MEMBALAK BERSAMA ULAMAK

Rina Hamzah

Pemimpin islang kata tak apa membalak waktu PKP . Rakyat jangan banyak soal, Tak ada duit tak apa nanti ABAHkorang doa, Tak ada makan Tak apa ABAHkorang doa yg penting kami pemimpin-pemimpin  islang maju terus dengan membalak bersama ularmak.
 

MEWA, MAFI DAN FDI



Data tersebut menunjukkan hanya Filipina satu-satunya negara di Asean yang naik FDInya sebanyak 29 peratus, manakala Vietnam pula paling sedikit jatuh iaitu hanya 10 peratus untuk tahun 2020. Namun, para Menteri PERIKATAN NASIONAL yang tidak mengerti bagaimana hendak mentadbir-urus ekonomi negara sibuk menambah kosmetik kepada Kementerian masing-masing.






AKHIRNYA KES VIDEO AZMIN HAZIQ BAKAL KE MAHKAMAH?



Ramai rakyat Malaysia mula mengeluh. Situasi politik dan keadaan ekonomi semakin teruk. Umum sedia maklum politik yang stabil memacu ekonomi yang baik. Tetapi perebutan kuasa di negara kita semakin menjadi jadi dan tidak lagi selindung-selindung. Masing-masing menyalahkan satu sama lain. Di pihak pembangkang mereka tidak boleh bersatu dan di pihak kerajaan sentiasa bergaduh-gaduh. Kita risau kerana pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia. Negara jiran Indonesia telah membuat lebih baik dari Malaysia dalam menarik pelabur asing kerana mereka bersatu hati. Pemerintah dan pembangkang di sana mahu bekerjasama tidak seperti di Malaysia. Semakin hari semakin teruk ekonomi negara kita. Dengan rakyat yang sudah tiga suku juta tiada kerja, masa depan Malaysia agak malap. Persoalannya sekarang, adakah kita akan dapat melihat, situasi politik kita menjadi stabil semula dan kucar kacir kembali tenang? Rakyat sentiasa memerhati. Namun ianya bergantung kepada ahli-ahli dan pemimpin politik. Jangan nanti menjadi terlalu lewat untuk negara kita bila nasi sudah jadi bubur. Kurangkanlah berpolitik atau cari jalan keluar. Apa pendapat anda? Apa pendapat anda?


LOKMAN ADAM DEDAH PROJEK RM1.16BILION KRONI MUHYIDDIN

#AWANI745 31 Januari 2021

Tun Mahathir tak mahu usir Zakir Naik – Tommy Thomas

 Tun Mahathir tak mahu usir Zakir Naik – Tommy Thomas


DR Mahathir Mohamad tidak mahu mengusir Zakir Naik walaupun hanya itu yang dikehendaki oleh India, kalau sekiranya ia tidak dapat mengekstradisi pendakwah kontroversi itu, kata bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

Dalam buku biografinya yang terbit minggu ini, Thomas berkata pendirian India itu disampaikan kepadanya oleh pesuruhjaya tinggi republik itu dalam satu pertemuan mereka semasa beliau jadi peguam negara.

Tiada pelabur ingin masuk ke negara yang ada krisis politik

 Tiada pelabur ingin masuk ke negara yang ada krisis politik


Pelabur tidak akan melabur di Malaysia sekiranya tidak yakin dengan keadaan dalam negara ini terutamanya apabila melihatkan krisis politik yang seakan tiada kesudahannya.

Penasihat akhbar The Star Datuk Seri Wong Chun Wai berkata, Malaysia sebelum ini boleh berbangga mengatakan mereka ada pemerintahan yang stabil namun kini, ayat sebegitu tidak lagi boleh membantu negara menarik minat pelabur.

Tegasnya, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini hanya memiliki majoriti tipis dan pada masa sama diasak parti kawan dan lawan.

“Situasi sebegitu harus ditangani segera kerana tiada ahli perniagaan ingin bekerjasama dengan negara yang asyik bertukar Perdana Menteri.

“Perubahan tampuk pemerintahan juga akan membawa pelbagai perubahan dasar dan polisi.

“Malah, rakyat juga kini muak dan bosan dengan ahli politik yang hanya sibuk merancang untuk mendapatkan kuasa pada waktu sukar sebegini,” katanya seperti dilaporkan The Star pada Ahad.

Dalam pada itu, laporan baru-baru ini menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) negara berada pada tahap membimbangkan, turun sehingga 68 peratus.

Justeru, katanya, negara perlu terus merangsang pembangunan ekonomi, menjadikannya lebih dinamik agar dapat menampung kehilangan daripada FDI.

“Meskipun ia mungkin mengambil masa namun perancangan rapi harus dilakukan bagi membantu memulihkan ekonomi negara,” ujarnya lagi. 



“SAIDINA UMAR SUDAH BERPESAN, NEGARA BOLEH BINASA JIKA PEMIMPINNYA KHIANAT”

 

Perkara penting mendirikan sesebuah bangunan .. “foundation” nya mesti kukuh. Nescaya bangunan itu terdiri teguh.

Demikian mendirikan sesebuah kerajaan. Jika didirikan di atas asas khianat dan mengambil yg bukan hak kita maka tiadalah rahmah dan barokah.

Hasilnya kerajaan itu sentiasa dihimbau bimbang dan takut. Juga tidak ujud kestabilan politik. Kerajaan jadi lemah. Pentadbiran kucar kacir bila dilanda ujian.

Berilah apa jua justifikasi dan dalil terpilih bersandar agama kerajaan itu tidak akan dapat mengembalikan kekuatannya, apalagi kepercayaan rakyat.

Maka sambungan hayatnya .. gantung parlimen dan mohon darurat dgn alasan melawan covid19. Hari ini kita bersaksi kes covid terus meningkat !

Benarlah pesanan saidina umar alkhatab” negara yg makmur sekalipun boleh binasa jika pemimpinnya khianat”

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

Setiausaha Agung PKR/Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu

31 Januari 2021.

SIAPA PENGKHIANAT

 


Image may contain: 1 person


Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas:


Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.

Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.

Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.

Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .

Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?

Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.

Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang berkuasa disana?

Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?

Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .

Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.

Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.

Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik dinegara ini dan faham matlamat mereka semua. Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

Jelasnya inilah manipulasi UMNO.

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.

Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.

Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .

Cina sebagai sinonim Komunis.

Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.

Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.

Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.

Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,

Kluang.

Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.

Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.

YB2 Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.

Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.

Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

Apakah semua ini angkara DAP ?

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.

Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.

Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.

Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.

Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.

Maka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.

Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain

Seterusnya mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.

Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.

Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.

Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.

Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama yang membentuk kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.

Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.

Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.

What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.

Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.

Kini telah wjud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.

Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.

Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.

Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.

Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?

Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara.

 

EDISI KHAS MINGGUAN 006 | 115 MP SETUJU ADAKAN SIDANG PARLIMEN - PN BELI...

TERKINI: "AGONG MAHU LANTIK DR WAN AZIZAH PM INTERIM, tapi...."

DULU WALAUN MAKI DR MUJAHID ....LA..AWAT TAK MAU MAKI EBIT LIEW PULAK?

 

IBRAHIM MAT ISA


Puak PAS tahu kecam dan maki, tak pernah nak tolong pun. Dulu

 PAS maki Dr Mujahid. Haaa.. ni korang tak mau maki Ust Ebiet

 Liew ke walaun PAS?


ASAL JANGAN ANWAR JADI PM

 

HAMDAN TAHA


Baca tulisan bekas peguam negara Tommy Thomas menarik juga...saya petik beberapa perkara yang saya faham...

Tun Dr M penuh yakin dia akan menubuhkan kerajaan perpaduan ( saya antara yang suka cadangan ini dan dalam wawancara saya dengan NtH saya ada sebut dan bincangkan perkara ini) jadi bagi saya ideal Tun Dr M itu bagus.

Tun Dr M yakin dia akan dapat sokongan kesemua Ahli Parlimen bila semua akan mencadangkan beliau kekal sebagai PM. Sebenarnya ini rancagan  Dr M tapi akhirnya jadi lain...

Tun Dr M telah bersetuju dalam perbincangan bersama Pas dan Umno bahawa Peguam Negara akan di tukar, LGE tidak lagi menjadi Menteri Kewangan dan Paling penting Anwar Ibrahim tidak di bawa masuk ke Kabinet....

Maknanya apa...kefahaman saya ialah dalam siri perbincangan antara Tun Dr M dan Pas Dan Umno ialah boleh tubuh kerajaan bersama hanya Anwar Ibrahim Dan LGE saja yang tak perlu ada tapi Dap boleh ada dalam Kerajaan Perpaduan ni Pas dan Umno tidak menolak dan membantah....ini masa Pas dan Umno belum dapat kuasa...mereka setuju janji dapat sama berkuasa...

Isunya di sini tak timbul lah no Dap tu...sama ada dari Pas atau pun Umno....hanya no Anwar dan no LGE saja....yang lain tak apa...boleh jer....

Baru baca sikit itu lah yang saya faham....maknanya Tun M ni ada gagasan tolak Anwar tapi nak terus kekal jadi Pm....bila Agung nak lantik Azizah dia jadi kelam kabut...dia nak balik....

Macam ni punya manusia pun ada....pun amanah dan dap sayang kat dia lagi...

Bila Muhyiddin dan Azmin buat tawaran baru kepada Pas dan Umno dan boleh jadi kerajaan tampa Anwar dan DAP....Pas pun lagi suka....maka jadi lah kerajaan PN .


 

PENDEDAHAN TT TIDAK MENGEJUTKAN...JAHATNYA MAHATHIR SEJAK MUDA SAMPAI TUA...

 

Betul Ke Mahathir Mahu Anwar Jadi PM? Tapi Bila? - Minda Rakyat

KAK IDA ABDULLAH


Pendedahan TT tidak mengejutkan saya samasekali. Kerana kita berakal akan berfikir, dia letak jawatan, Agung terima, dan sepatutnya Agung lantik orang lain, tapi Baginda mengikut nasihat MM dan letak dia sebagai PM interim. Ada hikmah. Sekarang busuknya semakin menerobos keluar.

Apa yang berlaku adalah untuk kebaikan PH sebenarnya untuk menyerlah sebagai berlian berharga setelah melalui pelbagai proses. Yang sabar sahaja akan bersama. Yang gopoh al gelojoh seperti sesetengah pemimpin AMANAH yang memuja MM jika masih buta hati biarlah mereka tidak bersama PH. Tak rugi pun....

Moving forward, YDPA wajar belajar dari kesilapan menurut nasihat PM yg punya agenda peribadi jahat dan kerana itu negara musnah dan dijauhi pelabur. Sekarang YDPA dan MRR gunalah kuasa sepenuhnya dan titah parlimen bersidang untuk menentukan keabsahan majoriti Yidin.

MRR perlu buat satu keputusan yang akan membantu rakyat terbanyak BUKAN sekumpulan pembuli rakyat iaitu dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia. Jika Anwar juga menzalimi rakyat, beliau akan dihumban rakya, malah lebih teruk kerana hanya beliau sahaja ahli politik yang ingin reform sistem pentadbiran yang sarat rasuah kepada yang melindungi rakyat terbawah.

Raja-raja Melayu akan dikenang jasa mereka jika memilih membantu rakyat. Pastinya mereka akan didoa rakyat jika menjadi pemerintah yang adil.

 

PENDEDAHAN BEKAS PEGUAM NEGARA MENGEJUTKAN


Image may contain: 2 people, text that says "TOMMY THOMAS My Story: Justice in the Wilderness"


ANWAR IBRAHIM

Nama Dr. Wan Azizah Wan Ismail disebut oleh Istana Negara sebagai calon Perdana Menteri interim menggantikan Mahathir Mohamad yang meletakkan jawatan itu pada 24 Februari tahun lalu.

Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Mahathir mahukan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri interim itu.

Demikian pendedahan yang dibuat oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas dalam buku terbaharunya, “My Story: Justice in the Wilderness” terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam.

Tulis Tommy lagi, Yang di-Pertuan Agong meminta Mahathir supaya kekal menjadi Perdana Menteri, tetapi beliau bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan baginda tiada pilihan lain selain menerima peletakan jawatan tersebut.

“Berikutan itu Yang di-Pertuan Agong mahu melantik Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri interim, tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri interim tersebut.

“Paling menarik, Mahathir mendakwa mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri,” jelas kandungan buku itu.

Dalam pendedahan itu, Tommy menyatakan dengan jelas peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa dari kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau menulis, akibat tindakan Mahathir itu, Kabinet PH terbubar secara automatik menyebabkan 50 menteri dan timbalan menteri kehilangan jawatan.

Tommy turut mendedahkan pertemuannya dengan Dr. Mahathir pada 25 Februari 2020 yang menyebut, selain mempunyai sokongan sebulat suara 222 Ahli Parlimen, beliau akan mempunyai kuasa penuh dalam Kerajaan Perpaduan nanti.

Dalam pertemuan itu juga, Tommy menyatakan, Mahathir disebut sebagai berkata, Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan yang akan dipimpinnya.

Selain itu, Tommy turut menjelaskan, Mahathir terpaksa memecatnya sebagai Peguam Negara untuk memenuhi syarat Umno dan Pas.

Lebih penting lagi, ujar Tommy, ini juga adalah bukti jelas bagaimana Mahathir telah mengkhianati rakannya dalam PH, khususnya Anwar, Dr. Wan Azizah dan Guan Eng.

 

BANYAK ISU WANITA DAN PENINDASAN...YANG HANG P BELI KAMBING DAN JAGA KEBUN TU BUAT APA...ALAHAI...

 Image may contain: one or more people, people standing, tree, outdoor and nature, text that says "Siti Zailah Mohd Yusoff 19h・ Bantu keluarga dikebun"



KANDANG KAMBING ...REBAN AYAM....


Image may contain: 1 person, text that says "Siti Zailah Mohd Yusoff 5h Selalu dapat aduan masaalah kambing biri biri penduduk yang pelihara biri/kambing tapi lepas bebas.Hari ini beli 9 ekor biri biri dan dipelihara dalam reban biri biri.Alhamdulillah selesai bantu selesaikan masaalah rakyat."

Satu lagi kes kematian dalam lokap polis berlaku di Kedah – Edict

 


Edict menggesa agar satu inkues segera diadakan

File photo: themalaymailonline

Eliminating Deaths and Abuse in Custody (Edict) kelmarin mendapat satu aduan mengenai satu kes kematian dalam lokap polis yang berlaku antara 27 Januari dan 28 Januari 2021.

Kes tersebut dilaporkan berlaku di Yan, Kedah. Mangsa merupakan seorang pemuda Melayu berusia dalam lingkungan lewat 30an.

Menurut ahli keluarga mangsa yang berhubung dengan pihak Edict, ahli keluarga telah pun membuat satu laporan polis berkenaan kes tersebut.

Di dalam laporan polis tersebut, mangsa telah ditahan tanpa diberitahu kepada anggota keluarga dan telah dibawa oleh sepasukan anggota polis ke kediamannya untuk menggeledah pada 27 Januari 2021 dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

Pihak polis walaupun telah ditanya mengenai sebab penahanan mangsa, telah menolak untuk memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa mengapa mangsa ditahan dan diperlakukan sedemikian.


Pihak polis hanya menelefon ayah mangsa pada 28 Januari 2021 lebih kurang jam 6 pagi untuk memberitahu bahawa mangsa telah meninggal dunia. Ahli keluarga mangsa kemudian diminta hadir ke balai polis untuk diambil keterangan. Polis kemudiannya meminta ahli keluarga untuk pulang ke rumah.

Edict berasa kecewa dengan tindakan pihak Polis IPD Yan yang dilihat tidak serius dalam mengendalikan kes berkenaan. Bermula sejak awal kes tersebut, pihak polis tidak memaklumkan mengenai penangkapan tersebut kepada pihak keluarga dan tidak membenarkan mangsa untuk berbuat demikian. Walaupun telah diasak oleh ibu bapa mangsa, pihak polis masih berdegil untuk memberitahu sebab-sebab penangkapan mangsa kepada waris.

Selain itu, Edict juga berasa kecewa mengapa kematian dalam tahanan di lokap polis masih berlaku walaupun polis sering diingatkan mengenai hal ini setiap kali berlakunya kes-kes sebegini.

Edict menggesa agar satu inkues segera diadakan agar ahli keluarga mangsa mendapat pembelaan dan keadilan.

Peguam daripada Edict akan mengendalikan kes ini dan mewakili pihak keluarga untuk tindakan selanjutnya di mahkamah. Kes akan diketuai oleh pengerusi Edict M Visvanathan. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.