Pelaburan luar RM43 billion masuk di Kedah: Lelaki ini tanya bila akan masuk?

 


Pelaburan luar RM43 billion masuk di Kedah: Lelaki ini tanya bila akan masuk?

Alhamdulillah, berita gembira untuk rakyat Kedah menjelang bersambungnya PKP 3.0 di seluruh negara.

Namun, saya reserve dulu komentar saya sebentar, sehingga pelaburan yang dikatakan itu diperincikan, iaitu butiran pelaburan2 yg dikatakan masuk dan nilai pelaburan setiap satunya.

Kita juga perlukan INFO BILAKAH pelaburan luar yg dikatakan akan masuk itu, AKAN MASUK? Yang lain, saya tangguh dulu komentar saya… 

Entah mengapa, tiba2 saya teringatkan pelaburan berkaitan REE di Kedah yang dikatakan bakal menjadikan Kedah sebagai ‘Wakanda’ di Asia beberapa bulan yg lalu… 😁

Oghang luaq Kedah, hampa jangan dok loqlaq dan cemuru. Lepaih ni jangan terkejut kalau Raptor, Vellfire & Jaguar akan berselerakan di moka bomi Kedah, menggantikan gerek dan kapcai… 😁

#waKedah4revar
#kitajagakita
#Kedahkita

ADUN PAS tiada ke ikrar sokong Samsuri sebagai MB, kata Raja Kamarul

 


Panas! ADUN PAS tiada ke ikrar sokong Samsuri sebagai MB, kata Raja Kamarul

 

12 Jun 2021

1.Berita tersebar baru baru ini tentang usaha menjatuhkan Menteri Besar PAS Terengganu, Samsuri Mokhtar telah menarik perhatian ramai. Bagi mengelak dari perkara ini merosakkan imej PAS, mereka bertindak mengheret dan menyalahkan pihak lain.

2. Amanah antara pihak luar yang cuba dikaitkan oleh PAS dalam usaha menurunkan MB Terengganu.

3. Yang menghairankan, dalam riuh rendah cerita dan gosip disebarkan, tidak kedengaran ikrar sokongan atau taat setia baik dari PAS sendiri. Sikap menyepi untuk berdiri teguh di belakang MB Terengganu dari PAS merupakan satu misteri kepada pucuk pimpinan PAS negeri dan nasional.

4. Untuk mengalih pandangan dari isu yang kelihatan masalah dalaman keluarga PAS, Amanah pula dikaitkan tentang satu salinan ‘surat yang boleh mengugat’ kedudukan MB Terengganu yang sedang tersebar.

5. UMNO telah mengeluar kenyataan menafikan terlibat , tetapi dalam masa yang sama tidak pula menyatakan sokongan kepada YAB Dato Samsuri sebagai Menteri Besar Terengganu.

6. Lebih menghairankan, ADUN PAS juga tidak mengeluarkan apa apa kenyataan berdiri teguh menyokong Dato Shamsuri sebagai Menteri Besar!

7. Amanah pun telah juga menafikan penglibatan dalam isu menurunkan Menteri Besar Terengganu, sama seperti UMNO.

8. Sebabnya hanya PAS dengan 22 kerusi DUN nya sahaja boleh menentukan beliau boleh kekal MB atau tidak . Memang jelas PAS dengan 22 kerusi DUN dan UMNO dengan 10 kerusi DUN, hanya PAS boleh menentukan nasib MB dan pengantinya pun akan datang dari kalangan ADUN PAS.

9. Tiada gunanya AMANAH atau UMNO hendak menyebuk dalam hal menukar MB ini.

10. Hanya kalangan ahli ADUN PAS sahaja yang layak menjadi penganti MB dan yang boleh menikmati ‘keuntungan’ kejatuhan Menteri Besar hari ini, dan eloklah tumpu siasatan ‘mastermind’ apa apa komplot kepada dalaman keluarga PAS.

11. Masalah dalaman rumah tangga PAS jangan pula cuba dialih pandangan menyalahkan kepada pihak luar sebagai kambing hitam.

12. Apabila seorang ‘Ayah’ – Presiden PAS, kurang sihat berada di hospital, anak anak di rumah keluarga Terengganu makin rancak kelihatan bercakaran berebut kuasa. Sepatutnya anak anak lebih bertimbang rasa dengan keuzuran seorang Ayah yang sedang uzur dengan tidak menambah masalah keluarga.

13. Sekurang kurangnya ADUN PAS keluarlah kenyataan berdiri teguh bersama Dato Samsuri yang dipilih oleh Presiden PAS sebagai MB Terengganu. Tetapi kenyataan itu pun tidak dikeluarkan .

14. Kadangkala nafsu dan tiada kesabaran untuk memegang kuasa mengatasi segala galanya.

15. Jadi jelaslah penganti Menteri Besar jika beliau diturunkan, adalah dari kalangan dalaman keluarga ADUN PAS yang menaruh minat dan bernafsu, dan bukan dari kalangan UMNO atau lebih jauh sekali dari Amanah.

16. Kami berharap ahli dan penyokong PAS merenung sedalam dalamnya secara rasional dan lojiknya dan bukan secara emosi isu ini. Faham bahawa adalah isu masalah dalaman PAS itu sendiri.

17. Penganti Samsuri hanya akan nikmati segala kuasa dan pangkatnya oleh ADUN dari PAS yang ada hari ini, bukan orang luar.

SENATOR DATO’ RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu




Mageran mekanisme di bawah darurat, tidak selaras dengan Perlembagaan - Aziz Bari

 

Aziz Bari tegaskan bukan 'alat' DAP


POSTED BY AMIR WRLR


Majlis Gerakan Negara atau Mageran bukanlah sesuatu yang boleh diwujudkan di luar kerangka darurat.

Hal itu tidak sebagaimana dipropagandakan oleh paksi yang menyokong pendekatan penubuhan Mageran yang membayangkan badan tersebut boleh dibentuk selepas darurat ditarik balik bagi menggantikan pentadbiran Perikatan Nasional.

Menurut pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, Mageran mustahil dibentuk dalam suasana bukan darurat dan ianya mesti diusulkan oleh kerajaan semasa.

"Ada melihat darurat telah gagal dan bagi menyelesaikan masalah maka buat Mageran. Tidak. Mageran itu adalah darurat dalam bentuk yang lain," katanya dalam sesi siaran Facebook, malam tadi.

Bagi Dr Aziz, Mageran secara praktikalnya akan menyebabkan Perdana Menteri sedia ada kekurangan kuasa dan Pengerusi Mageran akan mengambilalih fungsi menggerakkan urustabir negara.

"Sebelum kenyataan rasmi Pakatan Harapan (PH) yang menolak isu Mageran, Tun Mahathir diberitakan menawarkan diri ketika mengadap Agong, untuk menjadi pengarah kepada Mageran.

"Jadi Mageran adalah satu mekanisme di bawah darurat 1969. Waktu itu Tun Razak yang memegang jawatan Pengarah Mageran seolah-olah menjadi pemerintah. Walaupun ada kerajaan, ada kabinet, tetapi Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Pengarah Mageran.

"Jadi isu pada saya ada beberapa isu penting, apakah Mageran, bagaimana wujudnya dan apakah implikasi kepada sistem itu sendiri?

"Mageran bukan satu formula ajaib biar pun ada kalangan ahli ekonomi pernah mencadangkan satu mekanisme seumpama ini. Beliau melihat dari segi ekonomi, sedangkan Mageran suatu perkara yang secara umumnya tidak selaras dengan demokrasi dan Perlembagaan. Cuma dibenarkan oleh Perlembagaan dalam suasana ekstrem sahaja," katanya.

Dr Aziz juga mengkritik pendirian Tun Mahathir dalam isu darurat, yang pada awalnya menyokong Jawatankuasa Tamatkan Darurat dikepalai Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kepada menyokong darurat dengan menawarkan diri sebagai Pengerusi Mageran.

"Dari segi politik bila Mahathir bercakap soal Mageran dan tawar diri sebagai pengarah, beliau telah menjauhkan diri dari PH.

"Mageran yang dibentuk di bawah kuasa darutat mempunyai kuasa mutlak. Boleh buat undang-undang tanpa ke Parlimen. Contohnya, kalau Tun Mahathir dilantik sebagai Pengarah Mageran maka dia secara tidak langsung akan menyingkirkan PM yang ada," katanya.

Oleh itu, kata Dr Aziz, kerajaan perlu meminda atau mereformasikan Perlembagaan Persekutuan, khususnya mengenai peruntukan darurat yang kabur dan boleh dimanipulasikan oleh golongan 'mabuk kuasa'.

"Kita mahu mempastikan darurat dapat direformasikan.

"Ini satu perkara yang perlu dibuat melalui pindaan Perlembagaan dan sudah tentu memerlukan suara majoriti. Maknanya 2/3 tidak mudah untuk didapati sekarang.

"Jadi (jika pindaan mahu dilakukan) pihak kerajaan dan pembangkang harus duduk sama dan sama-sama seperti kita meminda peruntukan berhubung Undi 18 hari itu, supaya kita dapat membersihkan Perlembagaan kita (daripada unsur manipulasi)," katanya lagi.

 

TAK ADAKAH MP PH MEMBINCANGKAN ISU INI?

 

KAK IDA ABDULLAH

May be an image of text

Tak adakah MP pembangkang nak bincang isu ini? Bila org biasa bincang, mcm2 komen keluar, oh kena sopan ada kaedah menegur. Ha tegurla...

Orang biasa dia maki je... Awak tu yang diangkat wakil rakyat gaji buta juga ka mcm menteri pendidikan ni?

Sebab korang diamlah, OTK96 tu nak jadi Ketua Mageran! Ke korang pun sokong? Bodoh punya MP usung Atok ke istana batal darurat, Mageran pula atok cadangkan! 

 

Kabinet PN retak, masihkah ada harapan untuk rakyat?

 

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Bagan pada 10 Jun 2021

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bukan sahaja mengetuai kerajaan yang gagal tetapi juga kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu, yang hanya akan membawa Malaysia ke arah masa depan yang gelap tidak dijangka oleh akal. Kerajaan PN telah gagal untuk mengekang lonjakan terbaru kes COVID-19 dan jumlah kematian akibat semakin hilangnya kawalan, sehingga memerlukan ‘total lockdown’ PKP 4.0 dengan kesan buruk kepada ekonomi kita yang sedang dilanda kemelesetan.

Selain penderitaan tragis akibat pandemik COVID-19, pertengkaran terbuka antara Menteri-Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob dan Mohamed Azmin Ali, serta serangan terbuka oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Mohd Redzuan Md Yusof di Malaysiakini terhadap Muhyiddin, menunjukkan sebuah kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu. Ini tidak dibantu oleh klip video pelik yang dibuat oleh Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Marzuki Mohamad yang menentang pembentukan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) yang sangat berkuasa, secara hakikatnya satu pemerintahan diktator, mirip seperti pemerintahan negara ini dari tahun 1969 hingga 1971 selepas  rusuhan 13 Mei.

Tidak ada parti PH atau parti politik yang telah mencadangkan pembentukan MAGERAN. Ini menimbulkan lebih banyak persoalan sama ada PN berkuasa dalam mentadbir kerajaan. MAGERAN akan menggunakan kuasa mutlak untuk mentadbir negara dan secara langsung menggantikan fungsi Kabinet. Marzuki berpendapat bahawa Kabinet masih berfungsi, dan pelbagai Kementerian masih diperlukan.

Bagi Marzuki secara tiba-tiba melontarkan idea untuk menentang MAGERAN ketika Agong mengambil langkah belum pernah terjadi sebelum ini untuk mendapatkan pandangan pemimpin PH mengenai krisis kesihatan awam dan ekonomi negara semalam, menimbulkan kecurigaan bahawa ini adalah helah politik oleh Muyhiddin untuk mengalihkan perhatian dari hilangnya kepercayaan keseluruhan masyarakat terhadap pemerintahannya. Jika Muyhiddin benar-benar komited terhadap demokrasi, dia harus segera memanggil Parlimen, terutama apabila semua Ahli Parlimen telah divaksinasi.

Dakwaan palsu Marzuki bahawa Kabinet PN masih berfungsi tidak dibantu dengan serangan terbuka Mohd Redzuan terhadap pengurusan COVID-19 dan program vaksinasi yang tidak konsisten oleh kerajaannya sendiri. Redzuan meluahkan kekecewaannya kerana dia sebagai Menteri Kabinet tidak lagi diundang ke mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (NSC) bagi Covid-19 dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Sekiranya seorang Menteri Kabinet tidak tahu apa yang sedang terjadi dengan usaha kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan program vaksinasi, masihkah ada harapan untuk rakyat?

Lebih-lebih lagi, peperangan terbuka antara Ismail Sabri dan Azmin Ali telah membawa kepada dasar yang berubah-ubah dan pusingan U SOP, menyebabkan banyak kesulitan kepada perniagaan dan pekerja yang sudah menanggung kesan dari ‘total lockdown’. Ismail Sabri telah mengumumkan penutupan sepenuhnya negara kecuali 17 sektor ekonomi penting, yang telah diterbalikkan oleh Azmin dan yang kemudiannya ditolak lagi oleh Ismail Sabri.

Apabila Menteri tidak dapat menyelaraskan keputusan mereka dalam mesyuarat Kabinet, kerajaan sama sekali tidak mampu menyatukan rakyat untuk melawan dan memenangkan pertempuran memerangi COVID-19. Rakyat Malaysia menghadapi kemungkinan masa depan yang gelap dengan ketidakadilan yang dahsyat atau menderita akibat kerajaan yang tidak berfungsi dan tidak bersatu.

MEMATIKAN RASUAH SATU MATALAMAT, KENAPA ANWAR DISEKAT?

 


KAK IDA ABDULLAH


Trial of Anwar Ibrahim Enters Final Stage in Malaysia - WSJ


Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah penuh adil. Dua tahun tidak lama tetapi negaranya dipayungi rahmat dan barakah Allah. Buminya subur, rakyatnya makmur sehingga tiada yang layak menerima zakat, terlindung dari penyakit merbahaya dan berjangkit. Description: 😇

Membaca ceritanya sudah mendatangkan bahagia, tapi tiada pemerintah ingin berusaha menjayakannya. Tiada pun pemerintahan Khalifah Umar Al Aziz disebut dibibir pemimpin Islam membicarakannnya. Description: 😔

Apabila sdr Lim Guan Eng menyatakan hasrat murni beliau ingin mentadbir seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau disindir, dipersenda oleh para Muslim yang bersyahadah. Mereka gagal berdakwah sehingga Lim Guan Eng beriman, malah mengelirukan dan menjauhkannya dari Islam dan mengenal Tuhan. Description: 😏

Apabila 2 orang Yahudi ditanya rahsia kehebatan mereka oleh Habibie dan mendapat jawapan, menangis Habibie dan mengikuti langkah Yahudi sehingga beliau mengalahkan mereka dan kekal sebagai seorang Muslim yang lebih baik. Description: 😍

Dalam membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab setiap ibu bapa juga setiap orang dewasa berakal waras yang walau tiada kena mengena dengan anak itu mendidiknya menjadi insan yang akan memberi manfaat kepada insan lain bukan sekadar menjadi insan berjaya untuk dirinya. Saya menjadi saksi, mendengar seorang graduan perubatan warga Afrika yang memberi ucapan pada hari Konvokesyen (di Moscow), "it takes a village to raise a child" kerana keputusan cemerlangnya. Walau ibubapanya atau wakil dari perkampungan tidak berkemampuan untuk ke sana meraikan kejayaannya dia telah berjanji akan memberi khidmat yang akan memanfaat kaumnya. Sedangkan jika anak kita graduan sebagai seorang doktor sudah berkira-kira harta yang bakal dikumpulnya. Description: 🤭

Seorang kaya bukan sipenggumpul harta seperti Qarun tetapi seperti Abdurrahman bin Auf yang kekayaan hanya singgah sebentar kepadanya untuk mengalir kepada ummah dengan adil. Description: 😍

Jika Anwar Ibrahim dapat mentadbir negara ini dengan membanteras rasuah dua tahun atau dua bulan sekalipun di mana salahnya sehingga usahanya ditolak dan dipersenda? Jika rasuah yang telah membarah dalam negara yang sedikit demi sedikit tercabut barakahnya mahu dimatikan oleh Anwar tidakkah negara, sultan dan rakyat akan mendapat manfaat darinya? Description: 🤔

Pastinya negara, sultan dan rakyat mendapat rahmat dan berkat jika rasuah berjaya dibasmi oleh pentadbiran Anwar Ibrahim, persoalannya KENAPA BELIAU DISEKAT? Description: 🤔

Jika tangan para Sultan, yang saya amat yakin ingin membantu rakyat mereka yang ramai tenat di waktu ini diikat kerana tidak dapat memecat Perdana Menteri yang berkhianat, apa yang perlu rakyat dan para sultan lakukan untuk menyelamatkan negara yang menuju kehancuran? Pasti ada solusi pada setiap permasalahan.

Perlu diingat dan faham, rakyat dan para sultan berpisah tiada sedangkan ahli politik jujur tidak berdosa diberi sokongan dan yang zalim haram dikekalkan.

Semuga para sultan mencapai jalan

terbaik

membela rakyat kerana janji Allah melindungi rakyat dengan rahmat apabila Khalifah yang diamanah menjaga hamba-hambaNYA memerintah dengan adil dan saksama.

 

SIRI 4-LEBAI TENGI-JAUHI ANAK CUCU JADI BODO

 


JAMZURI ARDANI


Bekas orang kuat Kastam pun tak reti beza antara 'text' dengan 'tax' ... itu pun

 jangan ... abis dibodoh-bodohkan orang yang tak setuju dengan dia.

Mampuihh laa rakyat dapat pemimpin politik macam nie.

 

May be an image of one or more people and text






SIRI 3- LEBAI TENGIN-JAUHILAH SIKAP SEBEGINI-ANTARA PUNCA PAS DIBENCI

 

HAMDAN TAHA


Antara ahli politik yang rosak...satu ketika kata begini dan mempengaruhi

 rakyat...satu ketika dah berbeza pendirian pula....ini pemimpin yang sakit otak




SIRI 2- LEBAI TENGIN- JANGAN ADA KETURUNAN MACAM LEBAI NI.

 May be an image of 3 people, people standing and text that says "Razman Zakaria Keputusan PH yang paling idak cerdik adalah menukar GST balik semula kepada SST. Keputusan ini menarik ekonomi negara 50 tahun ke belakang. Harga barangan tidak dapat dikawal kerana ada yang mengambil keuntungan melampau Hasil kerajaan berkurangan, kebocoran hasil meluas."

MOHD SHAH RIM


Abang nak pesan pada adik, kakak...

Jangan jadi Razman...

Nauzubillah min zalik.

SIRI 1-LEBAI TENGIN-3 BILLION SAJA YANG MASUK SEBENARNYA

 

MOHD SHAH RIM


Kecoh lah walaun bertempik dan bersorak sorak keriangan bila Kedah diumumkan berjaya memperolehi jumlah pelaburan asing tertinggi diMalaysia iatu RM43 billion ..pada suku pertama 2021..

Terpampang gambar MB Juru dgn gah sekali..nilah abang nak habaq... RM43 billion tu dari berapa syarikat..?? Untuk info Widad Business Group Sdn. Bhd melabur RM40 billion yang merupakan pelaburan jangka panjang - 15 - 20 tahun.. jadi pelaburan sebenar adalah RM3 billion saja.. bandingkan dengan Selangor (RM8.6 bilion), Sarawak (RM6.9 bilion), Sabah (RM5 bilion dan Kuala Lumpur (RM4.9 bilion).. tu kisah sebenarnya..


May be an image of ‎1 person, sitting and ‎text that says "‎Berita Harian Online ے ONLINE IKUT Kedah terima pelaburan tertinggi di Malaysia Oleh Hifzuddin hisan 2021‎"‎‎

Adakah Tun Dr Mahathir Masih Boleh Dipercayai? | StrawPoll.com...RAKYAT SILA UNDI DI BAWAH.



Adakah Tun Dr Mahathir Masih Boleh Dipercayai?

 | StrawPoll.com




What's your opinion? Vote now: Tidak, Ya...
strawpoll.com


Adakah Tun Dr Mahathir Masih Boleh Dipercayai? -



SILA UNDI DI LINK ATAS YANG DISEDIAKAN . TEKAN LINK DAN ANDA MULA UNDI.TERIMA KASIH.

Beri bantuan tunai susulan lanjutan PKP, kata pakar

 

Ahli ekonomi mencadangkan pemberian bantuan tunai RM1,500 kepada setiap isi rumah B40 dan M40.

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menyalurkan bantuan tunai kepada golongan B40 dan M40, susulan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 selama dua minggu lagi, kata ahli ekonomi.

Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia dan Yeah Kim Leng dari Sunway University bersetuju dengan saranan itu, dengan Williams berkata, RM1,500 perlu diagihkan kepada setiap isi rumah B40 dan M40.

Beliau menjangkakan ia memberi implikasi kewangan kepada kerajaan yang berjumlah RM60 bilion.

“RM60 bilion itu boleh disalurkan sebahagiannya daripada program subsidi upah dan dihentikan jika keadaan bertambah baik.

Geoffrey Williams.

“Saya fikirkan kita sudah melepasi pelan B seperti lanjutan moratorium pinjaman atau lebih banyak pakej faedah khas. Tiba masanya untuk salurkan wang tunai secara langsung,” katanya kepada FMT.

Williams juga meramalkan lanjutan dua minggu PKP akan membawa kerugian kepada ekonomi sekitar RM7.2 bilion, atau kira-kira 0.5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.

Yeah Kim Leng.

Yeah berkata, setidak-tidaknya Putrajaya diharap meningkatkan lagi pelaksanaan subsidi upah dan bantuan lain, terutama untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor yang dianggap tidak penting.

Beliau memberitahu FMT, mereka yang bekerja di sektor tidak formal dan bekerja sendiri juga memerlukan lebih banyak bantuan untuk bertahan daripada PKP berpanjangan, termasuk peniaga kecil, pemandu teksi dan pekerja gaji harian.

“Syarikat dari semua saiz dan kategori perlu diberi akses mudah pinjaman dan pilihan moratorium pinjaman untuk perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi bagi jangka panjang,” katanya.

Kedua-dua ahli ekonomi itu meminta kerajaan merancang strategi akhir lebih jelas untuk perniagaan kerana syarikat perlu mengoptimumkan kewangan mereka, sementara Putrajaya perlu mengelak pembukaan atau penutupan operasi.

Yeah berkata, panduan awal mengenai jangkaan tempoh PKP membantu perniagaan merancang kewangan dan operasi untuk mengurangkan kerugian.

Williams pula berkata, strategi baru diperlukan, bukannya PKP kerana ia tidak berfungsi walaupun kelihatan besar pada ekonomi.

“Kita benar-benar perlu mengasingkan pengurusan virus daripada pengurusan ekonomi. Kita tidak boleh mengawal virus dengan menutup ekonomi.”

Mereka berkata, pakej Pemerkasa Tambahan yang diumumkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada 31 Mei lalu perlu ditingkatkan untuk memastikan perniagaan terus beroperasi dan menghalang pemberhentian pekerja.

Williams berkata, pakej bantuan bernilai RM40 bilion itu hampir tidak mencukupi kerana ia hanya melibatkan suntikan fiskal langsung dari kerajaan sebanyak RM5 bilion.

“Baki RM100 bilion (diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021) yang sering disebut Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz sudah dirancang untuk fasa pemulihan. Itu tidak termasuk dalam lanjutan PKP 3.0.

Rakyat perlu siri bantuan kewangan untuk teruskan hidup, kata Guan Eng

 

Lim Guan Eng berkata, kerajaan tidak rugi jika ia meminjam RM45 bilion daripada pasaran hutang domestik bernilai RM1.3 trilion untuk membantu syarikat dan rakyat yang terjejas dengan lanjutan PKP penuh.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perlu ada satu lagi pakej bantuan kewangan untuk membantu syarikat terjejas dan pekerja yang kehilangan pekerjaan susulan lanjutan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari.

Katanya, kerajaan tidak akan rugi dengan meminjam RM45 bilion daripada pasaran hutang domestik bernilai RM1.3 trilion untuk membantu syarikat dan rakyat terjejas akibat impak ekonomi susulan sekatan pergerakan berterusan.

“Kerajaan Perikatan Nasional perlu mengumumkan pakej rangsangan ekonomi untuk seluruh masyarakat yang boleh menyuntik RM45 bilion untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan pendapatan rakyat susulan lanjutan PKP.

“Sebelum ini, Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Pemerkasa Tambahan bernilai RM40 bilion dengan hanya RM5 bilion dana baharu, susulan PKP pertama selama dua minggu dari 1 Jun lalu.”

Bekas menteri kewangan itu berkata, dengan anggaran kerugian harian sebanyak RM2.4 bilion, jumlah keseluruhannya dianggarkan sekurang-kurangnya RM60 bilion, dengan tambahan suntikan tunai RM45 bilion ke dalam ekonomi akan membantu meredakan keadaan itu.

“Suntikan tunai perlu memanfaatkan pekerja dan perniagaan secara langsung.”

Beliau mencadangkan:

  • Bayaran kebajikan bulanan dinaikkan kepada RM1,000, termasuk untuk penganggur, bagi baki tujuh bulan tahun ini sehingga selesai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK);
  • Lanjutan automatik moratorium bayaran pinjaman bank, tidak termasuk kategori T20, sehingga program itu selesai menjelang akhir tahun ini. Kos itu perlu ditanggung industri perbankan, yang mencatatkan keuntungan selepas cukai hampir RM23 bilion;
  • Insentif pengambilan pekerja selama dua tahun, merangkumi insentif upah RM500 sebulan kepada pekerja tempatan dan insentif pengambilan sebanyak RM300 sebulan untuk majikan, mewujudkan peluang pekerjaan untuk 300,000 warga tempatan;
  • RM28 bilion dalam bentuk geran kewangan; subsidi upah, sewa dan utiliti; jaminan pinjaman dan pemberian kredit kepada perusahaan kecil dan sederhana, industri pembinaan, peruncitan dan pelancongan yang lumpuh.

Lim berkata, apa yang diperlukan untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi ialah bantuan kewangan secara berkala untuk menyelamatkan pekerjaan, perniagaan dan mata pencarian.

“Kaedah lama bantuan ‘one-off’ ialah bantuan sementara kewangan yang tidak melindungi pendapatan pekerja biasa dan rakyat yang terjejas dari segi kewangan.

“Bantuan kewangan tidak patut terhad kepada B40, tetapi juga golongan M40 untuk mengelakkan mereka menjadi golongan B40.”

(function() { var d = document, w = window; w

JULAI 2021-PERISTIWA JULAI 2021