Satu lagi kes kematian dalam lokap polis berlaku di Kedah – Edict

 


Edict menggesa agar satu inkues segera diadakan

File photo: themalaymailonline

Eliminating Deaths and Abuse in Custody (Edict) kelmarin mendapat satu aduan mengenai satu kes kematian dalam lokap polis yang berlaku antara 27 Januari dan 28 Januari 2021.

Kes tersebut dilaporkan berlaku di Yan, Kedah. Mangsa merupakan seorang pemuda Melayu berusia dalam lingkungan lewat 30an.

Menurut ahli keluarga mangsa yang berhubung dengan pihak Edict, ahli keluarga telah pun membuat satu laporan polis berkenaan kes tersebut.

Di dalam laporan polis tersebut, mangsa telah ditahan tanpa diberitahu kepada anggota keluarga dan telah dibawa oleh sepasukan anggota polis ke kediamannya untuk menggeledah pada 27 Januari 2021 dalam keadaan berlumuran darah di kepala.

Pihak polis walaupun telah ditanya mengenai sebab penahanan mangsa, telah menolak untuk memaklumkan kepada ahli keluarga mangsa mengapa mangsa ditahan dan diperlakukan sedemikian.


Pihak polis hanya menelefon ayah mangsa pada 28 Januari 2021 lebih kurang jam 6 pagi untuk memberitahu bahawa mangsa telah meninggal dunia. Ahli keluarga mangsa kemudian diminta hadir ke balai polis untuk diambil keterangan. Polis kemudiannya meminta ahli keluarga untuk pulang ke rumah.

Edict berasa kecewa dengan tindakan pihak Polis IPD Yan yang dilihat tidak serius dalam mengendalikan kes berkenaan. Bermula sejak awal kes tersebut, pihak polis tidak memaklumkan mengenai penangkapan tersebut kepada pihak keluarga dan tidak membenarkan mangsa untuk berbuat demikian. Walaupun telah diasak oleh ibu bapa mangsa, pihak polis masih berdegil untuk memberitahu sebab-sebab penangkapan mangsa kepada waris.

Selain itu, Edict juga berasa kecewa mengapa kematian dalam tahanan di lokap polis masih berlaku walaupun polis sering diingatkan mengenai hal ini setiap kali berlakunya kes-kes sebegini.

Edict menggesa agar satu inkues segera diadakan agar ahli keluarga mangsa mendapat pembelaan dan keadilan.

Peguam daripada Edict akan mengendalikan kes ini dan mewakili pihak keluarga untuk tindakan selanjutnya di mahkamah. Kes akan diketuai oleh pengerusi Edict M Visvanathan. – Edict

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.



No comments: