BETUL KE SEMBURIT NI? OLEH TAMBRIN TUN GHAFAR


BETUL KE SEMBURIT NI??

Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 31/01/2021
( 1 - 23 )


1.   Memang saya gunakan tajuk yang KASAR  bagi tulisan kali ini.

2.  Bagi pembaca khususnya penyokong - penyokong  yang terlalu  TAKSUB  dengan   PENGKHIANAT  yang   pintar berlakun dan  berpura - pura ini, mereka pasti menyerang saya dengan maki hamun  dan kata - kata kesat.

3.   Sebenarnya  penghormatan  saya  bermula  sewaktu beliau bertugas selaku Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim  SEHINGGALAH  tertularnya PENGAKUAN  Haziq Abdul Aziz  di mana kepercayaan saya terhadap beliau terus hancur berkecai  bagaikan cermin dihempas ke batu.

4.  Tajuk diatas ' 'BETUL KE  SEBURIT NI ??'  dipilih bagi  menunjukkan  karektor atau sifat SEMULA JADI dan HIPOKRIT  seorang  yang bernama AZMIN  ALI.

5.  Anak kelahiran Singapura ini yang lahir pada 25hb Ogos 1964 telah diberi kepercayaan  bertugas di pejabat Anwar selaku Setiausaha Sulit.

6.  Ekoran  kes rasuah dan liwat Anwar yang berakhir dengan beliau dipenjarakan, Azmin  dan beberapa rakan lain  bertindak menubuhkan Parti Keadilan Rakyat atau PKR.

7.  Mulai 2008 sehingga kini pengundi - pengundi di Kawasan Parlimen Gombak dan Kawasan  Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa telah memilih beliau sebagai wakil mereka.

8.  Ekoran  LANGKAH  KAJANG, Azmin dengan sokongan Hadi  dan  PAS  Selangor  mula mengatur strategi dan akhirnya  berjaya  mengenepikan  Anwar dan isterinya, Dr. Wan Azizah apabila beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim ( Tan Sri ).

9.  Setelah rakyat menolak UMNO/BN  pada hari Rabu 9hb Mei 2018, Azmin sekali lagi berjaya MEYAKINKAN  Tun Dr. Mahathir dengan  melantik beliau sebagai  Menteri Ekonomi  bagi MENGATASI  masalah ekonomi  negara.

10.  Bagaikan anak emas dan hulubalang yang bersenjatakan keris dan tombak, di mana sahaja Tun berada sama ada di dalam atau di luar negara , rakyat akan melihat  beliau tetap berada disamping Tun - ia membuatkan  ramai Ahli - Ahli Kabinet berpendirian  dialah bakal PENGGANTI  Tun.

11.  Rupa - rupanya  sejarah  bagaimana Brutus  MENIKAM Julius Ceaser di Kota Rom, Italy 2000 tahun dahulu  kembali berulang di Tanahair kita sendiri.

12. Bagai membenarkan  pepatah :

      Gunting Dalam
      Lipatan

      Api Dalam
      Sekam

      Musuh Dalam
      Selimut

            DAN 

       Menggigit  
       Tangan
       Yang  Menyuap
       Nasi Ke Mulut

demi NAFSU,   beliau yang  BERPAKAT  dengan Muhyiddin dan Hamzah SANGGUP  melakukan  RAMPASAN  KUASA tersebut.

13.  Tidak  terfikir  bagaimana  mereka yang pernah  menyerang UMNO  dan PAS  kini  boleh berpeluk - pelukan  dengan musuh ketatnya semata - mata bagi merebut jawatan Perdana Menteri  dan Menteri Kanan.

14.  Rakyat masih tidak lupa  hubungan seks luar tabii yang dilakukan oleh Azmin dan pasanganya, seorang lelaki , Haziq Abdul Aziz  di Hotel Four Points  di Sandakan, Sabah; jika tidak benar mengapa sehingga kini beliau TIDAK BERANI mengheret Haziq ke Mahkamah bagi MEMBERSIHKAN diri beliau dan keluarga serta pengikut-pengikutnya yang TERLALU PERCAYA dengan beliau.

15.  Kini Azmin  sedang berdrama dengan Muhyiddin  seperti yang dilakukannya ketika bersama Tun -  di mana ada Muhyiddin maka  adalah Azmin; ini dilakukan bagi menunjukkan betapa intimnya beliau dengan Muhyiddin.

16.  Beliau tahu  barah yang dialami Muhyiddin  walaupun  mungkin pulih namun penyakit ini BOLEH  berlaku lagi pada bila - bila masa dan apabila berulang, ia lebih membahayakan dan mungkin membawa maut, dan pada masa itu  beliau PASTI  berusaha untuk mengambil alih jawatan tertinggi yang diimpikan.

17.  Rakyat sudah mula kenal siapa Azmin Ali SEBENARNYA :

i.   Menipu Anwar dan parti yang diasaskannya, PKR  dengan berbagai alasan.

ii.   Menikam  Tun Dr. Mahathir walaupun Tun  dan isteri menganggap beliau sebagai anak angkat dan pernah menyelamatkannya dalam kes SEMBURIT.

iii.  Menipu pengundi - pengundi Gombak dan Bukit Antarabangsa  dengan MENGINGKARI  janji  MENENTANG  RASUAH  oleh UMNO / BN.

iv.  Apakah dia  masih menganggap  rakyat boleh ditipu dan diperbodohkan apabila  menuduh Kerajaan PH  gagal  menangani masalah ekonomi rakyat dan negara   sedangkan ketika itu dialah yang mengurus ekonomi negara selaku Menteri Ekonomi selama 22 bulan sebelum  Kerajaan Pintu Belakang atau Kerajaan Tebuk Atap  menggambil alih kuasa - ini dengan jelas membawa erti Azmin yang hanya pandai  berdrama, berpura - pura dan retorik, GAGAL.

v.  Begitu juga  tuduhan beliau terhadap  Kerajaan PH berhubung isu COVID 19
-  tonton sajalah klip video dan laporan Antabangsa yang terbaru  berhubung kedudukan  ekonomi dan COVID 19 negara kita  dibandingkan dengan negara lain.

18.  Bukan saja bergaduh dengan adik beradik tapi pernah juga 'BERTINDAK' kasar  terhadap ibu kandungnya walau pun akhirnya beliau mengalah  dengan ibu kandungnya itu, Cik Tom Yahya yang sudah pergi meninggalkan dunia ini  ( Alfatehah ).

19.  Apakah Azmin akan  'MEMBELI'  pemimpin - pemimpin UMNO, PAS  dan PKR Kawasan Gombak  bagi  MENGKEKALKAN  Kerusi Gombak dan Bukit Antarabangsa?

20.  Atau  apakah  beliau  akan BERHIJRAH  ke Batu Pahat  atau Penggerang, Johor atau di mana tempat selamat pada  PRU15 nanti?

21.  Izinkan saya  mengucap TAHNIAH  kepada  masyarakat Batu Pahat atau Penggerang  atau di mana saja kerana SUDI  MENERIMA  dan  MENYOKONG  PENGKHIANAT  yang juga terlibat dengan aktiviti  SEMBURIT  sebagai Wakil Rakyat mereka.

22.  Terlalu banyak  pembohongan dilakukan; seperti Muhyiddin, tanpa pembohongan  beliau mungkin sukar naik ke atas.

23.  INSAF  DAN BERTAUBATLAH  SEBELUM  ALLAH   SWT  MENARIK  NYAWA  SAUDARA.

Wassalam
Terima Kasih.