1) PERCUBAAN menghalang "Grand COALITION" Sebenar
(GSC) antara UMNO-PKR-DAP ini telah saya sebut sejak November - Disember 2020.
Saya menulis lagi mengenainya pada 24 Disember 2020.
2) Sebelum itu berkali-kali saya tulis bahawa #K3 PANDAP hanya
membawa suara OT95 a.k.a AtukSAKATua untuk hijack PH melalui "Grand
COLLUSION" sebuah pakatan JAHAT dan CURANG..!!
3) GCS ini sebenarnya lebih awal pernah disebut sebagai
kerjasama PH+UMNO oleh Sdr. Shahbudin Husin seawal 15 OKTOBER 2020..!!. Sila
browse Youtube tonton PVC TV Program "Apa Kata Dahlan" (AKD) bertajuk
𝑴𝑰𝑴𝑷𝑰 𝒂𝒕𝒂𝒖 𝑹𝑬𝑨𝑳𝑰𝑻𝑰 - AKD EP01.
Lihat pada minit ke 25:00. Link : https://www.youtube.com/watch?v=SNosrWUKO3E&t=2180s
4) Oleh itu, bila membaca artikel di bawah with all due respect
to the penganalisis politik Awang Azman Pawi, dia sebenarnya dah ketinggalan
LRT. Saya sudah menulis tentang ini sejak tahun lepas dan menulis lagi pada 24
December 2020 seperti di bawah. Tak apa lah.."Better late than
Never"...mungkin dia sibuk menganalisa dan mengkaji sehingga terlewat
sebulan utk sedar. Husnuzdon....
5) JIKA kita masih ingat, pada awal Januari 2021 DS Dr. Mujahid
Yusof Rawa juga mula bercakap pasal kerjasama ini. Beliau mahukan Penyokong PH
dan UMNO faham betul-betul apa yg beliau cuba sampaikan. Takkan kita nak kata
Sdr Shahbudin Husin dan DrMYR jugak lapaqkan UMNO?
6) Puak #K3 PANDAP yg
acah2 berprinsip memang awal2 tolak kerjasama "Kluster Mahkamah
UMNO". Tapi dalam satu program Jom Channel, Lid kata Amanah bersedia
berbincang dgn UMNO jika diperlukan. Yg heran tu sampai ke hari ni UMNO tak
perlu pun nak berbincang dgn Amanah. Musykil dan kesian.
7) Ironinya...bila saya membawa cerita benar "Grand
Coalition" UMNO-PKR-DAP, ada di kalangan penyokong PH sendiri yg
mengejek-ngejek, memperlekehkan, maki hamun saya malah mengKEPALA BAPAKkan apa
yg saya sampaikan. Saya dicerca dan dituduh lapaq UMNO....Saya turut dituduh
menjaja "Fake News" dan "Naratif Palsu"......Walhal
saya hanya menyokong agenda, usaha mengubah LANSKAP POLITIK MALAYSIA demi
menyelamatkan Rakyat serta Negara daripada terus tenggelam dgn politik benci,
permusuhan, perseteruan yg tajam, caca merba serta tidak stabil. Lagipun saya
melihat PA$ dan DAP yg dilihat mustahil akan bekerjasama pernah disatukan dlm
satu koalisi oleh DSAI. So, apa yg mustahil??
8) Usaha Politik KONSOLIDASI ini dikatakan telah dimulakan sejak
Ramadhan tahun lepas yg ramai tidak tahu. Meskipun saya sendiri skeptikal pada
awalnya tapi saya bersetuju supaya PKR dan DAP "explore" wilayah yg
belum diterokai. Ini pernah disebut oleh YB Ronnie Liu dalam kes pembentukan
Kerajaan Negeri Perak.
9) Jika kita memahami semangat dan kekuatan REFORM, kita harus
faham bahawa KITA MUNGKIN akan tiba pada satu persimpangan di mana kita harus
korbankan perasan dan kehendak hati demi matlamat yg lebih besar buat rakyat
dan negara. Maksudnya walau secara peribadi kita tidak suka, tapi ia perlu
disokong demi KEMASLAHAN rakyat dan negara.
10) Skrg ni penganalisis politik pun berkata begitu dan bercakap
mengenainya, mungkin baru pakat nak percaya kot? JUJURnya saya tidak pasti
Politik Konsolidasi ini mampu menghasilkan kerjasama itu atau tidak, tetapi
pada saya, "IT WORTH A TRY" atau Rakyat dan Negara ini akan
terperangkap dgn KERAT yg "KleptoCRAZY" dan "CuriTokrasi".
10) KINI...Rakyat terus dibebani dgn Darurat, PKP, kos sara
hidup, hilang pendapatan, ekonomi pandemik dan ancaman nyawa oleh COVID-19.
Doakan ada sinar buat Rakyat Malaysia.
Wallahualam.
- Zus Din
30 Januari 2021
***************************************
Mahathir bantut rancangan ‘gabungan besar’ pembangkang.
Minderjeet Kaur
January 29, 2021
Pemimpin DAP dilaporkan tidak pasti sama ada akan menyokong Dr
Mahathir Mohamad atau kekal dengan Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Ketidakpastian berhubung Dr Mahathir Mohamad
mungkin akan menangguhkan perbincangan dalam kalangan pembangkang mengenai
penubuhan sebuah gabungan besar untuk mengambil alih kuasa selepas pilihan raya
umum (PRU) akan datang, kata seorang penganalisis.
Sumber dalaman politik berkata, pemimpin parti Pejuang yang
diketuai Mahathir, berserta Amanah, DAP, Warisan dan Muda, kini menimbangkan
pro dan kontra sebuah gabungan baru.
DAP masih tidak pasti sama ada ia mahu dikaitkan dengan Pejuang
yang dipimpin oleh Mahathir atau kekal dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim.
Gabungan DAP dengan Mahathir mungkin meminggirkan ramai pengundi
Cina, kata sumber dalaman DAP.
“Mereka yang berusia 60 tahun ke atas mungkin masih memilih DAP,
tetapi pengundi berusia 50 tahun ke bawah mungkin tidak menyokong langkah itu,”
katanya kepada FMT.
“Sekiranya mereka kekal bersama PKR di bawah Anwar, orang Cina
akan memberi sokongan kerana mereka tidak mempunyai masalah dengan parti itu,”
katanya.
Beliau berkata, orang muda kecewa dengan tindakan Mahathir
meletakkan jawatan perdana menteri pada 2020, dan ramai yang percaya undi
mereka tidak dihormati.
Beliau berkata, bagi Amanah pula, parti itu masih berpecah
dengan beberapa pemimpin menyokong Mahathir dan selebihnya menyokong Anwar.
“Sekiranya Amanah membenarkan Pejuang menggunakan logo mereka,
parti itu tahu bahawa ia hanya akan berjaya sekiranya parti lain turut
menyertai gabungan tersebut.”
Pejuang, yang mempunyai empat Ahli Parlimen dan gagal
didaftarkan sebagai parti politik baru-baru ini berkata, pihaknya mungkin akan
bertanding dalam pilihan raya akan datang dengan menggunakan logo Amanah.
Timbalan presiden protem Pejuang, Marzuki Yahya mengesahkan
perkara itu.
Pemimpin Amanah juga mengesahkan idea itu dikemukakan, tetapi
belum ada perbincangan rasmi mengenai perkara tersebut.
Sumber itu berkata, Warisan akan mengikut Mahathir.
“Mereka akan menyokong Mahathir dalam PRU15 dan bagi Muda,
mereka menggesanya,” katanya kerana Muda dipimpin oleh Syed Saddiq Syed Abdul
Rahman, yang dianggap sebagai “anak emas” Mahathir dalam gabungan Pakatan
Harapan (PH).
Gabungan besar sepatutnya terdiri daripada PKR, Umno, DAP, GPS
Penganalisis politik Awang Azman Pawi berkata, empat parti
politik dengan penyokong akar umbi terkuat adalah PKR, Umno, DAP, dan GPS.
“Mereka mempunyai pengalaman dan sokongan akar umbi. Mereka juga
tahu bagaimana untuk mengendalikan akar umbi mereka,” tambahnya.
Beliau berkata, sekiranya keempat-empat parti itu membentuk
sebuah gabungan besar, mereka dapat menawan Putrajaya dengan mudah, dan parti
“lebih kecil atau parti nyamuk” akan terkubur.
Awang Azman juga berkata, selain Mahathir, tiada jaminan Pejuang
akan memenangi sebarang kerusi pada PRU akan datang kerana parti itu masih
baharu.
Bagi DAP, sebilangan ahlinya yang berterima kasih kepada
Mahathir kerana memberikan jawatan Kabinet mungkin akan terus menyokongnya,
tetapi parti itu mungkin tidak mendapat sokongan pengundi Cina.
Berhubung penggunaan logo Amanah, beliau berkata, strategi itu
mungkin gagal kerana parti itu masih kekurangan ahli akar umbi.