Macamana dah masuk TV kemudian baru salah? Siapa Menteri yang lembab ini?


Kru, 50 juri selebriti ‘All Together Now Malaysia’ akan dipanggil polis



Program terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka.

PUTRAJAYA: Kru yang terlibat dalam program hiburan televisyen pencarian bakat ‘All Together Now Malaysia’ (ATNM) termasuk 50 juri selebriti akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Mohd Fadzil Ali, berkata siasatan polis dalam kes itu ialah berkaitan ketidakpatuhan SOP perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan Kawalan Pergerakan Pemulihan) kerana tidak mematuhi SOP PKPP serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

Katanya, siasatan awal mendapati penggambaran ATNM dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 3 hingga 11 Mac lepas dengan merujuk SOP Sektor Industri Kreatif – Acara Langsung PKPP yang berkuat kuasa ketika itu.

Mohd Fadzil berkata, pihak penerbit program dikehendaki mematuhi SOP PKPP yang membenarkan rakaman berlangsung dengan kehadiran penonton tidak melebihi 50% kapasiti serta mematuhi SOP berkaitan saringan kesihatan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan selesai.

Program terbitan Astro Production itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka.

No comments: