Tun Mahathir tak mahu usir Zakir Naik – Tommy Thomas

 Tun Mahathir tak mahu usir Zakir Naik – Tommy Thomas


DR Mahathir Mohamad tidak mahu mengusir Zakir Naik walaupun hanya itu yang dikehendaki oleh India, kalau sekiranya ia tidak dapat mengekstradisi pendakwah kontroversi itu, kata bekas Peguam Negara Tommy Thomas.

Dalam buku biografinya yang terbit minggu ini, Thomas berkata pendirian India itu disampaikan kepadanya oleh pesuruhjaya tinggi republik itu dalam satu pertemuan mereka semasa beliau jadi peguam negara.