KATA PERJUANG AGAMA.

 


Katanya memperjuangkan Islam! Tapi di bulan Ramadhan yang mulia ini pun main langgar je hukum Islam! X takut dosa langsung! Walaun macam biasa akan pertahankan fitnah yang dilakukan oleh pemimpin² mereka!


KENYATAAN MEDIA


PAS FITNAH ISU TANAH RIZAB MELAYU DI NEGERI SELANGOR?


10 April 2023


Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Ahmad Yunus Hairi, mendakwa dalam laporan portal Malaysia Gazette bahawa jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu telah “menurun secara mendadak daripada tahun 2019 hingga 2021 sebanyak 3,200 hektar.”


Dakwaan Ahmad Yunus itu adalah fitnah kerana tidak menepati fakta.


Faktanya, pada tahun 2013, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor berjumlah 395,946.50 ekar.


Sejak PAS tidak lagi menjadi sebahagian dari Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 2018, keluasan Tanah Rizab Melayu Negeri Selangor telah meningkat secara strategik kepada 401,935.96 ekar (tahun 2019), dan sebanyak 403,123.39 ekar (tahun 2021).


Ini bermaksud keluasan Tanah Rizab Melayu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan Negeri Selangor telah meningkat sebanyak 7,176.89 ekar, termasuk pewartaan di Hilir Tambahan – Hulu Langat, Kundang – Kuala Langat, Selayang Pindah – Gombak, Ulu Semenyih – Hulu Langat, dan Bukit Cherakah – Petaling.


Kerajaan Negeri Selangor terus komited untuk memelihara keluasan Tanah Rizab Melayu agar dipantau secara rapi melalui Pejabat Tanah dan Galian Selangor.


PAS wajar memohon maaf kerana cuba memfitnah dan menipu warga Selangor. PAS harus muhasabah dan mengelak daripada amalan tercela dengan menyebar fitnah, terutamanya pada bulan Ramadhan ini.


YB JUWAIRIYA ZULKIFLI

Setiausaha Politik

Kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor


#SetanPunKenaPenjara

#BulanRamadhan



No comments: