YB STEVAN SIM
Hati terasa amat gembira.
Pesanan ini sebenarnya dah buat awal tapi tersekat kerana isu
kekurangan komponen global.
Ada kawan-kawan yang nasihat saya stop projek ini memandangkan
sekolah sudah buka. Sebab nak kutip dana beli laptop bukan mudah, perbelanjaan
ofis sendiri pun sudah nak habis.
Tapi terkenang nasib anak-anak yang tak mampu untuk beli laptop
nak belajar, saya buat keputusan teruskan projek Asal Cek Mau Pi Sekolah.
Laptop yang kerajaan janjikan pun tak sampai-sampai, kini sudah masuk bulan
April. Syukur sekurang-kurangnya di Bukit Mertajam, kita agihkan 500 buah
laptop dan tablet setakat ini.
Susah sikit takpa, letih sikit takpa. Asal Cek Mau Pi Sekolah,
saya akan kerja keras untuk cari dana.
Kriteria nak pohon?
Anak-anak Bukit Mertajam (Tingkatan 5-Universiti/Kolej) yang
bersungguh-sungguh nak belajar dari keluarga kurang berkemampuan (B40 &
M40, bergantung kepada bilangan anak).
Saya tak akan tanya kamu kaum apa.
Saya tak akan tanya kamu agama apa.
Saya tak akan tanya kamu undi parti apa.
Asal Cek Mau Pi Sekolah saya akan bantu.
Orang yang derma ada Cina, Melayu, India. Anak-anak yang dapat
ada Cina, Melayu, India. Kita semua orang Malaysia.