PENDEDAHAN TT TIDAK MENGEJUTKAN...JAHATNYA MAHATHIR SEJAK MUDA SAMPAI TUA...

 

Betul Ke Mahathir Mahu Anwar Jadi PM? Tapi Bila? - Minda Rakyat

KAK IDA ABDULLAH


Pendedahan TT tidak mengejutkan saya samasekali. Kerana kita berakal akan berfikir, dia letak jawatan, Agung terima, dan sepatutnya Agung lantik orang lain, tapi Baginda mengikut nasihat MM dan letak dia sebagai PM interim. Ada hikmah. Sekarang busuknya semakin menerobos keluar.

Apa yang berlaku adalah untuk kebaikan PH sebenarnya untuk menyerlah sebagai berlian berharga setelah melalui pelbagai proses. Yang sabar sahaja akan bersama. Yang gopoh al gelojoh seperti sesetengah pemimpin AMANAH yang memuja MM jika masih buta hati biarlah mereka tidak bersama PH. Tak rugi pun....

Moving forward, YDPA wajar belajar dari kesilapan menurut nasihat PM yg punya agenda peribadi jahat dan kerana itu negara musnah dan dijauhi pelabur. Sekarang YDPA dan MRR gunalah kuasa sepenuhnya dan titah parlimen bersidang untuk menentukan keabsahan majoriti Yidin.

MRR perlu buat satu keputusan yang akan membantu rakyat terbanyak BUKAN sekumpulan pembuli rakyat iaitu dengan melantik Anwar Ibrahim sebagai PM Malaysia. Jika Anwar juga menzalimi rakyat, beliau akan dihumban rakya, malah lebih teruk kerana hanya beliau sahaja ahli politik yang ingin reform sistem pentadbiran yang sarat rasuah kepada yang melindungi rakyat terbawah.

Raja-raja Melayu akan dikenang jasa mereka jika memilih membantu rakyat. Pastinya mereka akan didoa rakyat jika menjadi pemerintah yang adil.

 

No comments: