) beliau harus meneruskan (perbicaraan) kerana semua keterangan telah dikemukakan di mahkamah apabila pembelaan dipanggil,” katanya.

Beliau juga berkata, pentadbiran keadilan sewajarnya tidak harus dihalang oleh penangguhan.

Sementara itu, peguam, Syed Iskandar Syed Jaafar berkata, Zahid hanya perlu menyanggah dan menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan untuk mendapatkan pembebasan.

“Sebarang siasatan lanjut oleh SPRM selepas pembelaan dipanggil tidak bermakna,” katanya.

Tambahnya, Idrus, sebagai penjaga kepentingan awam, mesti bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih apabila menjalankan tugasnya.

Perbicaraan ditetapkan sementara untuk disambung semula pada 1 hingga 3 Ogos, 7 hingga 10 Ogos, dan antara 21 dan 24 Ogos.

Pendengaran lanjut juga ditetapkan pada September hingga Disember.

Pada 2 Nov tahun lepas, hakim menangguhkan kes kepada 16 Jan sementara menunggu keputusan rayuan Zahid kepada Mahkamah Rayuan berhubung permohonannya mendapatkan keterangan saksi yang dirakam oleh SPRM.

Bagaimanapun, Zahid tidak meneruskan rayuan itu.

Tidak dimaklumkan di mahkamah terbuka mengapa perbicaraan yang dijadualkan pada 16 Jan itu ditangguhkan.

Pihak pembelaan telah memanggil enam saksi setakat ini.

Zahid didakwa atas 47 tuduhan pengubahan wang haram dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi, serta menerima rasuah untuk pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri antara 2013 dan 2018.

Dua belas daripada tuduhan itu berkait pecah amanah, manakala lapan untuk rasuah dan baki 27 lagi membabitkan pengubahan wang haram.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com




PELAJAR DAN ANAK MUDA TERUJA SAMBUT PM 10


 

ISLAM TAK HIDUP DENGAN USAHA PAS . KALAU NAK KUASA SEMUA PARTI NAK KUASA.


 

SANUSI- AYAQ TAK DAK PULAK DAH- LAGU RAKYAT KEDAH KENA CINGGG


 

SANUSI - KAMI GANG BUAT BENDANG , MENOREH , NELAYAN DOK TUNGGU JUGA KERAJAAN NEGERI NAK BAGI APA KE KAMI- SEMBANG SANA SINI APA PUN TAKDAK.


 

JEBAT DERHAKA : PAS NAK PERJUANG APA ? - PAS PERNAH JILAT UMNO PAS JUGA PERNAH JOIN DAP..PERJUANGAN MEREKA HANYA UNTUK BODOHKAN MELAYU DAN HASAT DENGKI

 


TIADA BUKTI : SANUSI MENJATUHKAN REPUTASI BELIAU MENGENAI DAKWAAN CUBAAN SINGKIRKAN BELIAU DARI MAJLIS KEWANGAN NEGARA


 

KENAPA DIGEMBAR GEMBURKAN ISU KWSP ? SEBABNYA PN MAHU TUTUP KELEMAHAN MEREKA DAN ISU RASUAH YANG SEDANG MEREKA HADAPI


 

PANDANGAN DARI SEORANG YANG TELAH NYANYUK




Tun M kata, Hj Hadi lebih layak dan sangat layak jadi PM dan lebih baik dari Anwar... itu kata2 dari orang yg akalnya letak dilutut.

Kalau betullah apa yang Tun M kata, saya fikir negara akan lebih jahanam...

SEBAB...

1. Jadi Duta tak buat apa2... Makan gaji buta!

2. Lain disoal lain akan dijawab!

3. Selalu ponteng untuk ke Parlimen!

APA PANDANGAN DAN PENDAPAT ANDA...???

 

JANGAN PERCAYA HARGA UBI KENTANG MAHAL




HABIBRANI

Harga ubi kentang 5 kg RM 6.90..harga paling murah dalam sejarah 10 tahun ..tahniah kerajaan madani..masih ramai sangka kononya barang mahal,jangan percaya berita palsu ...sejak kerajaan madani ambil alih harga barang turun rendah....tahniah kerajaan madani bantu rakyat.



ANAK MUDA KEDAH KENA KELENTONG DENGAN SANUSI.- STADIUM PUN TAK NAMPAK ,LITAR LUMBA MOTOR PUN SEDANG QUYUB.- JOM DENGAR


 

PELANCARAN BANTUAN RAHMAH 99 KE SELURUH NEGARA





Semalam, KPDN bersama-sama rakan strategik, 99 Speedmart telah melancarkan ‘Flag Off’ Lori RAHMAH 99 Speedmart.

Objektif utama program ini adalah bagi menyampaikan Bakul RAHMAH kepada golongan miskin tegar di seluruh negara.

Terima kasih atas komitmen pihak 99 Speedmart yang konsisten dalam menyahut inisiatif RAHMAH untuk meringankan beban golongan miskin tegar di Malaysia.

Melalui sumbangan berjumlah RM1 juta ini, pihak 99 Speedmart dapat menyediakan 20,000 Bakul RAHMAH untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Setakat ini, pihak KPDN telah berjaya mengumpulkan sebanyak 80,000 Bakul RAHMAH atas sumbangan rakan-rakan strategik KPDN.

Semoga inisiatif-inisiatif di bawah payung RAHMAH ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan miskin tegar di seluruh Malaysia.

RAHMAH untuk Malaysia MADANI Description: 🇲🇾

Kredit: YBM Salahuddin Ayub

#RAHMAH

#MalaysiaMADANI

 

TAK BISING PULAK BAB ROHINGYA KENA LANGGAR MATI.




Ramai bodoh bising-bising  sebab Sam tidak salah, tapi tak bising-bising pulak pasal 6 pelarian rohingya dilanggar mati di highway ? 2 lelaki, 2 perempuan, dan 2 kanak-kanak ! Kes tak didakwa sebab rohingya tu sendiri yang salah, tak patut berada di highway. Habis, budak illegal lajak di highway tgh mlm tu patut ke ? Sendiri yang lakukan suicide stunt yang membahayakan diri dan orang lain, bila acvident, salahkan orang lain pulak ?

MB KELANTAN MENGADAP ANWAR- KAN MUDAH LAYANAN ANWAR PUN BAIK DAN MESRA-ANWAR TETAP HORMAT MB KELANTAN DENGAN MEMANGGIL BELIAU USTAZ- YANG BENGONGNYA YB YB KELANTAN

 




MOHD SAYUTI OMAR


MB Kelantan Ahmad Yakob dah jumpa dengan Anwar Ibrahim bincang kepentingan untuk Kelantan. Nampak mudah MB Kelantan ngadap Perdana Menteri.

Mana² wakil rakyat Kelantan dok perli Anwar, teje Anwar harus malu dengan layanan Anwar kepada Matkob itu. Trims.

 

LAGI RAKYAT KEDAH KUTUK SANUSI DENGAN SIKAP PERMUSUHANNYA.


 

KIASAN BERBISA ABDUL RANI KULUP




 

MP PN RASMIKAN MESIN ATM, NELAYAN DAPAT DUIT RAYA TANPA SAMPUL SURAT MUKA PEMIMPIN.

 


MP PN rasmikan mesin ATM di saat nelayan posing hadapan mesin ATM selepas duit bantuan Kerajaan Pusat pimpinan DS Anwar telah dikreditkan terus ke dalam akaun mereka, tanpa gimik dikumpulkan di dewan atau diberikan sampul duit dengan wajah pemimpin atas sampul tersebut. Guane boh?

Raja Gelap

 

SANUSI YANG SUKA BERCAKAP DAHULU SEBELUM BERFIKIR







Sanusi ni bila kita kata kurang cerdik, walaun sibuk nak bela. Tapi setiap perlakuannya banyak buktikan yang tahap inteleknya seperti kanak-kanak Pasti.

Terbaharu dia reka cerita kononnya ada usaha nak singkirkan dia dari Majlis Kewangan Negara. Reka cerita tapi tak mampu nak buktikan dengan fakta.

Kalau ya pun, setidaknya tanyalah orang yang mahir undang-undang. Ini tidak, main belasah je. Rupanya dalam perlembagaan menyatakan wakil negeri di Majlis Kewangan Negara adalah dilantik oleh Sultan negeri terbabit. PM tiada kuasa nak tolak. Beritanya di https://bit.ly/3o0lvp8.

Jadi yang Sanusi merepek apa sebenarnya? Niat dia ni tak cuma nak timbulkan persepsi buruk je terhadap DS Anwar. Tapi nampaknya tak menjadi.

Atau Sanusi nak kata Sultan Kedah yang cuba nak singkirkan dia? Sebab Sanusi tak sebut secara jelas siapa. Kalau betul, dah kira biadap terhadap sultan ni. Patut disiasat. Guane boh?

Raja Gelap

 

INI INISIATIF NAK TOLONG RAKYAT








Macam ni baru namanya kerajaan nak bantu rakyat. Berikan pancing, bukan ikan. Dan Alhamdulillah, nampaknya usaha ini mendapat sambutan. Ramai rakyat yang bakal bergelar usahawan.

Walaun kena tengok ni. Yang sibuk kata kerajaan tak buat apa-apa, tengok! Bandingkan dengan masa Mahiaddin jadi PM. Apa dia buat? Cuma mampu suruh rakyat habiskan simpanan hari tua je.

Dah lah tak beri pancing, ikan yang diberi pun ikan busuk. Sebab yang elok dia dengan anak beranak, kaum kerabat dana sepupu sepakat dia dah sebat. Itu yang walaun puja sangat. Guane boh?

Raja Gelap

 


NAK HAIRAN APA GUAN ENG BERBUKA BERSAMA UMNO- MASA BELIAU JADI KM DULU PUN DIA SELALU KE MASJID JUGA BERSAMA JEMAAH MASJID BERBUKA PUASA.




 

RANTAU PANJANG PUN NAK JUGA - APA LA YB PAS NI- BENDA NI TANGGUNGJAWAB BANK SAJA UNTUK RAKYAT- BUKAN JASA KAMU LAH NAK RASMI BAGAI.....TU PUN NAK JADI YB




 

MAHFUZ KATA PAS PUN BERKAWAN DENGAN UMNO, JODOH TAK PANJANG. HABIS MADU SEPAH DIBUANG


 

KISAH HADI KENA BAYAR SAMAN BEBERAPA TAHUN DULU


 

ISU ROYALTI MINYAK KELANTAN DAN TERENGGANU


 

TN GURU ANNUAR MUSA PI KE MAKKAH TAK BALIK BALIK LAGI...NAMPAK GAYA PAS TERIMA DIA ...


 

RAKYAT KEDAH KUTUK SANUSI NAK BUAT LITAR LUMBA ,KEMUDIAN TUKAR PULAK PADA LITAR SANTAI- TEDIAAAA....KENA MOHONG LAGI


 

KES RASUAH ZAMAN PH 22 BULAN DAN ZAMAN PN 32 BULAN.


 

KEH.KEH..DIA PUNYA SEMBANG MACAM AJAR GEOGRAFI- TAKAT MANA DAH BUAT LA NI ?


 

SIDANG DUN PERAK : ARAFAT TIBAI WALAUN


 

KENAPA MARANG DAN PMT PAUH DISIASAT ?


 

ISU WARGANEGARA-SEBELAH BAPA ATAU EMAK - YANG BERASAL DARI MALAYSIA.