Pemuda Amanah Selangor membantah sekeras-kerasnya dan menggesa pihak berkuasa segera menyiasat iklan Hari Raya yang mempromosi sebuah skim judi kasino atas talian yang tular dalam media sosial.
Mempromosi judi untuk mendapat wang tambahan Hari Raya Aidilfitri seperti yang diiklankan bukan sahaja mengeskploitasi orang ramai, malah menghina agama Islam. Kerajaan wajar mengambil tindakan di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hukuman penjara tidak lebih tiga tahun.
Oleh yang demikian, Pemuda Amanah Selangor ingin mendesak kerajaan agar iklan itu diharamkan serta merta dan tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak berkenaan berlandaskan undang-undang yang sedia ada.
Dalam bulan yang penuh barakah ini, Pemuda Amanah Selangor ingin mengajak seluruh umat islam khususnya di Malaysia untuk berlumba-lumba dalam menghidupkan bulan Ramadhan yang mulia ini dengan mengerjakan amal ibadah puasa, sedekah dan membaca Al-Quran.
Raja Muhammad Firdaus
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Selangor
Pengarah Mobilisasi Pemuda Amanah Selangor