40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin - KP Kesihatan

 

Hafizi Rosli
40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas lengkapkan dua dos vaksin - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham mengesahkan 31 kes yang dilaporkan dijangkiti COVID-19 kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 40 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 setelah melengkapkan dos vaksinasi mereka.
Jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dua minggu selepas mendapat dos kedua vaksin COVID-19.
Manakala sembilan kes selebihnya dijangkiti selepas dua minggu melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Dalam entri terbaharu Dr Noor Hisham di laman Facebooknya, beliau turut memaklumkan seramai 142 petugas kesihatan dijangkiti COVID-19 selepas menerima dos pertama vaksin.
Namun kesemua mereka yang dijangkiti tidak mempunyai simptom yang teruk.
Jelas beliau, ia jelas menunjukkan bahawa walaupun selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin, seseorang individu itu boleh dijangkiti COVID-19.
Tiada seorang pun akan selamat selagi virus ini wujud dalam komuniti.
Justeru, beliau menegaskan agar semua individu dapat meneruskan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Sumber Facebook DGHisham


No comments: