ASAL JANGAN ANWAR JADI PM

 

HAMDAN TAHA


Baca tulisan bekas peguam negara Tommy Thomas menarik juga...saya petik beberapa perkara yang saya faham...

Tun Dr M penuh yakin dia akan menubuhkan kerajaan perpaduan ( saya antara yang suka cadangan ini dan dalam wawancara saya dengan NtH saya ada sebut dan bincangkan perkara ini) jadi bagi saya ideal Tun Dr M itu bagus.

Tun Dr M yakin dia akan dapat sokongan kesemua Ahli Parlimen bila semua akan mencadangkan beliau kekal sebagai PM. Sebenarnya ini rancagan  Dr M tapi akhirnya jadi lain...

Tun Dr M telah bersetuju dalam perbincangan bersama Pas dan Umno bahawa Peguam Negara akan di tukar, LGE tidak lagi menjadi Menteri Kewangan dan Paling penting Anwar Ibrahim tidak di bawa masuk ke Kabinet....

Maknanya apa...kefahaman saya ialah dalam siri perbincangan antara Tun Dr M dan Pas Dan Umno ialah boleh tubuh kerajaan bersama hanya Anwar Ibrahim Dan LGE saja yang tak perlu ada tapi Dap boleh ada dalam Kerajaan Perpaduan ni Pas dan Umno tidak menolak dan membantah....ini masa Pas dan Umno belum dapat kuasa...mereka setuju janji dapat sama berkuasa...

Isunya di sini tak timbul lah no Dap tu...sama ada dari Pas atau pun Umno....hanya no Anwar dan no LGE saja....yang lain tak apa...boleh jer....

Baru baca sikit itu lah yang saya faham....maknanya Tun M ni ada gagasan tolak Anwar tapi nak terus kekal jadi Pm....bila Agung nak lantik Azizah dia jadi kelam kabut...dia nak balik....

Macam ni punya manusia pun ada....pun amanah dan dap sayang kat dia lagi...

Bila Muhyiddin dan Azmin buat tawaran baru kepada Pas dan Umno dan boleh jadi kerajaan tampa Anwar dan DAP....Pas pun lagi suka....maka jadi lah kerajaan PN .


 

No comments: