RAKYAT TENGAH SUSAH ...LUCUT ILMU DIDADA KERANA TERIMA RASUAH...KALAU TAK ADA JAWATAN ORANG NAK BAGI KA TAJAAN.?

 


Atas alasan ianya ditaja, menteri agama boleh bermewah dalam keadaan rakyat tengah susah dan PM sendiri mengaku kerajaan tebuk atap ini semakin tiada duit.  Orang ada ilmu agama ni patutnya dia tunjuk teladan, dia sanggup susah dulu.  Betullah kata orang, kalau dah bersekongkol dengan pengkhianat, habis kemuliaan ilmu di dada.



SINGA PAS VS KUCING PAS- TERTELAN HALKUM GAMAKNYA...KAH.....

Terkini! Umno persoal Hadi Awang tentang agihan kerusi

 

Terkini! Umno persoal Hadi Awang tentang agihan kerusi


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mempersoalkan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu perlu menyelesaikan masalah dalaman sebelum rundingan agihan kerusi dengan Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) boleh diteruskan.

Katanya, soal pembahagian kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak menjadi masalah kerana UMNO sudah melantik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai perunding yang mewakili parti itu.

“Kenyataan (Abdul Hadi) tidak begitu jelas apa maknanya masalah dalaman UMNO. Soal nak runding dengan siapa pun UMNO memang tiada masalah (dan) kita sudah bersetuju lantik Datuk Seri Mohamad Hasan untuk lakukan perundingan pembahagian kerusi.

“Jadi tiada masalahnya. Tidak ada siapa cakap tak setuju Datuk Seri Mohamad Hasan (berunding tentang) pembahagian kerusi (dengan Pas). Saya sebenarnya tak faham apa maksudnya, apa yang dia nak tunggu dan apa masalahnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Insentif Johor Berkebajikan E-Kasih 2021 di Dewan Serbaguna Taman Cendana di sini pada Jumaat.

Pada Jumaat, Abdul Hadi meminta UMNO berbuat demikian dan Pas tidak menghentikan rundingan bersama-sama UMNO namun parti itu mengambil pendirian berbincang dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selagi kemelut UMNO tidak menemui penamat.

“Ia (agihan kerusi) baru di peringkat awal, dengan UMNO kita masih ada hubungan. Kita tidak henti cuma tangguh kerana masalah UMNO tidak selesai. Orang-orang pun dia tukar menukar, lepas orang ini, tukar orang ini pula, ia tidak tetap jadi kita tunggu (selesai) dan bincang dengan Bersatu dulu,” kata Abdul Hadi sebagai dipetik.

Mengulas lanjut, Mohamaed Khaled berkata, UMNO mengamalkan demokrasi dan ahlinya bebas memberikan pandangan serta pendirian berbeza.

“UMNO tidak pernah kekang mereka untuk zahirkan pendirian mereka dan apabila pendirian dizahirkan walau apa pun perbezaannya bukan masalah. Itu cara UMNO meraikan demokrasi,” katanya.

Mengenai Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara UMNO dan Pas, beliau yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, UMNO akan terus mendukung dan memantapkan kerjasama yang sudah sedia terjalin.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Yayasan Pasir Gudang menyampaikan sumbangan berjumlah RM300 sebulan untuk tempoh dua bulan kepada sebahagian daripada 783 penerima yang tersenarai dalam e-Kasih bagi meringankan beban menyambut Aidilfitri.

Bagi program tersebut, Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) memperuntukkan RM469,800 untuk diserahkan kepada penerima yang layak. 





FUYOOO BANYAK UNTUNG ....

 May be an image of 1 person and text that says "Adakah patut seorang yang pernah ditolak rakyat hingga hilang wang deposit dilantik Timbalan Menteri? NEGERI: SABAH NAMA PENUH GUAN DEE BAHAGIAN PILIHAN RAYA P177- BEAUFORT PARTI STAR DUN LAJIM BIN UKIN BILANGAUNDI PKR KEPUTUSAN HILANG DEPOSIT MENANG 12.827 12,155 BERDAFTAR DITOLAK DALAMPET UNDI 30,097 TIDAK DIKEMBALIKAN MAJORITI 25,950 26,000 50 86.4 672 KEMENTERIANPEL Tahniah Selamat Datang YB DATUK GUANDEE KOHOI atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia"

Fakta: Aktiviti perjudian semakin rancak zaman kerajaan PN

 


Fakta: Aktiviti perjudian semakin rancak zaman kerajaan PN

1. Parti Amanah Negara (Amanah) Wilayah Persekutuan kesal dan mengecam dua klip video yang tular di media-media sosial yang mempromosi judi atas talian dengan nama GDBett333 dan IBC003. Video berdurasi sekitar 2 minit itu memaparkan beberapa orang remaja yang dipercayai berbangsa Melayu dan beragama Islam dalam suasana Hari Raya dan turut sama mempromosikan judi online secara terbuka kepada orang ramai.

2. Video tersebut jelas merupakan satu penghinaan ke atas umat Islam di negara ini terutama di saat umat Islam baru mula menjalani ibadat puasa di bulan Ramadan yang mulia. Ia telah mencemarkan kesucian bulan Ramadan, menimbulkan kegusaran awam di samping tidak menghiraukan langsung sensitiviti umat Islam di negara ini.

3. Penyiaran video yang mempromosikan judi online secara terbuka ini bukan sahaja biadap dan tidak bermoral, malah ia dengan jelas melanggar peruntukan undang-undang negara khususnya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan boleh juga dianggap sebagai satu hasutan kepada orang awam khususnya umat Islam untuk terlibat dalam perjudian atas talian ini.

4. Amanah WP telahpun membuat laporan polis di IPD Sentul pada hari Sabtu 17/4/2021 bagi membolehkan pihak polis menyiasat secara terperinci semua pihak yang terlibat dalam penghasilan video tersebut dari penerbit, pengarah, pelakon-pelakon dan syarikat perjudian yang mempromosikan judi online tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam menghasil dan menyiarkan kepada umum video yang sangat memalukan ini.

5. Amanah WP juga menggesa supaya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak dengan tegas dan segera bagi menyekat penularan video ini yang masih lagi tersebar dengan berleluasa di media-media sosial.

6. Adalah sesuatu yang amat malang kepada umat Islam di negara ini di saat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) memerintah yang kononnya berteraskan Melayu-Islam di mana PAS ada di dalamnya, aktiviti-aktiviti maksiat dan perjudian semakin rancak berleluasa dan promosinya dibuat dengan sangat berani secara terbuka kepada orang ramai. Selepas jumlah cabutan khas dinaikkan kepada 22 kali oleh Kerajaan PN, kini syarikat-syarikat judi tanpa segan silu pula mempromosi iklan judi mereka secara terbuka di media-media sosial. Dengan kebebasan yang ada ini, tidak mustahil selepas ini kegiatan-kegiatan maksiat dan pelacuran pun boleh dipromosi secara terbuka di media-media sosial untuk tatapan rakyat Malaysia.

7. Kerajaan PN benar-benar telah gagal bukan sahaja mengurus ekonomi, politik dan kesihatan rakyat negara ini, malah isu-isu moral serta sensitiviti agama dan bangsa juga turut gagal diurus dengan cara yang lebih bertamadun. Maka sudah wajar sangatlah ia diturunkan dalam piliharaya yang akan datang bagi mengelakkan kerosakan yang lebih parah kepada seluruh rakyat Malaysia.

AHMAD ZAMRI BIN ASA’AD KHUZAIMI
Naib Pengerusi
Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan
17 April 2021





Kerajaan PN perlu haramkan exploitasi agama dalam iklan judi

 


Kerajaan PN perlu haramkan exploitasi agama dalam iklan judi

Pemuda Amanah Selangor membantah sekeras-kerasnya dan menggesa pihak berkuasa segera menyiasat iklan Hari Raya yang mempromosi sebuah skim judi kasino atas talian yang tular dalam media sosial.

Mempromosi judi untuk mendapat wang tambahan Hari Raya Aidilfitri seperti yang diiklankan bukan sahaja mengeskploitasi orang ramai, malah menghina agama Islam. Kerajaan wajar mengambil tindakan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hukuman penjara tidak lebih tiga tahun.

Oleh yang demikian, Pemuda Amanah Selangor ingin mendesak kerajaan agar iklan itu diharamkan serta merta dan tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak berkenaan berlandaskan undang-undang yang sedia ada.

Dalam bulan yang penuh barakah ini, Pemuda Amanah Selangor ingin mengajak seluruh umat islam khususnya di Malaysia untuk berlumba-lumba dalam menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengerjakan amal ibadah puasa, sedekah dan membaca Al-Quran.

Raja Muhammad Firdaus
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Selangor
Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Selangor


RAKYAT SIBUK MENGUTUK BAB JUDI-PAK LEBAI SIBUK BETULKAN AKIDAH NAK KUASA






May be an image of 1 person, sitting and text that says "Haram sokong Umno sampai kiamat Mahu kerjasama PAS-Umno sampai kiamat DATUK SERI HADI AWANG Presiden PAS 8 Ogos 201 SR uara rakyat NIK ABDUH NIK AZIZ AJK PAS Pusat/ 14 April 2019"



 May be an image of 1 person and text that says "Amaluddin Yusof dulu PH perintah ada isu hina agama, kaum, mabuk, judi, LGBT, teruk walaun salahkan kerajaan, salah Mujahid... skrg walaun X nk salahkan kerajaan ke? itu lah, bila terlalu poyo suci. anggap diri mereka lebih mulia, lebih Islam bila sokong PAS... sikit2 neraka, skit2 lawan ulamak, skit2 tanam jerat cina. tahi sendiri X nampak, tahi org nampak.. bila jadi kerajaan & ada kuasa, pakat2 jadi setan bisu & kayu.. Bila Ustaz Azhar tegur, bukan main melenting terbakar walaun.. jenis wala gini minum air kaki Hadi pn sanggup.. phuii.. 。٥"May be an image of 1 person and text that says "Mohd Fakhrulrazi Mokhtar 1d・ Sangat menduka citakan apabila iklan judi melibatkan org islam dan mengaitkan aidilfitri dan dgn perjudian .amat kurang ajar. Apa nak jadi negara kita sekarang ini!! 92 15 Comments 22 Shares"

WAHAI SEMUA RAKYAT MALAYSIA....JANGAN LAYAN DIA NI SEBAB TAK SIHAT.

 May be an image of 1 person and text that says "F M T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Saya terlalu tua untuk jadi PM kali ketiga, kata Dr Mahathir FMT Reporters April 14, 2021 6:44 PM 213 Shares f Dr Mahathir Mohamad masih menaruh harapan untuk masyarakat antarabangsa mengisytiharkan peperangan sebagaije m"

PELAKON PULAK KENA TANGKAP...PENGARAH MACAMANA? SYARIKAT MACAMANA...MESTI WALAUN SUKE..

 

JASVINDER KAIF


Yang kena tangkap Melayu islang walaun suka

Dia tak kenal ke taikun judi online terbesar dalam negara orang kuat kerajaan BN yang diangotai umno yang pas comolot sekarang..

Berselindung belakang tauke panggung wayang..

Kenapa tak tangkap??

Bodoh sengguh walaun

 May be an image of text that says "Malaysia SPROUT YOUR MIND Gazette Home Nasional Semua pelakon video klan raya promosi judi online dicekup polis NASIONAL UTAMA Semua pelakon video iklan raya promosi judi online dicekup polis By Kumara Sabapatty 16 April 2021"

Lagi iklan judi raya dikesan tular- keh..keh..keh...woiii kerajaan melayu isle ...kah...kah...kah

 

Fareez Azman
Lagi iklan judi raya dikesan tular
Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian. -Video tular
KUALA LUMPUR: Satu lagi iklan judi raya dikesan tular di media sosial hari ini.
Menggunakan judul "Hari Raya Berkaya", video berdurasi 3 minit 18 saat itu jelas mempromosikan aktiviti judi secara dalam talian.
backup_ads
Video tersebut memaparkan dua pelakon masing-masing seorang lelaki dan wanita menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri apabila mendapat wang daripada aktiviti perjudian.
Sebelum ini, tular sebuah iklan memaparkan sekumpulan remaja mempromosi aktiviti sama bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ia membawa kepada penahanan lima lelaki dan tiga wanita yang dikesan terbabit dalam pembikinan iklan berkenaan pada Jumaat.
BACA: Lapan individu terlibat iklan judi raya ditahan
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, kesemua mereka berusia di antara 24 dan 47 tahun itu direman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.
Iklan Hari Raya | Lapan individu ditahan terlibat iklan promosi judi
Jelasnya, siasatan akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon di dalam video tersebut.
Video yang tular sejak 15 April lalu itu mengundang kecaman serta membangkitkan kemarahan masyarakat khususnya yang beragama Islam.
Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
BACA: Iklan judi raya: Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan penggambaran
Iklan tersebut yang pada mulanya menceritakan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri kemudiannya bertukar kepada promosi aktiviti perjudian bagi mendapatkan wang untuk menyambut perayaan dengan meriah.
Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan reaksi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penularan video terbaharu ini.

PH PERLU AKUI KITA GAGAL SAINGI KERAJAAN MELAYU ISLE TEBUK ATAP INI DALAM MERANCAKKAN PERJUDIAN



Di era PH, waktu bulan Ramadhan atau bulan-bulan  lain, siapa pernah dengar klip video lagu promote judi atau lagu raya promote judi?  Itulah kelemahan kjaan PH yang ada Dap.


Kita patut bersyukur, ditakdirkan munculnya beberapa ekor pengkhianat bangsa melayu termasuk yang beserban dan berjubah labuh telah melakukan "jihad khianat syarie' dan merampas kjaan PH dari mandat rakyat.  


Hasilnya, sekarang kita telah berjaya meningkatkan "pelaburan' judi dengan menambah cabutan judi dari 8 kali di era kerajaan PH kepada 22 kali di era kjaan tebuk atap melayu Isle ini.  Bahkan, kita juga berjaya menaik taraf perjudian tersebut dengan adanya banyak klip-klip video lagu raya untuk promosi judi.  Ini gagal dilakukan oleh kerajaan PH yang ada Dap dulu.


Kjaan tebuk atap berjaya melaksanakannya kerana kjaan ini disokong dan diperkukuhkan oleh para "lebayyun' yang turut pegang jawatan penting seperti menteri jaga undang-undang.  So, apa takut?  Yang penting, tiada Dap.  


WFAUZDIN NS




40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin - KP Kesihatan

 

Hafizi Rosli
40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham mengesahkan 31 kes yang dilaporkan dijangkiti COVID-19 kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19.
Manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas menerima dos pertama vaksin.
Namun kesemua mereka yang dijangkiti tidak mempunyai simptom yang teruk.
Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19.
Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti.
Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Sumber Facebook DGHisham


Dialog Tiga Penjuru: Dilema Graduan - Ilmu tinggi, tiada kerja

Zamani oh Zamani ... harap tabah hadapi derita penyakit autoimun

 

Raja Hisyam Raja Zaid
Zamani oh Zamani ... harap tabah hadapi derita penyakit autoimun
Zamani nafi dakwaan dia sengaja menolak sebarang bantuan yang ingin dihulurkan bahkan berterima kasih atas keprihatinan mereka terhadap kesihatan beliau. -Sumber foto ihsan MStar
MELIHAT kelibat Zamani Slam ketika ini, pasti ramai yang tidak menjangka insan yang pernah menghiburkan masyarakat dengan suaranya yang lunak kini menderita menghidap penyakit.
Sosok tubuh yang dahulunya megah beraksi di atas pentas kini berjalan dalam keadaan membongkok akibat penyakit autoimun multiple sclerosis (MS) kronik yang dihidapinya.
Keadaan ini dipercayai menyukarkan pergerakannya sehingga dia kelihatan terbongkok-bongkok apabila berjalan.
Namun bagi pemilik suara emas yang sinonim dengan lagu "Gerimis Mengundang" ini, bukan simpati yang dipinta.
Sebaliknya dia memilih untuk berusaha keras bagi mencari sesuap nasi buat keluarganya.
Bukan menagih simpati, Zamani berkata prinsip hidupnya tidak mahu menjadi beban kepada orang lain.
Difahamkan penyakit itu dialami sejak kecil, namun kata Zamani sejak 2015, keadaannya semakin kronik.
“Kalau ikutkan memang dah sepatutnya kena melakukan pembedahan. Namun, insya-Allah saya usaha mana yang mampu dahulu.
"Buat masa ini, bukan saya tidak mahu bantuan, saya sangat menghargai tawaran yang diberikan, namun saya lebih suka jika diberi bantuan dalam bentuk tawaran menyanyi,” kata Zamani ketika dihubungi Astro AWANI, baru-baru ini.
Menurut Zamani, sakitnya itu akan lebih ketara setiap kali dia berjalan.
Dalam foto sumbangan MStar ini, Zamani turut mengatakan bahawa tawaran yang diterimanya juga datang dari peminatnya, - Foto Ihsan MStar
Dalam foto sumbangan MStar ini, Zamani turut mengatakan bahawa tawaran yang diterimanya juga datang dari peminatnya, - Foto Ihsan MStar
Buat masa ini, Zamani, 50, hanya mengharapkan rawatan alternatif dua minggu sekali dengan kos di antara RM250 dan RM300 bagi setiap sesi.
“Insya-Allah bila sampai masanya kalau saya betul-betul perlukan bantuan saya akan terima dan beritahu,” kata Zamani lagi.
Menurutnya, tawaran menyanyi masih ada, namun dengan keadaan yang dialaminya sekarang, karier nyanyiannya turut terjejas.
Sebelum ini, ada dakwaan yang mengatakan dia sengaja menolak sebarang bantuan dari rakan-rakan yang prihatin.
“Ini tidak benar, bukan begitu. Namun, saya mahu berusaha selagi mampu.
"Dakwaan yang mengatakan ada hospital swasta atau doktor yang pernah menawarkan rawatan secara percuma, tawaran pertolongan yang dihulurkan adalah dalam kalangan peminat,” tambahnya.
Zamani turut menolak dakwaan bahawa dia sengaja menafikan sebarang bantuan yang ingin dihulurkan kepadanya.
Tidak sesekali niatnya untuk menolak keprihatinan yang dipamerkan peminat, namun dia menyedari hakikat bahawa dia mampu berdikari.
Menurut Zamani, sakit yang dialaminya itu turut menjejaskan tahap persembahannya.
"Memang agak terasa dan terkesan juga dengan tahap nyanyian saya namun ia tidak terlalu teruk,” katanya.



Pensyarah UUM dikecam, jadikan bantuan isu perkauman (ISH TAHAP BEGINI YA YANG BERGELAR ILMUAN ?KA JEMUAN)

 


#KerajaanGagal kini paling tular di kalangan pengguna media sosial

 

Adakah Umno Akan Tinggalkan PN ? - Lokman Adam



MOHD MUFIZ II

Akhirnya Lokman Adam PECAHKAN RAHSIA UMNO !!....Zahid hanya ada 8 MP UMNO je bersamanya jika UMNO tarikbalik sokongan kpd Muhyiddin

Maknanya 31 dari 39 MP UMNO DAH BERSAMA MUHYIDDIN DAN BERSATU !!.....

 

UMNO DAH KO DLM PRU15 NANTI JIKA ZAHID MASIH XBERANI TARIIKBALIK SOKONGAN KEPAD MUHYIDDIN !! SEBENARNYA UMNO AKAN KUAT DALAM PRU15 INI JIKA ZAHID TARIKBALIK SOKONGAN KEAPDA MUHYIDDIN DENGAN 8 MP YANG ADER JE !!

 

UMNO AKAN DI LIHAT SEBAGAI MANGSA PERBUATAN JAHAT BERSATU YANG PALING SADIS !!....SIMPATI KEPADA UMNO DALAM PRU15 AKAN BERTAMBAH...BERSATU AKAN HANCUR !! TAPI ZAHID XDE TELO...

 


MELAYU PERINTAH, MUDAH BERJUDI?


MUHYIDDIN TAK BOLEH CAKAP KERAJAAN ‘TAK ADA WANG’


BOLEH RENTAS NEGERI ATAU TIDAK DI HARI RAYA, KERAJAAN DISARAN BUAT KETETAPAN AWAL

 

Cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangguhkan perjalanan rentas negeri menjelang Aidilfitri ternyata menggusarkan orang ramai.

Saya melihat perkara ini perlu dilaksanakan dengan jelas kerana bimbang boleh menimbulkan kemarahan orang awam.

Bagi umat Islam yang sedang melaksanakan ibadah puasa ketika ini mereka mengharapkan perjalanan rentas negeri dibolehkan bagi meraikan Lebaran di kampung halaman. Apatah lagi sudah terlalu lama mereka tidak dibenarkan pulang untuk menjenguk orang tua di desa.

Namun peningkatan kes harian Covid-19 di awal Ramadan ini amat dikhuatiri. Bukan apa, ia akan dijadikan alasan perjalanan rentas negeri tidak dibenarkan.

Saya bimbang apabila kemarahan orang awam memuncak, kerajaan pada saat-saat akhir akan membenarkan perjalanan rentas negeri bagi merayakan Aidilfitri.


Dan hasilnya selepas itu, kita akan menyaksikan kes Covid-19 akan mencanak tinggi.

Dan mungkin ketika itu laporan harian pandemik akan dijadikan alasan untuk memanjangkan tempah darurat. Sedangkan ia sepatutnya berakhir pada 1 Ogos 2021.

Bagi memastikan perkara itu tidak berlaku, seelok-eloknya kerajaan menerusi KKM membuat ketetapan bermula sekarang. Boleh atau tidak perjalanan rentas negeri.

Apa yang penting jangan flip flop atau menyusahkan orang ramai seperti pelaksanaan pembelajaran di rumah (PDPR). Komputer riba sudah dibeli tetapi sekolah dibuka semula selepas itu.

Lebih penting pemberitahuan awal mengenai rentas negeri adalah untuk memudahkan kakitangan awam dan swasta menyusun jadual dan memohon cuti untuk meraikan Aidilfitri.

Pada masa itu mungkin ada yang sudah membeli tiket bas dan tiket kapal terbang. Jika sekejap boleh sekejap tak boleh seperti iklan biskut Chipsmore ia pasti menyusahkan.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.




CARI SAJAT PUN DEKAT SEBULAN...ADUHAI.....JHO LOW SAMPAI LA HISHAMUDDIN CARI TAK JUMPA GAMAKNYA

 

Licik! Sajat nafi berada di Siam, rupanya menyorok kat Johor Bahru

Licik! Sajat nafi berada di Siam, rupanya menyorok kat Johor Bahru

Nampaknya usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamarzaman terus mencetuskan kontroversi.

Sejak ‘menghiIangkan’ diri susulan menjadi buruan pihak berkuasa selepas waran tangkapnya dikeluarkan mahkamah tinggi syariah, Sajat dilihat kurang menggunakan media sosiaInya bagi mengelakkan keberadaannya dikesan.

Macam marah je bang jat

Namun, sejak beberapa hari kebelakangan ini, dia seolah-olah ‘mencabar’ pihak tertentu dengan mengeluarkan kenyataan menyentuh perihal agama walaupun menulis secara random memandangkan sekarang adalah bulan Ramadan.

Dalam IG story terbarunya, dia seakan berang apabila mengeluarkan kenyataan memerli sestengah pihak yang merasakan diri tidak pernah berbuat dosa dan menggelar mereka sebagai munaflk.

Akan bngkit dari semua ini

Dalam pada itu, dengan menggunakan filter filem animasi Frozen dan watak Puteri Elsa, Sajat memaklumkan dirinya akan bangkit dari segala masalah yang berlaku.

Maki haters pulak!

Dia juga sempat memaki para haters dengan kata-kata yang kurang sopan bagi menggambarkan perasaan amarahnya apabila kerap dikecam sebelum ini.

Walau pun keberadaan Sajat masih lagi menjadi ‘misteri’, namun berkemungkinan besar dia berada di Thailand.

Usahawan ini masih belum menyerahkan diri sejak hari pertama diburu pihak berkuasa setelah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah ekoran kegagalannya menghadiri prosiding kes berpakaian wanita pada tiga tahun lalu.

“Jesica Zaman?” Sempena Ramadhan Tiada Lagi NurSajat

Usahawan transgender terkenal, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad kamaruzzaman dilihat telah membuat ucapan sempena kedatangan bulan Ramadan di Instagram Story.

Tulis Sajat, ‘Kepada mereka yang beragama Islam, saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadan’.

Sajat juga dilihat memuatnaik gambar tngkap layar akaun terbaru Facebooknya yang menggunakan nama Jesica Zaman.

Namun tinjauan Oijom di bahagian Facebook, nama akaun berkenaan tidak ditemui.

Ketika ini, lokasi Sajat yang sebenar masih belum diketahui. Pihak berkuasa masih mencarinya. Malah Batalion 3 Pasukan Gerakan Am turut dikerah untuk mengesan Sajat kerana ada yang mendakwa Sajat kini berada di Thailand.

Saya kat JB la Ngok

Semua Border Tutup Ngok! Bahalol – Sajat Nafi Ke Thailand Sebenarnya Di JB

6 April lepas usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman 36 atau Sajat dipercayai sedang bersembunyi di Thailand selepas menghiIangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah.

Harian Metro melaporkan bahawa sumber terdekat memberitahu bahawa sama ada dia menggunakan laIuan tikus atau menggunakan pakej pelancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.

Kes pelariannya itu diakui oleh Ketua P0lis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador sendiri namun begitu tidak dinyatakan secara spesifik lokasi pelariannya.

Sajat respon ada kat mana

Sajat nafi lari ke Thailand sebaliknya ada di JB

Namun begitu, dalam satu perkongsian menerusi Instagram hari ini, Sajat menafikan bahawa dirinya kini sedang berada Thailand, dia mendakwa dirinya kini sedang berada di Johor Bahru apabila ada netizen menegur dirinya.

hahahaha hey org ada kat jb la ngok! Celah mana nak pergi thailand tu? Ko Ingat bapak Aku wakil rakyat thailand ker! Semua boder tutup ngok! Bahalol..

Dalam respon komen itu, Sajat menyatakan bahawa dia sendiri akui bahawa dirinya tak boleh lari ke negara tersebut kerana sempadan ditutup berikutan dengan Covid 19 ini.

Untuk rekod, Muhammad Sajjad telah mencetuskan kontroversi apabila dia ada memuat naik video mahu keluar daripada Islam selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.

Sajat bersembunyi di Thailand – KPN

Terdahulu, sumber memberitahu Harian Metro bahawa Sajat kini sedang bersembvnyi di Thailand.

Ditanya bagaimana dia lolos ke negara jiran itu sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkannya.

Menjadi persoalan sama ada Sajat menggunakan laIuan tikus untuk keluar dari Malaysia ke Thailand ataupun dia menggunakan pakej pelancongan yang membenarkan pelancong asing memasuki negara berkenaan selain kunjungan perniagaan.

Sementara itu Ketua P0lis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi mengesahkan bahawa Sajat kini sedang berada di negara jiran namun beliau tidak menyatakan negara dimaksudkan.

Ya dia kini berada di negara jiran. Cuma saya nasihatkan kepada dia pulang dan pergilah ke mahkamah. katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia sudah berk0ngsi maklumat berkaitan usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat yang didkwa berkemungkinan sudah berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud dilaporkan berkata bagaimanapun pihaknya tidak akan mendedahkannya kerana dikhuatiri mengganggu siasatan.

Muhammad Sajjad mencetuskan kontroversi baru baru ini apabila memuat naik vldeo mahu keluar daripada Islam selepas menghiIangkan diri susulan waran tangkap dikeluarkan mahkamah terhadapnya berhubung kes dikendalikan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

KPN : BaIiklah Sajat muncul di mahkamah

Terdahulu Polis menggesa usahawan kosmetik kontroversi Nur Sajat agar keluar daripada persembunyian dan berhadapan dengan kes di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata keputusan Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk bersembunyi adalah sangat aneh kerana dia tidak menghadapi tuduhan serius di mahkamah.

Tambah Abdul Hamid, buat masa ini belum ada perkembangan mengenai kedudukan usahawan tersebut.

Saya harap dia bertanggngjawab, itu private life dia saya tahu walau sedang bersembunyi dia masih lagi hendak mencuit perasaan orang ramai dengan kenyataan dan tindakan yang dilakukannya.

Saya minta dia baIik dan pergi ke mahkamah. Dia sudah memang di luar negara, masa dia lari dari mahkamah itu kita tidak dapat kesan hanya kita tahu lebih kurang dia di mana.

Kita ada teknik mengesan misalnya ada di Kedah, Perak, kita cuba hendak menahan dia di sempadan. Tetapi kena faham, sempadan kita bukan sahaja tembok kalau mereka gunakan lorong tikus ini, sukar bagi kita ujarnya.

Dia masih bersembunyi kalau dia nak muat naik aktiviti dia tak apa lah kita tvnggu kerana jerat tidak akan lupa pelanduk. Dia akan baIiklah katanya.

Pada 6 Januari lalu, Nur Sajat mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syarie Mohamad Khalid Shaee Shaii.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dalam majlis bacaan Yasin dan solat hajat, pada 7.30 malam 23 Februari 2018 di premis kecantikannya Nursajat Beauticion Jalan Serai Wangi G16/G Seksyen 16 Shah Alam.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10a Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sumber: Nursajat via tsgt